Bab 37

Vampire Series 20340

"Olive mana peta tu?" soal Dylan. Mereka sudah memulakan perjalanan tetapi tiada arah tuju. Sepatutnya mereka lihat peta dahulu barulah mula perjalanan.

"Jap." Olive buka beg sandangnya. Dia ambil peta yang ada didalam beg itu.

"Nah." Olive beri peta kepada Dylan. Dylan lihat peta itu dengan serius.

"Dapat baca tak? Jauh ke?" soal Olive. Lama juga Dylan lihat peta itu. Entah pandai baca atau tidak. Harap Dylan dapat bacalah kerana Olive memang tidak tahu langsung.

"Jauh juga." kata Dylan. Dia boleh baca peta itu. Dia dapati pada kali ini perjalanan mereka sangat jauh. Lebih jauh daripada sebelum ini.

"Urm.. Kalau jauh nak kena jalan kaki jugak ke?" soal Olive. Dia penat apabila asyik berjalan kaki. Dia tidak pasti sama ada dia boleh ataupun tidak.

"Yup jalan kaki je." balas Dylan. Memang mereka perlu jalan kaki macam biasa.

"Like seriously nak jalan kaki je?" Olive sungguh tidak menjangkakan yang mereka hanya akan berjalan kaki sahaja. Kalau jalan kaki entah bila mereka akan sampai. Sudahlah perjalanan jauh.

"Habis tu nak terbang? Awak boleh ke terbang? Saya tak larat nak kendong awak sepanjang perjalanan." kata Dylan. Mereka memang tiada pilihan. Dylan tidak sempat untuk meminta Cody carikan kuda untuk mereka. Jadi mereka memang perlu jalan kaki.

"Tak cakap macam tu pun." Olive tidak terfikir pun apa yang dikatakan oleh Dylan itu.

"Kalau berjalan kaki jauh lebih selamat. Sekurang-kurangnya tiada yang sedar dengan kehadiran kita." jelas Dylan. Dia sendiri kali pertama akan ke tempat yang dinyatakan oleh Oracle. Jadi mereka perlu lebih berhati-hati. Kehadiran mereka tidak seharusnya dihidu oleh sesiapa sahaja.

"Siapa?" soal Olive.

"Makhluk yang ada kat tempat tulah." jelas Dylan. Dia pun kurang pasti makhluk jenis mana yang ada disitu selain mermaid. Tetapi dia yakin yang makhluk lain memang ada dan wujud. Jadi mereka perlu lebih berhati-hati.

"Siapa tanya." ledakan ketawa Olive berbunyi. Dia sengaja hendak kenakan Dylan kerana ada percakapan Dylan yang agak menyakitkan hati Olive sebentar tadi. Lagipun sebenarnya dia sudah mengerti apa yang dimaksudkan oleh Dylan. Dia tahu yang ada makhluk lain selain mereka berdua.

"Gelaklah. Kena tangkap dengan makhluk kat sana baru tahu." ugut Dylan.

"Ish, janganlah cakap macam tu." marah Olive. Dylan ni cakap ikut sedap mulut je. Tidak baik cakap yang bukan-bukan.

"Dahlah jom gerak sekarang." Dylan sedar gurauannya agak keterlaluan. Dia tidak patut cakap seperti itu. Tetapi dia tidak minta maaf pula kepada Olive. Dia biarkan sahaja perkara itu bak angin lalu.

Mereka pun mulakan perjalanan yang panjang. Diawal perjalanan segalanya lancar sahaja. Mereka cuma perlu mendaki bukit yang tidak berapa tinggi. Olive mengah sedikit tetapi Dylan berlagak macam biasa sahaja maklumlah vampire.

Disebabkan masing-masing senyap membisu. Olive pun membuka mulut untuk berbicara. Ada sesuatu yang bermain-main dalam fikirannya sedari tadi.

"Dylan, kenapa awak macam pelik je ni?" soal Olive. Dia agak pelik apabila perangai Dylan agak pelik sedikit. Layanannya terhadap Olive juga agak dingin. Tiba-tiba sahaja bergurau kasar dengan Olive. Ada perkara yang menganggu Dylan agaknya.

"Awak tak suka ya temankan saya?" soal Olive. Dia fikir mungkin dia telah menyusahkan Dylan. Bukan sekali tetapi banyak kali. Mungkin Dylan penat apabila asyik membantu Olive. Dia mesti sibuk dengan hal yang lain tetapi terpaksa bantu Olive pula.

"Ke sebab Dylan sedih sebab tidak dapat luangkan lebih masa dengan Marilyn? Jangan-jangan Dylan sudah suka pada Marilyn. Dia pun layan Marilyn macam baik semacam je." fikir Olive. Tiada yang mustahil kerana Marilyn pun cantik. Sesiapa yang lihat mesti terpikat.

"Awak rasa?" Dylan berhenti berjalan. Nasib baiklah Olive sedar perkara itu. Kalau tidak sudah lama dia merempuh Dylan. Dylan renung Olive.

"Rasa apa?" mata Olive terkebil-kebil. Dia rasa segan apabila Dylan merenung seperti itu. Pelik-pelik je perangai Dylan ni.

"Rasa saya kisah? Lebih baik awak diam. Jangan banyak membebel." Dylan agak rimas apabila Olive terlampau banyak bertanya. Dia tahu Olive mungkin terasa dengan sikapnya tetapi hendak macam mana lagi. Dylan tidak mahu dirinya terus hanyut dengan perasaan sendiri. Dylan sendiri keliru. Lagipun selepas ini Olive akan jadi manusia semula jadi dia tidak sepatutnya layan Olive lebih-lebih.

"Cis, aku kenalah balik." bisik hati Olive. Memang dia agak terasa dengan dengan percakapan Dylan. Tetapi dia juga keliru dengan kelakuan Dylan yang sebegitu. Selama ini okay sahaja.

Mereka pun terdiam dan meneruskan perjalanan yang masih panjang. Olive berjalan dibelakang Dylan. Dia memang berjalan agak lambat sedikit.

"Dylan marah ke sebab asyik kena tolong aku?" fikir Olive sambil melihat Dylan daripada belakang. Dia tidak dapat meneka apa yang dirasakan oleh Dylan ketika ini. Adakah Dylan masih ada perasaan yang sama dengan Olive? Atau dia sudah lupakan segalanya?

"Dylan, maaflah awak terpaksa bersusah payah untuk saya." luah Olive. Dia tiada niat pun mahu susah Dylan. Tetapi hendak buat macam mana lagi. Hanya Dylan yang dia kenal dengan rapat. Hanya Dylan yang Olive percaya dan harapkan. Dia segan pula hendak minta tolong Cody kerana dia bukan lagi pengantin vampire. Dia cuma vampire jadian yang kasihan.

"Lepas ni saya janji tak akan susahkan awak lagi." kata Olive. Selepas dia jadi manusia semula dia berjanji tidak akan susahkan Dylan lagi. Dia akan duduk senyap-senyap disamping keluarganya. Dia juga mungkin tidak akan kembali semula ke kampung vampire sampai bila-bila.

Dylan senyap sahaja tidak membalas. Dia tidak pernah menganggap Olive sebagai beban atau sebagainya. Dia gembira dapat membantu Olive. Dia ikhlas membantu Olive tanpa mengharapkan apa-apa.

"Dylan awak dengar tak apa yang saya cakap ni?" Olive rasa sakit hati pula apabila Dylan tidak mengendahkannya apa yang dia kata. Olive sedang cakap dengan Dylan bukan dengan pokok atau batu. Tidak patut Dylan senyap sahaja.

"Hm." balas Dylan. Dia dengar apa yang dikatakan oleh Olive. Telinganya masih berfungsi dengan baik. Cumanya dia tidak tahu untuk membalas apa.

"Dylan awak ni.."

"Olive?" Dylan pusing ke belakang. Dia rasa pelik bila Olive tidak habiskan ayatnya. Tiba-tiba sahaja Olive senyap. Olive terjatuh ke?

"Olive?" Dylan terkejut apabila Olive telah tiada dibelakannya. Olive ghaib secara tiba-tiba tanpa jejak. Batang hidung pun tidak kelihatan.

"Olive awak kat mana?" panggil Dylan. Dia agak panik.

"Olive jangan main-mainlah." Dylan fikir mungkin Olive sengaja bergurau dan bersembunyi. Tetapi Dylan tidak mendengar langsung suara Olive. Bayang dia pun tiada. Dylan mula khuatir. Salah dialah ni cakap yang bukan-bukan tadi. Tidak tahu pula boleh termakbul apa yang dia kata tadi. Sepatutnya dia menjaga mulut apabila berada didalam hutan.

"Olive." panggil Dylan sekali lagi. Dia hilang jejak Olive. Dia tercari-cari Olive ke sana dan sini.

"Olive awak pergi mana pula ni?" bisik hati Dylan. Dia risau. Dia takut kalau terjadi sesuatu yang buruk kepada Olive. Sudahlah dia sudah berjanji pada orang tua Olive untuk jaga Olive sepanjang ada disini. Dylan yang bertanggungjawab pada Olive sepenuhnya. Apa yang dia akan jawab apabila Olive tiba-tiba sahaja hilang. Gagallah dia untuk tepati janji.

Alamak Olive hilang pula. Habislah Dylan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience