Bab 55

Drama Series 23522

"Kau dah cek akaun kau?".

"Belum. Kenapa?".

"Rayuan yang aku tolong buat dulu tu kan berjaya. Jabatan bayar gaji tertunggak kau untuk 12 tahun. Segala elaun dan pampasan lagi... Cuba kau cek."

Roslan Li keluarkan telefon pintarnya. Menata skrin telefon seketika. Berpinar biji matanya melihat jumlah angka yang tertera. Berulang kali melihat wajah Inspektor Haslam dan muka telefon.

"Rezeki kau Li."
"Cuti tanpa gaji atas faktor kesihatan kau pun dah diluluskan. Jadi... setahun ni kau cuti lagi la."

"Lam... terima kasih Lam."
"Kalau tak ada kau... tak taulah siapa nak tolong aku."

Bergenang air mata Roslan Li ketika mengucapkan terima kasih kepada sahabat rapatnya sedari kecil itu.

"Alahh... relax la Li. Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Sebaik-baik pengatur."
"So... lepas ni apa rancangan kau?"

"Hmm..."
"Aku rasa... aku nak jumpa Eiya dengan Acik Mah. Nak minta maaf perangai aku setahun ni."

"Bagus! bagus! aku setuju! pergi tau... jangan risau-risau lagi. Pergi aje. Diaorang sentiasa tunggu kau bersedia, kau sihat. Mana nak cari orang sayang kita ikhlas macam tu Li."

Roslan Li terangguk-angguk setuju. Berapa lama masa terbuang menunggu dia bersedia dan sihat sepenuhnya. Sedih sungguh.

@@@@@@@

"Dia tak nak jumpa kau! aku nak buat macam mana? Dah budak tu tak nak!".

"Kau tak cakap kat dia ke semua harta aku dah letak nama dia?".

"Kob! budak tu dah waras la. Kau ingat dia Ah Boon ke? gila harta!?"
"Masa dia lupa pun dia tak kisah kau cerita berapa banyak harta kau ada."
"Macam tu la aku kena. Dia tak layan pun aku cerita berapa banyak jumlah harta kau!".
"Dia siap tanya, kenapa kau tak bunuh dia aje dulu?. Dapat dia mati syahid kata dia. Kalau kau bunuh dia dulu, dia lebih berterima kasih daripada kau biar dia hidup dengan melalui apa yang dia dah lalui.!"

"Kau tak cerita ke dia anak O Peng? Kau tak cerita berapa baik bapak dia dengan aku?".

"Kob... dia bukan O Peng..."
"Kau kena terima hakikat dia bukan Rock!."
"Dia Roslan Li... bin Abdullah."
"Kau bersyukur aje la dia tak cerita langsung dengan jabatan yang dia dah ingat apa jadi malam dia hilang."
"Dia kata tu harga dia bayar sebab tolong jaga dia untuk 12 tahun yang dia kesalkan."

"..."
"Dia... dia marah kau jugak?"

"Tak pulak..."
"Baik aje dia layan aku."
"Macam dulu... cara dia layan orang tua. Hormat aje."
"Budak tu memang baik la Kob."
"Dunia kita bukan dunia dia."
"Lepaskanlah dia Kob..."
"Harta kau tu... balik asal la letak nama badan kebajikan macam dulu."
"Kita dah tua Kob... lepaskanlah cerita dulu."
"Bersyukurlah kau tak disabitkan bersalah sebab Roslan Li pura-pura tak ingat apa-apa malam dia hilang."
"Kira banyak dah budak tu tolong kau, walaupun dia tak nak jumpa kau lagi."

"Aku betul-betul dah anggap dia tu macam anak."
"Aku tak pernah cakap aje... tapi aku dah sayang dia macam anak."

"Dah la Kob..."
"Kau jaga kesihatan aje la ye."
"Nanti kau sakit kalau sedih aje macam ni."

Phi Chai sudah buntu mahu memujuk Akob. Kemalangan ngeri angkara kebodohan Ah Boon menyebabkan Akob kehilangan kedua belah kaki. Awalnya Akob tenang sahaja. Dia terlalu yakin Roslan Li tetap akan berpihak kepadanya.

Lebih-lebih lagi jabatan mempercayai ceritanya yang konsistan dengan beberapa bukti menunjukkan Ah Boon mengugut keselamatan Akob.

Ditambah pula dia mendengar berita daripada doktor yang sama merawat Roslan Li dan dirinya yang Roslan Li sudah ingat cerita dulu tapi dia dalam keadaan baik-baik sahaja.

Akob fikir Roslan Li tetap akan taat kepadanya. Dengan begitu yakin Akob memberitahu Phi Chai hartanya yang banyak dapat mengikat Roslan Li. Strateginya meracun Roslan Li dengan keseronokan duniawi berjaya.

Malangnya apabila berita Roslan Li selamat dibedah dan bertambah sihat, Akob tetap gagal bertemu dengan anak angkatnya itu. Roslan Li menolak sama sekali untuk bertemu dengannya. Ketika itu barulah Akob sedar Roslan Li menyalahkannya dan tidak menerimanya.

Sejak itu Akob terlihat murung ditambah pula dengan dirinya yang sudah kehilangan kedua belah kaki itu semakin tidak sihat dari hari ke hari.

@@@@@@@

Roslan Li mati tingkah.
3 pasang mata itu tidak berkelip memandang wajahnya. Makanan enak di hadapan mata mereka tidak memancing langsung.

Badriah dan Kasmah pula silih berganti memandang wajah anak-anak dan Roslan Li. Mereka rasa lucu dengan gelagat anak-anak menyantuni Roslan Li yang baru sebentar tadi masuk ke rumah mereka.

Fauzan yang biasanya banyak mulut juga mengikut cara dua abangnya memandang sahaja Roslan Li sehingga lelaki itu mati tingkah.

"Ermm... Faiz kan?"

Soal Roslan Li kepada Faiz yang leka merenung wajahnya. Roslan Li sudah ingat kisahnya dengan Faiz satu ketika dahulu. Cumanya persoalan sekarang, anak itu mengecam dia atau tidak. Faiz antara sebab dia malu untuk masuk dalam keluarga kecil Badriah. Bimbang anak itu mengecam dan membencinya.

Faiz angguk-angguk kepala.

"Faiz... mama pesan apa? kalau orang tanya jawab dengan mulut bukan macam tu kan."

Badriah mengingatkan dengan lembut. Kasmah ketawa kecil melihat gelagat cucu. Sengaja dia biarkan Roslan Li dibuli cucu dengan situasi janggal begitu.

"Ye Pakcik... nama saya Faiz."

Roslan Li senyum canggung. Sedikit senang hati mendengar suara Faiz yang kedengaran tenang dan baik sahaja.

"Ermm... Faiz nak baca doa ke Pakcik baca doa?".

Soal Roslan Li dengan senyum canggung.

"Minggu ni giliran Fahim baca doa."
Faiz jawab soalan Roslan Li.

"Oh!"
Roslan Li alih pandangan kepada Fahim yang duduk di sebelah Fauzan. Apabila mata mereka bertaut Fahim sudah tersenyum.

"Ye minggu ni Fahim. Minggu lepas Fauzan nanti minggu depan baru pakcik boleh amek giliran, sebab sebelum Fauzan, Abang Faiz dah baca."

Panjang lebar Fahim menerangkan dalam senyum yang tak hilang, yang semakin hilang sekarang ialah gugup Roslan Li bila anak-anak Badriah sudah mula bercakap dengannya dan tidak lagi memandang dirinya umpama dia sudah melakukan kesalahan besar.

"Okay... Fahim baca doa sekarang. Kang semua makanan sejuk dah tak sedap."

Kasmah akhirnya mencelah. Sejak Roslan Li masuk ke rumah sebentar tadi dia sudah paling banyak bercakap menyambut dan bertanya itu ini kepada Roslan Li yang nampak sangat gugup berat.

Dia faham masalah Roslan Li seperti diberitahu doktor kepadanya dan Badriah. Mereka biar Roslan Li ambil seberapa banyak masa yang Roslan Li perlu untuk memulihkan semangatnya selama setahun ini. Bukan kecik alang pengalaman sedih dan teruk yang Roslan Li lalui sepanjang 12 tahun ini.

"Bismillahirraahmanirrahiim...
Allahumma bariklana fima rozak tana waqina ‘azabannar
Ya Allah berkatilah segala apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan jauhilah kami daripada azab neraka.”

Suara Fahim yang kecil itu kedengaran nyaring ketika membaca doa makan. Serasa seperti di tadika pula. Mereka yang lainnya kemudian mengaminkan doa yang Fahim baca beramai-ramai. Sebak dada Roslan Li kerana Allah masih izinkan dia bernafas di bumi Allah ini untuk mengalami pengalaman indah seperti ini.

Untuk 12 tahun yang hilang, tiba-tiba dia digantikan dengan ibu, isteri dan tiga anak-anak yang benar-benar miliknya mengikut hukum Allah. Untuk keluarga ini seolah-olah dia tidak hilang apa-apa malah dia dapat lebih lagi.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

sikit lagi kita bagi abis ye. tqvm sume

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience