Pap!!!
"Awak ni Jo! Saya bercakap sorang-sorang rupanya!".
Arghhh!!! Ni lagi seorang! Kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke?!!! Junid jerit kuat-kuat di dalam hati.
Junid angkat kepala memandang perempuan bergincu merah dan berbedak tebal di hadapannya. Sebenarnya bukan mahu melihat sangat muka perempuan ini. Dia tercekik nasi goreng yang tidak dimamah lumat tapi sudah ditelan. Rakus Junid menyedut teh o ais di dalam gelas.
"Eeiii! selekeh la awak ni Jo!."
Junid buat tak layan, dia sambung menyuap baki nasi goreng di dalam pinggan. Dia malas melayan tapi terpaksa juga mendengar apa yang Sharifah Zarina bekas isterinya ini mahu katakan. Biasanya perempuan ini datang kerana urusan anak-anak dan urusan mereka.
Lagipun dia menjadi berharta seperti sekarang kerana jandanya ini. Jadi dia beri kredit untuk perkara itu. Anak-anak yang lima orang itu juga sebab dia masih berurusan dengan perempuan yang berkenan sungguh bergincu merah menyala ini. Tak padan sungguh dengan umur yang sudah 'five series'.
"Geram betul saya dengan budak perempuan tu... di tolaknya pinangan Johar!. Dia ingat dia siapa!? Heyy! Johar tu anak Sharifah Zarina tau!"
Baguslah tu, kau soal kau jawab. Cemuh Junid lagi di dalam hati. Pinggan sudah Junid tolak ke tepi. Di capai lagi gelas teh o ais yang basah kerana proses pemeluwapan. Cuaca panas sungguh. Sepanas hati Junid tika ini. Junid sedut habis air di dalam gelas.
Oh! pasal pinangan tu. Junid sudah dimaklumkan oleh Juhada dan Juhara yang menemankan Ibu mereka pergi merisik seorang gadis rakan Johar di kilang tempatnya bekerja.
Hmm... dah tak ada jodoh nak buat macam mana.
@@@@@@@
"Kau memang asal Johor ke?"
Sarjan Akob menyoal anak muda kurus tinggi berwajah kacak di hadapannya. Sudah lebih tiga bulan Konstebal muda ini di bawah seliaannya.
Tidak banyak yang dia tahu tentang Roslan Li. Budak ini tidak banyak bercakap, mendengar arahan dan menurut sahaja arahan daripada senior tanpa merungut dan beralasan.
"Saya ye, tapi arwah Mak saya dan mendiang bapa saya orang Sarawak."
"Bapak kau tak Islam?"
"Tak Sarjan. Mak saya revert Islam pun masa saya lima tahun."
Sarjan Akob kacau perlahan penyedut air di dalam gelas kopi ais. Mendengar santai cerita budak lelaki Cina di hadapannya.
"Kau ni memang jenis orang tanya baru bercakap ke?"
Sarjan Akob menyoal lurus. Roslan Li ketawa kecil dengan soalannya.
"Saya memang macam ni Sarjan. Kalau dah lama sikit baru saya berani nak berbual banyak dengan orang. Takut orang tak selesa dengan saya, baru kenal dah banyak soal."
Terserlah lesung pipi di bawah bibir Roslan Li kiri dan kanan ketika dia tersenyum. Budak Cina ni habis semua bulu muka di cukurnya. Mujur ada kening. Dah macam kucing sphinx di mata Sarjan Akob.
Lelaki sepatutnya membela misai sekurang-kurangnya, barulah nampak 'macho', Ini nampak jambu, tapi dia perasan juga Roslan Li ini ramai peminat. Budak-budak perempuan di deretan kedai makan ini dari jauh sudah panjang leher jika nampak kelibat Roslan Li.
"Ada saudara mara lain? Kau bujang kan!?".
"Bujang Sarjan... Saya ada mak angkat... kat Taman U. Lepas mak saya meninggal saya duduk dengan dia sampai SPM".
"Keluarga kat Sarawak?".
"Ada jugak arwah Mak saya cerita, tapi masa mak masih ada memang tak pernah jumpakan saya dengan keluarga sana. Tak ada modal nak balik. Jadi saya memang tak pernah kenal."
Sarjan Akob ketuk-ketuk sebatang rokok yang belum dinyala ke atas meja. Mendengar bersahaja cerita Roslan Li.
Tut..tut..tut...tut
"Hello!... kat warung Abe Ja... dengan Sarjan... sekarang ke?... okay... tunggu kejap... lima minit."
"Sarjan... saya balik balai dulu. Koperal Esa cakap ada kes. Suh pergi tengok."
Sarjan Akob angguk kepala sekali. Masih mengetuk-ngetuk perlahan rokok sebatang ke atas meja. Roslan Li sudah bergerak dengan motosikal Y15 milik balai.
Dia sudah ada calon.
@@@@@@@
"Eh! sini! sini!"
"Kejap ye Mak. Saya basuh tangan dulu."
"Tak payah! tak payah! sini je."
"Kejap je. Nanti saya datang balik."
Kasmah bangun membawa pinggan dan cawan kotor. Dia baru selesai menyuap ibu mertuanya makan tengahari.
Sudah tiga bulan berlalu sejak cerita dia diketuk ibu mertuanya dengan tongkat besi. Dia tidak menyimpan dendam di dalam hati. Maklumlah ibu mertuanya itu sudah nyanyuk jika dia berdendam maka dialah yang nyanyuk.
Tetapi selepas cerita dia diketuk tongkat besi ada cerita lain pula. Ibu mertuanya tidak mahu berenggang dengan Kasmah. Mahu Kasmah sentiasa ada dekat. Orang tua ini cukup takut jika nampak Junid atau anak-anaknya yang lain. Cucu berlima itu juga dia tidak suka. Sudahnya kerja seharian Kasmah jadi tertangguh-tangguh.
Kasmah tidak kisah jika terpaksa tidur sebilik dan sekatil dengan ibu mertuanya. Masalahnya Junid yang tidak membenarkan. Mengalahkan budak tidak sihat pula berebut dengan ibunya yang nyanyuk itu. Bukannya muda lagi mahu bersama setiap malam. Naik menyampah Kasmah dengan perangai Junid.
Ketika hari pulang daripada hospital, Kasmah sendiri di rai Junid dengan penampar Jepun. Masih ada hati dan muka tidak malu mahu Kasmah melayannya dengan baik. Badriah pula Junid tunjal-tunjal kepala anaknya itu. Sakitnya hati Kasmah tidak dapat digambar.
Junid menuduh Kasmah sengaja berpura-pura sakit teruk hingga terpaksa ditahan di hospital kerana mahu memadu kasih dengan Roslan Li. Bodoh sangat ke Junid itu sampai tidak mampu berfikir. Hospital Sultanah Aminah itu padat sangat pesakit, sehingga jika pesakit boleh dibenar balik memang doktor akan lepaskan balik sahaja.
Bunyi tuduhan saja sudah geli geleman di telinga Kasmah. Maklumlah Roslan Li itu umpama anaknya. Dari lahir merah lagi anak itu sudah di jaganya bagai anak sendiri. Macam mana Junid boleh berfikiran kotor seperti itu.
Sudahlah mereka dua beranak dijamu kerja rumah bagai hamba abdi sekembali daripada hospital, dimaki, ditunjal kepala kemudian penampar Jepun diberi juga. Hatinya sudah tidak ada di rumah besar ini, juga kepada Junid. Dia benci. Benci kesumat!.
Dua hari selepas Kasmah pulang daripada hospital adik iparnya yang semua orang panggil Ina datang membawa balik Ibu mertuanya. Orang tua itu nampak ketakutan. Tidak terurus. Kelaparan dan lampin pakai buangnya penuh berisi. Alasan Ina jauh perjalanan sukar untuk menyalin lampin pakai buang ibunya.
Nampak sahaja wajah Kasmah perempuan tua itu segera memeluk Kasmah dengan raut wajah ketakutan. Menangis mengongoi dalam pelukan Kasmah. Pelik sungguh Kasmah dengan kelaku Ibu mertuanya.
Menjelang waktu mandi ibu mertuanya menurut sahaja tidak melawan. Ketika itu barulah Kasmah faham apabila melihat tubuh yang tinggal kulit dan tulang itu lebam-lebam di serata badan. Giliran Kasmah pula menangis teresak-esak melihat tubuh ibu mertuanya.
Sampainya hati mereka. Perempuan tua ini Ibu mereka. Bagaimana hitamnya hati mereka sehingga tergamak mendera Ibu sendiri.
Allah...
Dia sedang menunggu Badriah tamat peperiksaan SPM. Selepas itu... Selamat tinggal Junid. Dia tidak mahu lagi tinggal di dalam persekitaran toksik seperti ini.
Jika Junid mahu menggantungnya tak bertali pun tidak mengapa!. Kasmah rela.
@@@@@@@
'Prak! pap! pap!'
Badriah terhenti di tengah tangga mahu menuju ke tingkat bawah. Di tangannya menjinjit vakum besar gedabak. Hos vakum sudah jatuh tergolek ke beberapa mata tangga di bawah sana.
Mata Badriah terpaku pada sosok yang berdiri di bawah sana. Mendongak memandang Badriah dengan pandangan yang... boleh ke jika Badriah katakan jijik?.
Macam mana sekarang? Badriah tinggal beberapa mata tangga sahaja lagi akan sampai ke bawah. Mahukah sosok di bawah sana beralah?.
"Saya turun dulu ye. Vakum ni berat."
Badriah berbahasa sopan. Tidak mahu mewujudkan sengketa. Mak pesan sampai selepas habis periksa sahaja lagi. Tiada jawapan hanya tersenyum yang entah apa makna. Badriah ambil erti lelaki itu bersetuju.
Tinggal satu mata tangga lelaki itu menyelit antara Badriah dan dinding di kanan mata tangga. Arghhh!!! Heeiiii!!! Badriah jerit di dalam hati.
Apa tu!?
Gelinya!!!
Sial!
Ba&!!
B!n@#@ng!!!
Mengeleman badan Badriah apabila terasa sesuatu daripada anggota badan lelaki itu yang bergesel dengan punggungnya.
Minta maaf ye baru dpt update. Tak dpt nk menyambil sgt. Sy dh buat rangka tp nk kena edit ayat dan cek typo. Terima kasih sudi luang sedikit masa utk tulisan Sy. Jasa kwn2 sgt Sy hargai
Share this novel