Bab 46

Vampire Series 20340

"Coco." panggil Cameleona apabila tiba disuatu tempat didalam hutan. Disitulah tempat beradanya naga dan Olive.

"Coco?" kata Dylan. Cameleona panggil siapa?

"Kenapa kau tak pernah letak nama untuk haiwan peliharaan ke?" Coco itu adalah naga naga milik Cameleona. Cameleona sendiri yang pilih nama itu. Naganya pun suka dengan nama itu.

"Pernah cuma.. Woah." mata Dylan terbeliak memandang naga milik Cameleona. Kali pertama dia nampak naga itu betul-betul dihadapan mata. Naga itu sangat besar dan mengerunkan. Badannya berwarna kelabu. Naga itu juga ada dua tanduk yang besar dan tajam. Giginya juga amat tajam. Bukan macam naga yang biasa-biasa. Dylan pun kurang pasti dengan jenis spesis naga itu.

"..aku tak pernah bela naga." Dylan sambung semula kata-kata yang terputus disebabkan terkejut melihat naga itu. Dia rasa nama Coco agak comel jika dibandingkan dengan naga Cameleona.

"Coco jangan makan dia." jerit Cameleona. Dia perlu halang naganya daripada makan Olive. Nyawa naganya akan terancam. Naga Cameleona menoleh ke arahnya. Naga itu tolak Olive ke tepi. Dia menghampiri Cameleona. Naga itu nampak agak jinak kepada Cameleona.

"Olive." dengan segera Dylan mendapatkan Olive. Dia pegang Olive untuk berdiri.

"Dylan." Olive pegang tangan Dylan dan berdiri. Dia gembira apabila melihat kehadiran Dylan. Dylan datang selamatkan Olive. Olive fikir dia akan mati tadi. Tetapi nasib baiklah Dylan sempat selamatkan Olive.

"Awak tak apa-apa?" soal Dylan, dia lepaskan tangan Olive dengan perlahan-lahan. Dia perhatikan keadaan Olive kalau-kalau ada kecederaan. Dia sangat risau kepada Olive.

"Saya okay. Terima kasih." Olive bersyukur. Olive tidak ada kecederaan. Naga itu belum sempat berbuat apa-apa kepada Olive.

"Sama-sama." Dylan turut bersyukur.

"Coco kau tak boleh makan perempuan itu. Dia bukan manusia biasa. Maafkan aku ya. Aku akan cari manusia lain untuk kau." kata Cameleona sambil mengusap naganya. Mereka nampak sangat rapat dan akrab. Naga itu hanya mengangguk mendengar apa yang dikatakan oleh Cameleona. Naga itu tidak boleh bercakap kerana bisu tetapi ia boleh faham apa yang dikatakan kepadanya.

Sebenarnya Cameleona yang jaga Coco dari kecil lagi. Coco sesat dihutan jadi Cameleona belanya. Dia mungkin telah dibuang. Hal ini membuatkan Coco rela jadi haiwan peliharaan. Masing-masing dapat manfaat. Cameleona dapat menumpang kelebihan seekor naga dan naga itu terhutang budi dan selamat dibawah jagaan Cameleona. Nasib mereka juga serupa.

"Dylan siapa dia?" soal Olive. Dia rasa takut melihat Cameleona. Cameleona tidak seperti seorang manusia yang biasa. Mungkin makhluk jadian seperti mereka juga.

"Awak tak pernah tengok dia ke?" soal Dylan. Pelik pula bila Olive seperti pertama kali lihat Cameleona. Bukan Cameleona yang bawa Olive ke sini? Atau dia menyamar jadi Destiny?

"Dia tak pernah tengok aku. Dia masih tidur masa aku letakkan disini." kata Cameleona seakan faham apa yang difikirkan oleh Dylan. Cameleona tidak akan sebarangan menampakkan dirinya yang sebenarnya.

Olive mengangguk. Semasa dia terjaga dari tidur dia memang sudah ada disini. Dia terkejut dan takut sangat bila ada naga yang sangat besar dan gerun. Naga itu mahu makan Olive hidup-hidup sebentar tadi.

"Awak siapa?" soal Olive dengan rasa takut. Takut-takut pun dia mahu tahu makhluk apakah yang ada dihadapannya. Dia rasa tertarik untuk tahu.

"Aku Cameleona. Maaf aku tersalah." kata Cameleona sebelum terbang pergi bersama naganya. Dia perlu pergi jauh daripada Dylan dan Olive.

"Eh?" Olive terkejut. Cameleona pergi begitu sahaja? Mudahnya dia dilepaskan mereka berdua tanpa ada sebarang syarat atau apa pun. Rasa agak aneh juga dengan perkara ini.

"Apa yang jadi Dylan?" soal Olive. Dia fikir Dylan tentu tahu punca kenapa Cameleona berlalu begitu sahaja. Tentu Dylan ada berbuat sesuatu kepada Cameleona. Mungkin ada perjanjian antara mereka berdua.

"Saya cuma beritahu siapa awak." kata Dylan. Kadang kala kejujuran sangat penting terutamanya saat-saat yang mendesak. Kejujuran Dylan telah membantu menyelamatkan nyawa Olive.

"Awak bagitahu dia, saya ni vampire?" soal Olive. Maksudnya Dylan beritahu Cameleona yang Olive sebenarnya adalah vampire jadian? Itu maksud Dylan?

"Ya." angguk Dylan.

"Dia takut vampire ke?" soal Olive. Hanya kerana Olive seorang vampire, Cameleona lepaskan Olive? Siap minta maaf lagi. Cameleona itu kawan Dylan ke?

"Tak juga. Tapi dia akan ada masalah besar kalau cari pasal dengan keturunan vampire." kata Dylan. Cameleona adalah antara makhluk yang terlemah sebab itulah dia sentiasa menyamar dan mungkin sebab itulah dia memelihara seekor naga. Dia akan ditimpa musibah kalau cari pasal dengan makhluk jadian yang lain lebih-lebih lagi vampire.

"Oh sebab tu.." Olive tidak sangka pula dengan perkara itu. Hebat juga keturunan vampire kerana makhluk lain boleh takut dan hormat. Olive rasa bangga juga sedikit apabila dapat jadi sebahagian daripada vampire.

"Jadi maknanya kita dah selamatlah sekarang ni?" soal Olive. Cameleona dan naga itu telah pergi jadi Olive dan Dylan telah selamat?

"Ya dah selamat." jawab Dylan.

"Syukurlah. Jadinya kan Dylan kita dah boleh teruskan perjalanan?" soal Olive. Nampaknya tiada masalah dan halangan lagi. Mereka boleh teruskan perjalanan mereka.

"Ya, kalau awak tiada apa-apa masalah." asalkan Olive sudah bersedia mereka boleh teruskan perjalanan bila-bila masa sahaja.

"Saya tiada masalah." kata Olive walaupun dia masih bingung dan agak terkejut sedikit tadi. Tetapi untuk teruskan perjalanan dia tiada masalah. Dia sudah bersedia. Mustahil perkara itu dapat mematahkan semangatnya.

"Okay jomlah kita tinggalkan hutan ni cepat." kata Dylan. Cameleona dan naga itu mungkin sudah pergi tetapi tentu masih ada makhluk lain dihutan ini. Mereka tidak seratus peratus selamat. Ada sahaja bahaya lain yang menanti mereka berdua.

"Okay jom." kata Olive. Mereka pun mula berjalan.

"Eh jap Dylan." Olive teringat sesuatu setelah beberapa langkah berjalan. Mereka berdua berjalan secara semberono sahajakah?

"Kenapa Olive?" Dylan toleh ke arah Olive. Olive Ada masalah ke? Baru sahaja sebentar tadi Olive kata tiada masalah.

"Beg saya. Kita tak boleh terus perjalanan tanpa beg saya. Peta dan senarai tu." kata Olive. Dia dapati beg itu tidak ada bersamanya walaupun semasa dia tidur dia peluk beg itu. Beg itu sangat penting kerana didalamnya terdapat peta dan senarai barang yang perlu dicari. Bahan-bahan penting juga ada didalam beg itu. Tanpa semua itu mustahil itu mereka meneruskan perjalanan.

"Awak rasa beg tu ada kat mana?" soal Dylan. Dia ingat arah peta dan senarai bahan yang perlu dicari. Tetapi sia-sia juga kalau mereka terpaksa patah balik untuk mendapatkan tiga bahan yang telah mereka dapat sebelum ini. Mereka perlu juga cari beg itu sampai juga kerana mereka kesuntukan masa.

"Mungkin ada kat rumah Destiny." kata Olive. Itu pun kalau dia betul yang beg itu masih ada disitu. Tidak mustahil kalau Cameleona telah buang beg itu dimana-mana.

"Jom kita pergi sana." Dylan dan Olive pun kembali ke rumah Destiny.

"Dylan rumah tu?" Olive tunjuk ke arah rumah Destiny. Rumah itu telah berubah menjadi buruk dan usang seperti sudah lama ditinggalkan.

"Macam boleh jadi macam ni Dylan?" soal Olive. Dia terkejut melihat keadaan rumah itu yang sangat berbeza dengan sebelum ini.

Dylan tidak terkejut. Dia pasti tentu Cameleona telah mengenakan mentera kepada rumah itu bagi mengaburi mata Dylan dan Olive sebelum ini. Rumah itu memang sepatutnya menjadi usang kerana Destiny telah lama mati.

"Nanti saya bagitahu. Kita masuk dulu cari beg tu." kata Dylan. Dia tidak mahu berbual panjang. Dia rasa lebih baik mereka cari dahulu beg itu.

"Okay." mereka berdua pun masuk ke dalam rumah itu dengan berhati-hati. Agak bahaya untuk masuk ke dalam rumah lama yang usang. Atap serta dinding rumah itu mesti sudah reput dimakan anai-anai. Tersilap langkah atap rumah itu boleh terjatuh menghempap mereka berdua.

"Argh tulang." Olive terkejut melihat tulang yang berselerak didalam rumah itu. Semuanya adalah tulang manusia.

"Jangan takut Olive. Cepat cari beg tu." kata Dylan. Dylan tahu Olive takut dan terkejut melihat tulang itu tetapi mereka perlu cari beg tersebut.

"Okay." dengan perasaan takut Olive cari begnya semula. Dia harap sangat yang begnya masih ada. Dia tidak mahu berada lama didalam rumah.

"Beg saya." kata Olive apabila melihat beg ada diatas sebuah tong. Dia dan Dylan menghanpiri tong itu. Olive ambil beg tersebut. Dia periksa isi dalam beg tersebut.

"Semua ada ke?" soal Dylan. Dia harap yang barang-barang tersebut masih ada didalam beg itu.

"Ada." Olive bersyukur yang semuanya masih ada. Mereka berdua bernasib baik.

"Jom keluar." kata Dylan. Setelah itu mereka terus keluar dari rumah itu.

"Dylan apa yang jadi sebenarnya?" soal Olive sambil memandang ke arah rumah Destiny. Dia benar-benar ingin tahu. Bagaimana rumah yang cantik boleh berubah menjadi usang dan buruk dalam sekelip mata.

"Destiny. Mana Destiny? Apa yang jadi pada dia?" soal Olive. Dia langsung tidak nampak Destiny. Apa yang jadi padanya? Apa yang berlaku semasa Olive ada dihutan bersama naga milik Cameleona? Cameleona ada buat sesuatu kepada Destiny?

"Panjang ceritanya Olive." kata Dylan sambil berjalan. Ada banyak cerita yang Dylan perlu jelaskan kepada Olive. Mesti Olive sudah ada banyak soalan yang memerlukan jawapan. Dia juga tidak sampai hati ceritakan hal yang sebenarnya kepada Olive. Nanti mesti Olive akan rasa sedih.

"Cerita je saya dengar." kata Olive yang ikut Dylan berjalan. Olive tidak peduli kalau cerita itu panjang atau tidak yang penting dia tahu apa sebenarnya yang terjadi. Dia benar-benar ini tahu. Perkara itu penting bagi Olive. Lagipun seronok juga dengar cerita sambil berjalan sedikit sebanyak dapat hilangkan rasa penat.

Olive telah pun selamat. Nanti mereka hendak ke mana pula ya? Apalah yang mereka perlu cari kali ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience