"Gaji Har plus OT sebulan 3k Mommy. Har bagi Mommy 1k sebulan, untuk Mommy guna sorang."
"Berkira Har dengan Mommy ye. Ni mesti betina dua ekor tu hasut Har kan."
Johar berdiri dan keluarkan dompet duit dari kocek belakang. Melihat itu Sharifah Zarina tarik tangan Johar supaya duduk kembali.
"Tak guna bercakap lagi kalau Mommy tetap menuduh bukan-bukan pada Mak dengan Yah. Buang masa bercakap benda yang sama berulang-ulang."
Johar sudah berdiri semula. Sharifah Zarina tarik lagi tangan Johar sehingga menarik pandangan beberapa orang di meja berdekatan.
"Kamu kalau berhabis untuk mak mertua kamu boleh aje. Dengan Mommy seribu kamu dah bising macam-macam!".
Johar bersandar ke belakang bangku. Meraup tangan ke rambut kemudian di kusal pula ke depan. Bosan dengan sikap Sharifah Zarina.
"Dua ribu balance gaji Har untuk isi rumah empat orang Mommy."
Tegas suara Johar berharap Sharifah Zarina belajar untuk menurunkan egonya. Ibunya bukan tidak faham tetapi sikap sombong menutup sifat simpatinya.
"Halaulah Kasmah tu keluar. Banyak cantik muka dia! makan tanggung berak cangkung!".
"Mak pagi berniaga sarapan dekat bawah, malam jual burger. Duit pendapatan berniaga Mak yang mencukupkan belanja rumah Har!"
Sehabis bercakap Johar bangun terus. Dia lambai pelayan restoran yang berdiri berdekatan dan hulur rm20 kemudian bergerak keluar. Terkedek-kedek Sharifah Zarina mengejar Johar.
"Har! Har! tunggulah sekejap! Mommy nak cakap ni!"
Johar tidak sampai hati. Ibunya ada masalah lutut dan berlari mengejarnya dengan kasut tumit tinggi. Dia berhenti tapi tidak menoleh. Sharifah Zarina berdiri di sebelahnya termengah-mengah.
"Har jumpa Uncle. Minta tambah duit Mommy."
Johar mengeluh tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Sharifah Zarina.
Memang dia yang tebalkan muka sebelum ini berjumpa dengan bekas bapa tirinya Haji Fadhil merayu timbang tara lelaki kaya itu untuk membayar nafkah mut'ah buat ibunya yang hilang punca pendapatan.
Walaupun Haji Fadhil mempunyai bukti dan alasan yang kukuh dan cukup untuk tidak melakukannya, tapi atas dasar perikemanusiaan Haji Fadhil bersetuju juga dengan permintaan Johar.
Johar merayu lagi supaya mut'ah itu Haji Fadhil beri secara bulanan sebanyak rm500 sebulan supaya ibunya tidak salah guna dan tetap ada pendapatan untuk makan dan minum. Johar geleng kepala dan ketawa kecil. Sungguh dia memang tidak percaya ibunya sebegini mengecewakan.
"Tolonglah Mommy... belajar bersyukur."
Merah cuping telinga Sharifah Zarina dinasihat anak begitu. Mahu dimaki anak itu sudah jauh melepasi dua lot kedai dengan langkah panjang.
Nanti kau Kasmah!
Aku kerjakan kau dengan anak kau tu, cucu kau tu sekali aku libas!.
@@@@@@@
"Orang tua tu nak pinjam lagi boss."
Rock dongak kepala. Dari bangku bilik pejabat memandang ke arah dinding kaca yang merupakan cermin dua hala. Dia dapat melihat situasi di sebelah sana bilik manakala individu di sebelah sana bilik sedang melihat cermin muka biasa.
"Siapa nama dia?"
"Samsudin Marwan. Muda dulu dia bouncer pub."
"Sekarang?"
"Entah! katanya business. Budak-budak pergi tengok, dia jual jagung bakar... malam. Tapi dia ada buat runner jugak. Ketum, daun, rokok seludup, indon."
"Sekarang dah berapa banyak?"
"Belas ribu... aaa.."
"Cari fail dia."
Kerani lelaki pejabat pinjaman komuniti itu segera ke kabinet berhampiran. Mencari dari susunan fail yang banyak beratur di rak bertingkat-tingkat.
"RM19,987.25 dengan interest.
Kerani lelaki unjuk fail kertas tebal berwarna merah jambu. Rock meneliti ringkas.
"Boleh dapat apa dari dia? cagaran dia letak?"
"Tak ada. Dulu dia dapat sebab baik dengan Boss Akob. Informer Boss dulu, pub dulu pun dia bouncer." sekali lagi mengulang maklumat.
"Dah, jangan bagi lagi. Nanti makin banyak siapa nak bayar? yang ada ni dia bayar macam mana?"
"Anak dia bayar. Kerja bengkel kain kat Jalan TAR. Cantik Boss... putih melepak. Nama dia Siti Salina."
"Anak dara?"
"Anak sorang. Janda katanya tapi tak pernah dengar nikah. Boss Akob cakap kalau Udin tak bayar, anak dia letak kat pub."
Rock bersandar. Dia malas sebenarnya macam tu. Nanti mesti ada drama air mata sebab kena paksa jadi GRO.
"Jangan bagi lagi. Kalau hutang dia dah bawah 10k baru boleh bagi."
"Okay Boss."
Kerani lelaki keluar dari pejabat. Dari cermin dua hala nampak kerani lelaki itu menerangkan sesuatu kepada Samsudin Marwan yang keruh mukanya. Kemudian keluar dari ruang lobi pejabat pinjaman komuniti.
Rock suka di sini. Sebelum ini Akob letak dia di pub, dia tak suka. Hari pertama dia muntah-muntah dan pengsan di situ. Muzik yang berdentum-dentum menyakitkan kepalanya. Sakit yang tidak boleh dirunding.
Tapi di sini dia di arah Akob supaya bengis sentiasa. Jika tidak hutang sukar dikutip. Dia di sini nampaknya serasi. Akob pun setuju cara dia mengendalikan pejabat kredit komuniti ini.
Rock sendiri pelik dia mampu mengurus akaun dengan baik. Akob kata dulu dia belajar akaun di kolej swasta atas biaya penuh dari Akob. Maknanya besar sungguh jasa bapa angkatnya itu.
Sudah setahun dia di sini sejak pulang dari Laos. Tapi Akob memantau hidupnya ketat. Bimbang dia buat perangai macam dulu kata Akob. Masalahnya dia langsung tak ingat dulu dia macam mana.
Orang tua tu pesan jangan terjebak perasaan dengan perempuan. Nak pakai boleh tapi jangan beri hati. Jangan juga bertukar-tukar bimbang dapat penyakit.
Sibuk cerita dia dengan Anong dah lama tak tukar-tukar. Macamlah Rock nak percaya. Dia cuma lupa tapi tak bodoh, Anong tu muda lagi, dah lama sejak bila? tak kan Anong darjah enam. Agak-agaklah nak propa dia pun. Akob... Akob.
Tapi cerita-cerita lain dia percaya dan berterima kasih pada Akob sebab sudi jaga dia selepas kematian ibu bapa. Ceritanya konsistant dan logik dengan apa yang menimpa diri dia.
Okay apa hidup Rock.
Kerja, makan, lepak-lepak, pukul orang sikit-sikit, balik, tidur. Dia lupa semua cerita dulu, tapi di sini dia belajar kehidupan daripada cerita-cerita peminjam.
Macam-macam cerita. Sedih, sadis, seram, geli, menyampah pun ada semua kerana duit. Sebab tu dia titikkan kesimpulan hidup dia okay. Selesai! jangan fikir banyak-banyak. Masalah orang lain pula tu. Nanti sakit kepala tak berbaloi.
@@@@@@@
Johar itu baik sangat. Kasmah bersyukur jodoh Badriah dengan Johar, walau cara bersatunya pasangan itu amat menyedihkan.
Sesal ada tapi tidak berani disalut ke hati. Ini semua berkaitan takdir. Sungguh pun tak warak, janganlah dia tidak beriman dengan qada dan qadar Allah. Jodoh dia dengan Junid, jodoh Badriah dengan Johar sudah tertulis begitu.
Dulu ralat juga tidak dapat bermenantukan Roslan Li. Tapi sekarang, bagi pihak Badriah... Allah Maha baik Maha mengatahui. Kalaulah begitu dulu, sekarang ini Badriah seorang balu, mungkin dengan seorang anak. Terkenang hidupnya yang susah ada anak masih belajar sudah hilang ayah. Memang susah.
Baru-baru ini orang Jabatan memberi berita terkini, Roslan Li disahkan meninggal dunia. Mereka jumpa cebisan pakaian dan tulang yang katanya milik anak malangnya.
Sedih di hatinya usah ditanya. Anak itu dia tolong menjaganya sejak lahir. Roslan Li yang baik. Dari lahir baik perangai, senang dijaga tak banyak ragam. Macam tahu-tahu saja ibunya tinggal seorang tidak berayah.
Kasmah tidak kenal baik Yoke Peng mendiang suami Wei Yeen kerana lelaki itu bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu sebuah syarikat apa entah.
Wei Yeen tinggal seorang diri di rumah sewa bersebelahan rumah sewa Kasmah. Bila ditanya kenapa tidak ikut Yoke Peng tinggal di Kuala Lumpur, Wei Yeen jawab sama sahaja dia akan di tinggal seorang kerana kerja Yoke Peng tidak setempat.
Wei Yeen sudah biasa dengan Taman Universiti dia tidak mahu tinggal di Kuala Lumpur yang sibuk. Hingga Wei Yeen hamilkan Choon Yew dia tetap tinggal seorang di sini.
Cukup tujuh bulan usia kandungan, Wei Yeen terima khabar sedih, suaminya meninggal kemalangan. Dilanggar lari dan tiada saksi.
Hari yang sama dia menolong menghantar Wei Yeen ke hospital kerana tumpah darah tapi kandungannya Alhamdulillah selamat. Di situlah peranan Kasmah dalam keluarga dua beranak itu bermula.
Kasmah tidak pernah menganggap Roslan Li orang luar. Sedih sungguh bila orang tuduh yang bukan-bukan hubungan murninya dengan anak itu.
Tapi bila berpisah tempat tinggal dia nampak Roslan Li sudah tidak sayangkan Badriah sebagai adik. Matanya sebagai ibu tahu anak muda itu sukakan Badriah. Sebab itu dia berniat menyatukan mereka berdua.
Tadi dia mengenang Johar sebenarnya boleh pula jauh sampai ke Roslan Li.
Hidup dengan ujian berpisah tiada. Dapat menantu baik masalah pada besan pula. Apalah masalah Sharifah Zarina dengannya. Hajat di hati mahu juga dicepuk muka Sharifah Zarina tapi kesiankan air muka Johar sebagai anak dan menantu.
Tapi besannya itu memang hantu. Tengoklah nanti kot kot dia boleh hilang akal dapat mencepuk Sharifah Zarina se das dua. Bestnya!
Beralah sajalah. Bukan tak biasa hidup beralah. Itu lebih baik. Mudah-mudahan giliran menunggunya di padang akhirat jadi singkat masa kerana suka beralah.
Amin Ya Allah.
blh ye mcm ni. msih blh faham dan mcm logik jln cite kn. idea tk de. asyik bercerita tk ada isi. nk gerak kn watak tk tau cm ne. tqvm sume msih bertahan di sini
Share this novel