Bab 32

Vampire Series 20340

Bermula pada malam ini Oracle akan bermeditasi untuk mencari petunjuk bagaimana caranya membantu Olive menjadi manusia semula. Dia ingin sekali membantu Olive. Olive memang berharap sangat.

"Nenek, ada perlukan apa-apa lagi tak?" soal Marilyn kepada Oracle. Dia ingin tahu sekiranya nenek saudaranya memerlukan pertolongan. Dia ingin bantu apa yang patut.

"Kamu tolong bakarkan akar kayu kat pendiang api tu. Pastikan api tu terus menyala." kata Oracle. Itu antara salah satu syarat untuk bermeditasi. Bau akar kayu yang dibakar akar menenangkan.

"Okay." Marilyn pun membakar akar kayu yang mereka ambil pada siang tadi. Banyak juga yang mereka ambil supaya ada bekalan yang mencukupi.

"Lagi apa nek?" soal Marilyn lagi.

"Setakat ini, itu je dulu. Tapi kamu jangan lupa ya untuk ambil air sungai esok." kata Oracle. Dia ingatkan Marilyn untuk ambil air sungai pada esok pagi. Ada sebab dia suruh begitu.

"Okay nenek. Esok Marilyn ambil." Marilyn ingat pesan Oracle.

Setelah itu, Oracle pun memulakan sesi meditasi. Dia duduk diatas tikar mengkuang. Sepanjang meditasi dia perlu fokus. Sesi meditasi ini dia jalankan selama dua malam dahulu. Sekiranya masih belum dapat petunjuk dia akan tambahkan lagi malam meditasinya.

Marilyn tinggalkan nenek saudaranya didalam bilik. Dia fikir lebih baik begitu untuk memberi ruang agar Oracle dapat bermeditasi dengan lebih baik. Marilyn keluar menonton televisyen bersama Dylan dan Olive.

"Hi, abang Dylan. Abang Dylan tengok cerita apa tu?" soal Marilyn. Dia duduk disebelah Dylan. Sudah lama dia ingin duduk dekat dan berbual-bual dengan Dylan. Sudah lama sangat dia tidak berjumpa dengan Dylan. Rasa rindu pula.

"Entahlah. Cerita apa ya ni Olive?" soal Dylan kepada Olive. Dia kurang pasti cerita apa yang dia sedang tonton. Dia cuma tahu tengok sahaja. Dia pun jarang tengok cerita seperti ini.

"Cerita cinta." balas Olive. Mereka sedang tonton drama cinta. Olive memang suka drama seperti ini. Dia selalu tengok drama ini dengan mummy.

"Oh, cerita cinta. Marilyn suka cerita cinta." kata Marilyn sambil melirikan matanya kepada Dylan. Dia tersenyum memandang Dylan. Dylan tidak sedar perbuatan Marilyn kepadanya kerana asyik menonton televisyen hanya Olive sahaja yang nampak.

"Eh?" bisik hati Olive. Dia agak pelik dengan perbuatan Marilyn itu. Nampak macam lain macam sahaja. Macam gatal.

"Abang Dylan, nak tanya sikit boleh?" soal Marilyn dengan lemah lembut. Dia asyik memandang Dylan dari tadi. Langsung tidak memandang televisyen.

"Tanya apa?" soal Dylan.

"Macam mana ya keadaan kampung vampire? Marilyn lama tak pergi sana." soal Marilyn. Lama juga dia tidak berkunjung ke sana. Rasa macam rindu pula pada kampung itu. Dulu dia pun pernah juga tinggal disana buat sementara waktu.

"Baik macam biasa." menurut Dylan kampung vampire baik-baik sahaja. Tiada apa-apa hal pun yang berlaku. Semuanya berada didalam kawalan.

"Oh.. Baguslah." kata Marilyn.

"Abang Dylan best tak duduk kat sini?" soal Marilyn. Dia masih belum puas untuk berbual dengan Dylan. Kalau boleh dia mahu berbual dengan Dylan sepanjang malam. Dia rela habiskan kebanyakkan masa dengan Dylan.

"Best juga. Kampung ni cantik." Dylan rasa kampung ini sangat cantik dan mendamaikan. Dia rasa selesa berada dikampung ini.

"Cantik macam penduduknya tak?" Marilyn betulkan rambutnya yang ikal mayang. Dia selitkan anak rambutnya ke belakang telinga.

"Ya." Dylan ia kan sahaja. Tiada sebab untuk dia tidak bersetuju.

"Betul ke?" Marilyn nampak sangat teruja.

"Ya." angguk Dylan.

Marilyn ketawa kecil. Dia rasa bahagia dipuji Dylan. Walaupun secara teknikalnya Dylan bukannya memuji dirinya. Dylan tidak tahu pun yang Marilyn sedang memaksudkan dirinya sendiri.

"Err.." Olive rasa macam geli pula. Dylan tu pun melayan sahaja apa yang dikatakan oleh Marilyn. Marilyn pun macam gedik sahaja dengan Dylan.

"Emm.. Abang Dylan lapar tak?"

"Tak." Dylan menggeleng. Dia masih kenyang. Lagipum mereka baru sahaja lepas makan malam.

"Alah.. Marilyn baru nak bagi abang Dylan rasa pavlova yang Marilyn buat." Marilyn ada membuat pavlova. Dia buatkan khas untuk Dylan.

"Pavlova?" Dylan sudah lama tidak mendengar makanan itu.

"Ya, abang Dylan kan suka pavlova yang Marilyn buat. Dulu masa kita kecil-kecil dulu abang Dylan selalu suruh Marilyn buat. Abang kata sedap sangat."

"Oh ya? Kalau macam tu bolehlah. Abang nak rasa. Lama juga tak rasa." kata Dylan. Kesian pula kalau tidak makan. Lagipun sudah lama juga dia tidak menjamahnya.

"Okay, Marilyn ambil jap." kata Marilyn.

"Olive nak tak?" soal Marilyn kepada Olive. Ingatkan dia lupa mengenai kewujudan Olive disitu. Olive dari tadi diam sahaja tidak ubah seperti pasu bunga dirumah itu.

"Err.."

"Olive patut rasa pavlova yang Marilyn buat. Tentu Olive akan suka. Sedap tau." kata Dylan yang memuji pavlova yang dibuat Marilyn.

"Ish, abang ni ada-ada je. Biasa je." Marilyn malu-malu apabila dipuji Dylan.

"Tak apalah saya ambil untuk awak sekali ya Olive." kata Marilyn. Olive hanya mengangguk. Marilyn pun ke dapur.

"Nah ini untuk abang." Marilyn beri kepada Dylan dahulu kemudian barulah dia beri kepada Olive.

"Nah Olive." Marilyn memberi sepiring pavlova kepada Olive.

"Terima kasih." ucap Olive.

"Sama-sama." Marilyn duduk semula disebelah Dylan.

"Macam mana? Sedap tak?" soal Marilyn. Dia ingin tahu pendapat Dylan terhadap makanannya.

"Sedap. Sama macam dulu." Dylan rasa pavlova yang Marilyn buat rasanya sama seperti dahulu.

"Baguslah." Marilyn tersenyum bangga. Dia puas hati. Sebenarnya dia risau betul masa buat pavlova tadi. Dia takut kalau rasanya tidak sama macam dulu.

Olive lihat pavlova itu. Nampak macam biasa sahaja. Olive pun rasa pavlova yang dibuat oleh Marilyn.

"Bolehlah." bisik hati Olive. Dia rasa pavlova itu rasa biasa sahaja. Mungkin dia jarang makan jadi dia kurang tahu sama ada pavlova itu sedap atau tidak.

"Sedap tak Olive?" soal Marilyn. Dia ingin tahu juga pendapat Olive.

"Sedap." balas Olive. Dia malas untuk bercakap banyak.

"Okay." kata Marilyn.

"Makanlah abang, kalau nak tambah ada lagi kat dapur. Nanti Marilyn boleh tolong ambilkan."

"Ya." balas Dylan.

Olive bangun untuk masuk tidur. Dia rasa malas untuk tonton televisyen lagi. Dia rasa serabut untuk tengok dua drama dalam satu masa. Satu drama didalam televiyen. Satu lagi drama ialah diantara Marilyn dan Dylan. Olive lagi meluat dengan drama itu.

"Olive dah nak tidur ke?" soal Dylan. Dia menoleh ke arah Olive.

"Ya, saya mengantuk." kata Olive yang membelakangi Dylan. Dia malas untuk menoleh.

"Okay, good night Olive." ucap Dylan.

"Good night Olive. Sweet dream." ucap Marilyn pula. Dia rasa gembira yang akhirnya dia dapat berduaan dengan Dylan.

"Sweet dream?" bisik Olive. Dia macam hendak ketawa pula. Entah macamlah dia hendak mimpi indah kalau perkara terakhir yang dia lihat sebelum tidur adalah perkara yang dia meluat.

"Okay, good night." Olive pergi ke dapur dahulu untuk meletakkan piring pavlova dan kemudiannya dia masuk ke dalam bilik. Dia menghempaskan diri dikatil.

"Kenapalah mereka berdua tu? Lain macam je. Tak macam kawan lama pun macam lover je? Haih." kata Olive. Sebenarnya dia agak cemburu juga apabila Dylan berbual dengan Marilyn. Dia cemburu kerana layanan Dylan kepada Marilyn agak berbeza. Dylan cakap baik-baik sahaja dengan Marilyn. Kalau dengan Olive asyik nak marah saja. Kadang-kadang je baik. Itu pun ikut mood Dylan.

"Entahlah." Olive cuba untuk lelapkan mata. Dia fikir lebih baik dia tidur sahaja. Buat apa dia mahu fikirkan orang yang tidak pedulikan dirinya.

"Krek.." kedengaran pintu bilik dibuka. Ada yang masuk ke dalam.

"Dylan?" soal Olive. Dia tidak nampak siapa kerana lampu sudah pun ditutup.

"Yup." balas Dylan. Dialah siapa lagi.

"Tak tengok tv ke?" soal Olive. Rasanya cerita tadi masih belum habis.

"Malas." Dylan malas untuk berjaga malam semata-mata untuk menonton drama. Lagi pun dia rasa tidak larat pula melayan Marilyn.

"Oh." balas Olive.

"Awak dah nak tidur ke?" soal Dylan. Dia rasa mahu berbual dengan Olive.

"Ya. Kenapa?" soal Olive. Dia baru mahu lelapkan mata.

"Tak ada apa-apa." balas Dylan. Dia rasa pada malam ini Olive kurang bercakap. Apa puncanya ya? Hal ini kerana Olive selalu sahaja banyak mulut. Dia sentiasa bercakap tanpa diminta.

"Sigh." Dylan mengeluh perlahan. Dia baring ditempat tidurnya.

Olive hanya memerhati setelah dia yakin Dylan sudah tidur barulah dia tidur.

Lain macam ya Dylan dan Marilyn. Kesian Olive.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience