Bab 5

Vampire Series 20340

"Mummy, Olive keluar dulu ya." Olive meminta izin ibunya yang sedang memasak didapur.

"Nak mummy hantarkan tak?" soal Puan Daisy. Dia risau jika membiarkan Olive berjalan bersendirian.

"Takpe mummy. Olive pergi sendiri. Lagipun jumpa Cece kat bus stop dekat tu je." balas Olive. Stesen bas tersebut hanyalah beberapa langkah sahaja dari rumahnya. Mummy pun boleh nampak Olive berjalan ke sana dari tingkap rumah. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Yelah, Olive hati-hati ya. Jangan balik lewat sangat." pesan Puan Daisy.

"Okay mummy." angguk Olive. Setelah itu dia pun keluar rumah.

"Panasnya." kata Olive tatkala keluar dari rumah. Sinaran matahari terpancar terkena kulit mukanya yang mulus. Mata Olive juga terasa silau.

Olive pun masuk ke dalam rumah semula untuk mengambil sesuatu didalam biliknya.

"Kalau pakai ni confirm tak panas." Olive sarungkan topi ke kepalanya. Setelah itu, dia pun ke hentian bas tempat dimana dia dan Cece akan berjumpa.

"Olive." panggil Gracie apabila dia lihat kelibat Olive dari kejauhan. Nampaknya dia sudah sampai lebih awal.

"Cece." Olive melambai ke arah Gracie. Olive mendapatkan Gracie dan mereka pun berpelukan.

"Rindu kau." luah Gracie. Pelukan dilepaskan.

"Sama." Olive mengangguk. Dia pun rindukan Gracie.

"Kita nak pergi mana ni?" soal Gracie. Mereka belum membuat keputusan hendak ke mana.

"Kita pergi shopping mall nak?" Olive rasa lebih baik mereka ke pusat membeli belah sahaja. Sekurang-kurangnya disana ada penghawa dingin. Olive tidak mahu berpanasan diluar. Dia rasa tidak selesa.

"Okay." Gracie setuju sahaja. Mereka pun menaiki bas terus ke pusat membeli belah yang terdekat. Sampai disana mereka berbual-bual sambil window shopping. Hal ini kerana mereka tidak merancang pun hendak membeli apa-apa barang. Hanya nak tengok-tengok sahaja sambil berbual kosong.

"Olive, jom makan. Aku laparlah." ajak Gracie. Tiba-tiba perutnya terasa lapar. Jam pun telah menunjukkan waktu makan tengahri.

"Okay jom." perut Olive pun sudah lapar juga memandangkan sejak dari tadi mereka hanya berjalan tanpa ada arah tuju.

"Nak makan apa eh?" Gracie tanya soalan paling susah didunia. Jarang-jarang ada orang dapat jawab soalan ini dengan betul. Hanya yang bernasib baik sahaja dapat jawab dengan betul dan tepat bergantung pada selera orang yang ditanya.

"Urm.. Apa kata round-round tengok mana yang menarik?" Olive memberi idea yang selamat. Lagipun dia sendiri kurang pasti hendak makan apa.

"Okay juga tu."

Olive dan Gracie pun jalan-jalan mencari restoran yang sesuai dengan selera mereka. Beberapa minit kemudian tiba-tiba sahaja kaki Olive berhenti melangkah seolah-olah terasa ditarik magnet apabila melalui sebuah restoran. Dia berhenti dihadapan restoran itu.

"Nak makan kat sini ke?" soal Gracie yang turut menghentikan langkahnya.

Olive dan Gracie melihat papan tanda restoran tersebut. Ternyata mereka berada dihadapan sebuah restoran yang berkonsepkan makanan daripada negara Korea.

"Macam sedap je." kata Olive sambil melihat sample makanan yang ada tersedia ditepi pintu masuk restoran tersebut. Ada pelbagai makanan yang nampak sangat menyelerakan. Tetapi dalam banyak-banyak makanan ada satu hidangan telah berjaya menarik nafsu makan Olive.

"Jomlah." mereka pun masuk ke dalam restoran itu. Mereka pilih untuk duduk disuatu sudut yang jauh daripada orang lain. Mudahlah untuk mereka berbual dan bergosip tanpa dihukumi orang lain.

"So nak order apa?" soal Gracie sambil melihat buku menu yang tersedia. Semua makanan nampak sedap sekali sampai keliru hendak pilih yang mana satu.

"Hmm.. Aku rasa nak yang inilah. Yukhoe yums." Olive terliur melihat makanan yang terpapar pada buku menu tersebut. Makanan tersebut benar-benar berjaya menarik nafsu makan Olive sejak dari awal lagi.

"Tapi aku rasa ni daging mentah. Sedap ke?" Gracie lihat gambar yang terpapar pada buku menu. Gracie rasa tidak yakin pula dengan pilihan Olive. Dia sendiri tidak pernah makan daging mentah. Kalau sushi biasalah dia makan selalu. Tetapi itu ikan bukan daging mentah yang masih merah.

"Tak salah kalau nak cuba. Lagipun mesti yang fresh punya. So takde masalah." Olive yakin dengan pilihannya. Lagipun mesti daging tersebut daging segar yang selamat untuk dimakan dan tidak akan menyebabkan rasa sakit perut dan keracunan makanan.

"Okay.. Kalau macam tu aku nak teokbokki jelah." kata Gracie. Dia setuju sahaja dengan pilihan Olive. Tetapi dia tidak akan menjamahnya sama sekali. Dia hanya akan makan makanan yang dia pesan sahaja.

Mereka pun terus membuat pesanan kepada pelayan yang ada. Sambil menunggu pesanan disiapkan, mereka berbual sesama sendiri.

"Dah lama kan kita tak lepak macam ni." ujar Gracie. Sebenarnya dia rindu masa-masanya bersama dengan Olive. Hampir setahun mereka tidak bersua muka.

"Ye." angguk Olive. Dia pun rindukan teman baiknya. Bahkan dia sangat rindukan dunia ini. Dia tidak sangka lama juga dia diperkampungan vampire.

"Lama kan kau pergi rumah pak cik kau." Gracie tidak tahu ke mana Olive pergi selama ini. Bahkan dia langsung tidak tahu mengenai apa yang terjadi dalam hidup Olive. Tiada siapa yang ceritakan padanya. Dia cuma diberitahu bahawa Olive pergi ke rumah pak ciknya yang berada dikampung.

"Hehe ya." Olive ketawa janggal. Dia agak mesti mummy atau daddy yang berkata begitu kepada Gracie sepanjang ketiadaannya disini.

"Okay ke duduk sana? Best?" soal Gracie. Dia tidak pernah ke kampung kerana kedua ibunya orang bandar. Tetapi adalah dia dengar cerita yang suasana dikampung seronok dan mendamaikan berbeza dengan bandar.

"Err.. Okay je. Bolehlah." balas Olive serba salah. Selama ini dia bukan pulang ke kampung tetapi diculik oleh vampire dan berkahwin bersama vampire bernama Dylan. Kehidupannya diperkampungan vampire tersangatlah mencabar sehingga nyawa sendiri menjadi taruhan. Tetapi nasib baiklah dia dapat pulang semula dengan selamat.

Sebut pasal Kampung Vampire, Olive jadi teringatkan tentang Dylan. Agaknya apalah khabar Dylan. Adakah Dylan masih ingat tentang Olive? Atau Dylan sudah ada penganti yang baru? Olive menghelakan nafas perlahan.

"Kenapa?" soal Gracie apabila melihat Olive yang sedang termenung.

"Hah? Err takde apa." Olive menggeleng.

"Kau macam mana dengan kolej? Okay tak? Best?" soal Olive. Dia ingin tahu kehidupan Gracie dikolej bagaimana. Dia sendiri belum berkesempatan merasai pengalaman belajar dikolej.

"So far okay je. Bestlah juga. Dapat kawan baru. Pergi kelas hampir setiap hari. Tapi aku rasa lagi best kalau kau ada sama." balas Gracie. Teringin juga dia hendak satu kolej dengan Olive. Tentu seronok kalau begitu.

Sekali lagi Olive termenung. Dia memikirkan apa yang dikatakan oleh Gracie. Sesungguhnya dia teringin masuk ke kolej juga seperti Gracie tetapi apakan daya.

"Olive.." tegur Gracie. Dia risau kalau kata-katanya ada menguris perasaan Olive.

"Ya." balas Olive.

"Kau okay?" soal Gracie. Dia perasan yang Olive asyik termenung sahaja pada hari ini. Olive ada masalah ke?

"Okay je." balas Olive sambil tersenyum.

"Eh tu makanan kita dah sampai." Olive tunjuk ke arah pelayan. Pelayan tersebut menghidangkan makanan kepada Olive dan Gracie. Mereka pun menjamah makanan yang ada dengan penuh selera terutama sekali Olive.

Sedikit info : Yukhoe adalah makanan Korea iaitu hidangan daging stik mentah yg dihiris nipis dicampurkan beberapa bahan seperti rempah & sos. Dihidangkan bersama telur kuning dan buah pear yg diracik. Cara makannya adalah anda cuma perlu mencampurkan semua bahan agar sebati & sedia dinikmati. Terima kasih. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience