Bab 13

Vampire Series 20340

Beberapa hari pun berlalu begitu sahaja sehinggalah tiba sekali lagi pada hari Sabtu. Seperti biasa pada hari ini Olive akan belajar seni bela diri dengan Laura. Olive sangat tidak sabar menunggu hari ini tiba untuk mempelajari seni bela diri Silambam.

"Hai Olive." tegur Laura.

"Hai kak Laura." sapa Olive dengan mesra.

"Olive sihat tak hari ni?" soal Laura. Dia perlu pastikan yang Olive sihat sebelum mulakan latihan. Hal ini kerana sesi latihan memerlukan tenaga dan stamina yang tinggi.

"Olive sihat je." balas Olive sambil tersenyum lebar. Sejak dua menjak ini dia rasa seperti bertenaga pula berbeza daripada yang sebelum ini.

"Baguslah. Olive dah ready nak mula kelas hari ni?"

"Ready." balas Olive dengan bersemangat.

"Kita warm up dululah eh sebelum mula." Dia dan Olive perlu panaskan badan terlebih dahulu setelah itu barulah boleh mulakan kelas seni bela diri. Hal ini bagi mengenalkan sebarang kecederaan atau perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

"So hari ni kak Laura nak ajar beberapa step asas. Olive ada tak buat apa yang akak suruh tu?" soal Laura. Pada sebelum ini dia pesan sesuatu kepada Olive.

"Ada kak, cuma Olive tak berapa nak faham sangat." kata Olive sambil garu kepala. Dia agak kurang faham kerana video yang dia lihat adalah video asli dari India jadi dia tidak dapat fahami bahasa yang digunakan.

"Oh, takpe. Biar akak je tunjukkan. Olive tengok tau." untuk pertama kali Laura akan tunjukkan dahulu pada Olive. Selepas itu, barulah giliran Olive pula.

"Okay."

Laura pun tunjukkan langkah-langkah seni bela diri Silambam. Laura menunjukkan pola pergerakan kaki iaitu teknik memutar, pola dan kaedah menukar putaran. Untuk permulaan Laura menunjukkan langkah tanpa menggunakan tongkat. Dia perlu pastikan Olive mahir dengan langkah tersebut terlebih dahulu.

"Cuba Olive pula buat."

"Okay." Olive membuat langkah yang sama seperti yang ditunjukkan oleh Laura berdasarkan apa yang dia ingat.

"Kaki Olive kena betul." tegur Laura sambil menujukkan posisi kaki yang betul. Gerak kaki (Kaaladi Varisai) merupakan kunci utama bagi Silambam dan Kuttu Varisai (versi tangan kosong). Terdapat enam belas pergerakan antaranya empat yang utama.

"Okay sekarang kita try guna tongkat pula ya." kata Laura setelah beberapa kali melatih Olive. Dia rasa Olive sudah bersedia untuk menggunakan tongkat.

"Okay."

"Jap ya akak ambil dalam kereta jap." Laura letakkan buluh itu didalam keretanya. Dia pun ambil buluh yang telah disediakan untuk Olive. Olive ikut sekali Laura ke kereta.

"Aduh." entah macam mana jari Laura terkena pada buluh.

"Kenapa kak?" soal Olive yang ada dibelakang Laura.

"Jari akak terkena buluh ni. Entah macam boleh ada tajam lagi padahal akak dah suruh orang yang ambil buluh ni bersihkan buluh ni." Laura lihat jarinya yang terluka. Ada darah yang menitis.

Olive merenung darah yang mengalir keluar dari jari Laura. Dia dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yang dia sendiri tidak dapat gambarkan dengan kata-kata. Dia jadi leka melihat darah yang menitis. Entah mengapa perkara itu sangat menarik perhatiannya.

"Aduh." gigi Olive terasa sakit. Dia pegang pipinya. Gusinya rasa berdenyut-denyut.

"Kenapa Olive?" tegur Laura apabila Olive mengadu kesakitan.

"Takde apa kak. Akak pergilah basuh luka tu. Nanti Olive ambilkan kotak ubat untuk akak." kata Olive.

"Okay." Laura basuh lukanya disingki yang terdapat ditepi rumah Olive. Singki itu memang ada disitu dan digunakan apabila Olive sekeluarga membuat barbeku.

Olive masuk ke dalam rumah untuk mengambil kotak peti kecemasan.

"Mana?" Olive tercari-cari kotak itu. Dia tidak jumpa pula. Selalu biasanya ada didalam kabinet televisyen tetapi kali ini tiada pula. Mummy telah pindahkan ke mana?

"Olive cari apa tu?" soal Puan Daisy apabila melihat Olive yang sedang tercari-cari sesuatu. Dia baru sahaja keluar dari dapur kerana dia sedang memasak tadi.

"Kotak peti kecemasan. Mummy tahu tak ada kat mana?" Olive pandang Puan Daisy.

"Olive cedera ke?" wajah Puan Daisy berubah sedikit. Dia nampak sedikit risau.

"Tak bukan Olive tapi kak Laura. Jari dia luka sikit sebab terkena buluh." terang Olive.

"Oh, ada-ada mummy letak kat dapur. Biar mummy ambilkan."

"Okay mummy."

Puan Daisy ambil kotak peti kecemasan yang dia letakkan didalam kabinet dapur. Dia yang simpankan disitu.

"Nah." Puan Daisy terus serahkan kepada Olive.

"Terima kasih mummy." Olive ambil kotak peti kecemasan itu dan terus keluar rumah. Dia dapatkan Laura yang sedang duduk dikerusi laman.

"Meh akak. Olive balutkan jari akak." Olive pelawa diri untuk membalut luka Laura.

"Okay." Laura hulurkan jarinya yang terluka. Tetapi nasib baiklah darah sudah berhenti hanya tinggal luka sahaja. Olive pun letakkan ubat dan terus balut luka Laura.

"Dah." kata Olive apabila selesai membalut luka Laura.

"Terima kasih Olive." ucap Laura.

"Sama-sama."

"Laura okay tak?" soal Puan Daisy.

"Saya okay je kak. Olive dah letak ubat." balas Laura. Jarinya tidaklah sakit sangat. Lagipun hanya luka kecil sahaja.

"Oh baguslah. Apa kata kamu berdua rehat dulu. Akak ada buat kuih ni. Kita makan dulu. Nanti sambung balik latihan tu."

"Betul tu kak. Biar jari akak rehat sekejap." kata Olive pula.

"Kalau macam tu yelah." Laura ikutkan sahaja. Mereka pun makan makanan yang disediakan oleh Puan Daisy.

Usai makan, Laura melatih Olive semula. Mereka berdua sangat fokus semasa menjalankan sesi latihan. Olive nampak sungguh tekun semasa berlatih. Dia ikut segala tunjuk ajar yang diberikan oleh Laura. Perlahan-lahan, Olive mempelajari pergerakan kaki agar selaras dengan pergerakan tongkat. Menurut Laura matlamat utama bagi latihan ini adalah mempertahankan diri dari serangan beberapa musuh bersenjata. Olive harus bersedia dan peka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience