Bab 5

Drama Series 23522

"Nah"

Badriah memandang dengan ekor mata dan mengangguk kecil. Sinki masih penuh dengan pinggan mangkuk kotor dan datang lagi.

Badriah teruskan mencuci cepat-cepat. Dia penat, pinggangnya rasa mahu patah. Betisnya tegang dan tumitnya sakit.

Malam tadi dia dan Mak tidur beberapa jam sahaja. Bertungkus lumus berdua memasak juadah untuk jamuan rumah terbuka hari raya keluarga Acik Junid. Dia yang sekadar menolong memasak sahaja pun sudah sebegini penat, Mak pasti lebih lagi.Sekarang Mak di luar harus melayan tetamu yang bertandang.

Mak tahu Badriah penat sebab itu mak suruh dia di dapur sahaja mencuci pinggan mangkuk. Lagipun Mak tahu sikap Badriah yang lambat mesra dengan orang yang baru dikenali. Badriah setuju sahaja supaya Mak tidak rasa bersalah kepadanya. Badriah nampak itu dari raut muka Mak. Kasihan Mak.

Badriah terdengar juga pada hari sebelumnya majlis, Mak bertanya kenapa tidak menggunakan pinggan cawan pakai buang apabila Acik Junid mengarahkan Mak mencuci dahulu pekakas yang lama tersimpan. Acik Junid kata sudah rutin keluarganya tidak menggunakan barang pakai buang sebegitu.

Patutlah Badriah dengar cerita sudah beberapa kali selepas bulan raya pembantu rumah dari seberangnya melarikan diri di malam hari.

Belum lagi cerita sepanjang bulan Ramadan. Anak cucu Acik Junid yang pulang berkumpul setiap hujung minggu.

Badriah tidak kisah mereka balik ke sini. Sudah tentulah mereka mahu meraikan keseronokan berbuka dan bersahur di bulan Ramadan dengan bapa mereka, yang menjadi masalah langsung tidak mahu menolong memasak, menghidang atau mengemas.

Pada hari bukan hujung minggu ada sahaja kenalan dan saudara terdekat di sekitar sini dijemput datang berbuka pula. Badriah rasa sudah hilang kisah mengejar pahala hanya mengumpul dosa sahaja kerana diperlakukan seperti babu.

Badriah musykil peranan Mak di rumah ini. Acik Junid tersalah maklumkah dengan ibunya? sebenarnya mahu mencari isteri atau mencari bibik.

Empat bulan di sini Badriah fikir lebih baiklah hidup Mak yang dahulu walau dihina-hina sebagai janda daripada diperlakukan umpama hamba sahaja layaknya.

Bertapa Badriah merindui Ramadan dan Syawalnya yang lepas-lepas. Penuh sepanjang bulan Ramadan dapat berterawih kecuali hari bendera merah. Dan pagi raya atau raya ke dua boleh bersama Mak dan Abang Li berkunjung ke rumah terbuka menteri besar Johor dan Istana Johor. Selepas itu boleh duduk bersantai sehingga bersekolah semula.

Ketika itu walaupun makanan berbuka dan bersahur mereka bukankah hidangan mahal dengan satu atau dua menu tapi mereka dapat menikmati dengan penuh rasa syukur. Tapi kini walau makanan penuh meja dan mahal hanya menjadi rezeki mata sahaja kerana hilang selera akibat terlalu penat.

"Tak ada pinggan yang kering ke Yah?"

Khayalan Badriah terhenti.

"Yang dah keluar semua dah guna. Yang simpan tu kena basuh juga takut habuk dengan tahi cicak. Kak Hada lap ajelah pinggan yang baru basuh ni."

"Kenapa sediakan sikit sangat? Ingat kitorang macam kau ke tak ada saudara mara?"

Badriah diam sahaja malas menjawab. Dia penat dan menyampah. Sabar yang ada tinggal sisa-sisa. Bimbang pula dia bercakaran dengan anak sulung Acik Junid ini.

"Kenapa ni?" Soal Mak yang baru masuk ke dapur dengan tangan penuh kiri dan kanan. Tangan kanan yang membawa beberapa lapisan pinggan kotor Mak letak di sebelah kanan sinki Badriah yang masih penuh. Kemudian Mak tuju ke arah dapur menyenduk masuk rendang daging ke dalam mangkuk kosong di tangan kirinya.

"Hada tolong Acik bawak ni ke depan. Untuk luar ye yang bawah khemah."

Juhada sambut mangkuk berisi rendang daging dengan sebelah tangan. Kemudian menjeling tajam dan panjang kepada Badriah.

Jeling, jeling... cucuk dengan garfu baru tahu! Badriah mendongkol geram di dalam hati.

"Sabar ye Sayang. Mak minta maaf ye."
Mak cengkam lembut lengan atas Badriah. Dia toleh ke kiri di mana Mak berdiri dan beri Mak senyuman segaris.

"Terima kasih Eiya." Mak cengkam sekali lagi kiri dan kanan lengan atas Badriah kali ini lebih kemas dan lebih kuat sedikit berbanding tadi, kemudian Mak letak dahinya di atas bahu Badriah. Tak lama sekejap sahaja kemudian Mak berdiri tegak menepuk-nepuk dua tiga kali lengan atas sebelah kiri Badriah sebelum berpusing dan keluar dari ruang dapur.

Kasihannya Mak. Hidup ni memang ikut cakap orang binasa jadinya. Tapi hanya Mak yang rasa sakitnya menjadi janda yang kerap dikejar-kejar lelaki miang yang sudah beristeri kemudian dihamun-hamun pula si isteri yang telah memutuskan kesalahan hanya pada si janda, walau sebenarnya si janda langsung tak melayan.

Hanya Mak yang rasa sakitnya di serang-serang orang dengan tuduhan melulu dan fitnah. Sehingga Mak ambil keputusan akal singkat menerima lamaran Acik Junid.

Tak apa Mak, Eiya sayang Mak. Eiya tetap akan ada di belakang Mak sama macam Mak sentiasa ada untuk Eiya dengan Abang Li.

@@@@@@@

Kasmah sapu minyak angin di tapak kaki, ruas betis, lutut dan paha. Kasmah ulang-ulang pergerakan tangannya dua tiga kali untuk menghilangkan rasa sakit. Lengan tangannya pergelangan tangan, jari-jemari semuanya sakit juga.

Sudah diusulkan kepada Junid supaya menempah katering sahaja tetapi lelaki itu menolak. Membazir katanya, ramai di rumah boleh menolang dia memasak dan mengemas sebelum dan selepas majlis.

Al hasil pada hari kejadian hanya dia dan Badriah yang menguruskan segala mak nenek dari sehari awal hingga akhir.

Anak-anak Junid dan saudara mara mereka yang ramai hanya sedikit-sedikit sahaja menolong ketika hari langsung.

Belum dikira lagi kepenatan seminggu pertama hari raya kerana melayan anak, cucu dan saudara mara Junid yang keluar masuk rumah besar ini.

Bagi pihak Badriah anaknya, Kasmah ada sedikit sesal kerana mengambil keputusan bernikah dengan Junid. Kasihan anak itu. Dilayan bagai bibik sahaja oleh keluarga Junid. Kasmah sebagai Ibu memang kecil hati.

Kalau dia yang dilayan sebegitu dia masih mampu bersabar kerana dia yang memilih dan dia yang di akad tapi anak gadisnya terpaksa hidup dalam keluarga ini kerana keputusannya, memang sangat kasihan anak itu.

Dia silap ke?.

Kasmah yang duduk berlunjur di atas lantai, bersandar belakang badan pada daun pintu yang tertutup memandang ke atas katil melihat sosok Junid yang sedang lena tidur.

Suaminya sudah masuk tidur sejak pukul sepuluh malam. Dia dan Kasmah baru sahaja masuk bilik untuk berehat. Kasmah toleh ke muka jam di dinding, jam yang bercahaya dalam gelap itu jarum pendeknya menunjukkan pukul tiga pagi. Kasihan Badriah esok di awal pagi harus ke sekolah pula.

Pemilihan hari untuk majlis mereka anak beranak yang membuat keputusan, kerana hari Ahad mereka masih dapat bercuti untuk perjalanan pulang ke rumah masing-masing dan dapat berehat selepas penat majlis, yang kasihan anaknya Badriah tetap juga harus ke sekolah pada hari Ahad kerana negeri Johor bercuti Jumaat dan Sabtu.

Banyak perkara yang menyedihkan berlaku sepanjang hidupnya dia dapat berlapang dada menerima sebagai ujian hidup tapi empat bulan terakhir ini kenapa hatinya amat menyalahkan diri sendiri dalam membuat keputusan?. Jika ditanya jauh di lubuk hatinya yang paling dalam dia mengaku dia menyesal.

Junid yang kukuh dari segi ekonomi yang disangka mampu ditumpang hidupnya tidak menjadi seperti yang dia sangka. Maka benarlah tentang kehidupan ini duit bukanlah segalanya walau segalanya memerlukan duit.

Dahulu dia merasakn dia susah, dia dihina kerana dia tidak berduit... Kasmah ketawa sambil menggeleng-geleng kepala. Tertawakan dirinya sendiri. Berduitkah dia sekarang? Rasanya sejak bernikah dengan Junid tangannya semakin kurang memegang kertas merah biru hijau itu.

Jika Kasmah kata mahu membeli barang dapur Junid akan kata ambil sahaja barang daripada pasar mininya. Dahulu semasa dengan arwah Badri daripada duit dapur yang arwah suaminya beri itu dapat dia menabung untuk kecemasan dirinya dan anak-anak.

Mahu meminta belanja sekolah untuk Badriah sahaja habis di soalnya bagai meminta sejuta ringgit. Disuruh pula anaknya itu membawa bekal setiap hari ke sekolah.

Tidak mungkin dia minta berpisah dengan Junid. Dia faham erti perkahwinan untuk saling bertolak ansur. Masih besar harapannya untuk kuat mencuba dan menyelamatkan perkahwinan ini. Dia tidak berkahwin untuk bercerai kerana beralah dengan sikap pasangan.

Tapi rumah ini bukan untuk Badriah. Dia tidak nampak itu semua untuk anaknya. Kasihan Badriah tidak diterima oleh anak-anak Junid yang seramai lima orang itu. Hanya Johan yang berlebih kurang itupun dengan cara tak endah.

Untuk Badriah sekarang hanya satu harapannya iaitu Roslan Li. Kasmah harap sangat Roslan Li segera menamatkan latihannya di PULAPOL dengan cemerlang. Habis sahaja Badriah bersekolah akan dirayu Roslan Li menghalalkan Badriah walau dia tahu anak jagaannya itu menganggap Badriah sebagai adiknya sahaja.

Ye itu sahaja jalan kebahagiaan yang dia nampak untuk Badriah.

pls Komen dan follow Sy ye. tqvm sudi luang masa utk cerita sy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience