Bab 49

Vampire Series 20340

Dengan pantas Dylan mencari akar pokok yang kuat dan panjang. Dylan perlu pantas kerana Olive dalam bahaya. Kalau Dylan lambat Olive boleh lemas dalam pasir jerlus tersebut.

"Boleh ni." Dylan lihat akar pokok yang tebal dan panjang. Dia tarik akar tersebut dengan sekuat hati. Apabila akar itu sudah tercabut Dylan kembali ke tempat Olive.

"Olive." panggil Dylan.

"Ya." Olive menjawab. Olive sudah tenggelam pada paras dada. Tinggal lagi sedikit sahaja untuk tenggelam terus.

"Sambut akar pokok ni." Dylan baling ke arah Olive.

"Tak sampai." percubaan pertama Dylan gagal kerana Olive tidak dapat capai akar tersebut.

"Lagi sekali. Nah sambut." Dylan lagi sekali baling akar kepada Olive.

"Yah." Olive sambut akar itu. Dia berjaya pegang akar tersebut.

"Pegang kuat-kuat. Saya nak tarik awak ni." kata Dylan. Dia sudah bersedia untuk tarik Olive keluar.

"Okay." Olive pegang akar itu dengan kuat.

"Satu, dua, tiga." Dylan pun tarik Olive.

Namun agar sukar juga untuk tarik Olive keluar kerana Olive seperti tersekat didalam pasir itu.

"Lagi sekali." kata Dylan.

"Okay."

Dylan tarik Olive dengan sekuat hati. Olive juga pegang akar itu dengan kuat. Dia berharap sangat yang dia dapat keluar dari pasir tersebut.

"Hah?" Olive jadi panik.

"Alamak." disebabkan tarikan yang kuat akar pokok tersebut terputus. Dylan tercampak ke belakang.

"Dylan awak okay tak?" soal Olive.

"Saya okay." Dylan bangun sambil membersihkan pasir yang ada padanya.

"Awak okay tak Olive?" soal Dylan.

"Err.. Entahlah." Olive tidak tahu untuk membalas apa kerana dia masih lagi berada didalam pasir.

"Olive, awak tunggu sekejap ya saya ambil lagi akar tu. Awak jangan bergerak." Dylan kembali ke hutan itu untuk ambil akar pokok yang lain pula.

"Okay.." Olive sudah kehabisan rasa panik. Kalau dia panik hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jadi dia senyap dan tunggu Dylan. Sejujurnya dia rasa macam tiada harapan sahaja untuk keluar dari pasir tersebut.

"Olive Nah." Dylan campak akar pokok kepada Olive. Kali ini dia ambil akar yang lebih tebal dan kuat.

"Pegang kuat." kata Dylan.

"Okay." Olive pegang kemas akar tersebut.

"Satu, dua, tiga. Hiagh!" dengan kuat hati Dylan tarik Olive keluar dari pasir tersebut. Timbul urat-urat daripada tangan Dylan. Olive pun tidak kurangnya.

"Selamat." Dylan berjaya tarik Olive keluar. Dia bawa Olive jauh daripada kawasan tersebut.

"Nasib baik." kata Dylan tercungap-cungap.

"Terima kasih Dylan." ucap Olive. Dia terhutang budi kepada Dylan.

"Sama-sama. Awak okay tak?" soal Dylan.

"Saya okay je." balas Olive sambil lap tapak tangannya. Tapak tangannya nampak kemerahan dan ada calar disebabkan akar pokok tersebut.

"Tangan awak." Dylan nampak tangan Olive yang kemerahan.

"Tangan saya okay je. Calar sikit je."

"Meh saya tengok."

"Tak apalah." balas Olive. Tapak tangannya bukan luka teruk pun hanya calar sedikit sahaja.

"Biar saya tengok." Dylan ambil tangan Olive dan lihat. Dia lap dan juga tiup tapak tangan Olive.

"Sakit tak?" soal Dylan.

"Tak." Olive menggeleng.

"Kesian awak." kata Dylan lalu dia ambil kotak kecemasan yang ada didalam beg yang Olive galas. Dia juga sempat buangkan pasir yang ada pada beg itu.

"Saya tampal ni ya." Dylan ambil pelekat luka. Olive mengangguk dan Dylan pun tampal pelekat luka ditapak tangan Olive.

"Eh tangan awak pun luka." Olive ternampak tapak tangan Dylan yang melecet.

"Sikit je." balas Dylan.

"Mana ada." Olive ambil tangan Dylan. Dia sapukan tangan Dylan dengan ubat dan dia tampalkan pelekat luka.

"Terima kasih Olive." ucap Dylan.

"Ya, sama-sama."

"Kita rehat dulu ya. Nanti kita cari ulat tu semula." kata Dylan. Dia agak kepenatan. Dia sudah menggunakan hampir sepenuhnya tenaganya tadi. Dia perlukan rehat.

"Ya." angguk Olive. Mereka pun duduk sebentar berdekatan dengan pokok kaktus kerana disitu agak terlindung daripada cahaya matahari yang panas terik.

"Haih." keluh Olive. Apabila sedang berehat seperti ini buat Olive termenung jauh.

"Kenapa mengeluh?" soal Dylan.

"Kenapa saya asyik ditimpa malang? Saya ni memang bernasib malang ke?" soal Olive. Dia rasa sepanjang perjalanan ini ada sahaja perkara yang tidak baik berlaku pada Olive. Walaupun dia sudah berhati-hati tetapi dia tetap juga ditimpa nasib yang malang.

"Tak baik awak cakap macam tu."

"Awak tak apalah nasib awak baik. Saya ni yang asyik susahkan awak je." Olive muncungkan mulutnya. Dia rasa sedih dengan nasib sendiri. Dia juga rasa dia telah banyak menyusahkan Dylan. Dylan cuma temankan Olive tetapi dia terpaksa membantu Olive pula.

"Mana ada. Awak tak susahkan saya pun. Saya happy je tolong awak. Lagipun saya patut berterima kasih pada awak untuk pengembaraan ni." Dylan tidak rasa yang Olive menyusahkannya. Dia ikhlas membantu Olive. Dia juga rasa senang dengan pengembaraan ini. Macam-macam yang Dylan dapat hadapi dan harungi. Semuanya memberi pengalaman yang tidak bernilai kepadanya.

"Betul ke? Awak tak rasa terbeban sebab saya?" Olive rasa serba salah kerana sentiasa mengharapkan bantuan daripada Dylan. Dylan yang banyak bantu Olive. Padahal perjalanan ini memberi manfaat hanya untuk Olive bukan untuk Dylan. Dylan tidak dapat apa-apa pun.

"Tak. Awak tak payah fikir yang bukan-bukan. Awak just fokus pada sebab pengembaraan ni. Jangan kerana perkara-perkara macam ni awak patah semangat." Dylan cuba memberi dorongan dan semangat kepada Olive.

"Hm." Olive tidak patah semangat. Cuma biasalah dia rasa agak tidak gembira bila perkara seperti ini kerap berlaku. Seolah-olah memberi petanda kepada Olive yang dia mungkin tidak berjaya menjadi manusia normal semula.

"Awak sabar tau. Apa-apa yang jadi saya tetap ada dengan awak. Saya akan bantu awak untuk capai hajat awak tu." kata Dylan. Dia benar-benar maksudkan apa yang dia katakan.

"Awak ingat tak apa yang Oracle pernah kata dulu?" soal Dylan.

"Kata apa?"

"Takdir kita saling bergantungan?"

"Hm.." Olive berfikir. Sebenarnya dia agak tertanya juga dengan perkara itu selama ini.

"Oh.." Olive dapat sesuatu.

"Jadi itu maksudnya." kata Olive. Rupanya inilah yang dimaksudkan oleh Oracle. Takdir Olive sentiasa bergantung pada Dylan. Sebab itulah Dylan sentiasa membantu Olive disaat Olive perlukan.

"Jadi awak tak perlulah rasa bersalah sebab saya memang akan tolong awak. Awak perlukan saya dan saya perlukan awak. Awak kena percaya pada diri sendiri yang awak boleh. Jangan sesekali patah semangat." kata Dylan. Mereka baru sahaja separuh perjalanan. Olive tidak seharusnya patah semangat pada masa ini. Apa pelbagai lagi dugaan dan cabaran yang mereka perlu tempuhi bersama.

"Terima kasih Dylan. Awak sangat baik." Olive rasa terharu. Dylan sangat baik. Dia tidak marah pun kepada Olive kerana Olive selalu perlukan bantuannya. Olive sangat bersyukur kerana adanya Dylan disini.

"Sama-sama." kata Dylan sambil tersenyum. Manisnya senyuman Dylan itu buat Olive cair. Olive teringat kenangan-kenangan dia bersama Dylan. Olive turut tersenyum tetapi senyuman jadi pudar bila teringat yang dia mungkin tidak dapat lihat senyuman Dylan lagi selepas ini. Hal ini selepas ini mereka akan berpisah kembali. Mungkin tidak akan jumpa buat selamanya.

"Olive." Dylan sedar dirinya ditenung Olive. Dia pelik juga dengan ekspresi Olive yang sekejap senyum kemudian muram. Agaknya apalah yang sedang Olive fikirkan.

"Hah apa?" soal Olive. Dia terkejut daripada lamunan. Dia tidak sedar yang dia tenung Dylan lama sangat.

"Kenapa pandang-pandang? Saya ni hensem sangat ke?" soal Dylan.

"Hah? Mana ada." muka Olive jadi merah. Dia malu. Cepat-cepat dia pandang ke arah lain.

"Olive." panggil Dylan.

"Apa?" soal Olive.

"Betulkan saya ni hensem?" Dylan sengaja mengusik. Dia tersenyum melihat pipi Olive yang merah.

"Err." Olive tergagap.

"Betullah tu."

"Hm." Olive tidak tahu membalas. Dia rasa malu.

"Olive." panggil Dylan lagi.

"Apa?" balas Olive dengan cara gengster. Dia cuba untuk sembunyikan rasa gementar didalam hati.

"Garangnya." kata Dylan.

"Heh sorry-sorry." balas Olive sambil tertunduk-tunduk.

"Olive apa tu?" Dylan berkerut dahi.

"Hah apa apa?" Olive pandang kiri dan kanan. Tetapi dia tidak nampak apa-apa pun.

"Err kat rambut awak tu." Dylan tunjuk ke arah rambut Olive. Dia buat muka terkejut.

"Kenapa rambut saya?" Olive jadi panik. Dia takut kalau ada serangga pada rambut.

"Eii.." Dylan buat gaya geli.

"Ei apa Dylan? Buanglah. Ada apa kat rambut saya?" Olive takut untuk pegang rambutnya. Dia ingin lihat tapi tidak nampak. Dia cuba untuk goyangkan rambutnya tetapi tiada apa pun yang jatuh.

"Eii.." kata Dylan lagi. Dia sengaja mengusik Olive.

"Dylan buangkanlah." Olive yakin ada serangga pada rambutnya.

"Argh Dylan." Kali ini Olive rasa ada benda bergerak pada rambutnya.

"Dylan-dylan tolong buang. Dylan please." Olive jadi kalut. Dia nampak macam hendak menangis. Dia rasa takut.

Dylan ketawakan Olive. Entah kenapa dia rasa geli hati pula. Olive pun nampak comel apabila sedang panik seperti itu.

"Dylan." marah Olive. Boleh pula Dylan ketawakan Olive? Olive tengah panik ni. Dia tarik tangan Dylan. Dia mahu Dylan buang benda yang ada dirambutnya.

"Okay-okay. Duduk diam-diam." Dylan pegang rambut Olive. Dia ambil benda yang ada pada rambut Olive dengan perlahan supaya rambut Olive tidak tertarik. Dylan tutup tapak tangannya.

"Apa benda tu Dylan?" Olive rasa tertanya-tanya.

"Awak rasa?" soal Dylan. Boleh pula dia ajak main teka teki.

"Saya tak tahu. Serangga ke? Buanglah jauh-jauh." Olive takut juga dengan serangga. Baru sahaja tadi dia tersilap terpegang serangga.

"Eh awak sure ke nak buang benda ni? Rugilah."

"Rugi kenapa? Awak ni Dylan berteka teki dengan saya. Tunjuklah apa benda tu?" Olive tidak faham dengan maksud Dylan. Dia ingin lihat apa yang ada didalam tangan Dylan.

"Tara." Dylan buka tapak tangannya.

"Eh?" Olive terkejut.

"Ini bukan ke ulat yang kita nak cari tu?" Olive nampak teruja. Dia nampak ciri-ciri yang ada pada ulat itu. Warna hijau, ada jalur hitam dan bintik berwarna jingga.

"Yup. Nasib awak baik Olive sebab ulat ni ada kat rambut awak. Sekarang kita cuma kena cari lagi seekor. je lagi" kata Dylan. Hal ini kerana didalam senarai itu ditulis dua ekor ulat yang diperlukan.

"Betul ke?" Olive rasa teruja. Dia tidak sangka. Mesti ulat itu melekat pada rambut Olive semasa dia tenggelam didalam pasir. Dylan mengangguk.

"Olive jangan bergerak." kata Dylan.

"Hah?" Olive terpinga-pinga. Ada apa pula kali ini?

"Ada lagi seekor." Dylan dapati ada lagi seekor ulat dibahu Olive. Nampak gayanya Olive mungkin telah tenggelam disarang ulat tersebut.

"Apa? Cepat ambil Dylan." minta Olive.

"Okay." Dylan ambil lagi seekor ulat tersebut.

"See Olive, awak sangat bertuah. Kita dah dapat dua ekor ulat." kata Dylan. Nasib Olive tidak malang dan dia sangat bertuah. Mereka tidak perlu lagi bersusah payah cari ulat itu. Secara tidak langsung masa perjalanan juga akan lebih cepat daripada yang sepatutnya.

"Syukurlah." Olive rasa gembira. Dia dapat rasakan ada peluang yang cerah untuk dia jadi manusia biasa semula.

Bertuah Olive ada 'kawan' seperti Dylan. Apa-apa pun perjalanan seterusnya mungkin lebih sukar. Harap Olive tabah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience