Bab 51

Vampire Series 20340

"Jomlah Olive kita start perjalanan sekarang. Nanti lewat pula." ajak Dylan. Perut pun sudah diisi jadi mereka sudah ada tenaga yang cukup untuk teruskan perjalanan yang seterusnya.

"Baik jom." Olive bangun sambil membersihkan pasir pada baju dan seluarnya. Tadi dia main duduk sahaja tanpa berlapik jadi pasir ada pada seluar dan bajunya.

"Tapi kita kutip buah dululah." Dylan ingat yang Olive ada minta buah lebih untuk dijadikan sebagai bekalan.

"Ha'ah ya." Olive masih ingat tentang itu. Mereka pun kutip buah kaktus tersebut.

"Hati-hati duri tu tajam." kata Dylan semasa Olive kutip buah itu.

"Ya." Olive sangat berhati-hati kutip buah itu. Buah yang dikutip disimpan didalam beg.

"Awak hati-hati tau galas beg buah tu tajam boleh cucuk awak nanti." pesan Dylan.

"Okay Dylan." balas Olive.

"Saya rasa cukuplah ni lagipun kalau ambil banyak pun tak boleh juga sebab kita tak boleh makan banyak sangat buah ni."

"Hah kenapa?" kenapa tidak boleh makan banyak pula.

"Tak adalah walaupun buah ni boleh dimakan tapi kalau makan terlampau banyak sangat pun tak elok juga. Sebab buah ni mungkin akan buah seseorang itu sakit perut, loya, pening kepala dan kembung. Ada kes kecil yang boleh menyebabkan usus kecil tersumbat. Tetapi kesan tu ikut individu juga bukan semua dapat dan kena." Dylan bukannya hendak menakutkan Olive cuma dia mengatakan fakta. Apa-apa jenis buah-buahan pun akan jadi tidak elok juga kalau dimakan secara berlebihan.

"Awak tak cakap pun tadi." Olive rasa banyak juga dia makan tadi. Dia rasa takutlah pula bila Dylan cakap macam itu.

"Awak tak tanya saya pun." Dylan terlupa tentang itu sebenarnya.

"Hah?" Olive sudah mula rasa risau. Dia takut kalau tiba-tiba dia sakit perut. Sudahlah disini tiada tandas. Tidak mungkin Olive mahu melepas disemak samun. Dia orang bandar tidak biasa buat begitu. Dia biasa guna tandas.

"Tak adalah Olive, awak tak makan banyak mana pun. Lagipun awak tak ada rasa apa-apa yang saya cakap tadi kan?" kata Dylan. Dia perhatikan Olive baik-baik sahaja selepas makan buah itu. Jadi Olive selamat sahaja.

"Tak saya tak rasa apa-apa pun. Biasa je." Olive tidak rasa yang pelik-pelik pun. Dia baik sahaja. Perut dia cuma rasa kenyang sahaja.

"Maknanya awak okay jelah makan buah tu." kata Dylan. Maknanya Olive tiada alergik terhadap buah itu.

"Oh nasib baik." Olive rasa lega. Risau dia tadi.

"Dah jom kita teruskan perjalanan." Usai mengutip buah mereka pun teruskan perjalanan.

"Olive saya harap awak bersedia lepas ni." ujar Dylan sambil berjalan. Dia rasa dia patut beritahu Olive tentang perjalanan yang seterusnya.

"Kenapa Dylan?" Olive rasa lain macam pula. Apa yang akan Olive hadapi selepas ini? Adakah perjalanan ini lebih teruk berbanding sebelum ini? Atau ada dugaan dan cabaran yang lebih dasyat?

"Kita kena daki bukit pula selepas ini." untuk perjalanan yang seterusnya mereka perlu mendaki bukit. Sekali lagi mereka akan masuk hutan dan hutan untuk kali ini agak berbukit.

"Daki bukit?"

"Ya daki bukit macam orang selalu cakap tu hiking. Awak pernah tak hiking?"

"Tak pernah." Olive mengeleng kepala. Dia memang tidak pernah menyertai aktiviti mendaki bukit. Dia jarang sangat untuk sertai program-program seperti itu.

"Oh." Dylan mengangguk. Dia sudah dapat agak yang Olive tidak pernah mendaki bukit.

"Kita kena daki bukit tinggi ke bukit rendah?" Olive ingin tahu bukit yang bakal mereka daki adalah bukit yang tinggi atau bukit yang rendah. Kalau bukit yang rendah okaylah kot untuk Olive. Tetapi kalau bukit yang tinggi tentu agak mencabar. Walau bagaimana pun dia perlu juga hadapinya.

"Saya pun kurang pasti tapi kita akan slow-slow daki bukit tu since awak tak ada pengalaman mendaki." kata Dylan. Bukan mudah untuk seseorang yang pertama kali mendaki bukit seperti Olive. Persediaan mental dan fizikal sangat diperlukan. Oleh yang demikian Dylan tidak akan terlalu memaksa Olive. Dia akan bantu Olive mana yang patut.

"Saya pun rasa macam tu. Saya harap awak bertabahlah dengan beginner macam saya ni. Saya mungkin akan mudah pancit sikit." jujur Olive. Diperjalanan yang biasa pun dia mudah penat inikan pula mendaki bukit. Mesti Olive akan banyak berhenti dan berehat untuk melepaskan lelah.

"Ya tenang je take your time. Jangan push diri sangat." pesan Dylan. Dylan harap Olive tidak terlalu memaksa diri sendiri. Biarkan lambat asalkan selamat. Tetapi janganlah terlalu lambat sangat.

"Thanks. Jomlah kita pergi sekarang." Olive rasa tidak sabar pula. Kali pertama ini dia hendak mendaki bukit. Perasaan dia bercampur baur. Dia harap semuanya baik-baik dan dipermudahkan.

"Okay ikut saya." Dylan pun mula berjalan. Dia ikut arah berdasarkan peta yang dia sudah tengok pada sebelum ini. Peta itu sememang sudah berada dalam minda Dylan. Dia hafal laluan yang ditulis dan lukis dalam peta itu.

Pada permulaannya mereka masuk ke dalam hutan dahulu. Hutan itu adalah hutan biasa sahaja. Bukan hutan yang aneh.

"Macam mana Olive okay tak?" sambil berjalan sempat Dylan toleh dan bertanya kepada Olive yang berjalan dibelakangnya. Dia ingin tahu keadaan Olive untuk setakat ini.

"Okay je. Kita kan baru je mula. Awak ni pun Dylan." balas Olive. Mereka berjalan tidak sampai 5 minit. Terlalu awal untuk Dylan tanya soalan seperti itu. Olive masih steady lagi.

"Tak adalah saja tanya. Lagipun awak tu kenapa jalan belakang saya? Jalanlah sebelah saya ni." kata Dylan. Bahaya kalau Olive jalan dibelakang. Takut kalau Dylan tidak perasan kalau terjadi sesuatu kepada Olive. Dia tidak nampak Olive dibelakang.

"Saya cuma nak ikut langkah awak. Lagipun saya tak tahu jalan. Saya tak tahu apa yang ada didepan. Tapi awak jangan risau sebab saya akan ikut awak rapat." Olive takut kalau tersalah langkah. Jadi dia akan ikut Dylan dari belakang dengan rapat. Dia pun takut juga kalau jauh dari Dylan.

"Okay tapi jangan cucuk saya pula."

"Awak ingat saya ni myvi ke?" perli Olive.

"Hahaha." Dylan ketawa. Pandai ya Olive buat lawak.

"Gelak macam tahu je myvi tu apa." kata Olive. Dylan seorang vampire. Dia pun bukannya pernah naik kereta pun. Dikampung vampire pun tiada kereta.

"Saya tahulah Olive." Nasib baiklah Dylan pernah keluar masuk ke dunia manusia jadi dia tahu yang myvi itu adalah sejenis kenderaan yang popular.

"Oh tahu rupanya. Ni mesti sebab awak selalu pergi dunia manusia kan?"

"Tahu tak apa." balas Dylan.

"Dylan belum sampai lagi ke kawasan bukit tu?" soal Olive. Mereka sudah masuk ke dalam hutan tetapi tidak nampak pula bukit.

"Belum lagi. Kenapa?" bukit itu ada jauh didalam hutan.

"Tak ada apa. Saja je tanya."

"Oh."

Lebih kurang sejam perjalanan mereka tiba disebuah sungai. Dylan berhenti apabila tiba disitu.

"Wah ada sungai." kata Olive. Dia teruja apabila melihat sungai. Seperti biasa sungai itu nampak cantik dan jernih sekali. Olive boleh nampak dasar sungai itu.

"Ya kita rehat kat sini." kata Dylan. Agak lama juga mereka berdua berjalan jadi lebih baik mereka berehat sekejap disini. Lagipun disini nampak selamat.

"Dylan, air sungai ni selamat tak? Saya ingat nak basuh muka." Olive ingin segarkan diri dengan air sungai itu.

"Jap saya check." Dylan lihat dan bau air sungai itu.

"Air sungai ni selamat." Dylan dapati air sungai ini bersih dan selamat. Dia minum air sungai itu.

"Eh boleh minum?" Olive terkejut apabila Dylan terus minum air sungai itu tanpa ditapis dahulu. Betul-betul selamat ke air sungai itu?

"Air sungai ni boleh minum. Air ni air bukit yang tak jauh dari sini." menurut peta sungai itu berdekatan dengan kawasan bukit. Air sungai itu adalah air bukit.

"Oh.. Jadinya kita dah dekatlah dengan bukit yang kita nak daki tu?"

"Yup."

"Okay-okay." baguslah kalau mereka sudah dekat dengan bukit itu. Maknanya sebentar lagi mereka akan mula mendaki.

Olive pun basuh muka dan turut minum air sungai tersebut. Tekak dia rasa sangat dahaga juga. Maklumlah tadi dia makan pun tidak minum air.

"Olive botol air awak ada tak?" soal Dylan.

"Botol air saya? Jap." Olive buka begnya. Dia keluarkan botol airnya yang sudah kosong.

"Awak nak buat apa dengan botol air saya ni?" Olive lihat botol airnya. Dia ingin tahu Dylan mahu berbuat apa dengan botol airnya.

"Isikan botol tu dengan air. Jap lagikan kita nak daki bukit tentu akan dahaga nanti." Dylan pasti yang mereka akan dahaga nanti. Jadi Olive patut isikan botol itu dengan air untuk menghilangkan dahaga nanti.

"Oh ya tak ya jugak." Olive pun isikan botol air itu dengan air sungai. Dia isi sampai penuh. Setelah itu dia tutup botol itu dan simpankannya didalam beg.

Mereka rehat disitu untuk beberapa minit sebelum meneruskan perjalanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience