Bab 25

Drama Series 23554

"Nak pergi mana?"

"Yah tak sedap badan. Nak bawak pergi klinik jap."

Johar menyahut soalan Junid yang baru masuk ke ruang dapur.

"Mak siaplah dulu. Har tunggu Mak."

Johar menukar arah pandang kepada Kasmah di sinki dapur.

"Daddy nak makan! Yah yang sakit apasal nak bawak dia!?".

"Saja... Dah lama Mak tak keluar ambil angin. Nenek dah tak ada tak apalah Mak keluar."

Johar menjawab bersahaja. Agak mual dengan cara Junid melayan Kasmah.

"Tak payah! Daddy nak makan! Hidang sekarang!".

Kasmah terus bergerak menurut sahaja. Dia tahu arahan itu sememangnya untuk dia. Dia sudah pasrah. Lagipun ada Badriah yang harus dijaga. Junid sentiasa mengugut menggunakan kebahagiaan anaknya yang seorang supaya cerita malam kematian ibu mertuanya seminggu lalu terus dia telan.

"Eiya dah siap. Jom Mak."

Badriah yang baru muncul mengumumkan ketibaannya. Tapi tersentak bila nampak bapa mertuanya sudah pulang ke rumah.

"Tak pe... Eiya pergilah dengan Har. Acik Junid nak makan."

Kasmah baru berbunyi. Harus berbunyi, bimbang hanya cerita mahu ke klinik bertukar menjadi cerita pembunuhan... Hati Kasmah ngilu hingga ke tapak kaki. Mengeletar tubuhnya.

"Tapi Mak..."

"Tak pe, tak pe... Pergi sekarang... Har pergi sekarang ye. Elok-elok bawak kereta."

Kasmah mendesak anak menantu bersegera. Hatinya bimbang. Junid sejak seminggu ini sudah lain benar.

"Eiya pergi dulu Mak..." Badriah serba salah. Jika tidak pergi sekarang, petang nanti Johar harus ke tempat kerja semula.

Johar juga mati tingkah, mati kata. Dia tahu air muka Kasmah jatuh ditengking-tengking bapanya depan anak menantu.

"Ye sayang. Pergi cepat boleh balik cepat."

Kasmah hantar dengan pandangan. Anak menantu hilang di balik dinding ruang makan dan kemudian enjin kereta kedengaran keluar dari anjung rumah.

Kasmah cepat-cepat menghidang makan tengah hari. Junid di meja makan sibuk dengan telefon bimbit.

"Hah! mana perempuan ni! seminggu telefon tak berjawab. Dah mati ke!? laki mati ke!? Jawab la orang telefon! bodoh betullah!"

Junid merengus-rengus membebel marahkan seseorang. Kasmah tahu Junid sedang mencari Sharifah Zarina jandanya. Kerana sudah seminggu ini begitulah perangai Junid yang bagai kucing hilang anak.

"Bodoh betullah betina ni!... jawab la! aku nak tanya pasal tanah tu la bodoh!. Lawyer orang tua tu dah kenapa kejar-kejar aku?!"

Kasmah takut-takut menghidang makanan di hadapan Junid. Muka Junid, kelakuan Junid dah tak serupa orang siuman. Seminggu ini asyik merengus sahaja.

Kuah yang Kasmah cuba curah guna senduk ke dalam pinggan Junid dengan tangan yang tergigil habis berkecah ke meja. Mencerlung mata merah Junid memandang wajah Kasmah.

"Pergi kau sana! menyusahkan orang la! Kau dengan betina tu sama aje menyusahkan aku! Pergi! pergi! pergi!"

Terjerit-jerit Junid menjerkah Kasmah kuat dengan suara besarnya. Kasmah pekup telinga ketakutan. Apa kena dengan Junid ni?. Kasmah undur ke belakang beberapa langkah.

"Ab.. Abang ma.. kanlah ye. Saya bb.. buat kerja kat atas."

Bergetar suara Kasmah meminta izin. Junid ini lain benar dari selalunya. Kenapa sebegini menakutkan.

"Pergi! pergi!"

Kasmah tak tunggu lagi. Segera berpusing mahu melangkah keluar dari ruang makan. Dari biasan kaca kabinet di ruang makan itu Kasmah nampak Junid menyuap lahap makanannya.

@@@@@@@

"Tahniah... anak sulung ke?"

"Ye... ye doktor."

Johar terlalu teruja hingga tergagap-gagap menyahut soalan doktor. Alhamdulillah dia tidak sangka dengan rezeki ini. Allah maha baik.

Johar ramas-ramas jari-jemari Badriah yang masih terperanjat dengan berita gembira ini. Selepas setahun perkahwinan, bukan-bukan... selepas enam bulan berusaha akhirnya Allah izinkan zuriat Johar menghuni rahimnya. Alhamdulillah, Alhamdulillah.

"Kalau nak bersalin hospital kerajaan... nanti jangan lupa pergi klinik kesihatan buat buku pink ye."

"Baik doktor. Terima kasih."

Johar pimpin Badriah keluar bilik doktor dengan senyum lebar. Keterujaan yang melampau.

"Tak sabar nak bagitau Mak. Mesti Mak suka." Badriah peluk pinggang Johar.

"Terima kasih Sayang... sudi tumpangkan anak Abang dalam rahim Sayang."

"Apa cakap macam tu... ni anak saya juga kan."

Johar tidak menyahut lagi. Dia paut Badriah masuk dalam pelukannya dan cium puncak kepala isteri tercinta.

Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah!

@@@@@@@

"Arghh!!!"

Junid terlompat. Habis terlungkup pinggan nasinya. Nasi yang penuh di dalam mulut gagal dikunyah. Dia terperanjat bukan kepalang.

"Sampai hati kau Jo buat aku macam ni..."
"Sampai hati kau!"

Terbelalak mata Junid. Dia tidak mampu mengelip mata. Sosok yang keluar dari bilik belakang itu semakin maju mendekatinya. Junid mengundur dan terhenti kerana dinding.

"Aku tak sangka kau tergamak buat aku macam ni."

Tidak! tidak! tak mungkin! badannya mengeletar hebat. Peluh sudah mula terbit di seluruh tubuh. Tak mungkin!

"Aku nak muntah kau tak bagi... Sanggup kau pekup mulut aku suruh telan balik muntah aku supaya kereta baru kau tak kotor... huhu sampainya hati kau Jo!"
"Aku ni Mak kau Jo! sampainya hati kau buat aku macam ni!"
"Kau sanggup bunuh aku untuk perkara dunia Jo! kau bunuh aku Jo!"

Sosok yang pucat lesi dengan rambut mengerbang dan mulut kotor dipenuhi muntah itu semakin menghampiri Junid. Tangan terangkat menuju leher Junid.

Tidak! tidak! Arghhhhh...
Arghhh... kkrgghhh... krooghhh

Junid pegang tangan kurus yang hanya ada kulit dan tulang itu supaya lepaskan lehernya.

Gagal! Junid gagal. Dia semakin lemas. Udara semakin kurang di dadanya. Sempit! Junid semakin lemas. Arghhhhh... kroghhh

@@@@@@@

Kasmah baru sudah solat ketika mendengar bunyi pintu pagar terbuka dan kereta memandu masuk ke anjung rumah.

Cepat-cepat Kasmah keluar bilik untuk turun ke bawah. Badriah mengadu tidak sihat. Mengikut kiraan mata tuanya ada berita baik akan anak menantu itu beri kepadanya.

Sampai lantai bawah bersegera Kasmah membuka pintu utama. Badriah sudah keluar dari kereta dengan senyum lebar. Johar juga. Kasmah ikut tersenyum gembira. Tepat! dia tidak silap. Badriah terus memeluk Kasmah. Gembira yang amat.

"Assalamualaikum!"

Johar, Badriah dan Kasmah menoleh ke pintu pagar yang terbuka lebar belum sempat di tutup. Dua orang anggota polis berdiri di hadapan anjung rumah, di belakang mereka seorang lelaki berkemaja putih dan berseluar hitam.

"Waalaikummussalam..." Johar menjawab Salam. Dia rasa bagai deja Vu untuk tiga kali dia ke pusat serenti. Tapi dia sudah bersih sekarang. Kenapa ni?.

"Ini rumah encik Junid kan. Boleh saya jumpa dia."

Johar toleh kepada Kasmah di samping. Bertanya dengan pandangan. Masing-masing keliru.

"Suami saya tengah makan. Berkenaan perkara apa ya encik?"

"Kami memerlukan encik Junid datang ke balai untuk kes penipuan jual beli tanah."

"Sekejap saya panggil bapa saya..."

Johar masuk ke dalam rumah menuju ke ruang makan. Sengaja dia yang mahu memanggil Junid. Dia tidak sanggup membiarkan Kasmah membawa berita terkejut ini kepada Junid.

Allah!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

@@@@@@@

"Sebab kematian kerana tercekik makanan. Ini laporan post mortem. Encik Johar bawa semua surat ini ke balai polis untuk buat report. Boleh dapatkan surat kematian dan izin kebumi bila sudah buat report."

Seorang pegawai perubatan beruniform serba putih menghulurkan kepadanya beberapa keping kertas. Johar sambut dengan tangan kanan.

"Terima kasih."

"Sama-sama"

Pegawai perubatan sudah berpaling dan masuk kembali ke dalam pejabatnya. Johar kekal berdiri di situ membaca butir-butir di dalam kertas yang dipegangnya.

Allah...
Bapanya sihat walafiat. Dengan raut wajah yang tampan walau sudah berusia, segak dan gagah lagi di usianya 62 tahun. Lebih sihat dari orang yang lebih muda dari usia Junid . Seingatnya memang jarang sekali Junid bapanya itu jatuh sakit. Sering bapanya itu berbangga dengan kesihatan tubuh badan.

Maha berkuasa Allah Subhanawataala. Segala puji bagi tuhan sekelian alam. Tiada siapa dapat melawan ketentuanNya. Segalanya boleh berlaku tanpa disangka. Hanya kekuasaan Allah boleh melakukannya.

Johar ralat. Amat ralat. Ralat dengan perjalanan hidup keluarganya. Jauh dari landasan agama. Dia membesar dalam keadaan keliru. Di sekolah guru mengajar apa itu Islam. Bagaimana hidupnya seorang Islam dan ciri-ciri orang yang mengaku beriman kepada Allah.

Apabila pulang ke rumah dia tidak dapat model keluarga Islam itu di dalam rumahnya. Daripada bapa, Ibu dan kebanyakkan ahli keluarga dia di ke dua-dua pihak.

Tiba-tiba dia merasa amat bersyukur untuk tiga kali menghuni pusat serenti. Sesuatu yang pada fikirannya dan fikiran ramai orang buruk adalah yang terbaik buatnya. Terima kasih Allah.

Johar terduduk di bangku terdekat. Dia raup muka dua tiga kali. Air mata gugur juga akhirnya.

Ralat!

terima kasih kpd kwn2 yg sudi tinggalkan Komen. sgt bsar maknanye utk Sy. terima kasih yg teramat jg kpd yg sudi membaca setiap hari. tiada lain Dr hnya terima kasih yg amat sgt sudi menemani hari-hari Sy. syg sume

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience