Bab 19

Drama Series 23522

Seperti selalu Badriah matikan diri.
Dia sekarang di rumah besar Sharifah Zarina. Rumah suami Sharifah Zarina. Ada majlis makan malam keluarga. Sempena meraikan pernikahan dia dan Johar.

Tapi Mak langsung tidak dijemput. Tidak boleh Badriah lupa raut wajah sedih Mak di muka pintu melihat dia pergi sebentar tadi. Mesti Mak ralat zaman gadisnya berakhir dengan pernikahan cowboy seperti ini.

"Bini Johar ni sihat ke tak?"

Dia tahu suara saudara Sharifah Zarina itu sengaja seakan berbisik, tapi dengan nada bisik sekuat itu dan sedekat ini dengannya? Tujuan!?.

"Sihat la... kenapa?"

"Senyap aje... kot la suis putus jugak macam Johar. Dia bukan ambik barang macam Johar kan?".

"Eh! tak la. Dengarnya kena bayar... sebab tu sudi jadi bini Johar. Dengarnyalah kan..."

"Muka cantik, muda lagi... tapi nak senang cepat. Macam ni pun ada sekarang kan."

Badriah sudah kalis bunyi. Lantak kau oranglah. Akhirat nanti mudah-mudahan Allah lepaskan dia di Mizan tanpa terbabit dengan semua mulut puaka keturunan Sharifah Zarina dan Junid tapi... mudah-mudahan Allah balas mereka neraka paling jahanam! Amin!.

"Nah".

Johar hulur sepinggan mi goreng ke muka Badriah dan dia menyambut perlahan. Kenapa? Kerana Sharifah Zarina sudah memberi amaran ketika dia sampai supaya tidak mencipta drama. Maka disambut juga pinggan itu walau hatinya mendongkol benci.

Johar datang lagi dengan dua biji gelas berisi air berwarna Oren dan duduk di sebelah Badriah.

"Berapa umur isteri Har ni?"

"18"

"Oh! muda sangat lagi. Tak habis sekolah ke?"

Johar tidak menjawab. Tunduk sahaja menyudu ke mulut mi goreng di dalam pinggan. Perut Badriah lapar tapi seleranya mati di sini. Seurat seurat sahaja mi itu disudu Badriah ke dalam mulutnya supaya tidak perlu mengangkat muka dan berbual dengan saudara mara Sharifah Zarina.

Saudara perempuan yang bertanya tadi angkat punggung meninggalkan ruangan itu apabila Johar tidak menjawab soalannya. Katanya Johar ada 'angin' gilanya. Mungkin diam Johar penanda untuk mereka tarik diri.

Badriah tidak pernah lagi melihat Johar yang 'gila' kerana pada Badriah seluruh keluarga Junid dan Sharifah Zarina memang gila!. Titik.

"Makan cepat. Boleh balik cepat."

Johar yang masih menyudu mi gorengnya bersuara memecah lamunan Badriah. Badriah kekal makan mi gorengnya seurat seurat buat syarat. Kalau Johar sudah maka dia pun sudah, itu kira-kira dalam fikirannya.

"Eh! perempuan! kau mandul eh!?"

Tiba-tiba datang Juhada dan Juhara duduk di hadapan Badriah dan Johar lalu memberinya soalan maut. Tidak lama kemudian datang pula Julie dan Sharifah Zarina turut serta di situ.

"Dah berapa bulan kau kahwin? lima bulan kan! Apasal kau tak ngandung lagi?"

Badriah tunduk sahaja. Dia tak akan menang walau menjawab. Lebih baik dia kalah kerana diam. Rasanya cara itu dapat membakar ego mereka.

"Eh! jawab la. Dah bisu ke apa?"

Juhada datang dekat dan menunjal kepala Badriah. Johar cepat pantas menangkap tangan Juhada dan di tepis ke tepi.

"Aku nak tolong kau la Har! Entah-entah dia ambil ubat ni tak nak mengandung anak kau!"

Johar kembali menyuap. Badriah sekadar memasang telinga kerana dia tidak angkat muka dari pinggan mi gorengnya.

"Betul cakap Hada tu Har. Dia dengan Mak dia ni nampak aje bodoh tapi banyak akal diaorang berdua ni."

Sharifah Zarina masuk campur apabila Juhada dikasari Johar.

"Doktor cakap Har ada problem... akan ambil masa."
"Soalan macam ni habis kat sini. Jangan tanya lagi!."
"Dah Yah! bangun! balik!".

Johar sudah berdiri. Memaut lengan Badriah supaya cepat turut berdiri. Johar tarik tangan Badriah keluar daripada rumah besar Sharifah Zarina. Meninggalkan majlis yang kononnya untuk mereka.

@@@@@@@

Sebenarnya penat dah posisi begini. Kalau panjang jodohnya mesti postur badan Badriah senget sebelah. Tapi apakan daya. Badriah rasa ini saja cara yang dia ada, supaya dapat tunjukkan protes kepada Johar. Boleh tahan kebal lelaki itu dengan perangai sebal yang Badriah tunjuk.

Terasa tekanan di sebelah sana tilam. Johar sudah selesai mandi. Badriah terus matikan diri seperti selalu. Jangan dia mati terus sudah. Kasihan Mak. Masih besar harapan Badriah ada peluangnya bersama Abang Li.

"Yah dengar tadi kan..."
"Kalau Yah sudi... beri Abang sedikit nama baik..."
"..."
"Tak pelah lupakan!"

Ayat Johar tergantung di situ dan lelaki itu sudah merebahkan diri. Apa maksud Johar? Dia nak apa? Nak dia ke? Beri nama baik macam mana? Mengandungkan anak Johar? Apa? Apa?
Apa maksud Johar?.

Hampir ke subuh baru Badriah tertidur. Tak tahulah entah pukul berapa. Risaunya dia dengan ayat Johar yang tergantung.

@@@@@@@

Roslan Li berhenti kerana sasarannya berhenti. Dia berlindung dengan berhenti di tepi sebuah gerai di pinggir jalan kecil itu. Kelihatan jauh di hadapan sana sasarannya bercakap dengan seorang lelaki. Sambil sesekali menunjukkan muka telefon kepada lawan berbualnya, sasaran Roslan Li ambil masa lebih kurang lima minit untuk perbualan itu.

Tebing Sungai Golok yang agak sibuk dengan aktiviti penduduk tidak Roslan Li endahkan. Pemandangan itu situasi biasa di sini. Sasarannya paling penting sekarang ini. Jika dia dapat ambil tahu sesuatu tentang sasarannya itu suatu kepuasan besar bagi dirinya dan kerjayanya.

Perjalanannya terasa semakin jauh namun sasaran masih tidak berhenti sehinggalah sampai ke satu kawasan yang semakin lengang dengan orang ramai dan semakin banyak kawasan belukar.

Ketika itu barulah sasarannya berhenti dan membelok masuk ke celah-celah pokok belukar di tebing Sungai Golok yang panjang. Roslan Li mencari sudut terbaik untuk berlindung dan melihat aktiviti sasaran.

Sebuah jeti haram kecil.
Sasarannya berdiri di atas jeti yang diperbuat daripada kayu-kayu terpakai. Agak lama sasaran berdiri di situ sendirian hinggalah kurang 15 minit kemudian berlabuh sebuah bot di pinggir jeti.

Dua orang lelaki turun daripada bot mendapatkan sasaran. Mereka berbual lebih kurang lima minit sebelum salah seorang daripada penumpang bot mengeluarkan bungkusan daripada jaket yang dipakainya dan kemudian menghulurkan kepada sasaran.

Sasaran kemudiannya mengeluarkan sejumlah duit dan menghulurkan kepada lelaki yang memberi bungkusan. Mereka berjabat tangan dan urusan selesai apabila penumpang bot dan sasaran meninggalkan lokasi pada masa yang sama.

Roslan Li kekal di tempatnya bersembunyi untuk tempoh tiga minit lagi, selepas itu barulah dia perlahan-lahan keluar daripada kawasan belukar berdekatan itu.

Roslan Li kembali menyusur jalan kecil yang dilaluinya sebentar tadi. Langkah dilajukan apabila dia gagal menyayingi sasarannya. Selepas sepuluh minit dia berjalan laju dia beralah. Sasarannya sudah hilang dari jejak.

Arghh! sudah berapa lama dia menjejak masih gagal mencari arah tuju lelaki itu selepas selesai urusan jual beli. Siapa pembeli barangan di dalam bungkusan yang lelaki itu terima di sini!?

Gagal lagi!

@@@@@@@

Apa kena mamat ni. Aduhai... benci betullah. Kalau dia keluar dari bilik sukalah lelaki ni. Tercapailah strategi dia yang Badriah terkesan dengan tindakan lelaki itu. Lantak kaulah. Aku buat-buat tak nampak je. Badriah pasakkan egonya.

Eeii... geram betullah.
Badriah ambil tempatnya di sebelah sini atas katil supaya langsung tak memandang pada Johar. Macam mana tak geram? Selama bernikah tak pernah-pernah Johar tak berbaju sebilik dengannya. Malam ini boleh pula sekadar berkain pelikat 'sekeping'.

Arghh...
Badriah terjerit. Johar menarik dia sehingga tertiarap di atas katil. Kemudian duduk di atas belakang pahanya dan mengilas ke dua tangan Badriah naik ke atas.

"Lepaslah! gila ke!? orang tak naklah!"

Badriah meronta-ronta apabila Johar cuba membuka t-shirt yang dipakainya. Dengan keadaan dia yang sudah dikepit begitu dan Johar yang tinggi besar duduk di belakang pahanya, sekejap sahaja t-shirt besar yang dipakainya tanggal dari badan.

Badriah panik. Malam inikah dia bakal hilang dara? Dengan cara ini?.

Terasa tangan besar Johar melepaskan cangkuk bra di belakang badan kemudian mengemaskan ikatan rambut panjang Badriah dan di alih ke tepi kepala. Badriah tetap meronta-ronta selagi boleh mencuba

Arghh...
Cengkaman itu... lurutan itu... tekanan dan ramasan tangan besar dan kasar Johar di bahu, tengkuk dan seluruh belakang badan Badriah benar-benar melegakan. Seketika kemudian ruang bilik semerbak dengan bau minyak urut daun bidara.

Belakang badan Badriah yang sememangnya sakit kerana cara baring yang tidak selesa benar-benar merasa lega di urut tangan besar dan kasar Johar.

Badriah jadi khayal kerana terlalu selesa dan lega. Seketika kemudian Badriah gagal mengawal matanya. Dia hilang di alam mimpi. Selesa sungguh tidur Badriah malam itu.

assalamualaikum slmt pagi. hari ni jln kt hutan bandar dpt 2 lap. blik bersihkn car porch susun sume laruk kt luar tu sapu bersih2. ni br msuk rmh dpt main tpon. kjp lg cadangnye nk sembelih sardin je. td nk kuar lupa kuarkn ayam huhu sedih!. sudi2kn kwn dgn Sy ye. terima kasih jd teman Sy di alam sini. syg sume

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience