Bab 33

Vampire Series 20340

Pagi itu, selepas bersarapan makanan yang disediakan oleh Marilyn, Olive berbual dengan Dylan. Marilyn ada didapur sedang membasuh pinggan. Bukannya Olive tidak mahu membantu cuma Marilyn sendiri yang suruh Olive duduk sahaja diruang tamu memandangkan dia tetamu dirumah itu. Olive pun ikutkan sahaja.

"Dylan boleh tak bawa saya jalan kat kampung ni? Saya bosanlah. Lagi pun saya nak juga tengok kampung ni." Olive teringin ronda sekitar kampung ini. Kampung ini sangat cantik. Tumbuh-tumbuhan disini sangat segar dan cantik. Sangat berbeza daripada kampung vampire yang agak gelap dan menakutkan.

"Malaslah. Ni bukan tempat kita." Dylan bukannya tahu pun selok belok kampung ini. Dia tidak mahu memandai-mandai ditempat orang. Silap-silap nanti kena halau atau pun tersesat jalan. Tidak semena-mena mereka mendapat susah.

"Ala.." Olive duduk dan ambil majalah. Biarlah dia baca majalah untuk hilangkan bosan. Membacakan amalan mulia. Lagi pun dia tahu kalau dia paksa Dylan nanti kena marah.

"Majalah apa ni?" soal hati Olive. Dia tengok majalah itu pelik semacam sahaja. Warna pun kuning sahaja. Semuanya gambar hitam putih.

"Majalah lama ni." kata Olive. Olive lihat tahun terbit majalah itu tertera tahun 1980.

"Wuish majalah lama ni. Aku pun belum lahir lagi waktu ni." kata Olive. Dia pun belum lahir lagi masa ini. Majalah ini lebih tua daripada Olive.

"Hmph bau lama." Olive hidu bau majalah itu. Dia kurang suka bau majalah lama. Olive tidak jadi untuk baca. Olive sandar pada kerusi. Berangan jelah. Berangankan percuma.

"Abang Dylan, boleh tak teman Marilyn. Marilyn nak ambil air kat sungai." ajak Marilyn. Dia ingin ambil air sungai seperti yang dipesan Oracle. Dia pegang sebuah labu sayung macam orang dulu-dulu gayanya.

"Err.." Dylan bukan tidak mahu temankan Marilyn cuma tadi Olive ada ajaknya jalan-jalan tetapi dia tidak mahu. Memang ada niat untuk tolong tetapi nanti apa pula kata Olive. Mesti dia akan berkecil hati.

"Ha, apa kata Olive je temankan. Olive tadi awak kata bosan. Eloklah awak teman Marilyn ambil air. Sambil tu bolehlah Marilyn tunjukkan kampung. Boleh Marilyn?" Dylan mendapat satu idea yang sangat bernas.

"Urm.. Boleh." angguk Marilyn. Dia mahu Dylan yang temankan tetapi itu pula permintaan Dylan jadi dia turutkan sahaja. Kalau memaksa sangat macam terdesak pula.

"Pergilah Olive." kata Dylan. Marilyn sudah setuju jadi Olive patut pergi sahaja. Apa salahnya? Marilyn penduduk tempatan mesti dia lebih arif mengenai kampung ini.

"Okay." Olive ikut Marilyn dengan berat hati. Ajak orang lain tetapi kena teman orang lain pula.

"Nah pegang ni." Marilyn beri labu sayung kepada Olive.

"Jap ya. Saya ambil lagi satu." Marilyn ke belakang untuk ambil lagi satu labu sayung dan sebuah bakul rotan.

"Okay."

"Jom." ajak Marilyn sekembalinya dia.

"Kami pergi dulu ya abang Dylan." Marilyn pamit dengan lemah lembut macam seorang isteri minta izin pada suami untuk keluar rumah.

"Okay, hati-hati." pesan Dylan sambil tersenyum.

Marilyn dan Olive pun jalan menuju ke sungai. Jarak sungai dari rumah Oracle tidaklah jauh sangat. Dekat sahaja.

"Kita ambil air kat sini." kata Marilyn apabila sampai disungai itu. Sungai itu nampak sangat jernih dan bersih. Suasana sekitar sungai itu juga sangatlah cantik. Macam dalam cerita dongeng.

"Sejuknya." kata Olive saat mengambil air. Air sungai itu sangat sejuk. Kalau mandi tentu seronok sekali.

"Umm.. Marilyn kenapa kita kena ambil air sungai? Bukan ke air paip sudah ada dirumah?" soal Olive. Dia rasa macam sombong pula apabila tidak berbual dengan Marilyn. Dia pun ingin tahu kenapa mereka perlu ambil air sungai sedangkan dirumah sudah ada air paip.

"Air ni untuk nenek. Setiap kali bermeditasi nenek hanya boleh minum air sungai sahaja." kata Marilyn. Sememangnya menjadi syarat wajib kepada seorang witch untuk minum air sungai sahaja sepanjang proses meditasi. Mereka hanya dibenarkan untuk makan dan minum daripada sumber yang semula jadi sahaja. Mereka tidak berpuasa seperti meditasi orang yang lain. Masih boleh makan dan minum.

"Oh." barulah Olive faham. Itu sebabnya rupanya.

"Olive, saya nak tanya sikit boleh?" soal Marilyn.

"Tanya apa?" soal Olive.

"Awak, pengantin vampire kan? Pengantin perempuan kepada red vampire." Marilyn pernah dengar mengenai hal ini. Oracle sendiri pernah ceritakan padanya. Agak terkenal jugalah cerita mengenai pengantin vampire.

"Ya." angguk Olive. Memang dia pengantin vampire pun. Tiada penafian.

"Oh, tapi awak dah berceraikan dengan abang Dylan?" Marilyn juga ada mendengar yang Olive dan Dylan telah bercerai.

"Ya." memang mereka sudah bercerai. Bercerai tanpa rela demi kebaikan kedua belah pihak. Sedih pula bila teringat tentang itu.

"Hmm. Baguslah." kata Marilyn.

"Baguslah?" bisik hati Olive. Apa yang bagusnya tentang penceraian? Apa maksud Marilyn yang sebenarnya? Dia gembira ke dengan penceraian Olive?

"Kenapa ya?" soal Olive.

"Tak ada apa. Jomlah. Kita petik buah pula." ajak Marilyn. Dia perlu memetik buah. Itu yang dia bawa bakul sekali.

"Okay." Olive ikut Marilyn petik buah pula.

"Hmm. Apa maksud dia eh?" fikir Olive. Dia rasa tidak puas hati betul. Adakah Marilyn gembira apabila Dylan dan Olive bercerai. Tetapi kenapa pula? Apa sebabnya?

"Jangan-jangan dia?" Olive dapat meneka sesuatu.

"Marilyn, awak rapat ke dengan Dylan tu?" Olive mulakan penyiasatan.

"Kenapa awak tanya pasal tu?"

"Tak ada apa saje je tanya. Ha..ha." Olive ketawa dengan rasa janggal. Dia pun kurang pasti kenapa dia perlu ketawa.

"Oh.. Actually kami rapat juga maklumlah kenal dari kecil. Dulu kami bertiga sebenarnya." kata Marilyn.

"Bertiga? Siapa lagi seorang?" agaknya siapalah lagi seorang. Lelaki atau perempuan?

"Caylus."

"Caylus? Sepupu Dylan tu?" hanya seorang sahaja yang bernama Caylus yang Olive kenal.

"Ha'ah." kata Marilyn sambil kutip buah yang masak ranum. Betullah Caylus yang itu.

"Dulu kami bertiga selalu main bersama. Entah macam mana Caylus boleh berubah dan kami jadi tak rapat macam dulu. Caylus sentiasa jauhkan dirinya daripada kami." cerita Marilyn. Dulu mereka bertiga bersahabat baik tetapi disebabkan satu hal yang tidak diketahui hubungan mereka menjadi rengangan.

"Oh." Olive mengangguk. Caylus sudah bencikan Dylan dari kecil rupanya.

"Awak tak tanya Dylan ke sebabnya?" Olive tahu sebab Caylus bencikan Dylan. Caylus dengkikan Dylan. Dia tidak suka apabila Dylan sentiasa ada kelebihan. Olive pernah dengar sendiri daripada mulut Caylus sendiri.

"Tak sebab Dylan tak pernah kata apa-apa pun pasal tu." Marilyn tidak pernah tahu sebabnya. Dia pernah juga dengar sendiri daripada mulut Caylus.

"Oh.. Marilyn, awak suka Dylan?" soal Olive tanpa berselindung lagi. Dia ingin tahu perasaan Marilyn pada Dylan. Mereka sudah berkawan lama tentu ada terbit apa-apa perasaan. Kalau tiada baguslah.

"Siapa je yang tak suka abang Dylan tu. Sudahlah baik. Kacak pula tu. Ketua vampire lagi. Semua pun akan suka dia." kata Marilyn dengan galak. Dylan sememangnya diminat ramai. Bukan sahaja dari kalangan vampire malah makhluk lain juga.

"Hmm.." Olive sudah agak. Ini tidak lain tidak bukan tentu Marilyn suka Dylan. Dia pun nampak gembira sahaja apabila menyebut nama Dylan. Semalam pun dia nampak gembira sangat bila dapat berbual dengan Dylan.

"Oh. Dylan ketua vampire?" Olive tidak tahu pula Dylan sudah menjadi ketua vampire. Patutlah semua panggil dia Tuan Dylan bukan lagi tuan muda. Ingatkan Dylan sudah tua bukan muda lagi.

"Ya, awak tak tahu ke?" soal Marilyn sambil petik buah beri. Sesekali dia ada juga makan beri itu.

Olive hanya angkat bahu. Dia tidak tahu untuk membalas apa. Memang dia tidak tahu pun.

"Kenapa ya abang Dylan tak share benda penting macam ni dengan awak? Hmm. Mungkin dia anggap awak tak penting kot. Yelah awak cuma bekas isteri dia je." kata Marilyn dengan selamba. Wajahnya pun tidak menunjukkan raik mengejek.

"Apa?" Olive rasa panas hati pula bila Marilyn kata begitu walaupun dia hanya pamerkan wajah yang biasa. Rasa macam mahu cili-cili sahaja mulutnya. Sakit hati Olive.

Tergamak Marilyn kata Olive tidak penting kepada Dylan. Kalau tidak penting kenapa Dylan boleh ada sampai sini semata-mata untuk temani Olive? Kenapa dia mahu buang masa disini? Hanya atas sebab untuk membantu?

"Hmm." Olive pun tiada jawapan untuk itu.

"Marilyn, buah mana ya yang saya perlu petik? Takut terpetik buah yang beracun pula. Nanti mati pula bila makan." kata Olive. Dia ingin mengubah topik. Tidak mahu lagi membicarakan tentang itu.

"Awak petik je buah yang mana pun. Kat sini semua buah boleh makan. Yang penting rasa dia manis sangat semanis senyuman abang Dylan. Hiks." kata Marilyn sambil ketawa manja. Dia nampak gatal betul bila sebut nama Dylan. Angau sangat ni.

"Oh." Olive ambil segenggam buah beri dan sumbat ke mulut sendiri. Dia tidak kisahlah belum basuh atau pun tidak. Dia rasa geram betul. Tetapi dia perlu kawal rasa itu. Kalau ikutkan hati dia mahu sahaja disumbat pada mulut Marilyn.

Salah Dylan sebab suka senyum pada Marilyn sampai dia angau. Sepatutnya senyuman itu cukup hanya untuk Olive sahaja bukannya kepada yang lain.

"Maniskan?" soal Marilyn sambil sempat mencuit hidung Olive.

"Ya. Haha." kata Olive sambil mengunyah. Dia sempat juga lap hidungnya. Memang betul rasa buah beri itu sangat manis. Tetapi rasa manis itu tidak dapat menutup rasa panas hati Olive. Dia tidak suka apabila Marilyn terlampau jujur dengan perasaannya kepada Dylan. Olive tidak suka apabila mendapat tahu hal itu.

"Hmm. Rasanya dah cukup ni. Jomlah balik. Tentu Dylan tunggu lama kat rumah."

"Ya." kata Olive. Lebih baik mereka balik sahaja. Dia pun tidak pasti kalau dia mampu bersabar dengan Marilyn. Setiap apa yang dikatakan oleh Marilyn sangat menyakitkan hati.

"Hi, Dylan kami dah balik." kata Marilyn apabila masuk ke dalam rumah.

"Hi. Macam mana Olive? Jalan-jalan? Best?" soal Dylan.

"Best. Best sangat." Olive terus lari masuk bilik.

"Kenapa tu?" soal Dylan.

"Entah. Olive penat kot." kata Marilyn sambil tersenyum. Dia tahu yang Olive marah terhadap apa yang dia katakan tadi.

"Oh." angguk Dylan.

"Hmph." Olive hentak tangan dikatil. Dia tidak faham kenapa Marilyn sengaja mahu sakitkan hatinya. Tetapi dia lagi tidak faham kenapa dia marah sangat. Adakah sebab Olive cemburu apabila Marilyn sebut-sebut mengenai Dylan? Olive masih suka kepada Dylan? Tetapi mereka sudah pun bercerai.

Wah, bukan main ya Marilyn. Hmm.. Suka sangat tu sakitkan hati Olive.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience