Bab 1

Vampire Series 20340

"Selamat pagi Olive." tegur Puan Daisy kepada Olive yang sedang minum kopi panas dimeja makan.

"Alamak, selamat pagi mummy." Olive terkejut dan kemudiannya jadi kalut. Bukannya apa takut dimarahi mummy kerana kedegilannya yang suka minum kopi. Puan Daisy sudah beberapa kali tegur tabiat Olive yang suka minum kopi.

"Minum kopi lagi la tu." perli Puan Daisy. Sudah banyak kali Olive tertangkap ketika minum kopi. Tambahan pula deria Puan Daisy sudah tahu kerana awal pagi lagi telah tercium bau aroma kopi. Sudah tentu tidak lain tidak bukan Olive lah yang sedang minum kopi.

"Hehe, sorry mummy." Olive tersipu-sipu malu kerana telah tertangkap. Bukannya dia tidak ingat pesanan mummy cuma Olive suka minum kopi. Minuman itu sangat sedap dan boleh buat Olive ketagih.

"Sekali sekala takpe. Jangan selalu okay?" pesan Puan Daisy. Bukannya apa minuman berkafein tidak baik untuk kesihatan kalau diminum secara berlebihan. Kalau pengambilan kopi secara berlebihan akan menyebabkan rasa gelisah dan gementar. Selain itu. jantung akan berdebar-debar, pening dan loya. Berkemungkinan juga akan menyebabkan insomnia. Puan Daisy khuatir sekiranya hal itu terjadi pada Olive.

"Okay mummy." angguk Olive. Dia faham.

"Kenapa Olive bangun awal ni? Ada apa-apa ke?" soal Puan Daisy. Biasanya waktu ini Olive masih nyenyak tidur kerana masih awal pagi. Hari pun masih gelap gelita lagi. Tetapi kenapa Olive sudah bangun?

"Takde apa. Cuma tak boleh tidur je." Olive mengosok batang lehernya. Entah kenapa hari ini tidurnya agak terganggu. Adakah dia terlampau banyak minum kopi tanpa pengetahuan mummy?

"Tak boleh tidur? Olive berjaga dari malam tadi ke?" Puan Daisy terkejut sedikit.

"Eh taklah malam tadi tidur je." Olive mengeleng kepala bagi menidakkan pertanyaan Puan Daisy. Bukannya dia tidak tidur langsung.

"Cuma.."

"Cuma apa?"

"Olive terjaga awal lepastu terus tak boleh tidur." Malam tadi dia tidur sahaja seperti biasa namun tidurnya kurang nyenyak. Hampir setiap jam dia terjaga. Tetapi Olive rasa itu mungkin hal yang biasa sahaja.

"Ohh.." Puan Daisy mengangguk.

Olive tersenyum.

"Mummy rasa nak buat sarapan dululah. Nanti daddy nak sarapan sebelum pergi kerja. Olive nak sarapan apa? Mummy buatkan." Puan Daisy ingin menyiapkan sarapan untuk suami dan anaknya sama seperti rutin harian biasanya.

"Emm.. Apa-apa je mummy. Olive tak kisah. Asalkan mummy masak Olive makan je. Semua yang mummy masak sedap." puji Olive. Masakan mummy adalah yang paling terbaik tiada tandingan. Lagipun Olive juga bukanlah seorang yang memilih dalam bab makanan.

"Amboi." Puan Daisy tersenyum mendengar pujian anaknya. Hatinya terasa senang.

"Hehe."

Puan Daisy pun berlalu ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Pantas sahaja dia memasak dan membancuh air. Menu sarapan pada hari ini adalah telur hancur, sosej dan kacang panggang. Untuk minuman pula adalah air susu coklat panas.

"Sedapnya bau mummy masak." Olive datang ke dapur apabila menghidu bau masakan mummy. Bau itu seolah membawa dia terbang ke dapur.

"Ada-ada je Olive ni. Mummy masak simple je hari ni." kata Puan Daisy.

"Masak simple pun mesti sedap."

"Nah, ambil ni letak kat meja." Puan Daisy memberi dulang makanan kepada Olive.

"Okay mummy." Olive pun bawa dulang makanan tersebut ke meja makanan.

"Eh daddy. Good morning." tegur Olive apabila melihat Encik Arthur yang sedang menatap tabletnya disofa. Tentu daddy sedang membaca berita atas talian. Sememangnya itulah tabiat daddy pada setiap pagi. Dia ingin tahu perkembangan isu semasa yang telah terjadi.

"Good morning Olive. Awal Olive bangun?" soal Encik Arthur.

"Hehe." Olive hanya tersenyum sambil letakkan dulang makanan. Sebenarnya selama ini bukanlah dia bangun lewat. Cumanya dia bangun pada jam 7 pagi. Manakala kebiasaannya daddy berangkat ke tempat kerja 15 minit sebelum jam 7 pagi. Jadi Olive jarang bersarapan sekali dengan daddy. Mereka bersarapan sekali semasa hari cuti hujung minggu ataupun cuti umum. Namun sekali-sekala Olive ada juga bangun awal. Cuma hari ini Olive bangun terlebih awal sedikit.

"Jom makan." ajak Puan Daisy yang baru keluar daripada dapur. Encik Arthur dan Olive pun bergerak ke meja makan untuk bersarapan. Mereka menjamah sarapan yang disediakan.

"Aduh." tiba-tiba bibir Olive terasa seperti terbakar.

"Kenapa Olive?" soal Puan Daisy. Dia pelik melihat Olive yang tiba-tiba mengadu kesakitan. Olive tergigit lidah ke?

"Emm.. Tak pastilah mummy cuma bibir ni rasa macam melecur je mungkin sebab Olive tak tiup dulu sebelum makan." kata Olive. Telur hancur yang dia jamah mungkin masih panas.

"Oh.. Hati-hati Olive. Tiup dulu makanan tu."

"Okay." Olive pun tiup makanan sebelum menyuapkan ke dalam mulut tetapi malangnya bibir dia masih terasa pedih.

"Ouch."

"Kenapa Olive?" soal Encik Arthur pula.

"Tak tahulah bibir ni rasa pedih-pedih je bila makan telur ni." balas Olive.

"Mummy ada letak apa-apa ke masa masak telur ni?" soal Encik Arthur kepada isterinya. Mungkin ada bahan makanan yang membuat bibir Olive terasa sakit.

"Takde letak yang pelik-pelik pun. Cumanya mummy taburkan black pepper sikit." balas Puan Daisy. Dia dan suami sedikit risau melihat anak perempuan tunggalnya. Olive alergik dengan lada hitam ke?

"Maybe sebab bibir Olive melecur tadi kot sebab tu rasa sakit sikit. Tapi tak perlu risaulah mummy daddy okay je ni. Nanti letak ubat okaylah." Olive sedapkan hati ibu bapanya. Mungkin bibirnya telah melecur dan luka sedikit. Seterusnya apabila Olive makan, lada hitam itu terkena pada luka dan menyebabkan rasa pedih.

"Betul ni? Nak pergi klinik tak?"

"Tak payahlah mummy. Olive okay je ni." Olive tersenyum. Apa yang dirasainya tidaklah begitu serius. Tidak perlu sampai ke klinik.

"Okay. Olive makan oat jelah tak payah makan telur black pepper tu. Takut juga kalau makan lagi nanti pedihkan bibir Olive lagi. Biar mummy ambilkan kat dapur ya."

"Susahkan mummy je." Olive rasa bersalah. Sudahlah mummy yang sediakan sarapan. Dia hanya duduk makan sahaja.

"Tak susah pun untuk Olive." Puan Daisy tersenyum.

"Okay, terima kasih mummy." ucap Olive.

Setelah itu, dia pun makan oat yang Puan Daisy sediakan. Usai makan Olive ringan tangan bantu Puan Daisy membasuh cawan dan pinggan yang digunakan.

Hi, terima kasih baca novel ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience