(KEPADA KAWAN2 READER. SEMUA YANG SAYA TULIS BERKAITAN PERUBATAN ATAU KEPOLISAN MUNGKIN DAN MEMANG TAK LOGIK KERANA SEMUANYA HANYA IMIGINASI DARI SAYA PENULIS CAP AYAM. MOHON BACA MACAM ACAH-ACAH LOGIK YE HUHU TQVM SEMUA)
"Semua itu risiko pembedahan."
Kasmah dan Badriah jadi terdiam. Hilang kata-kata. Kepala ligat berfikir dan memahami duduk cerita dan perkara, banyak yang mahu ditanya tapi segala yang dikarang gagal keluar ikut mulut.
Mereka sekarang di dalam sebuah bilik khas bersama doktor pakar, Superintendent Abdullah, SI Abdul Jalil dan Inspektor Haslam.
"Kami nak puan tahu kami belum ceritakan pada dia yang dia hilang selama 12 tahun ini. Kami mahu elakkan tekanan kepada mental pesakit."
"Roslan Li fikir dia tercedera kerana operasi malam dia hilang dahulu."
"Dia tahu dia koma, dia amnesia... tapi dia tidak tahu untuk tempoh berapa lama."
"Jadi nanti harap puan beri kerjasama untuk menyediakan tahap mental yang stabil kepada Roslan Li supaya pembedahan minggu hadapan berjalan dengan lancar."
"Pihak jabatan mohon maaf atas segala kesulitan yang sudah berlaku. Pihak kami memang tidak menyangka keadaan seperti ini boleh terjadi."
"Kami harap puan Kasmah dan puan Badriah boleh beri semangat kepada pesakit. Semangat Roslan Li memang tinggi. Kami sudah ceritakan kepada dia risiko pembedahan ini dan dia bersedia untuk segala kemungkinan. Dia faham jika pembedahan dilakukan atau tidak, risikonya tetap sama."
"Puan berdua sudah bersedia jumpa Roslan Li?"
Soal Superintendent Abdullah apabila doktor pakar selesai memberi penerangan tetapi Kasmah dan Badriah kekal terdiam.
@@@@@@@
"Assalamualaikum..."
"Waalaikummussalam... Acik Mah! Eiya!."
Roslan Li terjerit kecil menyeru dua nama itu. Rindu... teramat rindu. Dia mahu duduk menyambut dua ahli keluarganya yang hanya ini dia ada. Tapi dia masih belum mampu menggerakkan tubuhnya. Hanya mampu terbaring sahaja.
Kasmah dan Badriah mendekat. Air mata bagai hujan, lebat turunnya. Sungguh mereka tidak sangka dengan ihsan Allah untuk hari ini. Bertemu kembali dengan sosok yang selama ini mereka sangka sudah pulang ke negeri abadi.
"Acik Mah dengan Eiya datang dengan siapa? maaf susahkan Acik dengan Eiya minta tolong datang jumpa Li."
Suara Roslan Li sebak, dia benar-benar kerinduan. Serasa sudah terlalu lama dia tidak bertemu dua wanita penting dalam hidupnya ini. Acik Mah nampak berusia dan Eiya kelihatan lebih matang dengan wajah cantik dan tubuh kecilnya itu. Meranakah hidup keduanya kerana dia gagal menyelamatkan mereka dahulu?.
"Acik Junid dengan Johar marah ke Acik Mah dengan Eiya datang jumpa Li?. Li minta maaf tapi Li harap sangat dapat jumpa... mungkin untuk kali terakhir."
"Ta...tak Li. Tak marah. Me... mereka tak marah. Li jangan risau ye."
Kasmah jawab dalam sedu sedan. Tidak mampu berkata sempurna. Sedih dengan nasib anaknya yang seorang ini.
"Alhamdulillah... Nanti Acik Mah sampaikan salam Li pada Acik Junid dengan Johar ye. Tolong sampaikan Li minta maaf semua salah silap Li."
"Eiya masih marah Abang? Abang minta maaf. Eiya macam mana? Eiya happy?"
Badriah terangguk-angguk laju macam burung belatuk tanpa kata-kata dengan air mata yang bercucuran. Dia mahu peluk Roslan Li melepaskan rasa rindu dan rasa bersalah atas segala kesengsaraan perasan lelaki kesayangannya ini. Tapi dia masih tahu, masih ingat batasnya.
"Li gembira sangat. Dapat jumpa Acik Mah dengan Eiya. Alhamdulillah. Ampunkan segala salah silap Li, Acik Mah. Halalkan makan minum Li, duit ringgit, peluh perih Acik Mah membesarkan Li. Li tak mungkin mampu bayar di dunia dan akhirat. Terima kasih Acik Mah, Eiya."
"Li jangan cakap macam tu. Li tak ada hutang apa-apa dengan kami. Kami yang patut minta maaf sebab mungkir janji."
"Tak, tak... semuanya dah tertulis. Li tersilap menghadapi ujian Allah, qada qadar Allah."
Roslan Li tersenyum dalam linangan air mata. Tolak tepi rasa malu kepada superintendent Abdullah, SI Abdul Jalil dan Inspektor Haslam. Perkara paling penting dia sudah luahkan permohonan maaf dan terima kasih sebelum pembedahan penting pada minggu hadapan.
"Abang Alam..."
Badriah tiba-tiba bersuara memecah kesunyian penuh kesedihan di dalam bilik wad ICU itu.
"Ye..." Inspektor Haslam tersentak.
"Sebelum pembedahan minggu depan boleh tolong Eiya?"
"Ye..."
"Boleh tolong uruskan pernikahan Eiya dengan Abang Li?"
@@@@@@@
"Eiya dah fikir masak-masak. Ini yang terbaik Mak untuk kita semua."
"Andai kata pembedahan berjaya... Alhamdulillah"
"Andai tak berjaya... itu tujuan sebenar pernikahan ini."
"Kita keluarga tapi kita terbatas kerana aurat. Macam mana kita nak jaga Abang Li nanti.?"
"Eiya nak jaga Abang baik-baik sampai Abang sembuh sepenuhnya."
Mereka sekarang di luar wad yang menempatkan Roslan Li. Berbincang dengan lebih dalam keputusan tiba-tiba yang diambil Badriah.
Badriah terangkan tujuan dia meminta dinikahkan dengan Roslan Li kepada Kasmah dan Kasmah setuju. Baik dia atau Badriah memang aurat yang membataskan mereka dengan Roslan Li.
Roslan Li sendiri terperanjat ketika di dalam tadi. Setelah diterangkan secara ringkas status dirinya sekarang ini, barulah Roslan Li faham. Namun dia tidak menceritakan secara lengkap kisah hidupnya kepada Roslan Li, sekadar memberitahu Johar sudah meninggal dunia kerana sakit.
Roslan Li setuju sahaja dengan cadangannya memandangkan dia sememangnya sangat menyintai Badriah. Dia rindu gadisnya untuk suatu tempoh perpisahan yang dirasakan amat panjang dan mendera emosinya dengan teruk.
Kasmah menurut sahaja. Dia sudah tua, dia hanya mahu anak-anaknya. Dia hanya mahu kegembiraan mereka. Tiada lain yang mampu dia fikirkan selain rasa syukur Roslan Li masih hidup. Dia rasa bersalah dengan cerita perpisahan dahulu.
Inspektor Haslam ada di situ hanya mendengar sahaja. Dia tahu kisah cinta Roslan Li dan Badriah yang tidak kesampaian suatu ketika dahulu. Jika hari ini Badriah berkeputusan menerima Roslan Li dia senang hati untuk sahabatnya yang seorang itu.
Doktor sudah terangkan tahap kesihatan Roslan Li. Betul tindakan Badriah jika menikahi Roslan Li kerana aurat. Siapa lagi yang boleh diharapkan menjaga Roslan Li jika bukan dua orang wanita ini. Kasmah dan Badriah sahaja saudara yang Roslan Li ada.
Mudah-mudahan pembedahan pada minggu hadapan berjaya.
blh la ye. ckit lg nk jln kuar ni.
Share this novel