Bab 12

Vampire Series 20340

Pada malam itu Olive masuk bilik tidurnya lebih awal daripada biasa. Puan Daisy dan Encik Arthur pun tidak berkata apa-apa. Mereka biarkan sahaja Olive dibiliknya. Mereka fikir mungkin Olive perlukan masa untuk bersendirian sekali sekala tidak mengapa.

Olive baring dikatilnya tetapi dia belum mengantuk lagi. Matanya masih rasa segar. Mungkin kerana dia tidur pada petang tadi.

"Agaknya apa yang jadi pada Dylan eh?" fikir Olive. Dia letakkan tangan diatas dahinya. Dia mula teringatkan masa-masanya dikampung Vampire. Olive mengeluarkan keluhan yang kecil. Dia ingin tahu mengenai Dylan tetapi dia tidak tahu bagaimana.

"Entah-entah dah ada penganti kot." Olive bangun dari pembaringannya. Apabila bila berfikir tentang itu Olive rasa tidak mahu lagi berfikir tentang Dylan. Lagipun mereka sudah berpisah. Mana mungkin dapat bersama lagi.

"Eh tadi ada barang sampai kan? Tak tengok lagi apa benda." Olive baru teringat bungkusan yang dia terima siang tadi.

"Tu dia." Olive lihat bungkusan yang dia letak ditepi katil berdekatan dengan meja.

"Agaknya apalah eh?" fikir Olive. Dia ambil pisau dimeja belajarnya. Dia pun ambil kotak bungkusan tersebut lalu dibuka.

"Apa ni?" soal Olive apabila kotak terbuka. Olive ambil isi yang terkandung dalam kotak itu. Didalam kotak itu terdapat beberapa botol minuman. Patutlah Olive rasa kotak ini berat masa dia angkat tadi. Dia ingatkan novel yang dia beli. Tetapi botol minuman itu nampak asing sedikit. Dia tidak pernah nampak mana-mana kedai atau restoran yang menjualnya.

"Ini.." Olive pernah tengok botol ini. Botol ini yang dia dapat sebagai hadiah perkahwinannya.

"Botol jus darah premium." cepat-cepat Olive letakkan semula botol itu. Dia rasa geli dan loya.

"Macam mana jus ni boleh sampai sini?" fikir Olive. Setahu dia jus ini hanya terdapat diperkampungan Vampire. Siapa pula yang kirimkan pada Olive. Atas tujuan apa?

"Takkan Dylan bagi kot? Dia kan tahu aku tak minum jus ni?" fikir Olive.

"Ada yang nak kenakan aku ke?"

"Hmm." Olive ambil semula botol jus tersebut. Entah mengapa dia rasa macam hendak buka botol tersebut.

"Tak bau busuk pula?" kata Olive apabila penutup dibuka. Dia tidak menghidu pun bau darah lama yang hamis.

"Prank ke?" soal Olive. Tidak semena-mena dia meneguk jus tersebut walaupun dia tidak tahu tentang kandungan yang ada.

"Macam sedap juga." kata Olive apabila telah meneguk separuh jus tersebut. Dia rasa jus tersebut rasa amat sedap sekali. Dia pun habiskan satu botol.

"Sedap sangat jus ni." Olive buka botol yang kedua dan terus teguk sehingga habis. Dia terlampau suka dengan rasa jus itu. Rasa jus itu sangat kena dengan selera dan tekaknya.

"Argh." gigi Olive terasa sakit sedikit. Tetapi dia biarkan sahaja. Dia fikir mungkin giginya nyilu kerana rasa jus itu yang agak manis.

"Kenyanglah minum jus ni." kata Olive sambil lap mulutnya yang terkena jus tersebut. Bibir dan lidah Olive jadi merah disebabkan warna jus tersebut yang merah pekat.

"Huargh." Olive rasa mengantuk pula. Dia pun tidur selepas itu tanpa mengemaskan botol-botol yang sudah pun kosong. Tidur Olive sangat lena dan nyenyak sampai dia terlewat bangun.

"Ahh.." Olive mengeliat. Badannya rasa amat segar berbeza dengan sebelum ini. Dia rasa amat bertenaga.

"Bau apa ni?" hidung Olive menghidu sesuatu yang amat busuk sekali. Olive mencari punca bau tersebut.

"Bau dari sinilah." kata Olive apabila berdiri ditempat yang ada kotak bungkusan serta botol-botol jus yang dia minum semalam.

"Busuknya." kata Olive. Dia lihat ada beberapa ekor lalat menghurung botol tersebut.

"Dah basi ke?" soal Olive. Dia angkat botol itu. Dia mencari tarikh tamat tempoh pada botol itu tetapi tidak menjumpainya. Lalu Olive pun menghidunya.

"Uwerk busuknya." Olive tidak tahan dengan bau yang terdapat pada botol itu. Dia pun kosongkan kotak bungkusan dengan mengeluarkan beberapa botol yang masih belum dibuka. Dia masukkan pula botol-botol kosong ke dalam kotak itu dan terus tutupkannya.

Olive pun keluar dari bilik membawa kotak tersebut. Dia mahu buangkan kotak itu kerana dia tidak tahan dengan bau busuk yang terdapat pada botol jus itu.

"Olive, lambat bangun?" tegur Puan Daisy yang sedang mengemas ruang tamu. Encik Arthur sudah berangkat ke tempat kerja.

"Hehe." Olive tidak dapat memikirkan jawapan secara mengejut sebegini.

"Kotak apa tu?" soal Puan Daisy. Dia rasa penasaran dengan kotak yang dipegang Olive. Dia tidak pernah nampak pula kotak itu.

"Oh, ni sampah. Olive nak buang kat tong sampah luar. Tadi err Olive kemas bilik." tipu Olive. Dia harap Puan Daisy percaya.

"Oh.. Pergilah buang." Puan Daisy percaya.

Olive pun terus keluar rumah tetapi dia tidak dapat berbuat begitu kerana cahaya matahari terlampau terik. Dia rasa kepanasan. Agaknya Olive bangun tidur pada tengahari rambang sebab itulah panas semacam.

"Panasnya." kata Olive dihadapan pintu rumah. Dia lihat sekitar luar rumah.

"Payung." Olive ambil dan buka payung tersebut dan dia pun buang kotak ditong sampah ditepi pagar rumah. Setelah itu, dia letak semula payung ditempatnya dan terus masuk ke dalam rumah.

"Olive tak nak makan dulu ke?" tegur Puan Daisy apabila melihat Olive yang berjalan laju menuju tangga.

"Err.. Nanti Olive turun makan. Olive nak mandi dulu sebab Olive tak mandi lagi ni. Lepas mandi Olive makan." Olive rasa tidak selesa kerana panas.

"Oh yelah pergilah mandi."

Olive terus naik ke biliknya. Tuala dan baju bersih diambil dan Olive pun masuk ke bilik air. Selesai mandi dia pun turun ke bawah untuk makan. Sesudah makan dia pun membuat rutin hariannya seperti menonton televisyen dan membaca novel. Dia pun sempat untuk menonton youtube mengenai seni bela diri Silambam. Sedikit sebanyak dia dapat gambaran mengenai seni bela diri tersebut.

Dalam bab ni tiada pasal Dylan. Olive hanya akan jumpa Dylan bila tiba masanya nanti. Buat masa ini hanya cerita mengenai Olive sahaja dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience