Bab 52

Vampire Series 20340

Selepas puas berehat Dylan dan Olive pun meneruskan perjalanan menuju ke arah bukit. Mereka ikut laluan sungai tersebut. Itu jalan pintas yang paling dekat.

"Olive inilah bukit tu." kata Dylan sebaik sahaja sampai dibukit tersebut.

"Akhirnya sampai juga kat bukit ni. Boleh tahan jauh juga ya nak sampai ke sini." kata Olive sambil melihat ke arah bukit itu. Sejujurnya bukit itu nampak sedikit menyeramkan. Pokoknya seperti ada rambut yang panjang.

"Saya harap awak ready nak hiking bukit ni." kata Dylan.

"Ni Olive lah sentiasa ready." kata Olive dengan bangga diri. Dylan hanya tersengih. Olive terlampau yakin.

"Okay, tapi awak hati-hati tau kita dah masuk kawasan bukit dalam hutan yang bahaya sikit."

"Bahaya? Bahaya macam mana maksud awak?" Olive sudah biasa berdepan dengan bahaya cuma dia ingin tahu bahaya yang kali ini bahaya yang jenis apa.

"Hutan dan bukit ni keras." kata Dylan separuh berbisik.

"Keras? Maksud awak?" Olive buat gaya hantu.

"Ya." Dylan mengangguk. Memang betul.

"Biar betul?" Olive sudah rasa meremang. Dia gosok-gosok lengan dan lehernya. Walaupun Olive pernah nampak vampire, ware wolf, beast dan sebagainya tetapi Olive tidak pernah lagi nampak hantu. Dia takut kalau ternampak hantu. Dia sangat takut benda yang dia tidak nampak.

"Betullah bukit ni namanya Bukit Tiga Hantu tapi janganlah risau. Kalau kita tak kacau dia, dia takkan kacau kita. Kita cuma nak lalu je."

"Apa Bukit Tiga Hantu?" mata Olive terbeliak. Dia rasa takut serta merta.

"Awak jangan takut kalau awak takut benda tu lagi suka. Lagi dia akan datang dekat."

"Hah? Awak cakap macam tu buat saya rasa lagi takut je." Olive rasa was-was. Sudahlah mendaki bukit itu mencabar ditambah pula dengan benda-benda mistik. Ini seperti sama sahaja seperti masuk rumah hantu yang bezanya adalah hantu yang ada adalah yang asli.

"Dah jangan cakap dan fikir yang bukan-bukan. Kita start daki sekarang nanti malam lagi susah sebab benda tu start merayau. Siang ni okay lagi. So jangan risau." Dylan rasa hantu tidak keluar pada waktu siang. Gangguan itu ada tetapi tidak seekstrem seperti waktu malam.

"Okay." angguk Olive. Apa yang Dylan katakan tidak menyedapkan hati Olive langsung. Dia masih rasa takut. Mereka pun mula mendaki dengan berhati-hati.

"Dylan ni kenapalah tak cakap awal-awal pasal hutan ni. Aku dahlah takut." bisik hati Olive sambil pegang lehernya. Dia rasa seram sejuk. Bulu romanya asyik berdiri sahaja dari tadi.

"Awak okay Olive?" soal Dylan. Dia perasan yang Olive nampak seperti lain macam sahaja.

"Saya okay." Olive mengangguk.

Pada sejam pendakian semuanya biasa sahaja. Tiada sebarang gangguan yang aneh. Namun beberapa minit selepas itu, mereka mula diganggu dengan kelibat-kelibat yang aneh.

"Dylan." kata Olive sebaik sahaja dia nampak bayang hitam yang melintas dihadapan mereka berdua. Olive menyorok dibelakang Dylan. Dia takut.

"Jangan takut Olive. Jangan tegur buat bodoh sahaja." Dylan cuba untuk tidak buatkan Olive rasa takut. Dylan yakin yang bayang itu hanya mahu menakutkan mereka sahaja. Mereka sepatutnya biarkan sahaja bayang itu kerana ini memang tempat mereka. Selagi Dylan dan Olive tidak membuat masalah mereka akan selamat.

"Jom daki lagi." kata Dylan. Dia pegang tangan Olive bagi mengurangkan rasa ketakutan Olive. Dia juga mahu Olive sentiasa berada dekat dengannya. Olive ikut sahaja. Dia kunci rapat mulutnya. Dia takut hendak bercakap.

Selepas setengah jam pendakian mereka tidak lagi diganggu. Dylan pun sudah lepaskan tangan Olive. Namun Olive sudah mulai rasa pancit.

"Dylan, saya tak larat nak jalan lagi. Kaki saya rasa macam nak tercabut. Kalau teruskan juga saya rasa kaki saya mungkin tercabut terpelanting ke utara dan sebelah lagi ke selatan." Olive bukan mahu berdrama tetapi dia betul-betul rasa lemah untuk teruskan pendakian. Dia kepenatan sangat. Lututnya pun sudah rasa longgar. Dia tidak rasa takut lagi sekarang kerana rasa itu diganti dengan rasa penat.

Dylan mengelengkan kepala. Dalam hatinya tercuit rasa lucu melihat Olive yang berjalan seperti zombie. Kata penat tapi mulut masih lagi berupaya untuk membebel panjang lebar. Ada tenaga pula untuk membebel.

"Cepat naik." Dylan berdiri dihadapan Olive dengan bahagian belakang badannya menghadap Olive. Lalu dia membengkokkan sedikit badannya.

"Dylan awak buat apa ni?" Olive terkesima. Dylan hendak suruh Olive buat apa ni?

"Cepatlah tadi kata tak larat nak jalan. Biarlah saya gendong awak." Dylan mempelawa.

"Err.. Maksud saya tadi saya cuma nak rehat sekejap je. Lepastu jalanlah balik." Olive hanya mahu berehat saja sehingga dia dapat tenaganya semula. Apabila sudah ada tenaga barulah diteruskan perjalanan.

"Kita tak boleh berehat disini." kata Dylan. Mereka boleh berehat tetapi bukan disini.

"Tapi saya berat. Saya suka makan banyak. Patah tulang awak nanti." Olive malu untuk digendong oleh Dylan. Lagipun kesian Dylan kena daki bukit sambil bawa Olive. Dylan bukannya malim gunung yang sudah biasa dan terlatih membawa barang yang berat sambil mendaki.

"Tak apa saya kuat. Ke awak nak saya angkat awak macam dulu tu?" Dylan pusing menghadap Olive. Hidung mereka berdua bertemu. Tiada jarak antara mereka berdua. Kedua-duanya nampak cuak.

"Hah?" Olive terkejut sampai dia ke belakang satu langkah. Wajah Olive jadi kemerahan. Nasib baiklah badannya bergerak secara automatik tetapi Olive telah tersalah langkah.

"Hati-hati." Dylan tarik Olive yang lagi sedikit sahaja hendak tergelincir. Olive terus berada dalam pelukan Dylan. Hidungnya mencium dada bidang Dylan secara tidak sengaja. Tangan Dylan pegang rapat badan Olive.

Hampir beberapa saat mereka dalam mood senyap. Masing-masing jadi kaku. Olive jangan cakaplah dia jadi beku terus. Hilang terus darah dimuka. Pucat habis Olive dibuatnya.

"Err.." Dylan kelu lidah. Cepat-cepat dia tolak Olive perlahan ditempat yang selamat agar Olive berjarak sedikit darinya. Dia tidak sengaja memeluk Olive tadi. Niatnya hanya mahu menyelamatkan Olive daripada tergelincir kerana kalau tidak Olive boleh jatuh ke bawah.

"Awak penat lagi tak? Kaki rasa sakit lagi ke?" soal Dylan selepas beberapa ketika bagi memecahkan kesunyian.

Segera Olive geleng kepala. Situasi sebentar tadi sudah cukup mendebarkan. Dia tidak mahu lagi rasa debaran itu.

"Okay, jomlah." ajak Dylan untuk teruskan semula perjalanan. Dylan jalan dahulu dihadapan. Apa-apa pun yang terjadi biar Dylan yang hadap dahulu.

"Aduh." baru hendak melangkah kaki Olive tidak memberi kerjasama. Kakinya rasa sakit. Malahan rasa lebih sakit daripada tadi. Mungkin sebab dia telah terseliuh semasa hendak tergelincir tadi.

"Awak okay?" soal Dylan. Dia berpaling ke arah Olive. Dia lihat Olive yang sedang menahan kesakitan.

"Kenapa Olive?"

"Kaki saya sakit. Sakit sangat." kata Olive. Dylan menghampiri Olive.

"Boleh awak duduk sekejap?" Dylan tunjukkan ke arah batang pokok yang tumbang. Olive pun berjalan terhincut-hincut ke pokok itu lalu dia duduk.

"Izinkan saya." Dylan meminta izin untuk pegang kaki Olive. Dia ingin periksa kaki Olive. Olive mengangguk. Dylan menunduk untuk memeriksa kaki Olive.

"Kaki awak terseliuh ni." kata Dylan.

"Mesti sebab tadi." kata Olive. Dylan mengangguk.

"Teruk sangat ke?" soal Olive. Dia rasa tidak sedap hati.

"Teruklah juga." tipu Dylan. Kaki Olive sebenarnya tidaklah nampak serius sangat. Hanya terseliuh biasa sahaja. Kalau urut sedikit sudah tentu boleh baik. Dylan sendiri pun boleh pulihkan kaki Olive.

"Macam mana saya nak jalan ni?" Olive sudah susah hati. Macam Olive mahu mendaki bukit kalau macam ini? Sudahlah mereka perlu segera keluar dari hutan bukit ini. Dia takut berada lama-lama dalam hutan yang seram ini.

"Err.. Awak nak saya dukung ke?" soal Dylan. Dia berdiri semula.

"Tak nak." Olive menggeleng. Dia tidak mahu didukung Dylan.

"Kalau macam tu cepat naik belakang saya." Dylan bengkokkan badannya.

"Cepat." kata Dylan. Olive seharusnya bangga kerana dia orang pertama yang dikendong Dylan. Olive juga patut bersyukur kerana dia satu-satunya orang yang berpeluang dikendong oleh ketua vampire. Bukan senang ketua vampire hendak berbuat begitu. Marilyn pun tidak pernah merasa. Olive yang paling bertuah.

"Eh bunyi apa tu?" kata Olive. Tiba-tiba dia mendengar bunyi daun-daun kering yang dipijak. Dylan pun turut mendengar.

"Shuh." Dylan buat isyarat supaya Olive diam. Olive mengangguk sambil telan air. Dia rasa takut. Macam-macam yang dia bayangkan.

Dylan perhatikan keadaan sekeliling. Tiada angin atau ribut. Dylan rasa tidak sedap hati. Dia rasa mungkin ada yang memerhatikan mereka berdua.

"Kita kena pergi sini. Cepat Olive naik belakang saya." arah Dylan.

"Okay." Dengan rasa janggal dan teragak-agak Olive panjat juga belakang Dylan.

"Pegang kuat-kuat ya." pesan Dylan.

"Okay." Olive pegang bahu lebar Dylan. Badan Dylan yang tegap membuatkan Olive rasa berdebar-debar. Jantung Olive berdegup lebih laju daripada biasa.

Sepanjang perjalanan Olive senyap sahaja. Tiada suaranya yang kedengaran seperti biasa.

"Olive." panggil Dylan. Dia rasa sunyi pula apabila tidak mendengar bebelan Olive.

"Apa." jawab Olive perlahan. Dia masih rasa malu. Dia rasa rasa tidak sedap kerana sekali lagi telah menyusahkan Dylan.

"Ingatkan dah tidur." kata Dylan.

"Taklah." ujar Olive bagi menidakkan andaian Dylan. Mustahil Olive tidur dalam keadaan seperti ini.

"Manalah tahu belakang saya ni selesa sangat sampai buat awak tertidur." Dylan sengaja mengusik Olive.

Muka Olive bertukar merah apabila diusik begitu. Dylan tersenyum. Dia tahu mesti muka Olive sudah berubah jadi tomato.

"Jauh lagi ke kita kena daki ni? Berhentilah kat mana-mana sekejap untuk rehat." kata Olive bagi mengubah topik.

"Tak jauh. Sekejap lagi kita akan sampai ke bahagian yang pertama bukit ini." kawasan bukit ini ada lebih kurang tiga bahagian. Setiap bahagian berbeza ketinggian.

"Oh.. Boleh tak cepat sikit. Awak ni lambatlah." Olive sudah kembali dalam mood membebel. Dia rasa Dylan jalan lambat sangat macam kura-kura. Berat sangat ke Olive ni sampai jalan lambat sangat?

"Ish. Sabarlah." yang sebenarnya Dylan sengaja jalan lambat-lambat. Dia boleh sahaja pecut tetapi dia malas. Lagipun dia mahu utamakan keselamatan Olive. Dia takut kalau laju-laju sangat nanti Olive boleh terjatuh. Permukaan bukit juga agak licin jadi dia harus berhati-hati. Nyawa mereka ada dalam tangan Dylan. Kalau dia tersalah langkah buruk padahnya nanti.

"Dah sampai." kata Dylan tiba dibahagian pertama bukit itu. Mereka boleh berehat disitu kerana kawasan itu agak cerah sedikit. Nasib mereka juga baik kerana tidak diganggu.

"Turunkan saya." arah Olive. Dylan pun tundukkan badannya. Olive pun turun dengan perlahan-lahan.

"Hati-hati." kata Dylan.

"Ya terima kasih." ucap Olive.

"Sama-sama. Kita rehat kat sini ya." kata Dylan. Dia agak kepenatan sebenarnya. Dia lupa hendak berubah jadi vampire tadi. Kalau dia berubah tentu rasa tidak penat.

Olive duduk dibawah sepohon pokok. Dia urut perlahan kakinya. Kakinya masih rasa sakit. Dia harap selepas berehat ni bolehlah dia berjalan semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience