Bab 51

Drama Series 23554

"Sebenarnya saya ni apa?"
"Alat? Hamba? Si dungu?"
"Jabatan tuduh saya pembelot, diaorang pula syak saya pengkhianat... Jadi apa saya ni sebenarnya!?"
"Kalau Jabatan sendiri tidak percayakan saya... bagaimana dengan saya ini?"
"Bukankah dulu saya diminta menjadi pengintip yang terbaik. Untuk menjadi yang terbaik itu banyak yang saya korbankan... kebebasan, maruah diri, berkeluarga..."
"Apa yang tinggal untuk saya? di hari tua saya yang sepatutnya saya sudah boleh berehat, saya masih di kejar mereka yang tidak sepatutnya saya bermusuh. Jabatan yang sepatutnya menghargai saya mengesyaki saya pembelot!"
"Adakah mati tu pilihan terbaik dan satu-satunya saya ada?".

Beberapa orang pegawai kanan tertinggi polis yang berada di dalam wad Akob hanya diam mendengar luahan hati Sarjan pencen itu. Mereka maklum dengan rekod report yang telah mereka baca peranan Sarjan Akob sebagai pengintip, banyak membantu jabatan polis menyelesaikan atau mengekang kegiatan jenayah berkumpulan di pusat bandar.

Sarjan Akob duduk menyandar di kepala katil hospital. Dia tidak boleh ke mana-mana. Bukan sahaja kerana tangannya bergari tetapi juga di sebabkan sosok Konstebal Roslan Li yang hidup terlibat sama dalam kemalangan ngeri dengannya.

Dia juga tidak mampu ke mana-mana tanpa bantuan orang ketiga atau kerusi roda. Kemalangan itu menghancurkan kedua belah kaki Sarjan Akob. Nasibnya baik masih sedar kerana Roslan Li masih koma di wad sebelah.

Pemandu keretanya yang bersama kemalangan, meninggal dunia. Hanya Gemok yang cedera ringan dan dalam tahanan lokap polis. Dia yakin Gemok tidak akan memudaratkan dia kerana pengawal Rock itu hanya tahu dia sedang menjaga anak boss besar. Lebih daripada itu Akob yakin Gemok tidak tahu apa-apa.

"12 tahun lepas malam tu, sepatutnya saya dengan Roslan Li dah mati. Kami tunggu masa akan dibunuh."

Akob jeda seketika membaca air muka beberapa orang pegawai kanan tertinggi jabatan. Laku atau tidak ceritanya. Kerana sekarang ini yang sebenarnya nyawanya di hujung tanduk.

"Tak lama kemudian, ketua mereka dapat panggilan daripada informer mereka, siapa sebenarnya yang berpaling tadah dan merosakkan bisnes mereka."
"Saya selamat... mereka tidak lagi mengesyaki saya..."
"Hanya sebagai hadiah malam kucar-kacir itu kepala lutut saya harus menjadi galang ganti."
"Roslan Li... saya harus lakukan sesuatu untuk menolong dia. Semuanya kebetulan, tapi tak sangka tuhan menolong kami..."
"Saya beritahu mereka, konstebal Roslan Li anak angkat saya dan saya minta ihsan mereka untuk lepaskan dia."
"Asalnya mereka tak mahu dan bawa lari ke Laos untuk sindiket jual organ."
"Kalau masa jabatan sudah jumpa saya dan saya beritahu cerita sebenar... nyawa Roslan Li dalam bahaya."
"Sebulan awal itu saya terpaksa guna orang tengah merayu mereka jangan apa-apakan budak tu."
"Untungnya Roslan Li koma sepanjang masa urusan saya merayu mereka."
"Tiga bulan kemudian apabila Konstebal Roslan Li sedar, dia amnesia. Saya anggap itu cara tuhan menolong dia. Jika dia sedar... dia cuma ada semangat tapi tiada daya untuk melawan mereka semua."
"Saya ambil masa dua tahun memujuk mereka menyerahkan Roslan Li kepada saya."
"Saya terpaksa letak jawatan sebagai penjawat awam untuk pastikan budak itu baik-baik sahaja di sana."
"Tuan-tuan lihatlah hari ini,... walau selepas 12 tahun mereka tidak lepaskan kami."
"Pada umur sebegini saya tidak minta lebih. Saya sekadar mahu hidup aman."
"Tapi... pekerjaan saya dahulu tidak mengizinkan saya aman."
"Sedihnya, saya belum bersedia untuk mati... jika tidak rasanya bunuh diri adalah pilihan paling baik untuk orang yang langsung tidak dihargai seperti saya."
"Kalau tuan-tuan fikir saya bersalah... sekurang-kurangnya saya sudah senang hati... Roslan Li sudah selamat. Saya dah boleh lepaskan dia. Saya sudah ganti dengan umur saya, kebebasan saya, maruah saya dan sepasang kaki tua saya yang dah hancur."

Senyap sunyi.
Hanya bunyi degupan jantungnya sahaja yang kuat kedengaran. Pasti juga, hanya ditelinganya sahaja.

Mereka hanya senyap dengan mata terkebil-kebil memandang wajahnya. Mungkin sedang menimbang tara, mungkin sedang mengutuk... entah! yang pasti Akob gugup. Amat!.

@@@@@@@

"SI?... Kenapa SI nampak..."

"Tua?."

"Bukan, macam bertambah berat badan..."

"Gemuk sangat ke?"

"Ermm... boleh tahan la."

"Hahaha... awak kenal ni siapa?"

SI Abdul Jalil tarik sedikit Inspektor Haslam supaya mendekat.

Lama Roslan Li merenung wajah lelaki yang beruniform anggota lengkap dengan paku berpangkat inspektor.

"Allahuakbar! Wei! Alam! sorry la bro aku tak perasankan kau. Kenapa kauorang nampak lain sangat ek? Macam lama sangatlah pulak aku tak nampak kauorang."

"Kau rasa macam mana Li?"

Sebak suara Inspektor Haslam bertanya Roslan Li.

"Sakit, sakit sangat daripada kepala sampai ke kaki... semua sakit."

Hampir seluruh anggota tubuhnya berbalut dari kepala hingga ke kaki. Kemudian menyambung cerita perlahan-lahan.

"Letih... aku mimpi yang bukan-bukan. Panjang pulak tu mimpinya. Aku mimpi aku jadi gangster... anak ketua gangster."
"Bapak gangster kau nak tau siapa? Sarjan Akob! hahahaha..."
"Ada pengikut, pukul orang, aku AhLong! duit banyak! gila ah mimpi aku."
"Yang kelakar tu... gangster pun aku... tapi aku pandai masak hahahaha..."
"Aduhhh..."

Roslan Li mengaduh hingga bertemu kening. Memejam mata rapat-rapat sehingga berkerut muka.

"Rehatlah Li. Kau baru sedar. Kau cedera parah."

Inspektor Haslam menahan air mata jangan gugur. Besarnya ujian sahabat seorang ini sejak dari kecil.

"SI, Alam..."
"Maaf... boleh tolong saya?"

"Tentulah boleh. Tolong apa Li?"

"Saya nak solat... Last saya solat maghrib sebelum operasi hari tu. Ermm... berapa lama saya koma ye SI?".
"Banyak tak nak kena qada?".

@@@@@@@

"Darah beku di bahagian belakang kepala itu daripada kecederaan lama. Amnesia itu pasti berpunca daripada masalah tu."
"Gegaran akibat kemalangan teruk yang baru berlaku mungkin penyebab Konstebal Roslan Li dapat ingat semula."
"Kita dah buat MRI dan CT scan, pembedahan segera perlu dilakukan untuk membuang darah beku tu."
"Jika tidak akan membahayakan nyawa."
"Tapi, pembedahan ini sangat berisiko kerana kawasan darah beku agak besar, sudah terbiar tanpa rawatan dan bantuan pakar terlalu lama."
"Risiko pembedahan, Konstebal Roslan Li boleh terkena stroke, buta, hilang ingatan kekal dan mungkin juga lumpuh seumur hidup."
"Atau... jika pembedahan gagal boleh membawa maut."

@@@@@@@

"Assalamualaikum."

Kasmah baru siap berkemas. Jam sekarang pukul sepuluh pagi. Dia sudah berada di sini sejak pukul tujuh pagi.

"Waalaikummussalam... maaf nak. Dah habis. Makcik dah siap kemas. Nak menempah untuk esok ke?"

Soal Kasmah ramah. Orang muda di hadapannya tentulah nampak jualannya sudah habis dan sudah siap berkemas. Sebab itu dia meneka lelaki ini mahu menempah sarapan pagi untuk esok hari.

"Acik Mah sihat?"

"Sihatttt..."

Kasmah menjawab panjang dan menjadi perlahan suaranya. Siapa lelaki ini. Nampaknya seperti kenal rapat dengannya kerana tahu namanya dan berpanggilan mesra.

"Siapa ye. Acik dah tak cam orang. Dah lama tak berniaga. Ni pun baru mula dua hari."

Kasmah menerangkan panjang lebar. Mungkin lelaki ini pelanggan tetapnya sebelum dia berhenti berniaga kerana pulang ke Pernu.

"Alam Acik Mah."

"Alam..."

"Kawan Li."

"Allah! Ya Allah! Alam! Acik Mah minta maaf. Segak sangat Alam sampai Acik dah tak kenal.!"

Kasmah terjerit gembira. Tidak menyangka yang amat, anak muda ini kawan rapat arwah Roslan Li.

"Eh, tak adalah Acik. Biasa aje ni. Dah tua... Acik sihat? Eiya dengan anak-anak dia sihat?"

"Alhamdulillah kami semua sihat."

"Alhamdulillah... saya hilang nombor telefon Acik dengan Eiya, jadi saya ke Pernu. Rupanya Acik dah balik ke sini."

"Ye Alam, baru sangat lagi balik ke sini. Dalam tiga minggu. Budak-budak pun baru minggu ni tukar sekolah kat sini. Urusan sekolah budak tiga dah sudah baru Acik niaga semula."

"Eiya?"

"Eiya kerja kantin sekolah Lam. Sekolah Faiz. Senang... hantar budak-budak terus dia masuk kerja. Dekat aje... sekolah depan ni. Jalan kaki aje."

"Acik Mah..."

Inspektor Haslam terjeda seketika. Tidak tahu mahu menerangkan bagaimana. Dia membawa hajat Roslan Li yang mahu bertemu Kasmah dan Badriah sebelum pembedahan besar yang mungkin berisiko membawa kematian pada minggu hadapan.

"Kenapa ye Alam. Macam ada perkara besar aje."

"Saya datang bawa hajat orang... dia nak jumpa Acik Mah dengan Eiya. Dia tak sihat sekarang. Kalau Acik Mah tak keberatan... boleh tolong tunaikan impian dia. Besar harapan dia."

"Siapa?..."

esok Sy Cuba jmpe kn Eiya dgn Li. nk abis cpt. ce Komen ok tk cm ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience