Bab 43

Vampire Series 20340

"Hujan-hujan macam ni mesti buat kamu berdua rasa laparkan? Biar nenek masakkan sesuatu untuk kamu." Destiny ingin masakkan makan malam untuk mereka berdua. Tentu mereka sudah lapar.

"Em. Apa kata nenek biar saya je yang masak. Lagipun kaki nenek tak okay lagi tu." Olive pelawa diri untuk membantu. Lagipun dia rasa lebih baik dia yang masak. Sejujurnya dia agak was-was juga untuk makan makanan yang disediakan oleh orang yang tidak dikenali. Mummy pernah berpesan padanya untuk selalu berhati-hati terutamanya apabila melibatkan makanan.

"Boleh ke? Tak menyusahkan kamu?" Destiny rasa serba salah pula. Tetapi betul juga kata Olive yang kakinya masih sakit lagi. Dia tidak dapat berdiri lama untuk memasak.

"Tentu boleh. Olive ni taklah pandai masak sangat. Tapi yang simple tu boleh je. Olive cuba." Olive biasa sahaja masak dirumahnya. Dia selalu tolong mummy didapur sambil itu dia belajar apa yang patut. Nancy pun ada juga mengajar Olive memasak.

"Baiklah Olive tolong masakkan bubur gandum kat dapur tu ya. Rumah nenek tiada beras untuk masak nasi. Beras dah habis. Cucu nenek belum beli lagi sebab pekan tu jauh sikit."

"Oh okay-okay." Olive mengangguk. Dia akan masak apa yang ada. Dia tidak sepatutnya memilih.

"Dapur kat mana ya nenek?" soal Olive. Dia tidak tahu dimana dapur. Tidak elok pula kalau serbu seperti itu sahaja.

"Dapur kat sana." tunjuk Destiny. Dapur ada dibelakang.

"Okay. Olive minta izin guna dapur nenek ya." kata Olive. Dia perlu minta izin sebelum guna.

"Ya gunalah. Pakai je yang apa Olive nak pakai. Semua ada kat dapur tu. Gandum dan bahan-bahan nenek dah tanda."

"Okay, terima kasih nenek." Olive pun pergi ke dapur. Dylan ikut sekali. Dia akan ambil peluang ini untuk berbual sedikit dengan Olive.

"Olive." tegur Dylan.

"Yup." jawab Olive sambil menyarungkan apron yang tergantung didapur itu.

"Mana gandum ya?" Olive cari balang gandum. Dengan berhati-hati dia selongkar kabinet Destiny. Dia ambil periuk dan juga senduk yang kebetulan ada disitu. Dia letak diatas meja. Dylan perhatikan Olive. Olive buka kabinet yang lagi satu.

"Ni pun gandum." Olive ambil balang gandum tersebut. Nasib baiklah Destiny sudah label setiap barang dapur jadi mudah untuk Olive memasak.

"Kenapa Dylan?" soal Olive. Tadi Dylan panggil Olive tetapi senyap pula.

"Awak serius ke nak bermalam kat sini?" soal Dylan. Dia fikir bukan idea yang baik untuk bermalam disini.

"Serius je. Kenapa?" soal Olive sambil mencari gula dan garam. Dia rasa biasa sahaja kalau bermalam disini. Tiada masalah yang besar pun.

"Awak tak rasa pelik dengan Destiny tu ke? Tak pelik kenapa dia duduk kat hutan ni?" soal Dylan. Destiny seorang wanita yang tua. Kenapa dia tinggal ditempat yang bahaya seperti ini? Seorang diri pula tu. Entah cucu yang disebut wujud atau tidak.

"Sebenarnya saya pun rasa pelik. Tapi saya rasa mesti dia ada sebab. Maybe nak dekat dengan nature. Biasalah bila dah pencen, orang lanjut usia ini suka tempat-tempat macam ni. Nak release tension katanya." kata Olive sambil tangan kiri cekak pinggang manakal tangan kanan memegang senduk.

"Hah? Mana awak tahu?" Dylan buat muka pelik.

"Saya teka je. Saya ada jiran yang macam tu." kata Olive. Jiran berdekatan rumahnya pun sudah lanjut usia tetapi selalu juga dia berkhemah bersama anak cucunya. Dia suka mendekatkan diri dengan alam. Mungkin Destiny juga ingin ada pengalaman seperti itu.

"Lah."

"Dylan, alang-alang awak ada kat sini. Apa kata awak tolong saya nyalakan dapur kayu tu. Saya tak pandailah." kata Olive. Dia biasa guna dapur gas dan elektrik. Tidak pernah lagi guna dapur kayu.

Dylan ambil beberapa batang kayu yang sedia ada dan letakkan didapur kayu tersebut lalu dia bakar kayu tersebut menggunakan mancis yang juga ada disitu. Setelah itu, dia pun ambil periuk dan letakkannya disitu supaya Olive boleh terus memasak.

"Dah." kata Dylan.

"Thanks." Olive pun mula memasak. Dia campurkan sedikit air bersama gandum, sedikit gula dan garam. Dia juga turut letakkan sedikit susu.

"Olive, awak memang percaya kepada Destiny tu?" Dylan agak pelik bila Olive terlampau baik sangat dengan Destiny. Padahal mereka baru sahaja berjumpa.

"Tak sure percaya ke tak. Tapi bila tengok Destiny tu buat saya ingatkan nenek saya. Entah kenapa saya rasa macam kesian. Kalau nenek saya masih hidup tentu dia sama macam Destiny." Olive teringat neneknya. Dia tidak berpeluang pun berjumpa dengan neneknya kerana neneknya telah meninggal dunia semasa Olive masih lagi didalam perut mummy. Olive tiada sesiapa kecuali mummy dan daddy sahaja. Jadi Olive anggap Destiny itu seperti neneknya.

"Tapi Destiny tu kita tak kenal. Mungkin tak seperti yang kita sangkakan." mereka berdua bukan kenal sangat pun dengan Destiny. Baru sangat berjumpa.

"Tahu tapi awak rasa Destiny jahat ke? Saya tengok baik je. Macam nenek-nenek yang biasa." kata Olive. Mustahil Destiny ada niat yang tersembunyi. Destiny nampak baik dimata Olive.

"Tapi tak salah kan kalau berhati-hati."

"Ya. Saya tahu. Tapi tak apalah kita stay kat sini untuk satu malam je kan. Esok kita teruskanlah pengembaraan tu." Olive tidak lupa kepada sebab asal mereka. Lagipun dia tidak pun anggap Destiny itu seratus peratus baik. Dia masih berhati-hati lagi.

"Yelah." kata Dylan.

"Bubur ni dah nak siap. Apa kata awak tolong ambil mangkuk dan sudu." kata Olive. Bagus juga ada Dylan disini. Dapatlah dia minta tolong Dylan apa yang patut.

"Hm." Dylan ambil tiga mangkuk dan sudu seperti yang dikatakan Olive. Manakala Olive ambil satu mangkuk besar. Dia cedukkan bubur itu ke dalam mangkuk besar. Kemudian dia ambil pula jug air dan cawan yang memang sudah sedia ada disitu.

"Dah jom." mereka pun ke ruang makan yang ada meja makan.

"Nenek makanan dah siap." selepas letak dulang makanan Olive papah Destiny ke meja makan.

"Terima kasih." ucap Destiny.

"Sama-sama." kata Olive sambil cedukkan bubur itu ke dalam mangkuk.

"Ni nenek punya. Hati-hati tau panas lagi." Olive beri mangkuk kepada Destiny. Destiny ambil mangkuk itu.

"Ni pula Dylan punya. Jemputlah makan." Olive beri pula kepada Dylan.

"Thanks."

"Welcome." Olive duduk disebelah Destiny.

"Jemputlah makan semua. Harap okaylah bubur ni." Olive takut juga kalau bubur ini tidak menepati citarasa Destiny dan Dylan.

"Terima kasih ya Olive. Susahkan Olive je." Destiny sebenarnya rasa agak terharu apabila Olive sediakan makanan untuknya. Olive juga melayani dia dengan sangat baik.

"Tak susah pun." balas Olive. Dia masak makanan yang biasa sahaja tidak susah mana pun.

Mereka pun makan bubur tersebut. Usai makan Olive basuh segala pinggan mangkuk yang dia gunakan. Setelah itu, mereka berbual kosong diruang tamu.

"Nenek, kenapa nenek tinggal dalam hutan? Nenek tak takut?" soal Olive. Dia ada fikir juga apa yang Dylan katakan tadi. Dia ingin tahu kenapa Destiny dan cucunya duduk didalam hutan ini. Tentu ada sebab.

Destiny senyap. Dia termenung jauh. Ada sesuatu yang bermain difikirannya.

"Maaf kalau soalan saya agak biadap." Olive rasa dia telah tersalah tanya soalan. Dia seharusnya menjauhi sikap menjaga tepi kain orang lain.

"Eh taklah." kata Destiny. Dia tidak terasa pun dengan soalan Olive. Olive tidak salah.

"Sebenarnya tujuh tahun yang lepas suami nenek pernah datang ke hutan ini untuk berburu. Tetapi sejak hari tu dia tak pernah pulang-pulang. Sudah puas kami semua cari dia tapi tak jumpa." kata Destiny dengan nada yang sedih.

"Nenek selalu tunggu dia dihutan ini sampailah cucu nenek buat keputusan untuk buat rumah ni. Nenek akan tunggu suami nenek sampai bila-bila." Destiny akan selalu menunggu kepulangan suaminya.

"Maaf ya." Olive rasa serba salah pula apabila tanya soalan itu. Mesti Destiny sedih bila mengenangkannya.

"Tak apa."

"Tapi setianya nenek. Mesti suami nenek orang yang baik kan." Olive rasa agak terharu dengan cerita Destiny. Kesetiaan Destiny menunggu suaminya sangat besar.

"Ya, dia memang baik dan penyayang."

"Jelousnya. Mesti best kan ada orang yang sayang kita." kata Olive seperti dia kurang kasih sayang. Padahal mummy dan daddy tidak pernah berhenti curahkan kasih sayang untuknya.

"Ya, tapi Olive kan ada Dylan."

Dylan tersedak air liur sendiri. Dari tadi dia senyap sahaja.

"Dylan? Hm. Kami kawan je." kata Olive. Dia sebenarnya bukan kurang kasih sayang keluarga tetapi kurang kasih sayang daripada orang yang dicintai.

"Kawan?" bisik hati Dylan. Rupanya selama ini Olive anggap dia kawan.

"Kawan? Nenek ingat kamu pasangan." Destiny ingat Olive dan Dylan adalah pasangan kekasih atau pun suami isteri.

"Taklah kami kawan lebih kepada kawan pengembaraan." Olive cuba untuk nafikan apa yang Destiny katakan.

"Oh."

"Kamu ada sebut pengembaraan. Kamu berdua mengembara untuk apa ya?"

"Mengembara untuk..

"Cari akar kayu." balas Dylan dengan pantas. Dia takut kalau Olive ceritakan semuanya kepada Destiny. Mereka belum kenal Destiny sepenuhnya. Jadi mereka patut berhati-hati. Nyawa mereka mungkin juga akan terancam kalau Destiny tahu mereka berdua bukan manusia biasa.

"Ya cari akar kayu." kata Olive. Lebih baik dia ikut sahaja apa yang dikatakan oleh Dylan.

"Oh untuk jual ya." Destiny rasa Dylan ada sebut tadi.

"Ha'ah untuk jual." angguk Olive. Dia rasa tidak mengapa untuk berbohong sedikit untuk keselamatan.

"Rajin kamu berdua masuk hutan. Tak takut ke?" soal Destiny. Hutan tidak seperti tempat yang lain. Bahaya ada dimana sahaja.

"Takut juga tapi nak buat macam mana." Olive takut masuk hutan. Dia bukannya biasa pun dihutan. Tetapi disebabkan niatnya untuk menjadi manusia semula terpaksalah dia hadapi semuanya.

"Oh, tak apalah hari dah malam ni lebih baik kamu berdua tidur. Nenek pun sudah mengantuk." Destiny cuba untuk bangun.

"Olive tolong." Olive bangun untuk membantu Destiny.

"Oh ya, nenek lupa pula. Olive kamu boleh tidur dibilik cucu nenek disana. Dylan pula.." Destiny pandang Dylan.

"Ya?" Dylan juga memandang Destiny.

"Kamu boleh tidur diruang tamu? Sebab rumah nenek cuma ada dua bilik sahaja." rumah Destiny kecil dan tiada bilik yang banyak.

"Boleh nenek. Saya okay." Dylan tidak kisah tidur dimana pun.

"Baguslah kalau macam tu." kata Destiny.

"Olive, tolong papah nenek ke bilik itu ya." Destiny tunjuk ke arah biliknya.

"Baik nenek." Olive bantu Destiny masuk ke dalam bilik.

"Selamat malam nenek."

"Ya, selamat malam."

Olive pun keluar daripada bilik Destiny selepas menutup lampu. Dia kembali ke ruang tamu.

"Dah tidur ke?" Dylan maksudkan Destiny.

"Dah." Olive duduk dikerusi.

"Awak tak nak tidur ke? Bukan bilik awak kat sana?" soal Dylan. Setahu dia, Destiny suruh Olive tidur dibilik cucunya.

"Saya nak tidur kat sini je." Olive rasa dia mahu tidur diruang tamu sahaja.

"Kenapa? Takut ke?" soal Dylan. Olive takut tidur seorang diri?

"Tak cuma tak sure lah cucu Destiny tu lelaki ke perempuan. Tapi Destiny kata cucu dia pergi berburu so lelaki lah kot. Jadi macam tak proper saya tidur kat bilik tu." Olive seorang perempuan jadi dia tidak selesa untuk tidur dibilik lelaki yang asing.

"Oh." Dylan mengangguk. Pandai ya Olive jaga diri sendiri.

"Tapi awak jangan macam-macam ya. Tidur je kat tempat awak tu." Olive memberi amaran.

"Ya." Dylan tidak pernah ada niat yang tidak baik kepada Olive.

Olive baring dikerusi panjang itu sambil memeluk beg sandangnya. Beg sandang itu ada harta yang paling berharga untuk Olive.

"Jaga beg tu elok-elok." pesan Dylan. Bahaya juga kalau beg itu hilang.

"Ya, saya tahulah. Awak tidurlah cepat." kata Olive. Dia hanya akan tidur selepas Dylan tidur.

"Ya." Dylan baring dikerusi yang dia duduk. Dia letak tangan diatas dahi dan berpura-pura tidur. Dia rancang untuk tidak tidur kerana mahu menjaga keselamatan mereka berdua. Dia takut kalau terjadi sesuatu hal yang tidak diingini semasa mereka berdua tidur.

Olive jengukkan kepala ke arah Dylan. Dia nampak Dylan pejamkan matanya dan dia rasa Dylan sudah tidur. Jadi Olive pun terus lelapkan mata.

Agak-agaknya betul ke apa yang diceritakan oleh Destiny tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience