"Kau kawan aku... Rock pun kawan aku."
Ah Boon kacau-kacau kopi yang masih berasap nipis perlahan-lahan. Memikirkan kenapalah dia buang masa ajak Phi Chai berjumpa sedangkan sudah kenal sangat dengan perangai Phi Chai. Hati baik, taat dan sangat mengenang budi.
Memang tak dapatlah dia meracun Phi Chai kerana dia tidak pernah berbudi kepada Phi Chai. Hanya rapat sebagai kawan yang suka mengambil kesempatan atas sifat setia kawan Akob dan Phi Chai sedari kecil di watt Buddha.
"Kau taat mengikut dia apa kau dapat? Harta dia semua dah letak nama kau ke kalau dia mati.?"
"Apa kena kau ni Boon? Lama tak jumpa tiba-tiba nak ajak aku dengan Akob bergaduh dah kenapa?."
"Salah kitorang ke kau salah urus bahagian kau.?"
"Macam ni la Chai, aku pun tak mahu buat kerja dulu... kau pujuk la Akob bagi pub tu kat aku."
"Apa kebendalah kau ni. Orang tu susah payah kau suka-suka hati aje mintak macam tu. Dahlah kau tiba-tiba datang cakap besar, kurang ajar, ugut-ugut."
Phi Chai bangun dari bangku yang dia duduk. Menyeluk kocek seluar mengeluarkan not rm50 dan diselit di bawah cawan minumnya yang sudah kosong.
"Aku belanja kau. Agak-agak kepala kau dah betul baru ajak aku minum lagi. Kita dah tua Boon tak usahlah nak buat perangai dulu-dulu."
Ah Boon tidak menjawab sekadar memandang belakang badan Phi Chai yang sudah melangkah jauh menyeberang jalan. Telefon tangan di atas meja Ah Boon capai.
"Kumpul budak-budak. Semua sedia tunggu aku bagi arahan dalam waktu terdekat ni."
"..."
Jaga kau Akob!.
@@@@@@@
6:15 am
Sebuah van berwarna jingga berhenti di hadapan bangunan lima tingkat. Dia nampak budak lelaki yang menolak hadiah rm100nya masuk ke dalam van itu.
Perempuan bertubuh kecil yang mengendong anak kecil di tangan kiri masih berdiri di tangga kaki lima melambai-lambai kepada van yang sudah bergerak. Seorang lagi budak lelaki sekitar usia lima atau enam tahun yang berdiri di samping perempuan itu juga melambai kepada van jingga itu hingga van hilang di balik selekoh.
Perempuan itu masih berdiri di sana dengan dua anak kecil. Seketika kemudian berhenti pula sebuah kereta Myvi berwarna kuning dan dua anak kecil masuk ke dalam kereta. Seperti tadi perempuan itu melambai kepada kereta Myvi sehingga hilang di balik selekoh.
Beg galas yang diletak di mata tangga perempuan itu ambil sebelum melangkah perlahan-lahan menyeberang jalan, menuju ke arah sini bangunan. Lebih tepat ke arah Rock.
Degupan jantung Rock menjadi laju. Terlalu gemuruh sehingga dia terpaksa menepam tangan kanannya ke dada kiri. Bimbang jantungnya meloncat keluar.
Perempuan itu semakin mendekat ke arahnya yang berlindung di balik tiang kaki lima. Apabila perempuan itu naik sahaja ke lantai dari jalan raya langkahnya terhenti. Rock tahu perempuan itu terperanjat besar kerana tangan perempuan itu mengosok-gosok dada yang di litupi tudung berwarna hitam.
Mereka terkaku di situ. Saling merenung. Masa seolah-olah terhenti, hanya akal bekerja keras membaca bahasa minda masing-masing.
Dia...
Ya, dia ini...
Renungan yang sama selama dua belas tahun...
Siapa dia ini...
Ada apa pada dia untuk dua belas tahun mimpi yang sama?.
Kring, kring...
kring, kring...
"..."
"Cari breakfast."
"..."
"Sekarang?"
"..."
"Ok. Sepuluh minit."
Perempuan itu sudah berlalu jauh. Sudah bergerak meninggalkannya ketika tersentak dengan bunyi panggilan masuk daripada Akob. Kalau dia menahan perempuan itu bimbang perempuan itu takut dengannya.
Sabar Rock,
hatinya kuat mengatakan perempuan itu dengan sosok di dalam mimpinya selama dua belas tahun ini adalah orang sama.
Tadi...
Bukankah perempuan itu turut tersentak ketika berhadapan dengannya. Seperti perempuan itu mengenal dirinya di masa lalu yang tidak pernah dia ingat.
Besar amat harapannya kali ini dia menemui kunci membuka pintu kebebasan untuk fikirannya yang semakin tidak tertanggung mahu mengetahui siapa dia dahulu. Dia dari versi orang lain selain Akob dan Phi Chai.
Kali ini!
@@@@@@@
"Fahim... baik-baik, jatuh tangga nanti!"
Seperti inilah setiap subuh. Bergaduh dengan masa dan kerenah Fahim dan Fauzan. Faiz seperti selalu bertindak sebagai penyelamatnya dalam apa juga keadaan. Besar hutang Badriah pada Faiz anak sulungnya yang baru darjah lima terpaksa dewasa dengan sikap bertanggungjawab.
"Beg Fahim tu mama bagi Faiz. Banyak sangat mama bawak beg. Nak dokong adik lagi."
"Tak pe, mama boleh ni. Nanti Faiz nak buka mangga grill pulak"
Sampai di muka pintu grill, tugas Faiz membuka mangga di situ. Kemudian mereka anak beranak akan menunggu di kaki lima untuk van sekolah dan pengangkutan taska dan tadika.
"Mama mimpi apa malam tadi?"
"Kenapa?"
"Mama menangis, mama dah bangun pun mama masih menangis."
"Mimpi yang macam selalu tu."
"Anak angkat Mak Tok tu?"
"Ya, Abang angkat Mama tu datang minta tolong selamatkan dia macam selalu. Tapi mama tak berjaya tolong dia... macam selalu. Dia sedih sangat, tu yang mama menangis sama."
"Mungkin... dia sedih sebab tak ada kubur agaknya Ma."
"Mungkin... tapi ada kubur kat Kelantan. Kan Mama cerita diaorang jumpa serpihan baju dengan tulang yang orang kata tu dia. Tapi polis kebumi dekat Kelantan aje."
"Kenapa ye Pakcik Li tu sedih. Mama, Mak Tok dengan Faiz kan selalu ngaji untuk dia."
"Van Faiz dah sampai... nanti malam kita cerita lagi."
Faiz masuk ke dalam perut van. Badriah, Fahim dan Fauzan melambai sehingga van Faiz hilang di balik selekoh. Tak lama kemudian kereta tadika dan taska Fahim dan Fauzan pula tiba. Badriah tunggu juga sehingga kereta hilang di balik selekoh.
Badriah tarik nafas dan hembus perlahan. Memujuk diri memulakan hari ini dengan positif. Dia melangkah menyeberang jalan menuju ke kaki lima bangunan sana.
Fikirannya melayang teringatkan mimpinya malam semalam. Mimpi yang kerap berlaku sejak kehilangan Abang Li. Awalnya dia fikir mimpi itu kerana rasa bersalah dengan pernikahan terpaksanya. Kemudian rasa bersalah bertambah dengan tumbuhnya rasa cinta pada Johar.
Malam tadi lain benar mimpinya. Seolah-olah Abang Li benar-benar berada di hadapannya. Menangis teresak-esak minta diselamatkan. Sedihnya bukan kepalang. Di dalam mimpi itu dia turut menangis hingga apabila dia terjaga dia masih menangis lagi.
Benar-benar menyedihkan melihat Abang Li yang serba daif dan melarat merayu-rayu begitu. Kerana sangat berlawanan dengan sosok Abang Li suatu masa dahulu yang sangat kokoh dalam apa juga ujian.
Badriah panjat mata tangga naik ke kaki lima dari jalan. Allahuakbar! tangan menuju dada dan menggosok perlahan menenangkan diri sendiri.
Sepasang mata itu, pada wajah berjambang berjeramus yang hampir penuh separuh wajah dengan parut menurun di pipi kiri.
Renungan dari sepasang mata sepet itu.
Mungkinkah ada dalam dunia ini renungan yang sama...
sedihnya, kelirunya dengan mimpi yang berlanjutan sekian lama...
Masih mimpikah ini?
Kring, kring...
Kring, kring...
Badriah tersentak.
Allah! apa yang dia lakukan?
Merenung sebegitu dalam penuh perasaan kepada lelaki yang entah siapa, yang mungkin membawa bahaya kepada dirinya dan anak-anak.
Allah...
Jangan buat lagi Badriah.
Badriah menoleh sekilas ke belakang. Lelaki itu masih di situ menjawab telefon tapi pandangannya mengekori setiap langkah Badriah yang cuba dia lajukan. Melarikan diri dari rasa malu.
Pipi sudah kebas dan merah.
Allah! Allah!
ok tak? nk cpt2 abis. ikut angan2 lain tp tk blh buat cm tu nti pjg sgt. kpd yg donate tqvm, kpd yg Komen tqvm, kpd yg sudi singgah bce tqvm. tanpa kwn2 Sy tk mgkn msih seronok menulis. terima kasih. terima kasih. terima kasih krn sudi menjadi kwn Sy di dunia NP
Share this novel