"Nenek dah tidur Mak."
"Ye? Jomlah makan. Takut diaorang balik, tak selesa kita nak makan nanti."
Badriah setuju dengan cakap Mak. Segera ke dapur mengambil nasi dan lauk dalam dua pinggan untuknya dan Mak.
Makan buffet style saja. Senang dan tak banyak benda akan dicuci. Nanti bila mereka balik Mak atau Badriah terpaksa menghidang untuk mereka. Semakin banyak kerja dan semakin banyak benda untuk dicuci.
Ketika sedang makan terdengar bunyi enjin kereta. Badriah dan Mak saling berpandangan. Cepatnya! belum pukul 12. Mereka kelam kabut mengunyah.
Sosok yang masuk ke ruang dapur melegakan Badriah dan Mak. Walau mereka tidak bertegur sapa tetapi Johar tidak pernah berkasar dengan mereka berdua seperti yang lain.
"Makan Har." Pelawa Mak berbasa basi.
"Ye. Jemput."
Mak senggol lengan Badriah memberi isyarat supaya dia melayan suami yang baru pulang. Badriah buat tak tahu. Meneruskan suapan macam sudah lama benar tidak jumpa makanan.
"Har nak makan ke? Acik Mah..."
Soalan Mak terhenti. Johar sudah menarik bangku dan meletak sepinggan nasi campur seperti cara makan Mak dan Badriah.
"Cepat Har balik hari ni?"
Mak yang kekok kerana pertama kali Johar turut serta mereka makan bertanya soalan untuk berbasa basi. Badriah buat bodoh. Dia masih malu dan geram dengan cerita dua malam lepas.
"Saja..."
Mak kembali menyuap nasi dan mati kata. Dia sudah tiada soalan yang dapat difikir untuk memulakan perbualan dengan Johar kerana anak Junid yang ini memang lain dari yang lain.
Mak dan Badriah sudah selesai makan dalam senyap. Mahu segera bangun tinggalkan Johar makan seorang. Lagipun lelaki ini memang tidak suka bercakap.
"Kalau Har bawa Yah pindah boleh tak Mak?"
Pinggan yang Badriah angkat terhempas kembali ke atas meja. Mujur belum diangkat tinggi dan mujur masih di atas meja jika tidak sudah terhempas ke lantai.
"Abang ni kenapa? saya tak nak ke mana-mana! Kat mana Mak kat situlah saya.!"
Mak cuit Badriah. Memberi isyarat mata supaya tidak bercakap kasar dengan suami. Johar pula selamba sahaja sesudah bertanya. Teruskan menyuap nasi terakhir. Lelaki itu bangun membawa pinggan ke sinki dan membasuh sendiri.
"Har nanti bincang baik-baik dengan Yah ye. Mak tak boleh menghalang. Yah dah isteri Har."
Sebelum sosok Johar meninggalkan ruang dapur Mak suarakan pendapatnya dengan suara yang bergetaran sebak. Badriah tahu Mak tak rela tapi Mak tiada daya menghalang.
"Baik Mak." Johar senyum segaris dan tinggalkan ruang dapur.
@@@@@@@
"Kau rasa berbaloi tak hidup kau jadi macam ni sebab perempuan?"
Hek eleh! orang tua ni. Apa kes nak cakap macam ni kat aku. Macam dia tau cerita sebenar. Roslan Li buat bodoh. Mata tetap memandang skrin televisyen, walau satu apa yang ditonton tidak masuk ke kepalanya.
"Aku cakap kat kau ye... perempuan ni untuk buat seronok-seronok aje."
Ada juga yang hilang gigi ni kejap lagi. Ya Allah, tolonglah sabarkan aku dengan orang tua ni. Roslan Li biarkan Sarjan Akob menyuarakan pendapatnya. Mahu juga dia tahu pemikiran orang tua yang selalu sinis ini.
"Kau ada rupa apa, cari satu tapi jangan letak hati kat dia. Buat penyedap aje, set kat kepala kalau tak ada perempuan no hal. Cari satu sebab sekarang kalau tukar-tukar perempuan takut kena sakit kelamin."
Entah apa-apalah orang tua ni? Dia ingat aku macam dia agaknya. Kutuk Roslan Li dalam hati. Dia tahu Sarjan Akob walau tidak berkahwin tapi ada menyimpan perempuan di pekan Golok.
"Hey Li! Kau dengar tak aku cakap.?
Sarjan Akob baling Roslan Li dengan kulit kacang yang bertaburan di atas meja makan. Dahulu sebelum dia sakit kecewa dia memang pengemas.
Rumah kuarters bujang yang dikongsi bersama Sarjan Akob ini sentiasa dalam keadaan bersih tapi sekarang hatinya luka berdarah. Semua perkara menyakitkan hatinya. Jadi lantaklah... aku kemas kau sepah, aku kemas kau sepah. Banyak cantik! sekarang yang penting bilik dia kemas bersih.
"Hoi! kau dengar tak?"
Sekali lagi dia dibaling dengan kulit kacang. Hantu betullah orang tua ni. Nanti di sini pula bersepah.
"Dengarlah!".
Merengus dan perlahan sahaja bunyi jawapan Roslan Li supaya Sarjan Akob tahu dia menyampah dan tidak mahu diganggu.
"Aku up nama kau jadi mata-mata."
Dia dengar dengan jelas dan dia terperanjat. Orang tua ni memang suka hati dia saja. Roslan Li tahu dahulu Sarjan Akob lama di Kuala Lumpur bertugas sebagai mata-mata. Baru-baru ini sahaja dia ditukarkan ke balai semula dan dihantar berkhidmat di Balai Nibong ini.
"Kau cekap, kau tak ada keluarga, belum kahwin. Pegawai aku di unit tu dulu minta aku beri satu nama. Jadi aku up nama kau. Kau paling sesuai."
Roslan Li bangun. Dia mengeliat meregangkan otot yang terketul kerana berbaring di sofa yang telah benyek kusyennya. Roslan Li ambil telefon bimbit di atas meja kopi kemudian berlalu meninggalkan ruang tamu dan masuk ke bilik tidur.
Huh! kau ingat aku tak tahu niat kau? Kau memang tak nak aku dekat Nibong ni kan. Kau tahu aku dah tahu!.
@@@@@@@
"Ketuk la dulu!".
"Sebab?".
Badriah jeling Johar. Terkepit-terkepit dia memakai baju kerana Johar sudah masuk ke bilik secara tiba-tiba.
"Bila baru Abang boleh dapat hak Abang?"
Badriah buat muka toye. Buat-buat tak dengar. Walau jantungnya bagai mahu meletup dengan soalan Johar.
Johar jarang bercakap. Mereka memang tidak pernah berbual kecuali tersangat penting. Malam ni Johar pecah rekod dengan soalan pecah kepala.
Johar duduk di hujung katil menghadap Badriah yang baru berjaya menyarung t-shirt tidurnya. Badriah seram. Dia tahu masanya akan tiba. Jika Johar berkeras dia memang akan terpaksa mengalah.
Setengah tahun ini dia sentiasa dalam ketakutan. Kerana itu dia tunjuk perangai sebal dan bengkeng pada Johar dengan harapan Johar menyampah dengannya.
Tapi dia mengaku juga dia berani buat perangai kerana Johar tidak pernah berkasar atau naik tangan dengannya. Kalau Johar buruk perangai rasanya tidak mungkin dia masih dara kerana mereka sudah setengah tahun berkahwin.
Meremang roma Badriah apabila terasa sosok Johar sudah berdiri di belakangnya. Badriah bergerak ke tepi mahu ke sebelah sini katil tempat biasa di tidur. Johar tarik lengan Badriah dan belakang Badriah mendarat di dada keras Johar.
Badriah meronta-ronta cuba melepaskan diri. Johar kemaskan pelukan. Ke dua tangan Johar memeluknya erat. Johar letak dagu di atas bahu Badriah kemudian menyengetkan kepalanya hingga mukanya terbenam di celah leher Badriah.
Badriah terkedu. Pergerakannya yang meronta-ronta sebentar tadi terhenti tiba-tiba kerana terkejut yang amat.
"Saya nak tidur." Terketar-ketar suara Badriah.
"Please Yah... kesian kat Abang." Suara Johar serak dan garau memujuk. Nafasnya kasar dan laju.
Johar palingkan Badriah menghadapnya. Sebelah tangan yang besar itu sudah mencengkam tengkuk Badriah sehingga terdongak memandang Johar. Johar yang menyakitkan hati memang kacak. Sebelah lagi memeluk erat hingga mereka sudah melekat.
"Sa..saya u..uzur."
Johar yang sudah kuyu matanya tertawa kecil.
"Orang uzur boleh solat ye?".
Johar pagut bibir Badriah sekali. Badriah pejam mata rapat-rapat. Badriah dengar lagi suara Johar tertawa kecil dan bibirnya dipagut sekali lagi. Kali ini lebih lama setiap pagutan yang berulang kali.
Entah benda khayal apa sudah Johar beri dalam setiap pagutan hingga Badriah jadi lemah. Dia jadi penurut. Membiarkan terus tangan Johar yang rajin berkerja membelai tubuhnya.
Dia sedar ketika Johar mengajak dia berundur sehingga ke katil mereka. Dia sedar Johar ajak dia berbaring dan dia sedar Johar membuang setiap helai kain dari tubuhnya tapi dia membiarkan.
@@@@@@@
"Kenapa?"
Badriah yang duduk di birai katil sambil mencengkam-cengkam ke dua tangannya memandang Johar.
"Saya tak nak pindah!"
Johar yang sudah di hadapan cermin menyisir rambut menoleh sekilas kepada Badriah kemudian kembali menyudahkan menyisir rambut sambil tertawa kecil.
"Patutlah menyerah aje malam tadi. Abang pun hairan jugak semalam... nak rasuah Abang rupanya."
Johar tertawa kecil dan tersenyum-senyum. Badriah naik geram dan menyampah Johar menyakatnya dan mengolok-olokkan cerita malam semalam.
"Okay... tapi janji Abang akan selalu dapat lagi yang macam malam tadi."
Badriah jeling Johar menyampah. Lelaki itu sudah siap untuk ke tempat kerja. Dengan uniform juruteknik elektrik kilangnya Johar yang tinggi sasa sememangnya kacak.
Eewiuu... yuck! dah kena injek, sakit pula otak kau ye Yah.
hari ni dpt 2 lap lg kt hutan bandar 6 kali turun naik tangga. nk Cuba turunkan berat klw blh. skg 65kg, tgok abis thn ni blh turun brpe. berangan tk kena byr hahaha. wpn selalunya kecundang Cuba aje. terima kasih sudi singgah cite Sy. syg sume
Share this novel