Bab 26

Drama Series 23554

(IMPORTANT REMINDER: CERITA INI HANYA REKAAN DAN KHAYALAN PENULIS. TERIMA KASIH)

@#$_&-+

Ralat!

SI Abdul Jalil merenung report di tangan. Bergenang air mata jantannya di tubir mata. Operasi gagal!.

Mesyuarat tergempar yang dihadiri sebentar tadi membongkar sesuatu yang tidak disangka. Sarjan Akob tidak bersalah! Lelaki 49 tahun itu teraniaya!.

Kematian seorang pegawai tinggi Jabatan Intipan dan risikan dari Ibu pejabat di Kuala Lumpur membongkar sepenuhnya kes penyeludupan senjata api sejak lama dahulu.

Pegawai tinggi itu dibunuh oleh anggota sindiket penyeludup daripada Thailand kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian keuntungan jualan senjata api.

Sarjan Akob yang selama ini disyaki terlibat rupanya hanya kambing hitam pegawai terbabit. Apabila penghantaran kali ini gagal mereka iaitu anggota sindiket dan pegawai terbabit menunding jari sesama sendiri sehingga membawa kepada pembunuhan pegawai tinggi tersebut.

Sekarang Konstebal Roslan Li hilang dari radar diculik kumpulan sindiket manakala Sarjan Akob ditemui dalam keadaan cedera parah di negara jiran. Sarjan Akob telah di bawa pulang ke Malaysia dan berada di hospital untuk rawatan.

Dua anak buahnya bernasib malang dalam operasi kali ini. Lebih malang lagi Roslan Li, anak muda dengan semangat tinggi itu. Sekarang ini operasi besar-besaran sedang dijalankan dengan kerjasama pihak keselamatan negara jiran untuk mencari keberadaan Roslan Li.

@@@@@@@

"Sarjan dipukul dengan teruk kemudian ditembak pula di tempat yang cedera tu. Pembedahan kecemasan itu perlu untuk selamatkan kaki Sarjan."

" Kita lakukan pembedahan kerana serpihan tulang tidak boleh disambung dengan sempurna lagipun fraktur melibatkan sendi dan ada luka di situ."

"Di dalam rawatan yang melibatkan pembedahan, ia mempunyai komplikasi umum pembedahan seperti kecederaan kepada urat saraf, jangkitan kuman atau komplikasi dari anesthesia."

"Terdapat beberapa komplikasi spesifik kepada fraktur, pertama delay union bermaksud waktu untuk pulih mengambil masa yang lama"

"Kedua non union fraktur tidak pulih pada waktu yang ditetapkan"

"Ketiga mal union faraktur pulih tetapi tidak kembali ke posisi asal"

" Dari masa ke semasa pakar bedah ortopedik akan berbincang dengan Sarjan tentang proses rawatan dan komplikasi yang mungkin akan timbul akibat fraktur ni."

"Kita tunggu dulu hasil rawatan tapi... maaf, saya sendiri harap saya tersilap tapi mengikut pengalaman saya Sarjan mungkin tidak akan dapat berjalan macam dulu. Atau kata lainnya Sarjan kemungkinan besar akan tempang."

"Tapi kita tunggu luka kecederaan dan pembedahan ini elok nanti pakar akan setkan rawatan fisioterapi dan rehabilitasi. Itu adalah kaedah penting didalam rawatan fraktur. Ia mengekalkan fungsi otot dan tulang yang terlibat semasa proses pemulihan."

"Saya harap Sarjan bersabar dengan ujian ini dan kekal positif. Itu salah satu cara untuk badan cepat pulih."

Sarjan Akob yang terbaring lemah di atas katil hospital sekadar mengangguk. Ketika doktor dan jururawat sudah keluar meninggalkan katilnya dia meludah sekali ke arah kiri.

S!@l!
Aku suruh tembak kat paha yang kau tembak dekat dengan lutut kenapa? Bodoh betullah! tak boleh harap budak-budak tu.

Tapi...
Sarjan Akob tersenyum kemudiannya. Sebentar tadi sebelum doktor pakar masuk memberikan penerangan hasil pembedahan dia menerima kunjungan daripada seorang rakan lama di jabatan risikan dan intipan...

Haha...
Celaka tu dah mati!

Padan muka!
Berani dia cuba nak kenakan aku. Aku yang bertungkus lumus dilokasi kau cuma tolong jaga 'line' ada hati nak caras aku!? nak bahagian lebih!? Bodoh punya orang.

Plan B dia menjadi sungguh...
Ini Akoblah!. 20 tahun aku hidup dengan penjenayah... Kerja polis aku mahir, kepala gangster pun aku!.

Jadi kepala gangster baru aku kaya, ada budak-budak hormat aku. Kalau aku tetap lurus dalam jabatan sampai mampus kena pijak kepala dengan orang atasan. Orang atasan yang satu benda pun tak tau. Tau bagi arahan saja, duduk ofis goyang +#lur saja. Menembak pun tak pandai!.

Ah!
Tiba-tiba Sarjan Akob teringat sesuatu. Dia harus cepat pulih. Anong, perempuan simpanannya di Pekan Golok menyampaikan berita memeranjatkan petang semalam. Budak mentah itu masih hidup tapi masih tidak sedarkan diri dan telahpun berada di markas di Laos.

Dia tinggalkan pesan kepada Anong supaya memberitahu markas yang dia mahu tangannya sendiri menamatkan nyawa budak kepoh menyibuk hal orang itu.

Nyawa kau liat kan...
Tunggu peluru pistol aku meletup dalam otak kau. Dalam kubur nanti baru kau ada akal supaya jangan menyibuk hal orang-orang tua.

Bodoh!

@@@@@@@

"Mana Mommy ni!? Banyak kali dah call tapi semua voice mail."

Julie merungut. Tapi jarinya masih mencuba dan mencuba mendail nombor telefon ibunya Sharifah Zarina.

"Kak Long dah pergi rumah Uncle Fadhil. Bibik tu cakap Mommy tak ada. Yang geram tu... tak bagi aku masuk rumah. Berlagak aje muka jawab dari jauh, dari pintu rumah. Gate pun tak nak buka!"

"Uncle Fadhilnya ada tak?" Johan.

"Ntah. Dia jawab Mommy tak ada terus masuk dalam tutup pintu. Kau rasa? Geram aje aku. Tunggulah... Mommy ni pun satu nak pergi mana-mana bukan nak inform dulu. Taulah banyak duit. Bila-bila suka boleh pergi travel!".

Juhada masih membebel tidak puas hati.

"Aku nanti nak rumah kat Kulai tu tau." Juhara.

"Eh! banyak cantik muka kau!. Nanti dulu... tunggu Mommy cakap apa. Semua aset Daddy ada nama Mommy. Biar Mommy buat keputusan." Juhada.

"Aku dapat kereta Mercs Daddy dah okay... eh! dengan Harley tu." Johan.

Sebiji bantal Julie campak ke muka Johan. Rumah sudah bersepah di ruangan atas dan bawah dengan bungkusan makanan, pakaian kotor dan majalah. Di tingkat atas anak-anak Juhada dan Juhara sudah tidak dapat dilarang kelaku mereka.

"Haus pulak... Acik Mah! Acik Mahhhh...!!!" Juhara.

Kasmah dan Badriah yang sedang mengemas baju dan barang-barang arwah Nenek di dalam bilik belakang keluar untuk ke ruang hadapan kerana dijerit sebegitu kuat. Tiba di ruang makan Johar menahan mereka dengan gerak tangan dan arahan mata.

"Kau nak apa?" Johar sedari tadi diam di ruang makan mendengar adik beradiknya berebut harta arwah Junid, maju ke ruang hadapan apabila nama Ibu mertuanya di panggil sekuat dan sebiadap itu.

"Nama kau Mah ke?" Juhara.

"Yang kau panggil cara kurang ajar tu Mak mertua aku." Mengetap rahang Johar menjawab cakap Juhara kerana terlalu geram.

"Amboi kau! berlagak ek... nasib baik Mommy dengan Daddy tolong... kalau tak sampai sekarang tak berbini."
"Cakap Mak mertua kau, aku nak Neslo ais."

Selamba beruk sahaja Juhara menyudahkan ayatnya.

"Aku kira sampai sepuluh semua keluar dari rumah ni... satu..."

"Eyy Har! kau ingat kau siapa!?" Juhara.

"Dua..." Johar

"Eh penagih! Kau ni kenapa!? Kau ingat Daddy dah tak ada rumah ni kau punya dengan janda gila harta tu!" Juhada.

"Tiga..." Johar.

"Relaxlah Har... Ara, kau pergi buat air sendiri."

Johan sudah cuak. Budak dua ekor ni lupa ke siapa Johar, berani betul agah gila Johar.

"Empat..." Johar

Julie sudah menarik ibu jari kaki suaminya yang terbongkang tidur di hadapan televisyen. Dia serik dengan gila Johar. Baik dia angkat kaki. Biar akak-akak dan adik lelakinya uruskan Johar... kalau berjayalah.

"Lima..." Johar.

Terpisat-pisat suami Julie bangun ditarik isterinya. Tanpa tau punca terus mengekor sahaja keluar ke pintu utama.

"Enam..." Johar.

Juhada, Juhara dan Johan sudah saling berpandangan. Kemudiannya terus bangun mengambil beg tangan masing-masing di atas meja kopi.

Juhada dan Juhara jerit anak-anak dan suami mereka di tingkat atas supaya turun untuk pulang. Apabila suami dan anak-anak mereka sudah keluar ke anjung rumah barulah Juhada dan Juhara mengekor mereka.

"Kau tunggu Mommy balik. Silap hari bulan bercerai kau laki bini!"

Juhada lepas geram se das. Itupun kerana dia sudah di muka pintu, jauh dari Johar. Juhara yang seram melihat rahang Johar yang terketap dengan wajah putihnya sudah merah menahan marah menarik kakaknya supaya segera tinggalkan rumah besar itu.

Johar lepas genggaman tangannya yang terkepal sedari tadi. Dia pejam mata kemudian menarik nafas panjang dan lepas perlahan. Ketika dia membuka mata, sepasang mata lain gelabah memandangnya.

"A...aku nak pergi mman..a?, aku mm memang tinggal sini."

Johan yang sedang berdiri mahu memanjat tangga membela diri tanpa disoal.

"Ke...kejap lagi a..aku masuk kerja."

Cepat-cepat Johan berlari naik ke tingkat atas. Membiarkan Johar menenangkan diri.

Astaghfirullahhalazim... Ya Allah tolong ampunkan seluruh ahli keluarganya. Jauh benar mereka daripada landasan. Amin Ya Allah

Johar berdoa ringkas di dalam hati.
Mana Sharifah Zarina ibunya?. Sudah seminggu Junid meninggal tapi mereka adik beradik gagal mengesan keberadaan Ibu mereka.

Dia bimbang jika ada masalah lain. Hatinya berat merasakan ada masalah lain berlaku kerana sebelum bapanya meninggal dunia ibu dan arwah bapanya sedang dicari pihak berkuasa untuk urusan tanah di Bukit Pasir, Batu Pahat.

Dia bukan menghalau adik beradiknya kerana hamak sangat dengan harta peninggalan arwah bapa mereka. Dia bingung dengan sikap mereka sejak seminggu lalu yang tidak sudah dengan perbincangan pembahagian harta. Sedangkan urusan tahlil arwah bapa dan nenek mereka diserah bulat-bulat kepada pihak masjid.

Cepatlah Sharifah Zarina munculkan diri supaya semua ini dapat diselesaikan segera. Johar sudah berkira-kira untuk tinggalkan sahaja rumah ini dengan Badriah dan Kasmah. Dia tidak mahu apa-apa daripada harta Junid. Dia maklum sangat cara kedatangan harta ini dalam keluarga mereka. Dia tidak mahu!.

"Abang... telefon."

Badriah muncul dari ruangan makan membawa telefon Johar di tangan. Johar capai telefon dan capai juga tangan Badriah sekali. Di bawa isteri itu ke dalam pelukan, meminta kekuatan.

"Assalamualaikum."

"..."

"Sekarang ke Uncle?"

"..."

"Baik... lebih kurang sejam lagi saya sampai."

"..."

"Baik... saya datang sorang. Assalamualaikum."

Johar tekan butang merah. Semakin kemas pelukannya kepada Badriah. Kemudian mengucup lembut kepala si isteri yang bertudung sarung hitam. Dia memang wajib pindah, kasihan Badriah terpaksa tetap bertudung di dalam rumah kerana ada Johan dan iparnya.

"Abang nak keluar pergi rumah Uncle Fadhil. Tak tau kenapa dia nak jumpa Abang. Mudah-mudahan tak ada cerita tak baik."

Tanpa di soal Johar cerita butir panggilan telefon yang diterima sebentar tadi. Dia semakin risau. Kenapa Uncle Fadhil mencarinya bukan Juhada, akak sulungnya itu rapat dengan Sharifah Zarina.

Tak apa, pergi aje dulu.

Agak2 knpe uncle Fadhil cari Johar. Ce Teka. Budak berempat tu pn tkut dgn gila Johar. yg tk tkut yah aje huhu. slmt membce. syg sume yg masih bertahan mencari gangster di cni. Terima kasih syg2 sume

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience