Sarjan Akob tidak pernah percayakan tuhan. Dia atheis. Tapi sekarang ini apa yang sedang berlaku? apa yang boleh dikatakan tentang kebetulan ini? tuahnya?
Haha...
"Siapa nama betul aku?"
"Li Choon Yew."
Untuk kali yang entah ke berapa, soalan itu diulang lagi. Sarjan Akob dengan sabar menjawab, merawat dan melayaninya. Sejak dua minggu selepas sebulan yang tegang, selepas terjaga dari koma selama lebih tiga bulan beginilah ceritanya, dia menjawab soalan-soalan yang sama berulang dan berulang.
Sepasang mata sepet itu terpejam. Tangan meraup perlahan rambut yang telah panjang. Perlahan sahaja pergerakannya. Lama juga berkeadaan begitu.
Sosok itu tidak lagi merentan atau meraung-raung seperti ketika baru sedar dari koma yang panjang sebulan lebih yang lalu. Lebih mudah di ajak berunding dan berbual. Lebih mudah memahami perbualan. Lebih tenang.
Sarjan Akob memanggil doktor terbaik daripada Vientiane, ibu negara Laos. Dia mahu yang terbaik.
"Mana keluarga aku?."
"Mak dan ayah kau dah mati. Kau anak tunggal."
"Kita tengah bercakap bahasa apa ni?"
"Sekarang ni bahasa melayu."
"Yang tadi...?"
"Tadi bahasa Cina. Bahasa mandrin."
"Kenapa aku boleh faham bahasa Cina? kenapa aku boleh faham bahasa melayu?"
"Mak ayah kau Cina. Memanglah kau boleh cakap Cina. Kau dulu duduk Malaysia dengan aku. Kita memang banyak cakap bahasa melayu."
"Abis tu yang lain-lain tu cakap apa!? kenapa aku tak faham cakap diaorang!?".
"Itu bahasa Lao. Kita sekarang di Laos."
"Orang tua tu pulak cakap apa dengan kau?"
"Siapa? Phi Chai?".
"Aku lupa nama dia."
"Dia dengan aku orang Siam. Dia orang Thailand, aku orang Malaysia. Tapi kami guna bahasa yang sama, bahasa Siam."
Dia duduk dan cengkam pula kepala kemudian dielus lagi rambutnya seperti tadi.
"Kenapa? sakit?"
Angguk.
"Kau jangan banyak fikir. Buat relax sudahlah. Lama-lama mesti kau okay."
"Kau siapa?"
"Aku?"
"Ye! Kau!"
"Aku Akob."
"Bukan... bukan...!"
"Kau siapa dengan aku!?"
"Kau anak angkat aku..."
"Biasa aku panggil kau Rock."
@@@@@@@
"Eh! Kau ni bodoh ek!."
"Siapa yang bodoh!? puan ke saya!?"
"Kurang ajar ye kau!. Kira lagi! kira betul-betul!"
"Ni puan, ni surat letak jawatan saya. Ni kunci peti cash. Ni buku ledger harian. Fail akaun. Saya tunjuk satu-satu ni. Saya tau puan memang bodoh, jadi saya tunjuk satu-satu."
"Eeiii! ei! ei! berani kau ye! kurang ajar!"
"Siapa kurang ajar!? puan ke saya!?"
"Kau.. kau..."
"Eh! kuang ajar! jangan harap aku nak bayar gaji kau bulan ni!".
"Cubalah buat! sekarang dah ada masalah dengan Bank, LHDN, KWSP, SOCSO... lepas ni ada masalah dengan jabatan buruh pulak, dengan polis. Sukanya! sukanya!"
"Keluar kau sekarang!"
"Tak payah nak halau halau ye... saya memang tak sabar nak tinggalkan pejabat ni. Puan ingat semua orang hamak sangat nak kerja sini!?"
Kerani akaun itu berlalu pergi. Meninggalkan Sharifah Zarina di dalam bilik pejabat pasar mini peninggalan Junid.
Sudah setengah tahun Junid pergi. Bermakna sudah setengah tahun dia bergelar janda setelah diceraikan Haji Fadhil dengan talak tiga.
Awalnya dia fikir tidak mengapa kerana telah mengambil banyak daripada tauke kedai emas bekas suaminya itu. Mana dia tahu kelicikkan Junid harta yang sepatutnya diletak nama Junid dan namanya tidak berlaku seperti itu.
Celaka Junid!.
Tinggal rumah besar itu sahaja, yang lain sudah digadai Junid kerana gila bertaruh judi online.
Dan...
Pasar mini ini! Celaka kau Junid!.
Pasar mini yang banyak hutang tertunggak dengan pembekal. Ada masalah dengan Bank, LHDN, KWSP, dan SOCSO.
Ini yang Junid letak namanya bersama.
Rumah besar itu dan pasar mini tak guna ini.
Dia sudah bertanya kepada kenalan yang telah mula endah tak endah menjawab. Seakan mahu mengelak dan melarikan diri darinya yang telah susut harta benda ini... hanya ada satu cara dia dapat menyelamatkan dirinya. Jual rumah besar itu dan gunakan hasil jualan untuk selesaikan segala hutang dan masalah pasar mini.
Celaka!.
Anak-anak seramai lima orang itu pun tak guna. Kalau sudah benihnya dari bapa yang celaka, anak-anak pun sama celaka macam bapak dia.
Berombak ganas dada Sharifah Zarina mengingatkan Junid dan anak-anaknya. Kepalanya pusing, dadanya sesak. Tidak sepatutnya dia menjalani semua ini di usia sebegini.
Budak berlima itu semua tak guna! tak guna!.
Silapnya kerana fikir harta yang lain masih banyak dia ikut sahaja cakap Johan mahu kereta Mercedes dan motorsikal Harley Davidson peninggalan Junid. Terus diikut tukar nama kenderaan itu kepada nama Johan sementelah geran untuk dua kenderaan itu memang ada dalam simpanan di rumah besar itu.
Menjelang ke pejabat peguam untuk urusan harta bersama tiga anak perempuannya barulah semua rahsia Junid diketahui. Junid itu tunggu masa sahaja diisytihar muflis! kau rasa!.
Budak tiga yang selama ini menempel dengannya meminta itu ini terus sahaja sukar dihubungi. Tiba-tiba!
Johar yang sudah pergi dengan bini dan janda bedebah Mak mertuanya itu sememangnya sudah lama senyap sunyi.
Dia sudah merancang seeloknya hari tuanya. Tidak sepatutnya begini!.
Sepatutnya sekarang ini seperti selalu dia berpergian bercuti. Berehat dan membeli belah. Tapi sekarang dia berada di dalam pejabat pasar mini Junid dengan seribu satu masalah yang terbukti di dalam kertas dan fail yang berselerak di atas meja.
Arghhhhh!!!
Air matanya mengalir. Sharifah Zarina tidak tahan lagi. Dia harus berjumpa dengan Haji Fadhil semula dan menggoda dudanya itu.
Tapi...
Argh! Sharifah Zarina tahu itu tidak mungkin berlaku dan tidak mungkin berjaya. Lelaki itu sudah tidak perlukan keperluan batin. Tahun-tahun pertengahan perkahwinan sudah berlaku begitu kerana itu dia terjebak kembali dengan Junid.
B@&!! $!@/! B@&!! $!@/!
Semua tak guna!
@@@@@@@
Sarjan Akob tidak suka membaca. Masa sekolah dahulu dia membaca hanya untuk menjawab peperiksaan. Pegangan dia ketika itu, cukup sekadar lulus dan dia bukan paling corot.
Tapi hari ini demi anak O Peng dia sanggup membaca. Mencari tahu, menggali ilmu. Ilmu apa? Amnesia, itu yang diberitahu doktor yang merawat Roslan Li dari Vientiane.
Amnesia retrograde.
Apabila anda mengalami jenis ini, anda akan kehilangan ingatan yang lalu samada semalam ataupun tahun-tahun yang lalu. Anda juga kerap kali tidak ingat tentang hal baru-baru ini. Kenangan lama, seperti zaman budak sekolah dahulu, biasanya akan menghilang dengan perlahan-lahan.
Sebab berlaku.
Kemalangan yang teruk di bahagian kepala atau kerana pengambilan ubat-ubat tertentu secara berlebihan dan juga kerana trauma dengan kenangan silam yang sangat menyedihkan atau menakutkan.
Gejala Amnesia
Gejala utama adalah kehilangan ingatan atau ketidakupayaan untuk membentuk memori yang terbaru. Sekiranya anda mengalaminya, anda akan menghadapi kesukaran untuk mengingat fakta, peristiwa, atau tempat. Fakta boleh terdiri daripada apa yang anda makan pagi ini kepada nama jiran anda sekarang. Anda masih akan mengekalkan daya fizikal anda, seperti kemampuan untuk berjalan, dan juga kefasihan dalam bahasa yang anda gunakan.
Aahh!
Malaslah aku nak baca. Berpinar biji mata aku rungut Sarjan Akob.
Sarjan Akob letak telefon bimbit di atas meja kopi di hadapannya. Memandang ke sudut bilik, di tepi tingkap yang terbuka baring ketiduran Roslan Li di atas sebuah katil bujang. Sebentar tadi diberi makan ubat penenang yang diberi doktor sebagai salah satu cara rawatan.
Doktor kata ingatan Roslan Li tidak mungkin sembuh. Budak itu cedera parah dan tiada bantuan rawatan awal ketika mula-mula tercedera. Terbiar begitu sahaja untuk tempoh yang lama.
Tak sangka.
Dia bertemu dengan anak O Peng dan Wei Yeen dengan cara begini.
O Peng itu dulu budak suruhannya. Mereka dalam kumpulan gangster yang sama. Bezanya dia adalah pengintip daripada jabatan. Tapi O Peng tidak tahu tentang itu dan memandangnya sebagai senior yang mesti dihormati.
O Peng.
Dia ada salah besar dengan lelaki Cina itu. Ada hutang besar dan hutang nyawa dengan lelaki yang sangat taat dalam berkawan.
Mungkin Roslan Li ini caranya untuk dia membayar hutangnya dengan O Peng. Budak ini sudah hilang ingatan.
Sekarang budak ini miliknya. Anaknya. Dia akan pupuk ingatan baru dalam kepala Roslan Li untuk percayakan dia adalah anaknya dan taat kepadanya seperti mendiang bapanya O Peng.
Dah kira cm msuk dgn jln cite nk ke prolog kan. meletup kepala nak cari jln. terpusing-pusing. mohon kwn2 kekal bersabar dgn penulis slow cm Sy ye. Sy tk de ilmu. cume suke dan minat novel je. terima kasih kwn2 masih sudi bertahan. tak terungkap bertapa Sy menghargai semua yg sudi temankan Sy di dunia NP. Syg sume
Share this novel