Bab 37

Drama Series 23522

Nyut, nyut.

Ya, berdenyut gila. Macam nak mampus rasanya. Ini semua salah Akob. Mengajak dia meraikan pelanggan daripada syarikat pelancongan. Syarikat yang menandatangani perjanjian itu akan menempah perkhidmatan rangkaian restoran Akob untuk semua trip kumpulan pelancong asing milik mereka.

Dia hanya minum setin bir. Hanya buat syarat 'Yam Seng' selepas tandatangan diturunkan di kertas perjanjian. Kemudian... beginilah setiap kali. Tertonggeng-tonggeng dia apabila pagi memujuk kepalanya jangan meletup.

Bongok betullah Akob ni! Rock menyumpah dalam hati. Dia baring terlentang sambil tangan meraup-raup kepala depan ke belakang.

Apa aku mimpi malam tadi tu? kenapa asyik muka yang sama dia mimpi setiap kali. Dulu-dulu dia akan lupa wajah-wajah dalam mimpinya apabila pagi. Tapi sekarang selepas hampir sepuluh tahun untuk mimpi yang sama berulang-ulang, dia sudah semakin mengecam wajah-wajah itu. Tidak jelas tapi semakin berbentuk.

Siapa mereka tu?.
Kenapa sedih benar wajah-wajah itu memujuknya pulang ke rumah. Rumah mana? Johorkah? Sebelum dia terlupa kerana amnesia adakah dia merahsiakan apa-apa daripada Akob?.

Atau ada perkarakah yang Akob tidak tahu dia buat di belakang bapa angkatnya. Atau... Akob sendiri yang merahsiakan cerita dahulu daripada pengetahuannya.

Argh! kusutlah! sakit! tahu tak sakit!?
Malaslah fikir! Sakit!.

@@@@@@@

Badriah letak kepala ke tilam. Di tepi bantal yang Johar baring ketiduran. Ditidurkan doktor kerana tahap kesihatan suaminya itu. Merenung wajah kacak tapi pucat Johar.

Tiada siapa menyangka begini ceritanya. Badriah langsung tidak bersedia. Johar yang tuan punya badan juga tidak dapat menerima kenyataan ini.

Kanser paru-paru. Tekaan awal mungkin gaya hidup Johar di waktu remaja, Johar yang sebelum ini perokok tegar dan pencemaran dari kilang tempatnya bekerja. Semuanya kemungkinan punca penyakit yang menimpa Johar.

Tiada tanda awal. Johar yang tumbang di rumah apabila di bawa ke hospital hasil ujian yang dilakukan jawapannya kanser paru-paru!. Sudah tenat dan doktor minta Badriah seisi keluarga bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Apa itu?.

Bagaimana mahu Badriah khabarkan kepada Faiz yang sangat rapat dengan ayahnya. Fahim yang belum cukup usia tiga tahun pasti rasa kehilangan bila Johar tidak mampu melayannya bermain seperti selalu. Baby Fauzan juga bagaimana?.

Bagaimana?.

@@@@@@@

"Tok Mak, ayah sakit apa?"

"Tok Mak pun belum tau Sayang. Nanti mama telefon Tok Mak tanya ye."

Kasmah memujuk Faiz yang tidak senang duduk sejak seminggu ini. Tidak pernah Ayah dan Mama berpergian lama-lama meninggalkan mereka adik beradik.

Faiz harapan Kasmah untuk menolong menjaga adiknya Fahim dan Fauzan. Kasmah terpaksa berjualan semula untuk mencukupkan yang kurang.

Dalam masa seminggu sahaja sudah banyak duit simpanan yang susut. Kasmah berdoa Allah jauhkan dia dari berfikir yang tidak-tidak tentang kesihatan Johar.

Walaupun Badriah tidak menceritakan sepenuhnya kerana gagal membina ayat yang lengkap setiap kali bertelefon entah mengapa hatinya selalu memikirkan hasil tidak baik.

Sengaja dia menyibukkan Faiz dengan meminta pertolongan kerja rumah dan urusan adik-adik untuk mengalih perhatian anak itu. Faiz sudah darjah tiga sedikit sebanyak cucu seorang itu cukup cekap memahami cerita hanya dengan mendengar. Kasmah tidak mahu cucu itu sedih dengan kesihatan Johar yang merosot.

Fahim tidak mengapa, cucu nombor dua itu boleh disibukkan dengan permainan. Malam waktu tidur sahaja ada sedikit masalah kerana sudah biasa tidur dengan Johar. Maklumlah kecil lagi sudah dapat Fauzan.

Mujur Badriah mendengar nasihatnya menyimpan susu badan untuk tujuan kecemasan Baby Fauzan. Sekarang benar-benar kecemasan tidaklah bayi empat bulan ini putus bekalan susu ibunya kerana Badriah terpaksa tinggal di hospital.

Kanser paru-paru.
Badriah telah memaklumkan kepadanya dalam esak tangis yang sayu. Dia sebagai ibu terkedu seketika dengan berita yang diterima. Besarnya ujian si anak menantu.

Ya Allah,
Ampunkanlah dia jika kerana pernah berkata bersyukur jodoh Badriah dengan Johar bukan dengan arwah Roslan Li. Ampunkan dia yang tiada ilmu walau sekuman. Ampunkan fikiran dia ketika itu.

Astaghfirullahhalazim,
Astaghfirullahhalazim,
Astaghfirullahhalazim.

Ya Allah,
Tolong bantu mereka. Kasihanilah mereka. Sembuhkanlah Johar Ya Allah. Izinkanlah mereka bersatu kembali di rumah ini sebagai keluarga bahagia.

@@@@@@@

"Aku cakap perempuan menyusahkan... bukan aku tak bagi kau pakai perempuan."

Rock teruskan mencincang halus daging di atas papan pemotong. Menu daging bistik.

"Hoi! kau dengar tak?."

Murung Akob dengan perangai buat tak peduli si Rock. Sudahnya dia sergah Rock dengan pakej menendang bangku terdekat ke kaki Rock yang berdiri. Apasal perangai yang ni mengikut walau budak ni sudah amnesia.

"Ce kau straight to the point. Apa cite?"

Tetap juga tangan yang memegang dua bilah pisau pemotong daging yang besar, mencincang halus daging di atas papan pemotong. Kisar tak sedap kata Phi Chai ketika mengajarnya memasak menu daging bistik dahulu.

"Rose..."

"Ha... kenapa?"

"Dia tanya aku... kau function ke tak. Dia goda-goda kau tak layan kata dia."

Rock senyap kembali. Tangan terus bekerja mengambil sebuah besen sederhana besar kemudian memasukkan daging yang telah dicincang.

"Hoi!"

Sakit betul hati Akob berurusan dengan budak biul ini.

"Tak."

"Tak macam mana?."

"Tak la... kalau Gemuk dengan budak-budak dia bukak video tu aku naik sikit aje."

"Apasal kau tak cakap aku."

Patutlah dia tak pernah dengar Rock meraikan kedatangan GRO baru. Sedangkan pekerja-pekerja Akob yang lain berebut-rebut ambil giliran. Hampir sepuluh tahun baru dia perasan.

"Kau nak buat macam mana? hisap!?... hahaha!"

"Eh! bodoh kau! jumpa doktor la bodoh!."

"Aku tak kisah, yang kau sibuk apahal?."

"Rose berkenankan kau."

"Tak nak aku. Geli siak."

Rose anak tuan punya kompleks perniagaan di Bukit Bintang. Bapanya sudah mati setahun yang lepas. Sekarang mewarisi harta bapanya. Rock tahu tak mungkin Rose sukakan dia yang berparut dan berjeramus. Ini mesti rancangan Akob mahu mendapatkan kompleks perniagaan itu.

Rose itu tua sepuluh tahun dari Rock dan berbadan gempal. Setiap kali Rock terserempak dengan Rose pasti perempuan itu bersama lelaki yang berlainan dan lebih muda. Aksi panas perempuan itu juga dia pernah lihat beberapa kali. Serius! Rock geli. Uweekk!

"Kau la goda dia. Suruh aku buat apa?. Kau sendiri geli lagi nak suruh aku." Sumpah Rock.

"Aku kesiankan Anong. Lagipun aku mana tukar-tukar perempuan!."

"Kau dah kayalah Kob. Harta yang ada ni pun mati kau tinggal." Pendapat ikhlas dari Rock.

Rock sedang menggaul daging dan beberapa bahan lain menggunakan tangan yang sudah disarung plastik.

"Kalau aku mati, semua ni kau punya."

"Kalau aku mati dulu?. Yang ada ni pun kau sakit kepala nak handle. Dengan perangai budak-budak lagi. Biar sikit tapi dapat diraikan semaksimum."

Betullah pulak cakap si biul ni. Akob gosok-gosok dagunya yang bertunggul kasar.

"Betul ni kau tak nak?"

"Betul, terima kasih, aku tak nak, titik!."

Tangan terus bekerja. Sebentar kemudian semerbak bau daging bistik Rock goreng selepas di celup ke dalam telur.

"Dulu kenapa kau tak cakap?."

"Cakap apa?."

"Barang kau la tak function!."
Geram betullah bercakap dengan budak ni.

"Dulu tu bila?"

"Masa kat Laos lah, masa senang ada doktor!."

"Hahahaha... masa tu kepala atas aku lagi sakit sampai aku tak tau apa keperluan kepala bawah. Hahahaha..."

Sambil membalikkan daging di dalam kuali berdekah-dekah Rock ketawa bercerita tentang dua kepalanya. Akob turut tersenyum. Biul...

"Kalau nak berubat kat sini kena pergi doktor tak bertauliah. Takut bahaya pulak."

Rock senyap sahaja meneruskan kerja kerana dia sudah sedia maklum. Akob sudah memberitahunya.

Kad pengenalan dia yang ada sekarang palsu. Kad pengenalan sebenar hilang ketika dia terlibat dalam pergaduhan dahulu kata Akob. Jika dia pergi mendapatkan kad pengenalan sebenar pasti polis dapat mengesan dirinya dan kes akan dibuka semula.

Dia percaya kata-kata Akob kerana dia melihat sendiri sijil lahirnya dan nombornya sama seperti kad pengenalan palsu yang Akob beri kepadanya.

Tidak mungkin dia mahu biar dirinya ke penjara kerana kes menikam orang dahulu dan beberapa kes lain antaranya mengedar dadah mengikut cerita Akob.

Dia cuma terlupa dengan cerita dahulu tapi dia tidak bodoh untuk memahami akibat daripada cerita-cerita Akob. Lebih baik hidup begini daripada merengkok di dalam penjara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience