Bab 57

Vampire Series 20340

Malam pun berganti dengan hari siang. Rasa sejuk pagi mengejutkan Dylan daripada tidurnya yang lena. Dia yang bangun dahulu sebelum Olive.

Dylan meregangkan badannya. Sakit juga badannya apabila tidur duduk. Dia pun lupa bila masa dia tidur pada malam tadi. Tahu-tahu sahaja dia sudah tertidur. Terlampau lena sangat sampai tidak sedar.

Dylan toleh ke arah Olive yang sedang tidur. Dia tersenyum melihat Olive yang tidur seperti anak kecil. Dia lega kerana Olive masih ada disitu. Mereka selamat.

"Olive." Dylan kejutkan Olive daripada tidur dengan lembut. Dia tepuk bahu Olive dengan perlahan agar Olive tidak terkejut. Bahaya kalau kejutkan orang yang sedang tidur dengan kasar.

"Ya?" balas Olive dalam keadaan mamai sambil membuka mata. Dia lihat Dylan dihadapannya. Dia memisat matanya.

"Dah pagi." kata Dylan sambil tersenyum. Dylan bukannya sengaja mahu mengejutkan Olive tetapi mereka sudah merancang untuk mendaki dan turun bukit ini pada waktu pagi. Jadi lebih baik Olive bangun sekarang supaya dapat menghilangkan rasa mengantuk sebelum bertolak.

"Oh." Olive pun bangun sambil mengeliat. Dia pun tidak sedar pukul berapa dia tidur pada malam tadi. Tetapi baguslah dia dapat lelapkan mata. Kalau tidak tentu dia akan rasa lesu pada pagi ini. Olive menguap sambil menutup mulut.

"Eh?" Olive rasa ada sesuatu dalam genggamannya. Olive buka untuk melihat ada apa ditapak tangannya.

"Biji benih." kata Olive. Dia agak terkejut juga sebenarnya.

"Jadi yang semalam tu betullah? Alice tu memang wujud." Maknanya hal semalam benar-benar terjadi dan Olive tidak bermimpi. Olive ingatkan dia cuma bermimpi. Tetapi rupanya itu adalah realiti. Dia memang betul-betul berjumpa dengan seorang pari-pari bernama Alice.

"Kenapa Olive?" tegur Dylan. Dia lihat Olive sedang termenung sambil mulutnya terkumat-kamit. Dylan tidak dapat mendengarnya kerana bicara Olive yang agak perlahan. Agaknya apalah yang Olive katakan? Nampak seperti serius sahaja.

"Hm? Tak ada apa-apa. Hehe." Olive menggeleng. Dia ingat pada pesanan Alice agar merahsiakan pertemuan mereka semalam. Jadi bagi menghormati permintaan Alice, Olive tidak akan ceritakannya kepada Dylan. Dia simpan biji benih itu didalam beg. Mungkin biji benih itu akan jadi berguna nanti.

Dylan keluar dan dia hirup udara pagi. Dia mengeliat sekali lagi.

"Segarnya." Olive juga keluar. Dia dapati suasana pada waktu pagi diatas bukit sangatlah segar. Rasa sejuk pun ada. Selesa sangat. Olive berpeluk tubuh.

"Sejuk ke?" Dylan menoleh ke arah Olive.

"Taklah." Olive menggeleng. Dia tidaklah rasa sejuk yang terlampau. Dia rasa sejuk yang selesa.

"Best kan sekali sekala hirup udara pagi macam ni?" kata Olive. Dia rasa macam seronok pula menikmati suasana seperti ini. Rasa sangat damai dan tenang. Pokok-pokok pun nampak segar. Awan pun nampak cantik sangat. Pemandangan bukit dan hutan kelihatan sangat indah seperti didalam sebuah lukisan.

"Ya." angguk Dylan. Dia pun rasa begitu.

"So Dylan bila kita nak gerak?" soal Olive. Dalam suasana seperti ini dia rasa tidak sabar untuk meneruskan pendakian. Bukannya apa suasana seperti ini sangat nyaman jadi tentu tidak akan rasa penat sangat. Mesti badan pun akan kurang berpeluh.

"Jap lagi. Saya nak cari makanan untuk kita sarapan dulu. Lepastu baru kita teruskan perjalanan." Dylan rasa lebih baik mereka alas perut dahulu sebelum mulakan pendakian.

"Oh I see." angguk Olive. Elok juga kalau sarapan dahulu sebelum bertolak supaya mereka lebih bertenaga.

"Awak tunggu sini kejap ya. Saya nak cari buah-buahan kat sana." Dylan tunjuk ke arah pokok yang ada disebelah kiri Olive. Dia rasa disitu ada pokok buah-buahan yang boleh dimakan.

"Okay." Olive buat simbol okay sambil tersenyum. Walaupun muka Olive baru bangun tidur tetapi dia tetap nampak comel dimata Dylan.

"Jangan pergi mana-mana tau. Stay kat sini je." pesan Dylan sebelum mencari buah.

"Iya." balas Olive. Dia memang akan duduk disitu sahaja. Dia tidak akan ke mana-mana.

Dylan pun mencari buah-buahan. Olive masuk ke tempat berteduh semula untuk balik begnya. Dia ingin minum air. Dia juga ambil sedikit air untuk membasuh mukanya.

"Olive." Dylan kembali dengan buah pisang yang dia petik.

"Pisang? Boleh makan ke buah pisang hutan?" Olive lihat buah pisang ditangan Dylan. Setahu Olive buah pisang hutan tidak boleh dimakan kerana ada banyak biji.

"Pisang yang ni boleh makan. Saya dah check tadi. Lagipun pisang kan ada banyak jenis." Dylan sudah periksa yang pisang dia petik boleh dimakan. Dylan makan tadi dan dia dapati tiada rasa yang pelik dan aneh. Jadi pisang itu selamat untuk dimakan.

"Betul ke?" Olive meminta kepastian. Bukannya apa takut juga kalau tersalah makan. Boleh pening dan keracunan nanti.

"Awak tak percaya saya?" selama ini Dylan sudah beri banyak makanan kepada Olive. Olive sihat sahaja. Kenapa Olive masih was-was lagi? Kecewanya Dylan rasa.

"Hehe, percayalah." kata Olive. Dia ambil sebiji pisang daripada tangan Dylan. Lalu Olive duduk bersila dan pisang itu pun dimakan. Dia saja je buat-buat tanya tadi. Mestilah dia percaya dengan Dylan. Dylan sudah banyak berjasa pada Olive. Olive tidak akan meragui Dylan.

"Hm.." Dylan duduk disebelah Olive. Dia pun makan pisang tersebut. Mereka senyap sahaja. Tidak pastilah kerana terlampau menikmati rasa pisang itu atau pun tiada topik untuk dibualkan.

"Dylan." panggil Olive. Dia lihat Dylan disebelahnya. Fokus betul Dylan semasa makan sampai tidak menyahut panggilan Olive.

"Dylan." Olive cuit bahu Dylan. Dia minta perhatian Dylan. Olive mana biasa senyap-senyap seperti ini. Dia suka berborak.

"Hm?" balas Dylan. Dia tidak menoleh sedikit pun.

"Merajuk ke Dylan ni?" fikir Olive. Dia rasa Dylan macam merajuk sahaja.

"Takkan sebab tu pun nak merajuk?" bisik hati Olive. Bingung Olive dibuatnya. Dylan merajuk sebab soalan Olive tadi ke? Atau Dylan merajuk kerana Olive seolah-olah meragui kepercayaan padanya? Tetapi Olive cuma bergurau sahaja.

"Awak marah saya ke?" soal Olive. Kalau tanya Dylan merajuk atau tidak tentulah Dylan tidak akan jawab. Lelaki kan ego. Susah untuk mengakui perasaan sendiri.

"Marah sebab apa?" balas Dylan.

"Sebab saya macam tak percaya awak tadi." kata Olive sambil tersengih dan garu kepala.

"Entah." Dylan jongket bahu.

"Hmm.. Merajuklah ni." kata hati Olive.

"Sorrylah Dylan. Saya gurau je tadi." Olive berterus terang. Dia rasa lebih baik dia minta maaf sahaja supaya Dylan tidak tersalah faham.

"Kenapa nak minta maaf pula?" Dylan tenung Olive. Dia angkat keningnya.

"Err.." Olive tidak tahu untuk berkata apa apabila ditenung Dylan.

"Entahlah. Tapi rasa macam nak minta maaf." cepat-cepat Olive mengalihkan pandangannya. Dia rasa gementar apabila bertentangan mata dengan Dylan lama-lama.

"Awak ada buat salah ke?" Dylan bermain soalan dengan Olive. Entah apalah yang ada didalam fikiran Dylan.

"Saya rasa ya. Hehe." Olive ketawa janggal. Tiada apa pun yang lawak. Hanya Olive yang kebingungan.

"Oh? Salah apa?" Dylan sekali lagi bertanya soalan. Tidak pasti dia sedang serius atau sengaja mahu mempermainkan Olive.

"Salah sebab ragu-ragu dengan awak. Yelah kesian awak dah penat-penat cari makanan lepastu saya tanya soalan macam-macam. Patutnya saya bersyukur dan makan je pisang ni." Olive sumbat pisang didalam mulutnya.

"Tahu tak apa." balas Dylan sambil menjegilkan mata dan merapatkan wajahnya kepada Olive.

"Cough.. cough." Olive terbatuk. Dia terkejut.

"Dylan saya tercekik." kata Olive dengan kalut sambil menepuk belakangnya.

"Hah Olive?" cepat-cepat Dylan bagi air minuman kepada Olive setelah itu dia tepuk perlahan pada bahagian belakang Olive.

"Okay tak?" Dylan rasa risau melihat Olive.

"Ha.. Okay-okay." kata Olive selepas meneguk air dengan banyak.

"Tulah makan banyak sangat." Dylan ketawa. Dia rasa kesian juga pada Olive pada hakikatnya.

"Mana ada. Salah awaklah." balas Olive sambil lap mulutnya. Dia buat muka tidak puas hati. Sampai hati betul Dylan ketawakan Olive. Olive tercekik tau tadi.

"Kenapa salah saya pula? Salah awaklah." kata Dylan. Kenapalah Olive pergi sumbat banyak sangat pisang dalam mulutnya tadi?

"Awaklah pergi jegilkan mata kat saya tu kenapa? Saya terkejut tau." kata Olive.

"Haha. Teruk sangat ke rupa saya sampai terkejut?" Agaknya bagaimanalah rupa Dylan sebentar tadi.

"Teruk sangat macam monster." Olive ketawa. Sebenarnya muka Dylan biasa sahaja tadi. Kacak macam selalu. Cuma Olive sahaja yang terkejut.

"Ni monster awak." Dylan jentik perlahan dahi Olive.

"Sakitlah." Olive gosok dahinya. Tidak rasa sakit pun sebenarnya. Itu cuma tindak balas semula jadi Olive kerana dijentik.

"Nasib ada air tau tadi. Kalau tak entah apa jadi kat saya pun tak tahulah." Olive lihat botol airnya.

"Alamak air saya dah tinggal sikit. Salah awaklah ni." kata Olive. Airnya cuma tinggal suku sahaja. Habislah dia nanti. Macam mana kalau dia dahaga masa mendaki nanti. Sudahlah itu sahaja air yang dia ada.

"Awak tak payah risaulah nanti mesti kita akan jumpa sungai punyalah." kata Dylan. Dia yakin ada air terjun pada bahagian ketiga bukit ini. Olive boleh ambil air disitu nanti.

"Awak yakin?" soal Olive. Dylan tenung Olive. Dia buat muka tidak puas hati.

"Okay-okay. Saya percaya awak." kata Olive. Dylan tersenyum. Dia sengaja buat Olive takut.

"Makanlah Olive. Nanti kita nak start daki." Dylan rasa lebih baik mereka cepat makan selepas itu rehat sekejap dan terus mulakan pendakian. Kalau lama sangat takut sampai pada puncak pada waktu tengahari pula nanti. Tentu akan rasa panas dan berpeluh dengan banyak. Mereka pun sudah lama tidak mandi. Bertambah masamlah baunya nanti.

"Okay." Olive pun makan pisangnya sehingga habis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience