Faiz cepat-cepat berdiri dari bertinggung. Mengambil Faizah yang tersenyum lebar dari buai yang dihentikan berayun lalu didukung di bahagian kanan badan.
Terpinga-pinga si kecil comel itu hingga hilang senyumnya. Faiz lajukan langkah ke arah tiga orang adik lelakinya di bahagian buai untuk kanak-kanak yang lebih besar.
"Kenapa uncle?". Soal Faiz tegas dan ingin tahu sesampainya di kelompok empat orang itu.
Empat pasang mata memandang wajahnya serentak kerana muncul tiba-tiba.
"Eh!" Lelaki tua tetapi berbadan kurus tegap dan berkulit sawo matang itu seakan tersentak ketika menoleh kerana disapa tiba-tiba.
"Ini abang saya Po, yang nombor satu." Fahim memperkenalkan Faiz kepada lelaki tua itu.
"Ooo... ye ke?" Lelaki tua itu tersenyum lebar memandang wajah Faiz yang kekal dengan riak wajah ingin tahu dan berjaga-jaga.
"Ini atok yang Fauzan cerita tu." Fahim menyambung sesi mengenalkan dua sosok yang tidak pernah bertemu.
Faiz lekat memandang seraut wajah tua yang kekal tersenyum senang memandang wajah Fahim yang bersuara.
"Jom balik. Dah dekat Maghrib. Nanti mama dengan Tok Mak cari."
Faiz bersuara bernada arahan yang tegas.
Empat pasang mata itu memandang semula ke arah wajah Faiz. Pandangan pelik dan tidak puas hati.
"Alaaa... Baru main kejap. Lambat lagi nak semayang." Fauzan yang berayun di buaian berbunyi tidak puas hati.
Fahim yang sedang meriba Faliq di buai bersebelahan buaian Fauzan memberi pandangan bersetuju dengan rengekan Fauzan.
"Lain kali datang lagi." Faiz kekal tegas dengan arahan awal. Membantu Fauzan turun dari buaian yang dia hentikan hayunan.
Melihat riak Faiz sebegitu Fahim tidak berani memprotes lagi. Dia hentikan hayunan buaiannya yang memang berbuai perlahan lalu menurunkan Faliq yang berumur dua tahun itu.
"Jumpa lagi Po". Sebelum melangkah pergi Fahim berpamitan dengan lelaki tua yang jadi terdiam berdiri sekadar mampu memerhati lagak Faiz yang tegas.
Fahim salamkan tangan kecil Faliq dengan lelaki tua yang tersenyum lemah. Kemudian Farhan juga menyempat menyalami tangan lelaki tua itu selepas Faliq.
Selepas tiga adik lelakinya beransur melangkah dari kawasan buaian barulah Faiz yang mendukung Faizah mengekor di belakang tanpa menoleh lagi kepada lelaki tua yang dia tahu masih berdiri di situ memandang mereka adik-beradik.
Faiz tahu caranya tidak sopan tapi... argh! lantaklah.
@@@@@@@
Sambil membancuh teh tarik di belakang kaunter air pandangan Badriah tidak lepas mencuri pandang pada belakang tubuh suaminya yang lebar sasa di depan sana restoran.
Sedang rancak berbual dengan perempuan genit berbaju kebaya nyonya berwarna merah jambu terang dipadankan dengan jeans ketat biru gelap.
Semakin kerap perempuan itu datang makan di restoran mereka sejak sebulan ini. Perempuan yang baru bekerja di salon menggunting rambut di unit rumah kedai berhadapan restoran mereka.
"Kak..."
"Kak!"
Badriah tersentak apabila air yang melebihi mulut cawan melimpah tumpah ke kaunter lalu berleleh ke lantai dan terpercik ke kaki.
"Adoi panas!" Badriah terjerit kecil.
"Hahaha... sorry Kak Eiya bukan tak kesian tapi memang lawak. Hahaha..."
Badriah buat tidak dengar suara mentertawakan kecuaiannya. Lebih kepada malu sebenarnya. Badriah curah sedikit air yang sampai ke paras mulut cawan ke dalam sinki.
"Nah! meja sana..."
Badriah hulur cawan kaca kepada pembantunya yang masih terkulum-kulum menyimpan senyum.
"Akak jealous ye... haha"
Mahu saja Badriah mencepuk kepala pembantunya itu tapi disabarkan hatinya.
Pandangannya mengekor langkah si pembantu ke arah perempuan genit dan suaminya yang sedang rancak berbual.
Kedai ni sedap konon... pirahhh!!!
@@@@@@@
"Aik! cepatnya balik?"
Kasmah menyoal pelik. Selalunya cucu berlima ini jika ke taman permainan di hadapan rumah menjadikan suara mengaji dari masjid berdekatan sebagai aras masa pulang ke rumah.
Masih berbaki lebih setengah jam sebelum masuk waktu Maghrib.
Fauzan yang melangkah masuk ke rumah dahulu cemberut sahaja wajahnya. Fahim di belakang Fauzan mendukung Faliq yang menangis, juga sama sahaja masam kelat wajahnya.
"Kenapa ni?"
Kasmah menyoal risau. Apa kena budak bertiga ni?. Mesti dimarahi Faiz teka Kasmah.
Faiz yang mendukung Faizah masuk ke rumah kemudian segera menutup daun pintu dan berdiri di hadapan kaca tingkap. Pandangannya jauh ke taman permainan di seberang sana jalan.
"Apa Faiz? Ada apa?".
Kasmah turut berdiri bersebelahan cucu sulungnya memandang juga ke seberang sana jalan tanpa tahu pangkal cerita.
"Orang tua tu..."
"Mana?".
"Dah tak ada..."
Faiz beralih dari hadapan kaca tingkap menuju ke sofa ruang tamu. Kasmah hulur botol susu yang sudah dibancuh awal kepada Faliq yang sudah baring di sofa berbantalkan paha Fahim.
Faizah dalam dukungan Faiz sudah meronta-ronta kerana nampak botol susunya ada di tangan Kasmah.
Kasmah ambil Faizah dan duduk di sebelah Fauzan kemudian menyusukan cucu perempuannya yang satu itu.
"Orang tua mana Faiz?".
Kasmah sambung menyoal cerita yang terhenti sebentar tadi.
"Yang Fauzan cerita tu."
Balas Faiz sambil mencapai alat kawalan jauh televisyen.
"O ye!? Faiz dah jumpa orangnya. Betul la tua? Betul la atok-atok? Betul ke baik?."
Kasmah mahu tahu semua. Buru-buru soalan keluar dari mulutnya.
Mana tidaknya dia teruja mahu tahu, seminggu ini cerita cucu berdua mesti tentang 'Po'. Lelaki tua yang baik hati selalu membelanja aiskrim dan makanan ringan.
Rajin bercerita berbagai kisah dan banyak pula tahunya tentang kesukaaan anak-anak lelaki seumur cucunya Fahim dan Fauzan.
"Ye, tua Tok Mak tapi... tegap orangnya."
Tumpuan wajah Faiz pada kaca televisyen dengan tangan terhulur kerana mengacu alat kawalan jauh.
"Setakat Fahim, Fauzan dengan Faliq sekali sauk aje... habis."
Ayat penyudah Faiz selepas mendapat siaran pilihan dan alat kawalan diselit di celah tepi paha.
"Abang tu yang over! Po baik la. Dia cakap dia rindu cucu dia dekat Bangkok."
Fahim membela tetapi kemudiannya cepat sebelah tangannya menepuk-nepuk perlahan lengan Faliq yang tersentak kerana oktaf suaranya yang meninggi tiba-tiba.
"Ye la... percaya sangat! Nanti dah duduk tepi jalan tiga beradik mintak sedekah tak cukup sifat baru ingat abang!". Baran Faiz dengan jawapan Fahim.
"Dah! dah! jangan gitu Fahim. Abang cakap tu ada betul jugak." Kasmah menenangkan.
"Ramai budak kat taman tu kenapa dia nak pilih dia orang ni!?"
Faiz masih tidak puas hati. Selama seminggu ini dia tiada di rumah kerana terlibat dengan kem pemilihan di sekolah untuk menyertai kelab bola sepak.
Faiz maklum Mama dan Abah sibuk dengan restoran yang baru berumur tiga tahun. Kasmah pula sibuk di rumah dengan urusan rumahtangga seisi lapan orang.
Apabila harapkan Fahim meriakan adik-adik boleh pula bawa cerita seram. Mujur dia tidak terpilih menyertai kelab sepak bola itu kerana ketika pemilihan dia sedang demam.
Jika tidak hari ini adik-adik masih ke taman permainan berpantaukan Fahim. Masih lagi tiada siapa yang tahu dan kenal sosok Po yang mula popular dalam perbualan di rumah di kalangan adik-adiknya.
"Abis tu macam mana Faiz. Tok Mak cerita dengan Abah sekali aje hari tu. Masa hari pertama orang tua tu belanja budak-budak ni."
Kasmah meminta pandangan Faiz. Cucu sulungnya itu memang tokoh seorang abang yang bertanggungjawab. Mungkin kerana pengalaman menemankan Badriah sepanjang episod sedih anak cucunya itu.
"Semua jangan ke taman mulai esok. Sebulan ke... tengoklah macam mana keadaan." Cadang Faiz.
"Alaaa... apa ni? Sebulan? lama tu. Main handphone tak bagi, pergi taman tak boleh. Apa pun tak boleh." Rungut Fahim
"A'ah! mana boleh macam tu." Sahut Fauzan dengan kata putus Faiz.
"Sementara aje Fahim, Fauzan. Untuk keselamatan." Pujuk Kasmah.
Fahim letak Faliq yang sudah tertidur di atas sofa.
"Mandi la. Apa pun tak boleh kat rumah ni."
Rungut Fahim masih belum sudah. Fauzan ikut bangun mengekor Fahim yang sudah ke ruang belakang.
Faiz matikan diri memandang skrin televisyen yang entah cerita apa. Dia yakin dia pernah nampak orang tua itu beberapa kali sebelum ini. Sejak duduk di rumah flat lagi.
Tidak! lebih lama dari itu. Rasanya semasa Mama menyewa bilik dulu lagi dia pernah nampak sosok Po yang sekarang suka melayan adik-adiknya.
Dia 'over' sangat ke?.
Testing testing 123. Nak try cari mood yg hilang. Ada lagi kwn2 yg sudi singgah membaca. Pls komen
Share this novel