"Assalamualaikum."
Kasmah pijak kaki kanan ke lantai di muka pintu rumah Junid untuk masuk ke dalam. Kemudian diikuti Badriah. Ke dua beranak itu menjinjit bagasi dan beg kanvas yang besar di kiri kanan tangan.
Kasmah pernah dua kali masuk ke rumah ini. Kedua-dua kali kerana Junid menjemput semua kakitangan pasar mininya untuk jamuan hari raya.
"Acik Mah, Yah... duduklah."
Serentak Kasmah dan Badriah yang termanggu-manggu segan dan kekok kerana suasana asing di tempat baru menoleh. Johan anak lelaki bongsu Junid datang dari arah dalam rumah. Mempelawa mereka duduk di sofa bersarung baldu berwarna biru.
"Janganlah malu-malu. Buat macam rumah sendiri. Daddy mana Acik Mah?"
"Parking kereta. Tadi ada tong sampah kat depan gate."
"Oh, ye ke?."
Kasmah senyum, Badriah juga senyum
Krik... krik... Malaikat lalu rasanya.
"Johan tak kerja?"
"Masih cuti Acik Mah. Amek kesempatan majlis semalam. Baru diaorang senang bagi cuti."
"Ooo... ye jugak kan."
"Yah tak sekolah ke hari ni?. Belum sihat lagi?"
"Ye Bang. Belum sihat."
Badriah jawab perlahan. Dia segan dengan Johan anak Acik Junid ini. Hanya pernah terserempak beberapa kali di pasar mini Acik Junid dan kedai makan yang Badriah kerja selepas waktu sekolah. Sebelum ini mereka tidak pernah bertegur sapa. Sekadar mengangguk kepala atau tersenyum nipis buat syarat kata orang.
"Assalamualaikum!."
Mereka bertiga menoleh ke muka pintu yang terdedah. Junid melangkah masuk dan terus menuju ke tepi dinding rumah kemudian menyangkut kunci kereta dan kunci rumah. Selepas itu mencapai pula remote pendingin hawa yang juga dilekatkan sederet dengan penyangkut untuk mengantung kunci.
"Kenapa tak onn aircond? Panas berdenting kat luar tu tau tak?".
Kasmah pandang Badriah yang juga sedang memandangnya. Seolah berinteraksi secara minda bertanya sesama mereka Junid itu sedang bercakap kepada siapa.
"An baru turun bawah ni. Duduk pun tak lagi"
Masalah selesai. Kasmah dan Badriah tersenyum lega.
Sambil menjawab Johan angkat kusyen di atas sofa satu tempat duduk kemudian duduk di situ.
"Kak Long message tadi cakap diaorang berhenti makan kat Air Keroh. Lepas makan dah tak konvoi sebab simpang dah lain-lain."
"Message Kak Long semula dah betul semua sampai rumah jangan tak beritahu pulak. Johar mana?"
"Dah pergi kerja. Masuk pukul dua."
Junid terangguk-angguk. Kasmah dan Badriah kekal matikan diri. Segan dan canggung.
"Kamu dah makan?"
"Dah daddy. Tadi Johar belikan nasi ayam kedai Noor. Daddy, Acik Mah dengan Yah dah makan?"
"Dah."
"Semalam Julie dah kemas belum bilik dia kat atas tu?"
"Entah... dah kot. Kenapa?"
"Yah duduk bilik tu."
"Meh saya tunjukkan bilik." Junid yang tetap berdiri dari tadi berpaling menghadap Kasmah dan Badriah yang duduk sebelah menyebelah di sofa dua tempat duduk.
Junid bergerak dahulu menuju ke arah tangga naik ke tingkat atas. Sempat dicapai bagasi berwarna merah dan hitam yang Kasmah dan Badriah letakkan di tepi sofa.
Kasmah dan Badriah angkat beg kanvas besar seorang satu. Hanya itu sahaja barang-barang mereka. Ketika menyewa di rumah flat semua perabut milik tuan rumah.
Oleh kerana Junid sudah berpesan supaya hanya membawa barang yang penting jadi periuk belanga juga Kasmah tinggalkan. Sedikit kesal walau bukan barang mahal. Tapi dia sudah membuat pilihan dan ada perkara harus dilepaskan.
Barang-barang kelengkapan rumah miliknya ketika Badri masih ada semua telah dijual kepada kedai barangan terpakai apabila rumah sewa yang baru telah lengkap peralatan milik tuan rumah.
Rumah itu paling murah sewanya kerana Ibu bapa tuan rumah telah meninggal dunia. Anaknya semua tinggal di luar Johor Bahru. Bimbang rumah itu terbiar tidak terjaga disewakan kepada Kasmah kerana seorang kenalan memberitahu tuan rumah Kasmah pembersih orangnya.
Semerta kasmah teringatkan Roslan Li. Anak itu yang paling bertungkus lumus menguruskan barang ketika berpindah. Badri dan Kamil anak sulungnya meninggal kerana lemas di Pantai Batu Layar, Mersing. Dia juga hampir kehilangan Roslan Li dalam kejadian malang itu kerana anak itu sedaya upaya cuba menyelamatkan suami dan anak lelaki Kasmah. ketika itu Roslan Li berumur 16 tahun dan Badriah pula dalam darjah enam.
Mereka terpaksa berpindah kerana tidak mampu membayar sewa rumah tiga bilik selepas ketiadaan Badri. Jangan ditanya socso dan KWSP arwah Badri. Kasmah tidak sanggup mengingat.
Berbelas tahun Badri bekerja rupanya majikan Badri tidak membuat potongan. Alasannya Badri yang memilih bekerja sebagai pemandu bas express bebas jadi tiada caruman dipotong.
Apabila Roslan Li tamat peperiksaan SPM jiran-jiran baru di rumah flat mula sibuk menyuruh anak itu berpindah keluar kerana Kasmah dan Badriah bukan mahram. Dia dan arwah Badri pula menjaga anak itu tanpa dokumen penjagaan yang sah dari segi perundangan.
Kasihan Roslan Li, tapi anak itu memang sangat baik berlapang dada berpindah menyewa bilik di tingkat atas sebuah rumah kedai berdekatan. Tetap juga mengambil berat urusan dirinya dan Badriah.
Apa khabar agaknya anak itu. Subuh semalam sempat mereka berbual lewat telefon ketika Roslan Li sudah selamat sampai ke Stesen Bas Kuala Dungun, Terengganu.
Ketika mereka tinggal dua beranak di dalam masjid kerana Badriah pengsan, satu pesanan telefon mereka terima dari Roslan Li memberitahu telah selamat sampai ke PULAPOL dan akan mendaftar masuk. Roslan Li tidak akan berhubung lagi sehingga tamat enam bulan latihan konstebal polis.
@@@@@@@
"Ni bilik Yah. Tapi kalau Julie balik Yah kena beralah bilik dengan dia."
Badriah mengangguk. Dia menumpang dia tiada pilihan. Badriah ambil bagasi berwarna merah miliknya di sebelah kanan kaki Junid. Dia heret masuk ke dalam bilik bagasi dan beg kanvas.
"Bilik Mak dengan Acik yang pintu putih tu. Sebelah tu bilik Johar dengan Johan." Badriah angguk lagi.
"Kalau ada apa-apa panggil Mak ye." Pesan ibunya pula sebelum Acik Junid menarik tangan wanita kesayangannya yang kini telah dikongsi kasih.
"Anak awak tu kenapa? Macam tak ada mulut." Sebelum Badriah menutup pintu bilik dia terdengar Acik Junid menyoal ibunya.
Kasihan Mak. Tapi Kasihan juga dirinya. Dia tiada perasaan mahu berbual atau cuba untuk berpura-pura dia okay. Langsung tak boleh dan dia malas mencuba. Mungkin minggu depan, mungkin bulan depan. Badriah tak tahu, yang penting sekarang ini dia tiada perasaan untuk apa-apa.
Dia rindu. Satu-satunya sosok yang boleh memujuknya di kala dia bersedih tiada di sisi. Selama lima tahun... bukan... bukan lima tahun tapi sejak dia lahir Roslan Li sentiasa ada dan sentiasa tahu apa dia perlu, apa dia rasa, sakit pening dirinya dan Mak. Tidak pernah harinya bermula tanpa melihat wajah Roslan Li.
Baru dua malam sudah terasa sakitnya rindu. Enam bulan tu lama. Lama sangat.
@@@@@@@
"Anak awak tu kenapa? Macam tak ada mulut."
Soal Junid ketika membuka pintu bilik berdaun putih. Bagasi yang Junid tarik lelaki itu letak di hadapan kabinet pakaian berpintu gelongsor.
Kemudian Junid menekan suis penghawa dingin dan kipas angin.
"Boleh Abang bagi Eiya masa? Kesian dia." Kasmah memujuk lembut
"Abang dah janji kan... bagi Eiya masa. Semua ni tiba-tiba pada dia. Saya pun tiba-tiba buat keputusan terima Abang tak berbincang apa-apa dengan dia." Kasmah menyambung lagi.
Junid duduk di birai katil dan membuka t-shirt biru yang dipakainya kemudian dibaling masuk ke dalam bakul berhampiran ampai besi rendah untuk menyidai sejadah. Kasmah yang berdiri menyandar di daun pintu yang sudah tertutup segera mengalih pandangan. Segan tiba-tiba.
"Sini!"
Junid menepuk tilam di birai katil yang sudah lelaki itu baring di atasnya.
Kasmah telan liur. Seramnya.
Langkah perlahan Kasmah ambil mendekati katil bersaiz king Junid. Dia sekadar berdiri di sisi katil sedang bercelaru menimbang tara sama ada mahu duduk atau kekal berdiri.
Junid yang sememangnya kurang penyabar meraih tangan Kasmah dan menariknya sehingga Kasmah terduduk di birai katil.
"Awak tau tak saya ni dah lama kecurkan awak?" Kasmah terkedu. Sisi Junid yang seperti ini pertama kali Kasmah lihat.
Junid yang di pasar mini sentiasa serius dan bersuara besar. Hanya apabila Kasmah berkata dia terima lamaran Junid barulah lelaki itu memilih perkataan yang baik-baik bercakap dengannya, tapi bukan perkataan seperti ini.
Kasmah tersentak dari khayalan yang panjang apabila terasa ramasan pada pahanya. Suaminya yang sudah 24 jam dinikahi telahpun mengubah posisi dengan berbaring sebelah tangan bertongkat siku dan sebelah lagi tangannya meramas lembut paha Kasmah.
"Jom..."
Bulat mata Kasmah bila Junid sudah memaut pinggangnya dan menarik tubuhnya naik ke atas katil dengan agak kasar supaya turut sama berbaring.
Badriah ni asalnya cuma watak sampingan dlm SHBA, ntah cm ne jd watak utama plk dlm GYCP. tp Sy mmg nk nmpk lain jd Sy suka guna nama2 tk komersial. cuma cm kelaka + pelik la kn utk owg skg. ce Komen ckit so far ok tk cite ni atau Sy cm mengarut je. Komen ye kwn2. pls pls pls
Share this novel