Bab 47

Vampire Series 20340

Sudah lebih kurang 30 minit berjalan tetapi Dylan tetap senyap sahaja. Dia tidak memberitahu pun cerita yang Olive ingin tahu. Dia tidak tahu bagaimana untuk ceritakan kepada Olive.

"Dylan." panggil Olive dari belakang.

"Ya." Dylan menoleh tetapi dia tidak nampak Olive sangat pun. Kepala sahaja yang menoleh bukan badannya sekali.

"Kenapa awak senyap je? Ceritalah apa yang jadi. Tadi awak kata nak bagitahu. Mana Destiny dan siapa Cameleona tu?" soal Olive dengan bertubi-tubi. Mengapalah Dylan berahsia sangat dengan Olive? Cerita sahajalah kepada Olive.

"Sebenarnya Olive." Dylan berhenti berjalan dan duduk ditepi pokok. Bagus juga kalau mereka berehat sebentar. Mereka pun sudah lama juga berjalan.

"Sebenarnya apa?" Olive duduk dihadapan Dylan. Mudah sedikit untuk berbual.

"Destiny dah mati Olive." kata Dylan dengan nada sedih.

"Hah? Apa? Destiny dah meninggal?" mata Olive berair. Dia terkejut sangat.

"Ma.. Macam mana? Awak tak tolong dia ke?" Olive rasa sebak dan sedih. Bagaimana Destiny boleh meninggal dunia? Apa sebab kematiannya?

"Dylan jawablah." Olive goncang tubuh Dylan. Dia ingin tahu.

"Olive." Dylan tarik perlahan tangan Olive. Olive lepaskan tangan Dylan. Dia lap air matanya.

"Dia dah lama meninggal sebelum sempat kita jumpa dia." jelas Dylan.

"Hah? Tapi yang kita jumpa tu siapa?" Olive jadi keliru. Kalau Destiny sudah meninggal siapa yang mereka jumpa selama ini? Siapa wanita tua itu?

"Itu Cameleona. Dia menyamar jadi Destiny. Senang cerita dia ambil identiti Destiny dan berpura-pura jadi dia." terang Dylan. Dia harap Olive faham dengan penerangan itu.

"Menyamar? Bagaimana Cameleona boleh menyamar jadi Destiny? Siapa dia tu yang sebenar?" Olive tidak dapat berfikir pula bagaimana makhluk seperti Cameleona boleh menyamar jadi wanita tua. Fizikalnya tidak seperti manusia yang biasanya. Bagaimana dia boleh sembunyikan ekornya?

"Cameleona spesis cameleon jadian. Awak tahu tak cameleon tu apa?"

"Tahu. Sesumpah kan?" Olive rasa cameleon itu adalah sesumpah.

"Ya. Sifat Cameleona ni samalah macam sesumpah. Dia boleh buat penyamaran. Dia boleh menyamar sesiapa sahaja yang dia mahukan. Itu kuasa yang dia ada." terang Dylan. Itu setakat yang dia tahu sahaja. Mungkin Cameleona ada kuasa yang lain juga.

"Tak sangka ya ada makhluk seperti Cameleona tu." Olive tidak pernah terfikir yang makhluk seperti wujud. Hendak kata tidak percaya pun tidak boleh kerana Olive sendiri sudah nampak.

"Hm." balas Dylan. Ada lebih banyak lagi makhluk yang wujud seperti Cameleona. Olive juga akan lebih terkejut bila dapat tahu. Ada yang tidak masuk akal pun ada. Biasalah disini tidak sama seperti tempat Olive.

"Jadi selama ni Cameleona yang menyamar jadi Destiny? Kenapa ya dia buat macam tu?"

"Ya sebab dia nak perdayakan manusia supaya naga dia dapat makan. Naga dia perlu makan daging manusia. Tapi tulah dia pun menyamar jadi awak juga." memang itu sifat Cameleona suka menyamar. Dia menyamar untuk memperdayakan manusia. Semuanya untuk naganya.

"Hah? Dia menyamar jadi saya? Kenapa?" kenapa Cameleona mahu menyamar menjadi Olive pula? Olive bukannya sesiapa pun.

"Ya dia menyamar jadi awak tapi saya tak tahu kenapa sebabnya." Dylan kembali berjalan begitu juga dengan Olive. Dylan tidak tahu kenapa Cameleona perlu menyamar jadi Olive. Tetapi dia pasti Cameleona ada niat jahat kerana dia mahu meracuni Dylan menggunakan air teh. Dia juga mungkin mahu membunuh Dylan.

"Tapi macam mana awak boleh tahu yang dia menyamar jadi saya? Ada beza ke?" boleh tahan juga ya Dylan boleh tahu yang Cameleona telah menyamar jadi Olive. Kalau Cameleona menyamar jadi Dylan, Olive tidak pastilah yang dia dapat bezakan atau tidak. Kalau ada apa-apa yang pelik dapatlah Olive bezakan.

"Adalah." balas Dylan. Awalnya dia pun tertipu juga tetapi akhirnya dia sedar dengan penyamaran itu. Hal ini disebabkan Dylan sangat kenal dengan karakter Olive. Tentu juga dengan kesan luka yang sepatutnya ada dilengan Olive. Lagi satu mungkin Cameleona boleh menyamar jadi sesiapa sahaja tetapi dia tidak boleh meniru sikap dan perangai. Dia masih dirinya sendiri.

"Hm." Olive kecilkan matanya. Dia fikir mungkin Dylan ada menggunakan kuasanya. Tetapi tidak mengapalah kalau Dylan tidak mahu memberitahu kerana hal itu sudah pun berlaku.

"Olive macam mana dengan lengan awak?" soal Dylan apabila dia terfikir tentang itu. Dia ingin tahu keadaan lengan Olive.

"Lengan saya?" Olive berhenti berjalan. Dia selak lengan bajunya. Dia juga ingin tahu keadaan lengannya.

"Tak rasa sakit lagi. Tapi tak tahulah dah baik ke belum." kata Olive. Olive tidak tahu keadaan lengannya kerana lengannya berbalut. Tetapi rasa sakit tiada lagi. Mungkin sudah baik.

"Meh saya nak tengok lengan awak tu. Dah sehari patut tukar kain balutan tu." kata Dylan. Olive patut tukar kain balutan lengannya untuk mengelakkan jangkitan kuman kerana belum tentu lagi yang luka Olive sudah kering.

"Okay." Olive duduk diatas sebuah batu besar. Dia selak lengan bajunya. Dia halakan lengannya kepada Dylan.

"First aid." minta Dylan. Dia mahu sapukan ubat diatas luka Olive.

"Oh ya." Olive keluarkan peti kecemasan dan berikannya kepada Dylan. Dylan ambil peti kecemasan itu. Setelah itu, dia buka balutan yang ada pada lengan Olive.

"Nampaknya luka awak ni dah nak kering." Dylan dapati luka Olive sudah semakin baik.

"Syukurlah." kata Olive. Dia rasa lega.

Dylan pun sapukan ubat pada lengan Olive. Olive perhatikan sahaja.

"Hm Dylan."

"Ya." Dylan pandang Olive.

"Macam mana Destiny boleh mati?" soal
Olive. Dia masih fikirkan tentang Destiny. Dia rasa amat simpati dengan nasib Destiny.

"Cameleona. Dia yang bunuh Destiny." kata Dylan sambil membalut lengan Olive.

"Jadi tulang yang kita jumpa kat rumah usang tu milik Destiny?" Olive jadi sedih semula. Dia sedih mengenangkan Destiny. Walaupun Olive tidak pernah berjumpa dengan Destiny yang sebenar dia percaya yang Destiny orang yang baik.

"Saya rasa ya." dengan berat Dylan katakan. Dia juga turut bersimpati dengan nasib Destiny.

"Tapi kenapa ada banyak?" Olive lihat jumlah tulang itu ada lebih daripada seorang.

"Milik suami dan cucunya." kata Dylan.

"Kesiannya kat mereka." hati Olive rasa sayu. Pengakhiran hidup mereka sangat menyedihkan. Cameleona sangat jahat kerana membunuh manusia yang tidak bersalah.

"Ya.." angguk Dylan. Dia faham dengan apa yang dirasai Olive.

Olive termenung. Dia fikirkan nasibnya pula kalau Dylan lambat datang tadi. Tentu dia juga akan menerima nasib yang sama seperti Destiny. Dia mungkin tidak akan dimakan tetapi dibunuh.

"Luka awak ni dah siap balut. Jomlah kita teruskan perjalanan." Dylan sudah siap balutkan lengan Olive. Eloklah kiranya mereka teruskan perjalanan kembali. Nanti terlambat sampai pula.

"Oh ya. Dylan sekarang kita nak pergi mana? Apa pula yang kita kena cari?" soal Olive. Tentu yang kali ini sama mencabar. Agaknya apalah yang mereka perlu cari.

"Nanti awak tahulah." kata Dylan sambil berjalan. Olive juga ikut Dylan.

"Alah bagitahu jelah sekarang." kata Olive. Dylan ini suka sangat buat Olive berteka-teki. Susah sangat hendak beritahu secara terus.

"Nantilah kita tak sampai lagi kat tempat tu." Dylan rasa lebih baik dia beritahu apabila sampai disana. Kalau beritahu sekarang pun tiada guna kerana susah untuk dia terangkan.

"Hm, jauh lagi ke tempat tu?" agaknya jauh lagi ke tempat itu?

"Tak jauh lebih kurang 10 minit je lagi." agak Dylan.

"Betul ke 10 minit?" Olive meminta kepastian. Kalau betul baguslah maknanya mereka memang sudah dekat.

"Yup, lebih kuranglah." kata Dylan. Dia tidak pasti sangat tetapi dia yakin yang mereka sudah dekat dengan tempat itu.

Mereka pun berjalan dan terus berjalan tanpa rasa jemu. Berharap yang tempat yang dituju telah dekat.

Mereka memang sudah dekat dengan tempat itu. Stay tuned untuk mengetahui apa yang dicari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience