Bab 40

Drama Series 23522

(BAB NI BOSAN YE. PENCERITAAN SAHAJA NAK SHORT CUT SUPAYA ABANG LI CEPAT BERJUMPA EIYA. Yang sebenarnya otak dah tepu nak bina jalan cerita huhu)

@#$_&-+

Tidak berjaya.

Sharifah Zarina langsung tidak boleh diajak berunding. Selepas keluar daripada rumah Enda jiran mereka dahulu, Badriah anak beranak menginap di hotel budget sekali lagi.

Esoknya dia dapat panggilan daripada Sharifah Zarina yang mahukan sijil kematian Johar kerana mahu menuntut KWSP Johar dan mengugut Badriah supaya mengikut sahaja kemahuannya atau menunggu tindakan seterusnya daripada Sharifah Zarina.

Sharifah Zarina juga mahu Badriah bersetuju sahaja menukar nama rumah flat kepada namanya. Tiada kompromi lagi.

Apabila Badriah tidak bersetuju dan buat tak endah dengan ugutan ibu mertuanya, akhirnya dia dan Sharifah Zarina berada di Balai Polis Shah Alam kerana bergaduh di lobi hotel murah tempat penginapan sementara Badriah anak beranak.

Bukan Badriah yang mulakan, dia sekadar mempertahankan diri apabila Sharifah Zarina mula menampar pipinya, lalu untuk mempertahankan dirinya dan reflek tiba-tiba, dia tertolak Sharifah Zarina.

Badriah tidak takut dia di pihak yang benar, dia sekadar mempertahankan diri. Johar sudah tiada untuk membela dirinya seperti selalu. Dia harus kuat untuk anak-anak. Sharifah Zarina harus tahu itu. Tidak selamanya perempuan itu boleh membuli Badriah.

Tiba di Balai Polis boleh pula Sharifah Zarina memusing cerita menuduhnya mengambil semua simpanan arwah Johar, sedangkan arwah Johar baru sangat meninggal ketika itu.

Badriah yang tiada tempat tinggal sempurna untuk anak-anak dan Faiz yang huru hara jadual sekolahnya, belum lagi ada masa lebih untuk menguruskan segala simpanan Johar.

KWSP Johar bukanlah banyak mana. Hanya lebih kurang dua belas tahun terakhir ini Johar betul bekerja tetap. Jumlah tabungannya lebih kurang 50k sahaja. Sudah ada pengeluaran ketika membeli rumah pertama mereka. Sedikit simpanan di dalam tabung haji dan tabung bersama.

Akhirnya Badriah uruskan semuanya mengikut faraid. Untungnya ketiga anaknya lelaki dan bertaraf asobah. 1/8 isteri, 1/6 Ibu dan taraf asobah kepada ketiga anak lelakinya dibahagi sama rata.

Sharifah Zarina marah sungguh. Habis disumpah seranah dan dicarut cucu bertiga itu kerana bahagiannya dapat sedikit. Rumah flat itu sudah Badriah laporkan kepada polis. Tapi apabila sudah melibatkan polis keadaan jadi lebih huru hara.Terjerit-jerit Sharifah Zarina memaki hamun Badriah dan tetap tinggal di rumah itu tidak mahu keluar.

Ibu mertuanya sanggup datang ke kedai kek tempatnya bekerja menghinanya di situ, membuat kacau sehingga majikan Badriah meminta maaf kerana terpaksa memecatnya.

Akhirnya untuk ketenangan mereka anak beranak dan kebaikan cucu bertiga, Kasmah pujuk Badriah supaya mereka cuba mulakan hidup baru pulang ke Pernu Melaka.

Pulang ke Pernu hidup Badriah tidak aman juga. Walau di kampung Sharifah Zarina tetap mengganggu mereka. Kata ibu Johar itu selagi rumah flat itu Badriah tidak mahu menukar milik kepada namanya selagi itu dia akan tetap mengejar Badriah.

Sudahnya semua orang tidak tenteram. Mak Long Manis dan anak-anaknya serta saudara mara yang lain habis diganggu Sharifah Zarina dengan bermacam-macam cara. Nampaknya betul kata Kak Enda, Sharifah Zarina tu psycho ada masalah dengan wire otaknya. Memang tergamak sungguh.

Badriah malu dengan keadaan itu. Malu dengan saudara mara atas kekecohan yang berlaku. Walau mereka membela dia dan anak-anak tapi Badriah tahu mereka tidak senang dan tidak tenteram dengan hal yang berlaku.

Mahu dilepaskan rumah flat itu dia tiada hak. Dia sekadar pemegang amanah untuk anak-anaknya. Sampai masa rumah itu milik mereka. Dia akan bertahan selagi mampu.

Hidupnya tidak mudah. Badriah tidak mahu menggunakan bahagian anak-anaknya untuk urusan harian bimbang umurnya tidak panjang atau sakit pening atau tujuan pelajaran di masa hadapan. Dia bertungkus lumus berkerja apa sahaja yang dia mampu untuk kehidupan mereka lima beranak.

@@@@@@@

"Boss..."

Rock angkat kepala memandang Ravi yang terkulat-kulat berdiri di hadapan pintu pejabatnya.

"Kenapa?"

Malas melayan perangai Ravi, Rock tunduk kembali menyambung kerjanya menyemak laporan akaun di tangan.

"Boss..."

"Kau kenapa setan..."

Tanpa mengangkat kepala Rock menyoal Ravi yang terkulat-kulat bagai ayam berak kapur. Mesti ada benda salah budak ni dah buat.

"Boss Akob yang lepaskan tau, bukan saya."

Rock angkat kepala. Dia tak suka macam ni. Akaun dia jaga, hutang dia kutip jadi dia tak suka sesuatu yang cantik dia susun ada campur tangan orang lain yang akan buat kerja dia jadi caca marba.

Akob ni memang la!.

"Berapa!?."

"RM20K..."

"Total!?"

"Ermm... RM63K Boss..."

"Siapa!?"

"Aaa... Tok... Tok Udin."

"Aku cek akaun okay aje ni, tak ada duit keluar banyak tu?".

"Tok Udin hutang kat snooker... Boss Akob dulu bagi pakai duit sana dulu. Tadi dia datang ambil duit sini sebab akaun sana nak kena audit. Masa bagi dia tak ada buat agreement. Boss Akob cakap nanti Boss tau nak buat macam mana."

Aduhai Akob ni! Banyak kerja pulak dia nak kena buat. Malaun betullah orang tua ni!.

"Tok Udin yang mana satu ek?".

"Shamsudin Marwan Boss."

"Perdana menteri negara mana?"

Ravi garu-garu kening tidak dapat menangkap soalan Rock. Dalam kepalanya hanya membayangkan kegembiraan jika dapat menghagul kepala dua orang boss besarnya ini.

"Kau ingat aku kenal semua bodoh yang pinjam duit ke?"

"Oh! alahh... yang cucu dia cantik macam Aishwarya Rai tu Boss."

Teruja sungguh Ravi menerangkan sosok si gadis idaman. Terus hilang penyakit berak kapurnya.

"Anak angkat Mek tu?"

"Ha!... yang tulah Boss."

Rock terus duduk menyandar di kerusi besar berodanya. Mengurut-urut jambang berjeramusnya yang tumbuh meliar di separuh wajah, tapi tetap tidak dapat menyembunyikan parut memanjang di pipi kiri kerana di sepanjang garisan berparut tiada bulu yang tumbuh.

Dia sengaja membiarkan wajahnya tidak terurus begitu supaya dia kelihatan ganas dan menyeramkan. Rambutnya juga panjang dan diikat tidak kemas. Salah satu cara memudahkan kerja dan urusannya sebagai pengutip hutang. Ditambah pula dengan sosok badannya yang besar berketul-ketul otot tubuh.

Budak tu ye... dia ke yang selalu datang dalam mimpi? Jika ya, bagaimana kaitannya?. Rock rasa dia sekarang sedang berada di dalam labirin yang besar, rumit dan mengelirukan. Kenapa sekarang dia rasa ada sesuatu yang Akob tidak habis cerita kepadanya. Jika dia bertanya kepada sumber yang sama akan hanya mematikan persoalan dan dia kekal sesat.

Betul ke budak itu?. Wajah sosok itu dia tidak pernah dapat lihat jelas di dalam mimpinya. Hanya hanyunan langkah, saiz tubuhnya, rambut yang beralun, tingginya... dia ke?. Bagaimana kalau dia dapatkan budak itu dahulu kemudian baru cari hubung kait.

Sepuluh tahun tak mungkin dia, tapi... bagaimana kalau ye budak itu ada kunci membuka cerita semua mimpi dia yang berulang-ulang!?.

Bagaimana?.

maaf lmbt. sibuk ckit. klw pening maaf ye. ada urusan ke Kuantan. smlt mmbce. terima kasih kwn2

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience