Bab 23

Drama Series 23522

"Abang... Abang... berhenti kejap..."
"Aaa... ahh... kejap, kejap. Telefon bunyi tu!"

Johar lepaskan Badriah yang baring tertindih di bawahnya. Bimbang Johar bertindak lagi, cepat-cepat Badriah duduk dan mencapai beg tangannya di atas meja lampu di sebelah kepala katil.

"Mak..." Bulat mata Badriah membaca nama yang tertera di muka telefon sambil memandang ke muka Johar. 2:15 pagi. Kenapa?

"Assalamualaikum Mak!"

"..."

"Siapa!?"

"..."

"Inna Lillahi Wa Inna Ilayhi Raji un! Baik Mak. Mak sabar ye. Eiya balik sekarang."

Johar sudah merapat kepada Badriah dengan mata galak tidak sabar. Berita apa? Siapa meninggal?.

"Nenek dah tak ada."

Tanpa ditanya Badriah menerangkan panggilan Kasmah. Berkerut kening Johar tidak sangka. Nenek memang tidak boleh berjalan dan nyanyuk dan banyak penyakit tapi sihat cara dia sebagai orang tua.

"Kenapa?"

"Tak tau. Mak tak boleh nak bercakap."
"Kita balik boleh tak? Saya tak sedap hatilah Abang."

"Okay Sayang. Pakai baju. Tak payah mandi, belum sempat buat apa-apa tadi."

@@@@@@@

'Dum! Dum! Dum!'
'Dum! Dum! Dum!'
'Dum! Dum! Dum!'

Daripada sayup terdengar bunyinya menjadi semakin kuat di telinga Sharifah Zarina. Aduh... Junid ni, kenapa datang lagi!? Tidak puas lagikah?.

2:15 pagi. Telefonnya disodok kembali ke bawah bantal. Dalam mamai terpaksa juga Sharifah Zarina bangun menuju pintu. Malas mahu menyarung baju yang entah mana dilempar Junid maka Sharifah Zarina hanya membalut tubuhnya dengan tuala hotel. Kalau berbaju pun nanti dilucut Junid juga.

'Dum! Dum! Dum!'

Eh! orang tua ni tak boleh sabar ke? Kalau tahu mahu sekali lagi kenapa tidak dibawa kunci hotel ketika keluar pulang sebentar tadi. Perangai gelojoh itu tidak hilang dari muda hingga ke tua.

Sharifah Zarina buka pintu yang berkunci. Orang di luar sudah menolak kerana sudah hilang sabar hingga Sharifah Zarina terundur beberapa tapak ke belakang.

"Eh! Sayang! kenapa ni?".

Sharifah Zarina panik. Hilang terus rasa mengantuk kerana benar-benar terperanjat. Berganti dengan rasa cuak yang amat hingga meremang romanya melihat raut tegang wajah di hadapannya.

'Panggg!!!'

Berpinar mata Sharifah Zarina dilempang sebegitu kuat. Berdengung telinganya kerana tamparan itu. Rasanya lelaki di hadapannya meletakkan segala kekuatan di tangan ketika menghayun tamparan itu.

"Kenapa ni!?. Apa salah I!?"

"Din!!!"

Hanya dengan sekali jerit muncul sosok di balik pintu yang tidak rapat.

"Mula sekarang!"

"Okay Boss!"

Sharifah Zarina terkedu. Suaminya sudah tahu ke?

@@@@@@@

"Kita akan biarkan dia ada dalam pasukan khas ini. Tapi dia akan kita panggil masuk last minute."
"Kita pecahkan pasukan kepada dua kumpulan. Satu ada dia dan staff dari balai Nibong supaya dia fikir HQ hanya hantar sedikit anggota dan kes ini tidak besar di mata HQ."
"Bila dia dipanggil last minute dia akan bermasalah untuk susun penghantaran barang dengan penyeludup dari Thailand tu."
"Mengikut maklumat yang kita terima daripada pengintip, penghantaran seterusnya pukul lapan malam esok. Kita ada kurang 12 jam untuk susun strategi."
"Semua bersedia dari sekarang"
"Faham semua!"

"Faham tuan!!!"

@@@@@@@

"Kebumi mana Mak?".

"Kangkar Pulai."

"Mak okay?" Badriah menyoal Kasmah yang sembab matanya. Kasmah hanya dapat tidur-tidur ayam. Tidak mampu melelapkan mata, jika sepincing dia terlalai dia akan mimpi ngeri cerita malam semalam. Kenapa mesti dia berjodoh dengan Junid. Kasmah sudah tidak sanggup.

"Mak... ni Mak..."
Johar merapat kepada Kasmah bersama satu bungkus ketulan air batu yang dibalut dengan sehelai tuala kecil.

Badriah sambut pantas dan menekap perlahan ke pipi Kasmah. Lebam sudah warnanya kerana tidak dirawat segera.

"Har minta maaf Mak. Minta maaf pergi berjalan bawak Yah tinggalkan Mak seorang. Maaf juga Daddy buat Mak macam ni."

Suara Johar amat ralat. Ibu mertuanya ini sebaik-baik perempuan hingga dia terdorong dan terdesak mahukan Badriah hasil asuhan sempurna Ibu mertuanya. Bapanya buta mata buta hati. Tapi memikirkan bapanya sebegitu, dia jadi malu juga kerana ikut setuju ulah bapanya untuk mendapatkan Badriah malah rasa berterima kasih yang amat.

"Sebenarnya apa dah jadi Mak?"

Soal Badriah. Rasa ingin tahu tidak mampu lagi dia bendung. Tapi rasanya dia silap soalan apabila Kasmah kembali menangis mengongoi-ngongoi.

Badriah peluk Kasmah erat. Menyalurkan kekuatan walau apa juga Mak telah lalui.

"Maafkan Eiya Mak... Mak jangan takut lagi ye. Eiya dengan Abang Har dah balik. Kami tak akan tinggalkan Mak sorang-sorang lagi."

@@@@@@@

Apabila Haji Fadhil rasa tangannya sudah sakit perit, diambil pula buku nota di atas meja kerjanya. Diguna pula buku nota itu menghempuk dan menghempuk.

Sakit sungguh rasa hatinya ditipu hidup-hidup selama 20 tahun ini. Balasankah semua ini? Dahulu dia buat juga di waktu mudanya. Haji Fadhil berhenti menghempuk.

"Lama dulu... you mengadu dengan I, hidup susah dengan Junid. Nak makan pun susah... seluar dalam pun koyak-koyak. Ingat lagi tak Rin?"

"Kesian sungguh I tengok seluar dalam you yang koyak-koyak tu."

"You merayu-rayu pada I bawak you keluar dari life susah tu. You sendiri yang cakap dah tak ada hati pada Junid. Nak mula hidup baru dengan I!"

"You sanggup tinggalkan Junid dan anak-anak you untuk I... I thought you deeply in love with me!"

"I thought you sincere with me!"

"You boleh bayangkan tak bertapa hancur hati I first time I tengok video curang you with your duda!... I gave you the world Rin... you pay me shit!"

"Haha... You know what? this should not be surprising coz... that is you. Hooker! Once you're forever you're!"

"Tamak betul you ni ye Rin. Mulut atas lapar... mulut bawah pun lapar. Atas bawah lapar Rin."

Haji Fadhil tarik bangku meja kerjanya dan labuhkan punggung. Sakit pinggang sejak malam semalam memasang perangkap untuk Sharifah Zarina. Sebelum ini dia hanya mengarahkan budak-budak dia mengintip perangai curang si isteri.

"Nasib baik ada satu hari tu si Din nampak you kat Singapore dengan your duda... Kalau tak, sampai mati I kena tipu dengan you."

"Huhu Sayang... I minta maaf. Huhu... Ampunkan I Sayang. I janji I tak buat lagi. Tolong Sayang.. huhu."

Melalak-lalak Sharifah Zarina yang sudah hilang rupa asal menangis menyesal. Sekarang baru dia rasa ketakutan yang amat sangat sepanjang hidupnya. Tidak dapat dia baca apa yang akan suaminya Haji Fadhil lakukan untuk membalas kecurangannya.

"Macam ni lah Rin... apa yang you dah ambil bagi your duda I halalkan. Sebab I pun salah pada Junid dulu berhubungan dengan you yang masih isteri dia".
"I cuma nak balik tanah Bukit Pasir tu. Sebab tu tanah keluarga... Hebat you ni Rin... macam mana ye you buat... sampai I tak perasan dah sign surat pindah milik."

"Ampunkan I Sayang huhu... tanah tu dah nama Junid huhu. Nanti I cakap kat dia pulang tanah tu pada you huhu."

'Dum!'
Haji Fadhil hempuk buku tebal ke atas meja. Sharifah Zarina terjerit kerana terperanjat. Semakin kuat dia melalak. Haji Fadhil sandarkan badan pada belakang kerusi. Meraut rambutnya yang telah putih semuanya beberapa kali ke belakang. Kecewa dan terhina.

"You sedar diri tak Rin?. Walaupun muka you cantik body you mantap lagi, you belum menopause tapi... you tu dah tua sebenarnya Rin. Dah 52 umur you."

"I sayang sangat kat you. Apa you nak semua I bagi, semua I ikut."

"Walaupun you tak pernah nak dengar cakap I... itupun I biarkan aje."

"Selama ni staff mengadu I buat pekak aje... You ni memang tak mengenang budi, tak sedar diri, sombong... Macam ni you balas kasih sayang I Rin."

"You dengan anjing tersepit tak ada beza Rin... sama! serupa!"

"Din!" Driver Haji Fadhil

"Ye Boss!" Din si driver

"Call lawyer I. Cakap, I nak dia dapatkan balik tanah Bukit Pasir I dari Junid. Kalau tak dapat cara baik buat police report."

"Susanti!" Orang gaji Haji Fadhil.

"Iya, Iya tuan. Saya di sini." Susanti si orang gaji.

"Kurung perempuan ni dalam bilik belakang. Jangan layan dia macam majikan lagi."

"Baik tuan." Aduh beruntung sekali. Udah lama diimpi seperti ini... kok jadi kenyataan.

"You dengar sini Rin... lebam-lebam kat muka dengan badan you hilang aje... I ceraikan you Sharifah Zarina Binti Syed Zainal dengan talak tiga!"
"You mengadu apa I buat kat you pada orang, I tayang video curang you pada semua orang!."

"Sayanggggg...!!!"
"Huuuuuuhuuuuuuu... Sayanggggg huuuuhuuu..."

"Bawak dia, kurung bilik belakang!"

"Baik Boss!!!"

sowi lmbt. apa kita nk buat dgn Acik Junid ni ye. firaun btul perangai kn. skg kite dera Acik Pah dlu ckit. ckit je tk blh bnyk2. slmt mbce kwn2. kpd yg sudi singgah. terima kasih yg tak bertepi. syg sume.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience