Bab 24

Drama Series 23522

(OKAY SAYA NAK MASUK PART PALING SUSAH NAK TULIS. SEBAB TAK ADA IDEA N KNOWLEDGE TENTANG KEPOLISAN. SEBAB TU KALAU SEMUA PERASAN CERITA SAYA SLOW DAN LARI TAJUK. SEMANGAT JE BERKOBAR-KOBAR MASA MULA-MULA TERFIKIRKAN WATAK ROSLAN LI. HUHU... MOHON BACA JUGA YE WALAU TAK LOGIK. TERIMA KASIH UNTUK MASA YANG KAWAN-KAWAN LUANGKAN MEMBACA CERITA DARI PENULIS CAP AYAM MACAM SAYA. SAYANG SEMUA)

$#$#$#$#$

"Sarjan!"

"Tuan!"

"Get ready! kita ada tugasan lapangan pada pukul 20:00. Kita akan assist HQ untuk satu kes penyeludupan."

6:40 petang jam di dinding balai.

"Tiba-tiba?" Sarjan Akob meluahkan kehairanan yang pura-pura. Hatinya memang sudah mengesan sesuatu yang tidak enak.

"Kes terpencil. HQ kata just one easy task. Kes penyeludupan biasa but public already made a report so HQ are only doing their part to ease public annoyance.

Huh! SI ni ingat aku budak-budak ke?. Cemuh Sarjan Akob dalam hati.

'Pap! pap! SI Abdul Jalil tepuk tangan dua kali meraih perhatian kakitangan yang terlibat.

"Okay semua. Put your handphone in this basket. Arahan daripada HQ. Ada gunting dalam lipatan kata HQ. So hanya guna walkie talkie or telefon jabatan. Saya sendiri tak mahu kakitangan bawahan saya jadi suspek."

"Jangan sesiapa tinggalkan bilik ini sehingga kita bergerak pada jam 19:00!"
"Faham semua!"

"Faham tuan!!!"

SI Abdul Jalil, Last koperal Raju, Koperal Esa, konstebal Anira, konstebal Roslan Li, aku... Sarjan Akob mengira jumlah kakitangan yang terlibat. Dia memang sudah terasa akan berlaku masalah ini. Mampus!

Janji dia dengan sindiket di sana pada pukul lapan malam. Pasti ada yang sudah memecahkan rahsia atau... Sarjan Akob toleh kepada Roslan Li yang tunduk membaca arahan bertulis di tangannya.

Argh! patutnya aku tembak aje kepala budak ni malam tiga hari lepas! S!@l betullah budak ni.

Dia tidak sempat letupkan kepala Roslan Li tiga malam lepas kerana tergamam apabila topeng dicabut rupanya memang betul tekaannya selama ini budak hingusan itu yang mengekori geraknya. Dan lagi tiba-tiba pula dia dan budak-budaknya di serang tiga hari lepas.

Tak pe, tak pe... kita tengok siapa yang kena.

@@@@@@@

Mereka bergerak ke lokasi yang dipercayai akan menjadi tempat serahan sindiket penyeludupan. Mereka bergerak dalam tiga kereta yang berlainan.

"Masa SI bagitau kau job ni pukul berapa?"

Soal Sarjan Akob kepada last koperal Raju. Hatinya galau sekarang ini. Dia sekarang di dalam kereta di sebelah last koperal Raju yang memandu. Duduk di belakang, Roslan Li dan seorang anggota daripada HQ yang mereka panggil Sarjan Man.

"Petang tadi... 6:30 rasanya. Aku baru balik ambil anak sekolah."

Huh! kalau aku dapat pemberi maklumat memang aku beduk kaw-kaw punya. Rengus Sarjan Akob. Soalannya kepada last koperal Raju hanya berbasa basi.

Dia sudah maklum perkara sebegini hanya akan berlaku untuk kes besar dan berat. Hampir 30 tahun dia di dalam jabatan. Daripada masa 30 tahun itu 27 lebih tahun dia sebagai pengintip. Dia sudah biasa untuk operasi kritikal seperti ini.

Kereta menyusur laju. Di kanan mereka Sungai Golok yang terkenal. Sekejap lagi mereka akan tiba ke lokasi. Semua di dalam kereta sudah senyap sahaja melayan gemuruh masing-masing.

@@@@@@@

Mereka semua sudah mengambil tempat masing-masing. Sesetengah daripada mereka bersembunyi di dalam belukar di tebing Sungai Golok itu.

15 minit lagi ke pukul lapan malam.

"Sarjan Akob! you sarung snow mask dan turun ke jeti. Act like you a receivers."

Melalui alat dengar yang dipasang ditelinga, Sarjan Akob menerima arahan daripada SI Abdul Jalil.

Confirm!
Mereka dah tahu!
Nasib baik aku dah ada plan B dari awal... kau nak kenakan aku ye. Siap kauorang. Be ready ye!

Daripada kegagalan penghantaran beberapa hari lepas dia sudah mengagak ada seseorang daripada Kuala Lumpur yang sudah merancang mahu menjatuhkan dia. Menjadikan dia kambing hitam daripada aktiviti gelap mereka.

S!@l! kaya nak sama-sama tapi mati nak suruh aku sorang. Maki Sarjan Akob dalam hati.

@@@@@@@

Sarjan Akob turun ke bawah, ke jeti. Walau dalam pekat malam langkahnya tetap pantas dan cekap. Dia berdiri di situ merenung gelapnya Sungai Golok dari dalam belukar di tebing sungai.

Lapan tepat malam sudah setengah jam berlalu. Masih tiada tanda-tanda pihak penyeludup datang seperti pemberi maklumat sampaikan. Semua masih kekal di tempat yang di arahkan dan bersedia untuk segala kemungkinan.

Kesilapan walau sedikit akan merbahayakan nyawa sendiri atau rakan setugas. Roslan Li sedikit cuak. Pertama kali terlibat operasi sebesar ini sehingga melibatkan HQ.

Sebelum ini dia ada juga menggagalkan aktiviti penyeludupan. Tapi setakat kepada beras, minyak masak dan dadah berkualiti dan berkuantiti rendah. Silap besarkah dia berkobar-kobar semangat mahu menyiasat Sarjan Akob yang kerap berlaku curiga.

Jauh di hujung sana sungai terdengar bunyi enjin motorbot sangkut. Semakin lama semakin kuat dan menghampiri jeti.

@@@@@@@

"Kenapa lambat!"
Jerkah Sarjan Akob.

Dua lelaki turun daripada bot dan naik ke jeti. Seorang kekal di dalam bot panjang.

"Informer bagitau aku jangan datang ikut masa. Kalau kau betul buyer kau mesti tunggu."

Salah seorang daripada lelaki itu menjawab soalan Sarjan Akob.

"Mana barang!?"

"Mana duit!?"

"Hahaha... kau nak duduk sini sampai pagi ke?"

Lelaki bertiga tidak menjawab lagi. Seorang di atas jeti sudah naik kembali ke bot kemudian memastikan badan bot kekal rapat di jeti.

"Naik!" Tiba-tiba sahaja Sarjan Akob sudah di kepit lehernya sambil diacu sebilah pisau di kepala oleh lelaki yang masih berada di atas jeti, kemudian mengarahkan Sarjan Akob naik ke bot.

"Li! Esa! turun bertindak sekarang!"
"Semua bertindak sekarang!"

Jerit SI Abdul Jalil yang kedengaran di alat dengar di telinga setiap anggota.

Roslan Li sudah berlari turun ke jeti kerana dia yang paling hampir. Sarjan Akob sudah ditarik masuk ke dalam bot. Dari segenap arah kawasan belukar keluar semua anggota cuba menyelamatkan keadaan.

Roslan Li segera menerkam ke arah lelaki di atas jeti yang sudah menolak masuk Sarjan Akob ke dalam bot. Berlaku pergelutan antara Roslan Li dan lelaki itu. Enjin sangkut motorbot mereka telah dihidupkan kembali.

Roslan Li cuba paut lelaki di atas jeti supaya tidak dapat masuk ke dalam motorbot. Mereka bergelut lagi malangnya dia tersilap langkah. Lelaki itu sempat berpusing dan melibas pisau di tangannya ke arah atas dan bawah. Roslan Li tekap pipi kirinya yang terasa panas. Darah penuh di tapak tangannya.

"Cepat! cepat!"

Jerit dua lagi lelaki di dalam motorbot. Oleh kerana Roslan Li menghalangnya lelaki di atas jeti bertindak menendang dadanya. Roslan Li jatuh ke dalam motorbot di atas Sarjan Akob yang terbaring dan telah terikat kaki dan tangan.

"Naik cepat." Jeritan itu kedengaran lagi kerana dua lelaki di atas motorbot dapat melihat dua tiga kelibat meluru turun dari arah tebing sungai menuju ke jeti. Semuanya berlaku terlalu pantas.

Roslan Li cuba bangun walau dia sudah berpinar mata dengan bau darah dari luka di pipi kirinya. Baru sahaja dia mahu berdiri di dalam motorbot yang teroleng-oleng di atas air tiba-tiba...

Buk!!!
Buk!!!
Buk!!!

Roslan Li pegang kepalanya, dia cuba kekal berdiri tapi jatuh berlutut di dalam bot sebelum... black out.

@@@@@@@

"Macam mana ni?"

Sarjan Akob yang berdiri di dalam bot yang sudah pun berlabuh di seberang sana Sungai Golok. Sangat jauh daripada kawasan kejadian dan berada di dalam jajahan Thailand memandang ke bawah. Roslan Li terbaring mengerekot di dalam bot. Kaki dan tangannya telah terikat.

Darah penuh di kawasan kepala. Hanyir bau darah semerbak di udara. Jika sekali pandang betul-betul sudah menjadi mayat. Malangnya nadinya masih berdenyut. Liat sungguh nyawanya.

"Bawak ke Laos. Simpan dekat markas. Kalau dia masih hidup tunggu sampai aku datang. Dalam perjalanan kalau dia mati... dekat mana pun dia mati tinggalkan aje bangkai dia di situ."
"Sekarang... pukul aku. Tembak paha aku!"

"Huh!"

Tiga-tiga blur... biar betul!

"Cepatlah! dah tak ada masa ni!"
"Pukul aku sampai pengsan, kemudian tembak paha aku!"
"Cepat!"

'Buk!!!'
'Buk!!!'
'Buk!!!'
'Bang!'

pls bce acah-acah best ye. Selagi Roslan Li tak kena belasah selagi tu cite ni sangkut setempat. terima kasih masih bersama gangster yang cedera parah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience