Bab 35

Vampire Series 20340

Tiga hari kemudian, selesailah sesi meditasi Oracle. Oracle akan mengotakan janjinya untuk membantu Olive. Dia pun sudah mendapat petunjuk cara untuk Olive kembali menjadi manusia semula.

"Macam mana nenek? Ada petunjuk ke?" soal Marilyn kepada Oracle. Mereka sedang ada didalam bilik Oracle.

"Dah nenek dah jumpa petunjuk tu." balas Oracle. Dia sudah dapat petunjuk itu.

"Apa petunjuk tu?" Marilyn ingin tahu.

"Nanti nenek bagitahu. Kita berbual sekali dengan Olive dan Dylan." Oracle akan beritahu pada mereka berdua terus. Marilyn pun boleh dengar sekali nanti.

"Okay nenek." balas Marilyn.

Pada malam itu mereka makan malam bersama. Marilyn yang masak. Dia masak macaroni sup. Apabila usai makan malam barulah Oracle akan beritahu petunjuk yang dia dapati.

"Oracle, macam mana ya?" soal Olive. Dia ingin tahu sangat. Dia tidak sabar untuk jadi manusia semula.

"Saya dah jumpa petunjuk tu cuma.." Oracle terdiam buat seketika.

"Cuma apa?" soal Dylan. Ada apa-apa masalah ke yang berlaku?

"Ada beberapa benda yang diperlukan untuk proses pemulihan Olive menjadi manusia." kata Oracle.

"Benda apa?" soal Olive.

"Ini senarai yang kamu berdua perlu dapatkan." Oracle menghulurkan sekeping kertas kepada Olive.

Olive ambil kertas tersebut. Dia membaca senarai yang ditulis. Agak banyak juga yang disenaraikan. Bukan sedikit tetapi banyak. Ada lebih kurang 7 benda yang disenaraikan.

"Hah? Mermaid?" Olive terkejut beruk apabila tertulis perkataan mermaid yang tersenarai. Selama ini dia lihat dan tahu mengenai mermaid didalam televisyen. Itu pun cerita dongeng atau kartun kanak-kanak. Mustahillah mermaid itu wujud.

"Mermaid tu wujud ke?" soal Olive yang kebingungan.

"Setelah apa yang awak lihat dan alami. Awak masih tak percaya yang ada makhluk lain yang wujud selain manusia?" soal Dylan. Dia tidak terkejut. Perkara itu biasa. Lagipun dia pernah ke universiti campuran. Di situ ada pelbagai makhluk yang dia telah lihat. Yang pelik-pelik pun ada.

"Err.." Olive garu kepala. Betul juga kata Dylan. Dulu pun Olive ragu-ragu dengan kewujudan vampire. Olive tidak pernah terfikir pun mengenai vampire. Tetapi rupa-rupanya vampire itu sememangnya wujud dan ada perkampungan sendiri. Bukan itu sahaja dia juga telah melihat warewolf dan beast. Dylan sendiri adalah seorang vampire. Manakala Oracle adalah witch. Witch pun ada perkampungannya juga. Oleh yang demikian kewujudan mermaid tidak boleh disangkal.

"Betul kata Dylan tu." kata Oracle. Tiada yang mustahil didunia ini.

"Oh ya." Olive mengangguk.

"Tapi apa kaitannya?" Olive rasa pelik. Apa kaitannya dengan mermaid? Apa nak buat dengan mernaid? Minta ubat ke? Witch sendiri tidak boleh bantu Olive?

"Yang tu nanti kamu tahu sendiri. Cuma kamu perlu cari semua bahan-bahan dalam senarai tu terlebih dahulu kemudian barulah berjumpa dengan mermaid." kata Oracle.

"Err.. Okay." Olive tidak faham tetapi dia ikutkan sahaja asalkan masalah yang dihadapinya dapat diselesaikan. Dia tidak mahu hidup seperti ini selama-lamanya. Dia mahukan kehidupannya yang normal semula.

"Kamu berdua kena berhati-hati. Macam-macam boleh terjadi. Ingat pesan ni, kalau terjadi sesuatu kamu mesti tetap bersama. Sentiasa percaya pada satu sama lain. Takdir kamu berdua saling bergantungan." pesan Oracle.

"Baiklah." angguk Dylan.

"Takdir saling bergantungan? Maksudnya apa?" Olive fikir sesuatu.

"Jangan-jangan aku masih ada jodoh dengan Dylan? fikir Olive lagi.

"Olive?" panggil Oracle.

"Hah ya? Ada apa?" soal Olive.

"Kamu dengarkan apa yang saya cakap tadi?" soal Oracle.

"Ya. Saya dengar." walaupun Olive ada termenung tetapi dia masih dengar dan ingat apa yang dikatakan oleh Oracle.

"Baguslah."

"Hehe.. Jadinya bila boleh kami mulakan pencarian ni?" soal Olive.

"Esok." balas Oracle.

"Hah? Esok?" terkejut Olive dibuatnya. Cepat sangat tu.

"Habis tu bila lagi? Bukan awak ke yang beria sangat nak jadi normal semula?" soal Marilyn dengan nada yang agak kurang enak didengar. Dia rasa baguslah kalau Olive cepat cari apa yang disuruh Oracle. Dia tidak suka kalau Dylan lebih banyak luangkan masa dengan Olive. Lagi cepat Dylan bantu Olive lagi cepatlah Olive jadi manusia dan pulang ke tempat asalnya. Secara tidak langsung Marilyn akan ada kesempatan untuk mendekati Dylan. Tentu tiada siapa lagi dapat menghalang.

"Yelah. Tapi takkan nak pergi buta-buta macam tu je?" kata Olive dengan baik-baik. Dia agak terasa sedikit dengan kata-kata Marilyn. Perangai Marilyn agak menjengkelkan. Tetapi dia biarkan sahaja kerana dia tahu kenapa Marilyn kata begitu. Malas mahu bertikam lidah.

"Maksud awak?" soalan Dylan. Dia faham maksud Olive tetapi dia kurang pasti. Itu yang dia tanya kepada Olive.

"Preparation? Kita kan nak kena jumpa mermaid. Lepastu nak cari semua benda-bena tu" Olive rasa sekurang-kurangnya perlu ada persediaan yang patut. Dia yakin yang mermaid tidak tinggal didaratan. Tentu jauh kalau hendak ke pantai atau laut. Hal ini kerana Olive hanya nampak hutan sahaja disini.

"Apa yang saya senaraikan itulah yang akan membantu kamu nanti." kata Oracle. Apa yang tertulis didalam senarai itulah yang akan membantu. Lagipun berjumpa dengan mermaid disenaraikan pada perkara yang terakhir sekali.

"Tapi kalau terjadi apa-apa nanti macam mana?" Olive takut akan kemungkinan ada perkara bahaya yang boleh terjadi walaupun sudah ada persediaan.

"Dylan ada. Dia jaga kamu." kata Oracle.

"Ya lagipun awak kan dah jadi vampire. Buat apa nak risau?" kata Marilyn. Olive sepatutnya tidak perlu risau kerana dia adalah vampire. Vampire lebih hebat daripada manusia biasa.

"Saya tahu. Tapi itulah yang saya takutkan. saya sendiri tak tahu apa kelebihan dan kelemahan yang saya ada. Saya tak sehebat Dylan." Olive rasa resah. Dia bukannya sehebat Dylan.

"Awak jadi vampire sebab gigitan red vampire. Awak sendiri pernah jadi is.." kata Dylan dan dia terasa sedikit sebak untuk meneruskan kata-katanya.

Olive faham maksud Dylan. Mesti dia hendak beritahu yang Olive pernah menjadi isteri kepada Dylan, ketua red vampire. Sudah tentu sedikit sebanyak keberangkalian sifat vampire Olive dipengaruhi oleh perkara tersebut. Tetapi itu tidak menjamin apa-apa kerana Olive tidak tahu apa kelebihan yang dia ada.

"Kamu berdua perlu cari apa yang saya senaraikan dengan segera sebelum terlambat." kata Oracle.

"Sebelum terlambat?" soal Olive. Apa yang dimaksudkan oleh Oracle.

"Ada beberapa benda yang disenaraikan hanya ada pada waktu ini sahaja. Kalau lambat kena tunggu lama lagi." kalau Olive lambat dia perlu tunggu lebih lama.

"Err.. okay." Olive tidak faham tetapi dia percaya sahaja apa yang dikatakan oleh Oracle. Dia yakin yang Oracle lebih tahu. Jadi Olive perlu ikut sahaja.

"Seeloknya, kamu berdua rehatlah. Esok mulakan perjalanan kamu." pesan Oracle kepada Olive dan Dylan.

"Baiklah." keduanya mengangguk. Mereka pun tidak mahu menganggu Oracle lagi. Oracle pun sudah tua tentu dia ingin berehat. Sudahlah dia telah bermeditasi selama tiga hari ini. Tentu dia penat.

Akhirnya Oracle dah dapat petunjuk. Tetapi kali ini ada perjalanan yang jauh lebih sukar dan mencabar untuk Olive. Harap Olive tabah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience