Bab 55

Vampire Series 20340

"Bunyi apa tu?" tidur Olive terganggu apabila terdengar bunyi sesuatu. Dia bingkas bangun sambil mengesat matanya. Dia cuba untuk pandang sekeliling tetapi tiada apa pun hanya nampak kayu dan daun kering sahaja. Dia pasti yang bunyi itu datang dari luar tempat berteduh. Dia cuba untuk mendengar dengan teliti. Dia fikir bunyi itu mungkin akan berbunyi sekali lagi.

"Dylan tak dengar apa-apa ke?" Olive sempat juga mengerling ke arah Dylan. Dylan sedang tidur sambil duduk. Dia kelihatan nyenyak sahaja dengan mata yang tertutup rapat. Mungkin dia tidak dengar bunyi yang Olive dengar.

"Aku perasan je kot." kata Olive. Olive fikir dia cuma tersalah dengar.

"Tolong.." ada satu suara sayup kedengaran.

"Suara minta tolong?" bisik Olive. Betullah dia dengar suara itu sebentar tadi. Dia tidak tersalah dengar. Olive gosok belakang lehernya. Dia rasa meremang. Hal ini kerana dia dihutan dan pada waktu tengah malam terdengar pula suara meminta tolong. Ini bukan petanda yang baik.

"Hantu?" fikir Olive. Dia rasa itu suara hantu. Memang tidak perlu disangkal lagi. Mustahil ada orang didalam hutan pada waktu-waktu ini. Waktu malam seperti ini biasanya orang duduk dirumah dan tidur. Mana ada orang merayau minta tolong didalam hutan.

"Lebih baik aku tidur balik." kata hati Olive. Lebih baik dia tidur semula dan pura-pura sahaja tidak dengar dengan suara itu. Benda-benda seperti ini tidak usah ditegur atau diambil peduli kerana perkara yang buruk boleh terjadi. Keselamatan diri yang lebih utama.

Olive pun baring semula. Dia cuba untuk pejamkan mata. Dia harap apa yang dia dengar itu cuma halusinasi. Maklumlah Olive didalam hutan dan dia sedang rasa takut. Jadi dia mungkin hanya perasan sahaja.

"Tolong saya.." sekali lagi Olive terdengar suara meminta tolong. Kali ini suara itu kedengaran lebih jelas daripada sebelum ini. Suara itu terdengar seperti betul-betul ditepi telinga Olive.

"No." Olive tutup rapat matanya sambil menutup telinga. Dia rasa takut tetapi dia kawalkan diri agar tidak mengelabah. Dia tidak boleh tunjuk yang dia takut kerana hantu suka menganggu orang yang takutkannya.

"Tolong saya.." kali ini Olive dengar suara dan kali ini ditambahan juga dengan bunyi tapak kaki. Derapan tapak kaki itu seperti menuju ke tempat berteduh Olive dan Dylan. Semakin lama kedengaran semakin dekat.

Olive berharap sangat yang dia cuma bermimpi. Olive tutup mulutnya. Dia beku ditempat tidurnya. Dia takut untuk bergerak atau membuat sebarang bunyi. Matanya masih terpejam tetapi air matanya mengalir kerana ketakutan. Dahi Olive berpeluh. Dia tidak rasa panas tetapi dingin.

Selama beberapa saat Olive mendiamkan diri. Dia juga tidak berani untuk fikir apa-apa. Dia hanya senyap dan fokus pada bunyi sekeliling. Bunyi-bunyi haiwan dihutan juga telah menambahkan suasana seram.

"Eh?" setelah itu Olive bukakan matanya. Dia dapati tiada lagi bunyi tapak kaki dan suara tadi. Bunyi hutan juga seperti senyap untuk seketika. Olive jadi pelik dan bingung.

"Tolong saya." suara itu berbunyi sekali lagi.

"Alamak." Olive tutup matanya semula. Dia tutup dengan tapak tangannya. Dia ingat bunyi suara itu sudah tiada.

"Janganlah ganggu aku." bisik hati Olive dalam ketakutan. Peluh mengalir diseluruh badan. Olive rasa seperti mahu demam sahaja. Ini kali pertama dia diganggu dengan hantu. Dia harap sangat yang Dylan bangun daripada tidurnya.

"Tolong saya." suara itu berbunyi lagi. Kedengaran juga bunyi ketukan diluar. Makhluk itu sepertinya tahu ada orang didalam. Dia ketuk dengan kuat sehingga tempat berteduh itu seperti bergoncang.

Nafas Olive naik turun. Jantungnya berdebar-debar. Airmatanya mengalir deras. Dia rasa amat takut. Tetapi dia gagah juga untuk buka separuh matanya. Dia lihat ke arah Dylan. Dylan tidur seperti biasa seolah-olah tidak terganggu langsung.

"Dylan tidur mati ke?" fikir Olive. Dia pelik melihat Dylan yang terlampau nyenyak tidur. Kenapa Dylan tidak rasa terganggu langsung? Mustahil Dylan tidak dengar dan terjaga apabila tempat berteduh mereka sudah seperti mahu runtuh.

"Adakah ini mimpi?" bisik hati Olive. Dia rasa macam mimpi pula.

"Tolong saya.. Tolong.."

"Tak aku tak mimpi tapi.." Olive bingung. Kenapa Dylan masih boleh tidur? Dylan tidak dengarkah dengan suara itu? Atau Olive sahaja yang dapat mendengarnya?

"Tolong.. Ada sesiapa didalam tak? Tolonglah. Tolong saya. Saya perlukan bantuan."

"Macam suara manusia." kata hati Olive. Suara itu tidak menyeramkan dan hanya kedengaran seperti suara manusia yang sedang bercakap.

"Tolonglah saya bukan orang jahat. Saya cuma perlukan bantuan. Ada sesiapa tak didalam?" kata suara itu lagi. Dia merayu.

"Ta.." cepat-cepat Olive tutup mulutnya. Dia terlepas cakap. Dia sepatutnya tidak menjawab. Dia sepatutnya tidak layan suara itu. Bahaya kalau dia berbuat begitu.

"Hello. Ada orang ke?" soal suara itu.

"Hah?" Olive jadi panik. Dia rapatkan kakinya ke dada. Dia peluk kakinya.

"Saya dengar suara awak tadi. Tolonglah jawab." Dia dengar suara Olive sebentar tadi.

"A.. Awak siapa?" soal Olive dengan tergagap. Dia takut tetapi dia bersuara juga. Dia rasa mahu berikan bantuan kalau itu adalah manusia. Dia ingat yang Dylan ada beritahu yang dibawah bukit ada perkampungan manusia. Tetapi pada waktu dulu. Sekarang tidak tahulah masih wujud atau tidak. Olive rasa was-was.

"Nama saya Alice." suara itu memperkenalkan dirinya.

"Alice? Nama manusia tu." fikir Olive.

"Tapi hantu pun boleh je ada nama." fikir Olive. Bukan hanya manusia sahaja yang boleh mempunyai nama. Olive tutup mulutnya daripada berkata-kata.

"Keluarlah. Saya perlu bercakap dengan awak." kata Alice. Dia benar-benar perlukan bantuan daripada Olive. Tiada lagi yang dapat bantunya selain daripada Olive.

Olive senyap. Dia tidak mahu bersuara. Dia tidak mahu bercakap dengan Alice. Dia tidak mahu tahu apa bantuan yang Alice perlukan.

"Awak keluarlah." kata Alice dengan nada yang ramah.

"Hello?" kata Alice lagi. Dia pelik bila Olive tidak menjawab. Padahal sebentar tadi Olive bersuara sahaja.

"A.. awak ha.. hantu kan?" dengan takut-takut Olive bertanya. Dia tahu kalau tanya pun Alice boleh sahaja menipu dan katakan yang dia adalah seorang manusia. Jarang ada hantu yang mengaku dirinya hantu.

"Bukan saya bukan hantu." kata Alice. Dia mengeleng kepala. Dia bukannya seorang hantu.

"Bukan hantu?" bisik Olive. Dia berkerut dahi. Kalau bukan hantu maknanya Alice adalah seorang manusia seperti Olive? Tetapi kenapa dia ada disini?

"Kalau bukan hantu, awak siapa sebenarnya?" soal Olive. Alice mungkin benar bukan hantu tetapi boleh jadi dia makhluk jadian. Makhluk jadian yang pelik dan menakutkan. Hal ini kerana Olive memang berada didunia yang banyak makhluk jadian.

"Awak keluarlah. Barulah awak tahu." kata Alice. Olive hanya akan tahu sendiri apabila dia nampak Alice dengan matanya sendiri.

"Ini mungkin perangkap." bisik Olive. Dia tidak mahu terus keluar. Dia mungkin akan diperdayakan. Olive tidak seharusnya termakan dengan kata-kata makhluk itu. Dia harus berhati-hati. Jadi dengan perlahan-lahan Olive bergerak mendekati dinding kayu. Dia ingin melihat melalui celah-celah kayu.

"Mana dia?" bisik hati Olive. Dia tidak nampak Alice dimana-mana. Hanya nampak malam yang gelap dan kelip-kelip yang berterbangan. Dia tidak nampak pun kelibat manusia atau apa-apa pun. Olive rasa tidak sedap hati.

"Mungkin ini betul-betul satu perangkap." kata Olive. Dia yakin yang itu adalah perangkap. Dia tidak seharusnya terpedaya. Oleh yang demikian, dia buat keputusan untuk tidak keluar dari tempat berteduh itu. Dia hanya akan duduk sahaja didalam sahaja. Lebih selamat dia didalam.

Olive pun baring semula ditempatnya dan dia cuba untuk pejamkan mata. Dia berpura-pura untuk tidak ambil peduli. Patutnya awal-awal lagi dia buat begitu. Dia harap yang dia cepat tidur dan berharap malam cepat berlalu. Kalau semua ini mimpi pun lebih baik dia cepat terjaga dan tidur semula selepas itu.

Agaknya siapalah Alice tu ya? Betul ke Olive sedang bermimpi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience