Akob tersentak, langkah tempangnya terhenti untuk seketika.
Bukankah semuanya sudah selesai. Dia sudah tarik diri, sudah cuci tangan. Kenapa lelaki ini berada di hadapannya sekarang. Lelaki itu tersenyum lebar menanti dia mendekat.
Argh, dia sudah tua. Dia setuju dengan Rock apa yang ada sekarang sudah cukup. Dia sudah tidak larat untuk melalui cara hidup seperti dahulu.
"Long time no see my friend."
Akob mendekat dan menyambut huluran tangan lelaki itu untuk bersalam.
"Kau dari mana? bercuti ke?"
Soal Akob mahu tahu kerana lelaki ini bukan tinggal di sini.
"Manalah aku boleh hidup dalam percutian macam kau. Aku belum kaya... macam kau. Hahaha"
"Kita dah bagi sama rata Boon. Berapa aku dapat itulah kau dapat. Kau tengok uban di kepala pun sama adil kita dapat. Hahaha"
Akob cuba berjenaka supaya lelaki itu sedar mereka sudah tua dan apa juga tujuan lelaki itu datang hari ini bolehlah di simpan sahaja di dalam fikiran.
"Kau pandai beranakkan duit, aku sekolah tak tinggi, tak pandai macam kau."
"Jom, kita pergi minum dulu."
Akob sebenarnya banyak kerja mahu dibuat tapi mengenangkan jika dia tidak beri Boon peluang bercakap, bimbang pula lelaki ini bertindak agresif. Akob masak sangat perangai Ah Boon.
Ah Boon buka pintu kereta bahagian belakang kemudian memberi ruang supaya Akob masuk dahulu ke dalam perut kereta. Melihat itu pemandu dan pengawal Akob yang berada berhampiran berkejar mendekat.
Akob angkat tangan kanan, memberi isyarat keadaan baik-baik sahaja. Pemandu dan pengawal Akob berkejar pula kembali ke kereta mereka supaya dapat membontot kenderaan yang dinaiki Akob.
"Last kali, lepas tu aku tak akan kacau kau."
Tengok, betulkan apa Akob agak. Jika tidak, tiada sebab dia akan bertemu lagi dengan lelaki ini kerana sudah termaktub di dalam perjanjian.
"Aku dah cakap kau kan..."
"Tolonglah aku Kob, anak-anak aku kecik lagi, masih sekolah. Masih perlu banyak duit. Aku dah cuci tangan aritu baru fikir nak ada anak. Tapi aku lupa fikir, ada anak nak kena ada duit. Ini last Kob... tabungan untuk anak-anak aku sekolah aje".
Akob mengeluh. Boon ni buta ke apa?. Nampak tak dia macam mana sekarang?.
"Berapa?".
"2M..."
"2M! kau gila ke apa!?"
"Kob! Kob! tolonglah... kalau setakat nak buat last tapi buat taik gigi baik tak payah!"
Akob mengeluh lagi. Buta kayu betullah Ah Boon ni.
"Kau tau kan cara kerja aku dulu! aku buat sendiri kalau jumlah besar macam tu, tapi... kau nampak tak aku sekarang macam mana? nak turun naik tangga pun susah!"
"Akob... come on Kob. Kau ingat aku bodoh sangat ke? selama ni kau lepas sebab jawatan kau dalam jabatan."
"Jadi!? aku bukan lagi orang jabatan! aku dah pencen kan!".
"Gila apa aku nak buat kerja tu semua lagi!?".
"Dah lebih sepuluh tahun kerja last dulu... bukan, bukan, aku rasa dah dua belas tahun lepas job yang last tu!".
Keadaan jeda seketika apabila oktaf suara masing-masing mula naik sebentar tadi. Suasana terasa berbahang di dalam kereta berhawa dingin Ah Boon.
"Budak yang satu balai dengan kau dulu bukan ke kau dah serap masuk unit. Dulu aku dengar kau bincang dengan Nusi macam tu kan!".
"Siapa!?"
"Aku lupa nama betul dia. Cina masuk Melayu tu!"
"Roslan Li!?"
"Ye! ye! budak tu!"
"Kau nyanyuk ke!? budak tu dah matilah!"
"Come on Kob! Semua budak-budak kita tau cerita malam epic tu! kau pakat kan dengan budak tu! Malam tu jadi macam tu sebab kau nak hapuskan si tamak dalam unit mata-mata di HQ!"
"Mana kau dapat semua cerita mengarut ni!"
Budak tu dah mati kat Laos! dia salah seorang orang HQ yang nak perangkap aku!"
"Budak aku yang pukul dan tembak kau tu yang cakap! polis muda tu tak mati lagi masa diaorang hantar ke Laos!"
"Ada kau tanya si bodoh yang bagi kau info tu, kenapa aku suruh hantar ke Laos!? sebab aku dengar budak tu tak mati lagi jadi aku nak tamatkan nyawa dia dengan tangan aku sendiri.!"
"Lepas aku keluar hospital aku terus ke Laos bunuh dia! kalau kau tak percaya kau tanya Phi Chai!"
Akob sudah berang. Bagaimana cerita dua belas tahun lepas jadi isu semula dalam keadaan yang tegang sekarang ini. Puaka betullah Ah Boon ni!. Semua sudah dapat sama rata.
"Aku susah sekarang. Seludup senjata aje boleh dapat duit banyak dan cepat."
"Aku dah dapat beberapa budak baru, aku dah rekrut pun, budak lama ada dua orang. Kau... kau pun kan memang ramai budak, tolonglah aku untuk last job ni!"
"Boon, budak-budak aku yang ada sekarang semua budak baru. Tak pernah terlibat kerja salah macam dulu. Paling jahat kerja diaorang cuma kutip hutang tak bayar, bergaduh jaga kawasan... itu aje."
"Aku memang tak boleh tolong kau. Aku dah tua, dah tak ada hati nak buat kerja dulu."
"Kau memang tak kenang budilah Akob! Mentang-mentang kau hidup senang!"
"Kau jangan lupa, aku yang tolong jaga semua rahsia kau dulu! Aku bagi kau O Peng budak aku paling bagus untuk ikut kau, jaga kau! sampai mati budak tu sebab nak selamatkan kau!"
"Boon, aku berhutang nyawa dengan O Peng bukan dengan kau."
"Ye! aku tau! tapi kalau tak sebab aku bagi budak aku yang terbaik, muka kau dah tampal atas batu!"
"Kau datang ni memang nak cari gaduh dengan aku ke apa ni!? Kita dah buat perjanjian dulu. Kau dah dapat bahagian kau. Sama! rata!."
"Aku tak ada hutang dengan kau apa-apa! Kau sendiri tau kalau aku tak korbankan kepala lutut aku malam tu, muka kita semua dah tampal atas batu!"
"Kau tak payah nak berlagak nak ungkit-ungkit cerita dulu!"
"O Peng selamatkan aku, tapi... aku selamatkan kau! Kalau tak kau tak merasa pembahagian sama rata aritu! lama dah kau mati saing O Peng!"
Ah Boon sudah diam tapi kulitnya yang tak berapa nak putih itu sudah merah menahan geram dan marah. Akob yang memang berkulit agak gelap sudah agak lebam warnanya, juga menahan marah.
"Aku bagi masa kau fikir dulu Kob, kalau tak..."
"Kalau tak apa!? Kau jangan berani-berani nak ugut aku Boon!"
"Aku tak ada rugi apa-apa Kob, tapi kau... kau ada bisnes bagus, ada nama baik nak kena jaga. Aku bagi masa kau fikir."
"Haha... kau nak suruh aku takut ke apa ni!? Aku tak nak buat kerja kotor lagi sebab hidup aku okay. Kau yang ada masalah tapi nak orang terlibat masalah kau!"
"Kau fikir aku nak diam kalau kau kenakan aku!?"
"Keputusan aku muktamad, aku tak akan join kau apa pun perkara!"
"Kau kacau aku... jangan salahkan aku kalau aku bertindak!"
"Berhenti sini!"
Akob jerit ayat sudahnya kepada pemandu kereta Ah Boon. Pemandu itu menjeling cermin pandang belakang mencari mata Ah Boon meminta persetujuan. Apabila Ah Boon bagi isyarat mata membenarkan, kereta kemudiannya menyusur ke tepi bahu jalan.
Sebaik berhenti sudah ada tangan pengawal Akob yang membukakan pintu kereta dari luar, kerana mereka sudah mengekori kereta Ah Boon sejak awal perjalanan.
Akob masuk ke dalam perut keretanya dengan hati sebal dan bengkak marah.
Hantu! berani betul si lahanat itu mengugutnya. Tiba-tiba dia teringat nama yang sudah lama tidak disebutnya tapi baru dia sebut sebentar tadi.
Roslan Li,
Janganlah lahanat itu tahu pasal Rock. Mampus dia nanti. Dengan budak tu sendiri, dengan jabatan... argh! kusut!.
ok tak cm ni. nk pendek kn la. asyik mati idea je. tqvm kwn2 yg msih sudi singgah
Share this novel