Bab 29

Vampire Series 20340

"Jomlah kita pergi sana." ajak Olive. Dia yang jalan dihadapan terlebih dahulu. Dia teruja untuk berjumpa dengan Oracle. Dia gembira sebab selepas ini impian dia untuk jadi manusia semula bakal tercapai.

"Err.. Dylan apa kata awak je jalan dulu." Dia ubah fikiran. Olive patah balik. Takut pula kalau ada apa-apa. Dia pun pertama kali datang ke sini. Dia rasa lebih baik biar Dylan yang jalan dahulu.

"Takutlah tu." usik Dylan. Mesti Olive sudah serik bila-bila asyik memandai-mandai.

"Mana ada." Olive malu pula bila Dylan dapat tahu apa yang dia fikir.

"Jomlah." Dylan tarik tangan Olive.

Mereka pun menghampiri kampung itu. Apabila sampai disitu Dylan tinggalkan Olive sekejap. Dia bercakap dengan penjaga yang ada disitu. Lama juga mereka bercakap. Selepas itu barulah mereka berdua dibenarkan masuk. Betullah kalau datang dengan niat yang baik semuanya akan jadi baik.

"Jom, dah boleh masuk." ajak Dylan.

"Okay." Olive pun kurang pasti apa yang dibualkan oleh Dylan sebentar tadi. Tetapi apa yang penting dia gembira sebab dapat masuk ke kampung witch tanpa ada sebarang masalah. Dia agak pelik juga sebenarnya bila semuanya agak mudah. Namun dia pendamkan sahaja kepelikan itu.

"Mana satu rumah Oracle?" soal Olive. Dia lihat dikampung ini ada banyak buah rumah. Ada rumah besar dan kecil.

"Tu." kata Dylan ke arah sebuah rumah kecil. Dia rasa itulah rumah Oracle kerana menurut Puan Rhea rumah Oracle paling depan sekali. Bumbung yang berwarna biru.

"Oh." mereka pun menuju ke rumah itu.

"Abang Dylan!" belum sempat berkata apa-apa mereka ditegur seorang perempuan muda. Yang peliknya dia kenal Dylan. Dia nampak agak teruja apabila melihat Dylan. Senyumannya juga bukan main lebar.

"Abang Dylan? Siapa pula ni?" bisik Olive dengan perlahan. Olive tidak pernah nampak pun perempuan ini dikampung vampire. Siapa dia yang sebenarnya?

"Hi." tegur Dylan dengan mesra. Mereka berbual seperti kawan lama. Nampaknya Dylan juga kenal dengan perempuan itu.

Olive mengecilkan matanya melihatkan telatah dua makhluk itu. Macam ada apa-apa je diantara mereka berdua.

"Oh, Marilyn kenalkan ni Olive." kata Dylan yang terlupa hendak memperkenalkan Olive.

"Hi." gadis itu tegur Olive dengan nada biasa. Namun dia dari segi gayanya nampak seperti tidak suka sahaja pada Olive. Olive hanya membalas dengan senyuman. Dia sedikit kurang mesra dengan orang yang tidak dikenali.

"Oracle ada tak?" soal Dylan.

"Nenek ada, sekejap ya saya panggilkan." Marilyn pun masuk ke dalam rumah untuk memanggil Oracle yang berada didalam rumah.

"Siapa tu?" soal Olive. Dia ingin tahu siapa perempuan itu. Dia pelik apabila Dylan dan perempuan itu nampak agak rapat. Dylan kenal sangat ke dengan perempuan itu?

"Siapa? Marilyn ke?" soal Dylan.

"Yelah siapa lagi?"

"Oh, tu cucu saudara Oracle." jelas Dylan.

"Cucu saudara? Oh.. Dia pun witch juga ke?" soal Olive. Oracle adalah seorang witch sudah tentu Marilyn juga sama memandangkan dia cucu saudara Oracle.

"Ya." angguk Dylan. Memang Marilyn seorang witch sama seperti Oracle.

Olive rasa lega sikit selepas mendengar jawapan Dylan. Sekurang-kurangnya Dylan dan Marilyn berlainan makhluk. Mereka hanya boleh berkawan tetapi mungkin tidak dibenarkan untuk berkahwin.

"Dah lama ke awak kenal dia?" Olive perasan yang Dylan dan Marilyn rapat semacam. Macam sudah kenal lama.

"Lama juga dari kecil lagi. Cuma sekarang dah jarang-jarang jumpa." Dylan dan Marilyn sudah kenal sejak kecil lagi. Dulu Oracle pernah jaga Marilyn untuk beberapa tahun. Marilyn tinggal sekali dengan Oracle dikampung vampire. Namun apabila sudah dewasa Marilyn pulang semula ke kampung witch. Dia hanya datang melawat Oracle sekali sekala. Itu yang Dylan sudah jarang berjumpa dengan Marilyn.

"Oh.." angguk Olive. Banyak betul soalan yang dia tanya kepada Dylan.

"Kenapa?" soal Dylan. Pelik juga dia apabila Olive tanya soalan yang banyak mengenai Marilyn.

"Tak ada apa-apa." Olive geleng kepala. Mustahillah kalau Olive hendak beritahu Dylan yang dia cemburukan hubungan Dylan dan Marilyn yang rapat.

"Dylan?" tegur Oracle. Dia tidak sangka Dylan boleh sampai ke sini.

"Hi Oracle. Maaf menganggu." kata Dylan dengan sopan.

"Ada apa kamu ke sini?" soal Oracle. Dia pelik juga apabila Dylan datang ke rumahnya. Dylan jarang datang ke sini. Kali terakhir dia datang semasa dia masih kecil. Itu pun sudah sangat lama. Agaknya hal apalah yang penting sangat sampai Dylan datang ke sini.

"Olive?" Oracle baru perasan Olive yang ada ditepi Dylan. Dia agak terkejut juga apabila Olive ada bersama. Olive hanya tersenyum.

"Sebenarnya Oracle apa yang kita ramalkan sudah pun berlaku." kata Dylan. Oracle pernah meramalkan yang Olive bakal menjadi vampire dan perkara itu pun telah pun menjadi realiti. Itu yang Dylan bawa Olive berjumpa dengan Oracle.

"Masuklah ke dalam." jemput Oracle. Dia sudah faham apa yang dimaksudkan oleh Dylan. Dia rasa lebih baik mereka berbual didalam rumah sahaja.

"Duduklah." Oracle pelawa Olive dan Dylan untuk duduk.

"Terima kasih." Olive dan Dylan duduk dikerusi rotan yang ada didalam rumah itu.

"Marilyn, tolong sediakan air untuk Dylan dan Olive." arah Oracle kepada cucu saudaranya itu. Setiap tetamu yang datang ke rumahnya perlu diberi layanan yang baik.

"Baik nenek." tanpa sebarang bantahan Marilyn siapkan air untuk tetamunya. Dia terus ke dapur yang terletak dibahagian belakang.

"Jadi apa tujuan kamu berdua datang sini?" Oracle tahu yang Olive kini telah berubah menjadi vampire. Tetapi apa tujuan Olive dan Dylan datang ke sini? Atas hajat apakah? Ada sebarang masalah yang berlaku?

"Sebenarnya.. Olive awaklah beritahu." Dylan memandang Olive. Dia rasa lebih baik Olive sendiri suarakan keinginannya. Perkara itu lebih baik keluar dari mulutnya sendiri.

"Okay." angguk Olive. Dia pun rasa lebih baik kalau begitu.

"Oracle, sebenarnya saya nak minta tolong. Tolong bantu saya untuk jadi manusia semula. Saya tak mahu jadi vampire sepanjang hidup." kata Olive dengan jujur.

"Oh jadi itu sebabnya?" Oracle memikirkan sesuatu.

"Saya boleh bantu Olive tetapi hal ini tidak mudah. Ada syarat dan perkara yang perlu dilakukan. Itu pun kalau kamu sanggup." jelas Oracle. Permintaan Olive boleh sahaja ditunaikan tetapi hal itu bukannya mudah. Ada pelbagai syarat yang perlu dia ikut dan laksanakan.

"Apa syaratnya?" soal Olive. Asalkan syarat itu tercapai dek akal dia yakin mampu untuk tunaikan. Tetapi kalau syarat itu terlampau susah dia sanggup untuk mencuba dahulu.

"Nenek air dapat siap." Marilyn datang membawa sedulang air dan makan ringan.

"Ya." balas Oracle. Marilyn letakkan dulang air dimeja kopi.

"Kita minumlah dulu. Nanti kita bincang lagi mengenai hal tadi." Oracle hulurkan air kepada Olive dan Dylan. Mereka minum dan menjamah makanan yang disediakan oleh Marilyn. Mengenai apa yang Olive mahukan akan dibualkan lagi nanti.

Dah jumpa Oracle. Jadi cerahlah peluang Olive untuk jadi manusia semula. Tetapi Marilyn tu.. Hmm..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience