27

Vampire Series 20340

Selepas berjalan selama sejam Olive dan Dylan pun tiba disuatu tempat. Mereka masih dihutan cuma hutan tersebut nampak lain sedikit. Hutan ini agak berkabus. Pokok dihutan itu nampak agak buruk sedikit. Dedaunnya pun agak kering sama seperti musim luruh. Hutan ini tidak ubah seperti hutan mati.

"Kita dah sampai ke?" soal Olive kepada Dylan yang berhenti berjalan. Nampak gaya macam sudah sampai je. Tetapi pelik juga kalau sudah sampai. Hal ini kerana Olive tidak nampak kampung pun.

"Dah nak sampai." kata Dylan. Dia pandang dihadapan. Mereka sudah dekat dengan kampung witch. Tetapi tidaklah terlampau dekat sangat. Mereka perlu berjalan lagi.

"Kalau macam tu jomlah. Buat apa tercegat kat sini lagi." Olive pun terus berjalan dan tiba-tiba sahaja dia terkeluar dari hutan. Dia dapati ada lurah yang sangat dalam. Dia nampak ada sungai yang deras dibawahnya.

"Olive, haish."

"Opss." Olive hampir saja hendak terjatuh. Dia sudah berdiri dekat sangat dengan lurah. Nyawanya bagai dihujung tanduk.

"Berapa kali nak ingatkan?" Dylan tarik tangan Olive. Hari ini sudah banyak kali Dylan selamatkan Olive. Dia pun sudah banyak kali pesan kepada Olive untuk berhati-hati. Kalau Olive pergi sendiri ke kampung witch entah apalah yang jadi. Dylan tidak boleh bayangkan.

"Err.. Awaklah kenapa tak cakap awal-awal ada lurah kat depan ni." sempat lagi Olive menyalahkan Dylan. Samalah seperti biasanya lelaki selalu sahaja salah dan perempuan sentiasa betul.

Dylan buat muka malas nak layan. Olive ni kalau lagi dilayan makin banyak dia membebel. Kuota membebel Olive terlalu unlimited.

"Kampung tu ada kat depan tu ke?" soal Olive. Dia lihat ada hutan didepan sana. Mungkin ada kampung didalam hutan itu.

"Lebih kuranglah." kata Dylan.

"Lebih kurang?" Olive kurang faham. Tetapi dia malas nak tanya mengenai itu.

"Macam mana nak pergi sana? Terbang ke?" bagaimanalah mereka hendak ke sana? Jambatan pun tiada. Mustahil kalau mereka terpaksa menuruni lurah ini. Sudahlah air sungai dibawah sangat deras. Kalau berenang tentu lemas. Lagi pun Olive sendiri tidak tahu apa yang ada didalam sungai itu. Entah-entah ada sang bedal. Takutnya bila difikirkan.

"Tak boleh. Saya tak boleh guna kuasa kat sini." Dylan tidak akan guna kuasanya disini. Bahaya.

"Kenapa?" kenapa Dylan tidak boleh guna kuasa pula? Bukan kuasa Dylan hebat ke? Takkan tak boleh guna pula?

"Nanti ada yang sedar kehadiran kita kat sini."

"Okay, kalau macam tu macam ke nak pergi sebelah sana? Kalau lompat belum tentu lepas ni. Jarak dari sini sampai sana lebih kurang.." Olive sepetkan matanya dan dia letakkan jari dihadapan lurah itu. Dia cuba untuk agak jarak dengan mengukur menggunakan jarinya.

"675 meter."

"Macam mana awak tahu?" Olive tidak sangka pula yang Dylan tahu. Ke Dylan hanya agak-agak sahaja?

"I know what I know." Dylan memang sudah lama tahu. Dia sudah pernah ke sini. Mestilah dia tahu.

"Hah?"

Dylan pun mendekati lurah tersebut. Dia abaikan Olive yang kebingungan. Malas hendak jelaskan.

"Dylan, awak nak buat apa tu?" soal Olive. Risau pula dia lihat Dylan yang berdiri dekat dengan lurah. Takut jatuh je.

"Olive sini." panggil Dylan.

"Apa?" Olive pun dekati Dylan.

"Cuba awak sentuh ni." Dylan buat gaya seperti sedang sentuh sesuatu. Tetapi tidak nampak pun apa yang disentuh. Dylan hanya menyentuh udara.

"Hah?" Olive tidak mengertai. Dylan suruh Olive sentuh apa? Tak nampak apa-apa pun.

"Sentuh ni." Dylan tarik tangan Olive dan tangan Olive menyentuh tempat yang Dylan suruh sentuh.

"Eh apa ni?" Olive terkejut. Dia dapati ada sesuatu disitu. Dia dapat rasakan dengan tangannya. Tetapi sangat pelik kerana dia tidak nampak apa-apa. Hanya dapat rasa sahaja. Keliru Olive dibuatnya.

"Jambatan bayangan." kata Dylan. Apa yang disentuh Olive adalah jambatan bayangan.

"Jambatan bayangan?"

"Ya, jambatan ni kita tak nampak tapi kita boleh rasa. Jambatan inilah kita akan guna untuk menyeberangi lurah ni."

"What?" Olive tidak percaya. Dylan main-main ke?

"Ya." Dylan serius. Tiada masa hendak bermain-main.

"Gila ke? Dah lah tak nampak kalau tersalah langkah macam mana? Boleh mati tau."

"Jangan tersalah langkalah."

"Senang je awak cakap."

"Memang ini pilihan yang kita ada. Tiada jalan lain dah. Kita memang kena seberang guna jambatan ni. Awak guna deria sentuh awak untuk rasakan jambatan ni dan jalan terus."

"Kalau jambatan ni rosak macam mana? Jalan terus saya nanti." senang je Dylan cakap. Mereka bukan nampak pun jambatan itu masih elok atau tidak. Kalau Olive jalan terus ke alam kubur macam mana?

"Jambatan ni tak pernah rosak."

"Saya takut."

"Jangan takut awak selamat. Percaya cakap saya." Dylan yakin yang jambatan itu selamat.

"Okay awak jalan dulu saya ikut belakang." Olive akan ikut Dylan dari belakang. Janji Dylan ada dekat dengan Olive.

"Err.. Olive jambatan ni boleh lalu seorang sahaja pada satu masa. Kena ikut turn." memang itu peraturannya kalau mahu lalu jambatan ini. Kalau jalan berdua atau lebih akan jadi sesuatu yang tidak diingini.

"Apa?" tidak mungkin Olive dapat jalan sorang-sorang.

"Takpe biar saya jalan dulu lepastu awak pula." Dylan pun berjalan diatas jambatan bayangan itu. Dylan nampak seperti terapung diudara.

"Eh Dylan." Olive rasa takut apabila ditinggalkan Dylan. Dylan main jalan sahaja. Bukan hendak pesan apa-apa dahulu pada Olive.

"Lepas ni awak pula." Dylan nampak yakin sahaja semasa berjalan. Dia terus berjalan sampailah dibahagian sebelah sana.

"See Olive, saya okay je. Sekarang giliran awak pula." kata Dylan dengan kuat tetapi bukan menjerit.

"Aduh boleh ke ni?" Olive takut-takut.

"Percaya pada diri Olive. Kalau awak takut pejam mata." pesan Dylan. Olive perlu percaya pada sendiri.

"Pejam mata? Kalau pejam mata macam mana nak jalan?" omel Olive.

"Cepat Olive."

"Ye, ye sabar." Olive pegang jambatan itu. Dia rasakan dengan tangannya. Dengan perlahan-lahan Olive melangkah. Dia pejamkan sedikit matanya. Tangannya pegang erat tali jambatan yang hanya boleh disentuh tetapi tidak boleh dilihat. Olive bergantung seratus peratus pada deria sentuhnya dan juga jambatan bayangan itu.

"Ough." Olive terbatuk. Dia rasa berdebar-debar. Dia rasa berderau apabila melihat sungai dibawah. Sungai tersebut nampak sangat jelas.

"Sikit lagi Olive. Awak jangan pandang bawah. Awak pandang saya je kat sini." Dylan cuba memberi semangat kepada Olive.

"Hah? Pandang Dylan?" soal hati Olive. Hatinya akan bertamban lebih berdebar kalau pandang Dylan.

Olive melangkah seperti anak kecil yang baru boleh berjalan. Perlahan dan agak ketar sedikit. Olive sampai berpeluh-peluh disebabkan cuaca yang panas. Matahari seperti sedang menyuluhnya. Nasib baiklah dia sudah minum jus darah. Kalau tidak boleh terbakar Olive dibuatnya.

"You can do it Olive." kata Dylan.

"Ish Dylan ni bising betul." kata Olive. Dia berjalan dan terus berjalan dan akhirnya dia sampai pada penghujung jambatan. Olive terus lompat.

"Easy kan?" soal Dylan yang menghampiri Olive. Dia bangga dengan Olive.

"Easy?" Olive dengan nada perli. Olive jalan macam apa tah tadi semasa seberang guna jambatan bayangan.

"Dylan dah sampai ke? Mana kampung tu?" Olive tidak nampak kampung pun hanya nampak hutan sahaja.

"Belum lagi."

"Hah? Belum lagi. Tadi awak kata dah nak sampai?" baru tadi Dylan kata sudah nak sampai. Tetapi rupanya belum sampai lagi.

"Yelah dah nak sampai tapi bukan kat sini. Lepas hutan ni baru sampai." jelas Dylan. Kampung witch memang agak dekat dengan hutan mati dan jambatan bayangan

"Kena redah hutan lagi?" soal Olive dengan nada dan muka yang kepenatan.

"Ya." sama seperti yang dikatakan oleh Puan Rhea. Oracle tinggal dipinggir hutan berdekatan dengan kampung witch. Jelas sekali ni bukan kampung witch.

"Hah?" Olive rasa bagaikan hendak pengsan. Dia ingatkan sudah sampai rupanya belum lagi. Entah ada berapa hutan yang dia perlu redah. Olive sudah penat ni. Hendak jalan pun sudah rasa tidak larat lagi.

Tak sampai lagi. Lagi sikit je lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience