Bab 49

Drama Series 23522

"Kau nampak Phi Chai!?"

Rock baru sampai di hadapan pejabat pinjaman komuniti. Hanya sebelah kakinya baru keluar daripada dalam kereta, sudah disergah Akob dengan soalan. Rock menggeleng dan kekal duduk tidak jadi keluar.

Akob berdiri bersebelahan pintu kereta yang terbuka. Kawasan di sini masih lengang. Masih awal pagi sangat.

"Aku tak sedap hati. Phi Chai tak pernah senyap macam ni. Biasa tiap malam dia lepak dengan aku... kalau dia dengan kau ke dengan siapa pun dia bagitau."

"Kat rumah kot."

"Tak ada! perempuan dia bagitau daripada petang semalam keluar tak balik. Handphone off!"

"Relax la Kob. Ada apa-apa yang aku tak tau ke, kau nak gelabah macam ni?".

Akob berdecit. Kemudian menggeleng-geleng kepala dengan muka tidak puas hati. Jarinya menskroll muka telefon pintarnya di senarai nombor simpanan. Kemudian mendial satu nombor dan menunggu jawapan.

"Tak dapat!"

Akob berdecit lagi.
Besar sangat ke masalah? Orang dewasa dan hebat macam Phi Chai hilang. Patut ke Akob gelabah beruk seperti sekarang?. Rock tahu ramai mahukan kawasan perniagaan mereka tapi bukankah semuanya dalam keadaan terkawal.

Bulan lepas dia sudah memecahkan sebuah pub baru kerana pub itu menyebabkan pelanggan mereka lari ke sana. Lagipun pub itu guna taktik kotor dengan memberi percuma Metamfetamin. Dia juga sudah mengajar pemilik syarikat pinjaman haram yang beroperasi di kawasan berdekatan.

Ada yang cuba membalas dendamkah?.

Bunyi tayar yang dibrek keras mengejutkan Rock dan Akob. Keluar dari van putih empat lelaki berbadan besar seperti mereka berserta batang beluti sebagai senjata. Akob sudah memasang kekuda. Melihat itu Rock pantas keluar sambil jari memusing cincin besi di lapan jari kiri dan kanan.

Dua lelaki menyerang Akob yang mengumpan mereka menjauh dari kereta Rock. Dua lagi lelaki menuju ke arah Rock yang juga sudah bersedia memasang kekuda menunggu lawan yang garang merapat.

Rock padukan tumbukan dan tendangan. Kiri dan kanan kaki dan tangan Rock tidak diam. Mencari ruang dan peluang menumpaskan dua lawannya yang pada Rock mudah sangat ditentang hanya dengan tangan kosong yang hanya ada cincin besi di lapan jari.

"Cepat! cepat!"

Dua yang lain di sebelah sana tiba-tiba menjerit. Dua di sini berhenti menyerang Rock dalam keadaan mereka telah hampir kalah dan berdarah-darah. Cepat pantas berlari ke arah van putih mereka dan memecut pergi.

Rock menoleh ke sebelah sana, tapak pertarungan Akob sebelumnya. Cuba mencari kelibat Akob.

Tiada!
Rock pantas maju ke situ jika-jika Akob jatuh ke dalam longkang. Tiada, hanya ada sehelai tuala good morning yang lembab dan berbau bahan yang kuat mencucuk hidung. Ada satu botol berdekatan tuala. Rock membongkok mengutip botol dan membaca pelekat bertulis chloroform.

Sebuah kereta berhenti turun pemandu dan pengawal Akob tersenyum-senyum kepadanya.

"Kau orang pergi mana!!!?"

"Pergi mana apa... sarapan la. Akob suruh pergi sarapan. Dia cakap nanti dia nak sarapan dengan kau."

Mati senyuman dari wajah kedua mereka. Terkulat-kulat menjawab tengkingan Rock.

Rock menyepak botol yang sudah kosong hingga mengena tangga simen dan pecah berderai, kemudian menyepak angin dua tiga kali melepas geram. Pengawal dan pemandu Akob berundur dua tiga langkah ke belakang.

"Akob kena culik!!!"

@@@@@@@

"Assalamualaikum! Yah!"

"Waalaikummussalam, Kak Enda. Apa khabar. Lama tak dengar cerita akak. Maaf la saya tak ada telefon akak tanya khabar."

"Tak pe Yah... Yah ada kat mana?. Sibuk ke?"

"Kat cafe tengah kerja. Ermm... tak la sibuk sangat. Kenapa ye Kak Enda? Macam ada benda serius je."

"Yah datang flat boleh tak. Ada hal sikit."

"Kenapa ye Kak Enda. Bunyi macam seram je."

"Yah datang ye. Akak tak boleh lama ni. Datang ye, akak tunggu."

@@@@@@@

"Akob!"
"Akob!"
"Akob!!!"

Phi Chai kuatkan lagi suaranya. Akob di sebelah hujung bilik yang suram cahayanya sudah sedikit bergerak.

"Kob! kau okay tak!?"

Akob geleng-gelengkan kepala. Cuba menyahkan rasa pening dan mengantuk yang kuat. Tubuh badannya rasa pegal-pegal akibat berlawan tadi. Aduh! dia sudah tua. Dahulu setakat pertarungan seperti tadi bukanlah suatu yang asing.

Apabila mata sudah boleh di celik, begitu juga telinganya sudah boleh mendengar dengan baik barulah dia nampak Phi Chai yang duduk terikat di atas sana bangku.

"Kau okay Phi Chai?"

"Kau tau siapa punya kerja ni?"

"Huh, anak setan tulah."

"Celaka betul dia pengsankan kita macam ni. Pondan betullah!..."

"Hahaha... hahahaha...haha, pondan tak pondan yang penting aku dapat kau orang berdua."

Masuk Ah Boon bersama tiga orang pengikutnya.

"Aku dah siapkan wasiat ni. Kau tinggal sign je Kob. Tulis kat sini kau tinggalkan semua harta kau untuk adik angkat kesayangan... hahaha... haha"
"Orang mesti percaya punya. Kau kan tak ada waris lain. Phi Chai pun dah mati sama dengan kau."
"Aku nak buat mati macam mana ye... accident kereta ke? atau nak lebih dramatik aku bogelkan kau berdua, nampakkan macam mati bunuh diri sebab Phi Chai jealouskan kau ada Anong. Amacam? kau orang nak yang mana? Hahahaha."
"Hoi! kau! bawak orang tua yang ni ke bilik sebelah. Dapatkan tandatangan dia. Kalau tak boleh jugak ambil cap jari aje!".

@@@@@@@

Badriah berdiri di luar rumah mayat untuk proses pengecaman. Anggota polis mengiringi langkah Badriah masuk ke dalam bilik sejuk rumah mayat itu.

"Puan kenal si mati?"

Seorang pembantu perubatan menyelak kain yang menutupi mayat yang terbaring di atas katil besi.

Allahuakbar!
Astaghfirullahhalazim!
Astaghfirullahhalazim!
Lailahaillallah Muhammadarrasulullah!

Badriah terperanjat besar. Beristighfar dan mengucap nama Allah untuk dia menenangkan diri.

"Puan okay? Maaf puan, puan kenal si mati.?"

Badriah terangguk-angguk bersama air mata mencurah-curah turun membasahi pipi. Tergigil kecil dia kerana rasa takut sudah menjalar hingga ke kaki melihat keadaan mayat.

"Di... dia ibu arwah suami saya."

"Bagaimana puan cam dia?. Maaf puan saya kena tanya juga soalan. Jawab bila puan sedia."

"Ermm... tahi lalat bawah bibir kiri dan bawah mata kanan dia. Bulu mata lentik dia."

Semakin perlahan suara Badriah dengan esak tangis menjawab soalan pegawai polis.

"Boleh puan beritahu kami nama penuh si mati?"

"Sharifah Zarina binti Syed Zainal."

"Baik. Terima kasih puan atas kerjasama. Puan waris terdekat atau ada waris lain untuk uruskan jenazah selepas selesai urusan pihak kami?"

"Nan.. nanti saya cuba cari adik beradik arwah suami saya."

Ketika Badriah keluar daripada bilik sejuk rumah mayat itu sudah ada Kak Enda menunggu di bangku luar. Menyambut kedua belah tangan Badriah dan meramas perlahan.

"Yah okay? Akak takut nak cerita dalam telefon. Takut Yah tak boleh sampai sini nanti."

"Ke... kenapa Mommy tu?".

"Ceti haram Yah... bukan Ah Long tau tapi ceti. Diaorang tu pekerja asing menyewa rumah tingkat satu. Dah naik kepala jadi ceti. Orang kita ramai yang minjam".
"Mommy Johar tu minjam jugak. Sebab tu berduit aje. Tapi dah tak terbayar agaknya bergaduh... dengarnya dia bagi servis lagi kat ceti tu!"
"Alah... servis yang itu tu."
"Akak ni bukan nak mengata. Orangnya pun dah arwah tapi tula kan... balasan makan duit anak yatim."

"Tak Kak... Mommy tak ada amek duit budak-budak. Dia dapat bahagian ikut faraid."

"Ooo... Yah tak tau kan. Dia mintak derma dari surau, dari masjid, orang perseorangan yang kaya... dia cakap untuk cucu yatim dia tiga orang."
"Ada dapat tak kat Yah?"

Badriah geleng-gelengkan kepala.

"Mula-mula orang bagi, kemudian bila orang tengok dia tak kerja tapi mewah cantik lawa aje orang suspicious la."
"Ada satu hari tu dia bergaduh dengan kawan dia. Kawan tu yang cerita rahsia dia kutip duit untuk cucu yatim tapi makan ke dia."
"Sejak tu dia tak berduit lagi, jadi dia pinjam ceti. Dah banyak sangat la tu. Bergaduh pulak dengan ceti."
"Dengarnya Yah... dia kena rogol dulu ramai-ramai baru kena bunuh!"
"Kena bunuh dekat kawasan industri sana belakang kilang."
"Tua macam tu pun orang jahat masih selera. Uiii!"

Terloncat-loncat badan Kak Enda yang sedang duduk sambil tergeleng-geleng kepala gelikan cerita hidup Sharifah Zarina.

Ya Allah,
Badriah tak sangka, hingga dia tak terkata. Sudahnya dia hanya mendiamkan diri. Masih beristighfar di dalam hati.

Astaghfirullahhalazim,
Ya Allah tolong ampunkan Sharifah Zarina Ya Allah.

sowi lmbt. Ari ni bz. tqvm kwn2

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience