Bab 16

Drama Series 23522

Sharifah Zarina letak semula telefon ke dalam beg tangan. Memandang lurus ke hadapan. Nak kira macam mana ye... oh! nyanyi satu lagu dulu. Habis satu lagu baru boleh gerak.

Maka menyanyilah Sharifah Zarina dengan suara sumbangnya lagu Anggapan Mu nyanyian asal Ziana Zain. Bersungguh-sungguh dia menyanyi melayan rasa hati antara gemuruh dan senang hati dengan rancangan dan idea asal dari Junid bekas suaminya.

Ok! Dah habis!
Sharifah Zarina hidupkan enjin kereta dan memandu perlahan. Seminit kemudian berhenti di hadapan rumah besar Junid.

Amboi!
Mentang-mentang bil api bukan kau yang bayar, satu rumah lampu kau pasang ye!. Maki Sharifah Zarina di dalam hati. Dia menunggu lagi di situ dan dalam kiraan sepuluh berhenti dua buah kereta di hadapan dan belakang keretanya. Sebuah kereta proton wira di hadapan dan di belakang sebuah kereta peronda polis.

"Eh! kenapa ni?"
Soal Sharifah Zarina berbunyi panik.

"Assalamualaikum!" Soalan Sharifah Zarina di balas dengan salam oleh seorang daripada kumpulan beberapa orang lelaki berkopiah dan berbaju melayu. Anggota patrol polis berdiri berdekatan.

"Waalaikummussalam." Sharifah Zarina menjawab sebal.

"Ni rumah puan ke?"

"Bukan... ni rumah bekas suami saya. Kenapa encik?"

"Puan tinggal di sini?".

"Tidak!".

"Siapa tinggal di sini?"

"Bekas suami dengan anak-anak aje tinggal kat sini. Err... Mak dia, bini baru dia dengan anak tiri perempuan sorang."

"Kami dapat aduan ada berlaku pasangan bukan mahram tinggal serumah."

"Tak mungkinlah".

"Puan ada cara untuk kami masuk ke rumah buat siasatan."

"Ermm... kejap! Bekas suami ada bagi kunci kalau anak-anak ada kecemasan. Tapi tak tau mana satu kuncinya. Kejap ye." Sharifah Zarina menyelongkar laci di bawah dashboard.

"Cuba kunci yang ini." Konon-konon masih mencari Sharifah Zarina hulur segugus kunci ke tangan lelaki berkopiah hitam.

Kunci di tangan lelaki berkopiah hitam bertukar pula ke tangan anggota patrol polis yang menunggu. Sharifah Zarina masih berpura-pura membelek beberapa lagi gugus kunci di dalam laci kereta.

Kumpulan lelaki telah bergerak ke pintu pagar. Membuka pintu pagar sisi yang kecil dan masuk ke dalam anjung rumah.

"Oh! betul ye kuncinya tu!?"

Terkedek-kedek Sharifah Zarina mengekor mereka masuk ke dalam anjung rumah. Mereka yang ramai itu telah pun membuka mangga pintu grill.

"Puan ke depan." pelawa salah seorang daripada kumpulan lelaki itu dalam nada berbisik. Ketika itu kunci pintu kayu telah di buka dan pintu di kuak pantas.

"Allah!!!"
"Har! apa Har buat ni!?". Pekik Sharifah Zarina kuat melihat pemandangan di hadapannya apabila pintu terkuak luas.

"Mereka bukan mahram ke?" Soal salah seorang dari kumpulan lelaki itu.

"Bukan encik!"
Jawab Sharifah Zarina dalam nada marah dan terkilan.

Kerlas kau Pah!.

@@@@@@@

Kasmah buka mata. Tak boleh! Kasmah cuba lagi. Masih gagal. Kasmah pasang telinga mendengar bunyi-bunyi di sekelilingnya cuba memikir kemungkinan keberadaannya. Bunyi yang sedikit itu terlalu asing di telinga Kasmah untuk dia meneka.

Allah!.
Aku kat mana ni?
Kasmah menyoal diri sendiri. Mengerah akalnya supaya berfungsi dan dapat mengingat kenapa dia terbaring dengan badan yang terasa amat lemah dan kepala yang sakit berat.

Allah...
Hausnya. Nak air...
Mana Badriah? Dia terlalu dahaga. Mana anak baiknya? Dia mahu meminta tolong mengambilkan segelas air.

"Air..."
"Nak air..."
Kasmah merengek sedih. Dia haus. Mulut dan tekaknya terasa amat kering.

"Allah... nak air..."

"Mak!"
"Mak!"
"Nurse! nurse! mak saya dah sedar!".

Itu...
Suara Badriah anak baiknya.

"Shhhh! jangan jerit! orang lain nak tidur!".
Terdengar satu suara asing memberi arahan kepada anak baiknya. Kemudian dari arah kiri Kasmah, tangan milik suara asing itu memeriksa tekanan darah dan nadinya.

"Puan..."
"Puan Kasmah boleh buka mata?"

Mendengar soalan itu Kasmah cuba sekali lagi dengan susah payah mencelikkan matanya yang bagai di gam rapat.

Al hasil Kasmah nampak cahaya dari satu lampu besar yang terpasang di atas siling jauh di hadapan ruang luas wad hospital. Lebih tepat di atas kaunter jururawat.

"Puan rasa macam mana?"

Rasa macam mana?
Sakitnya kepala Kasmah bagai sudah dihempuk dengan dulang di lapis tujuh.

"Air... nak air..."

Dari tepi sebelah sisi kanan Kasmah dengar terburu-buru pergerakan. Terdengar bunyi air dituang ke dalam gelas. Bunyinya sahaja sudah membuatkan Kasmah tidak sabar mahu merasa nikmat air lalu di tekaknya. Dia benar-benar kehausan dan kekeringan.

"Mak... ni Mak... air Mak."

Suara lembut itu... rindunya rasa hati Kasmah pada Badriah anak baiknya. Kenapa Kasmah rasa bagai sudah lama benar tidak bersua anak manisnya itu.

Terasa tangan lembut Badriah mengampu tengkuknya supaya sedikit tinggi kemudian menolong Kasmah menyisip air di dalam gelas yang di sua ke bibirnya.

Allah..
Nikmat Tuhan-mu yang mana dapat Kamu dustakan.
Tiba-tiba ayat itu melintas di kepala Kasmah usai air itu melalui mulut dan tekaknya.

"Mak..."
"Mak okay?"

Kasmah pandang wajah anak baiknya. Tudungnya senget. Pucat sangat. Mata sembab dan bengkak.

Tepi bibir itu bengkak dan luka?.
Kenapa?.

Anak baiknya...
Kasmah menangis mengongoi-ngongoi. Kasmah pejam mata rapat. Dia malu dengan anak ini. Dia zalim pada anak ini. Dia gagal menjadi pelindung kepada anak ini. Dialah punca anak ini tidak bahagia.

Satu persatu cerita terbayang kembali di mata Kasmah. Kasmah jerit kuat-kuat. Tidak! tidak! tidak!

"Mak! mengucap Mak!"
"Sabar Mak... sabar."

"Panggil doktor!"
"Puan Kasmah!. Puan Kasmah!"
"Dik! awak keluar dulu."

Doktor datang dan langsir sudah ditarik menutup sekeliling katil Kasmah.

@@@@@@@

"Nikahkan sekarang jugak!"

"Tak perlu macam tu encik Junid. Orang yang disyaki boleh membela diri dengan mengambil peguam syarie."

"Tak! tak! saya tak nak macam tu! sorang anak saya, sorang anak tiri saya. Encik dengar tadi Johar cakap setiap kali dia tinggal berdua dengan Badriah benda ni jadi! Mahkamah ke, lawyer ke, orang yang disyaki ke bela diri ke semua tu kemudian! Apa yang saya tau malam ni jugak nikahkan diaorang. Borang semua kemudian baru isi. Saya bayar semua saman. Janji budak berdua ni malam ni jugak nikah!"

Air mata Badriah jatuh lagi. Berderai-derai menimpa ribanya. Dia duduk di surau hospital seorang diri. Mak di dalam wad. Doktor tidurkan Mak supaya Mak dapat berehat menenangkan diri. Supaya tekanan darah tinggi Mak terkawal.

Badriah sentuh bibirnya yang bengkak dan luka di tumbuk Ibu mertuanya.

Ibu mertuanya!
Hahahahaha hahaha hahahaha hahahahaha hahahaha hahahahaha hahahaha hahhahahahhaa hahahahhahh

Seronoknya ketawakan diri sendiri.

@@@@@@@

Roslan Li berlari anak masuk ke dalam balai. Sudah seminggu berlaku baru hari ini dia dapat cerita. Patutlah panggilannya kepada Acik Mah dan Badriah tidak berjawab selama seminggu ini.

Mujur dia dapat menghubungi adik Alam meminta bantuan budak itu mencari tahu apa sudah berlaku.

Mujur juga dia sudah memohon cuti. Tapi cutinya selama lima hari itu hanya akan bermula dua hari lagi. Jadi dia mahu memohon cuti kecemasan untuk hari ini dan esok.

Dia mahu berada di samping Acik Mah dan Badriah. Memberi sokongan dan bantuan. Lebih tepat dia mahu tahu secara terperinci apa sebenarnya yang terjadi.

Benarkah?
Tidak! tidak! tak mungkin gadis kecilnya sudah menjadi milik orang lain.

@@@@@@@

"Kan senang macam ni. Saya dapat bibik, Har dapat bini, awak dapat saya... Arghh..."

Junid terjerit apabila pinggangnya diketam jari Sharifah Zarina. Kemudian dia dan Sharifah Zarina yang berbaring di bahunya ketawa mengekek-ngekek.

Hanya selimut membalut dua tubuh tua kutuk itu yang terbaring di atas katil hotel dua bintang di Kota Singa. Selepas senaman berat sebentar tadi mereka terbaring kelelahan.

"Saya dah cakap kan orang dua beranak tu bendul... bodoh pulak tu. Mula-mula aje melawan. Lepas saya penampar dia dua tiga kali dalam kereta dan cakap nak bunuh Yah terus follow aje arahan saya."

Pertama kali Sharifah Zarina tidak membebel dan hanya tersenyum senang hati. Johar sudah berbini. Walaupun calonnya dia tidak suka tapi melihatkan emak bodoh menantunya itu dia senang hati bagi pihak Johar. Anaknya tidak akan dihina-hina sebagai bekas penagih.

Untuk mendapatkan menantu yang diminta anaknya itu dia tidak perlu merendahkan diri pergi meminang. Harga air mukanya tidak jatuh di hadapan Kasmah.

Johar juga tidak akan mengugutnya mahu kembali menagih selepas ini. Bini yang Johar idam sudah anak itu dapat. Junid memang bijak. Sebijak kepala otaknya ketika memeras suaminya sekarang suatu masa dahulu sehingga boleh menjadi kaya seperti hari ini.

Ceritanya sekarang Sharifah Zarina orang paling untung. Semua dia dapat. Semua dia yang punya. Memang bertuah dia dilahirkan dengan wajah yang cantik dan tubuh yang menarik.

Hai.....
Senangnya rasa dalam hati.

mohon jgn lah mrah dgn cite Sy ini. mse Sy pnah sorg slps suami meninggal, Sy msuk persatuan utk Ibu tunggal dan anak yatim. percayalah di situ bermcm kisah Ibu yg sorg. ibu2 ini jika punya sistem sokongan di blkng mrk InsyaAllah kebanyakn nye baik2 shj, yg Kasihan mrk yg tiada sesiapa di blkng mrk. watak Kasmah Sy ambil Dr sorg rakan yg dkt dgn Sy. ikut fikiran kita sgt tk logik utk berada di tpt itu tp ujian semua org tk sama. Sy pnah jmpe dia dlm keadaan amat kurus dan tertekan dan Sy pnah jd jahat Krn menghasut dia bepisah tp... kita mgkn blh bg pndpt hanya tuan punya badan yg tahu situasi diri. izin kn Sy jln kisah ini. Sy syg watak Kasmah krn mengajar Sy bersyukur Allah menguji Sy semampu Sy shj. sudi lah ttp bertahan dgn gangster yang cedera parah hingga ke epilog. terima kasih krn masih bersama di Bab ini. syg semua. tanpa kwn2 sunyilah tulisan Sy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience