Bab 56

Vampire Series 20340

"Hei awak. Keluarlah. Saya perlu bantuan awak. Jangan takut saya tiada niat yang jahat. Saya cuma perlu bantuan awak sahaja." kata Alice. Dia memang tiada niat jahat langsung. Dia cuma mahu meminta pertolongan.

"No-no. Saya tak dengar." Olive tutup rapat telinga dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Dia tidak mahu layankan permintaan Alice. Dia takut kalau diperdayakan. Dia serik dan tidak mahu lagi tertipu seperti sebelum ini. Dia tidak mahu membahayakan nyawa sendiri kerana sikap yang suka membantu orang lain tanpa usul periksa.

"Saya tahu awak boleh dengar suara saya. Tolonglah saya merayu." kata Alice. Nasibnya baik kerana Olive dapat mendengar suaranya.

"Tolong pergi dari sini. Saya tak dapat tolong awak." kata Olive sambil memejamkan matanya. Walaupun dia ada rasa seperti mahu membantu tetapi dia perlu berhati-hati. Lebih baik dia tidak masuk campur langsung dalam hal Alice.

"Tapi.." Alice jadi sedih. Olive adalah harapannya yang tinggal. Masanya sudah semakin suntuk.

"Pergi." kata Olive dengan tegas. Dia tidak dengar apa-apa lagi daripada Alice.

"Awak tak menyesal ke tak tolong saya?" Alice cuba meminta simpati.

"Tak." Olive menggeleng.

"Betul ke?" wajah Alice bertukar muram. Dia rasa amat kecewa. Dia rasa sedih sekali.

"Awak tak kisah kalau saya mati?" soal Alice.

"Hah mati?" Olive bukakan matanya. Dia tutup mulut kerana terkejut. Apa yang dimaksudkan oleh Alice? Apa yang berlaku sebenarnya pada pada Alice? Rasa ingin tahu Olive menebal.

"Kalau awak tak boleh tolong tidak mengapa. Saya pergi dari sini. Tetapi awak jangan menyesal pula sebab tak bantu seseorang yang perlukan bantuan." kata Alice dengan nada yang amat melankolik. Dia mengeluh perlahan.

"Menyesal?" Olive fikir sesuatu. Mungkin Alice bukan orang yang jahat. Mungkin dia benar-benar perlukan bantuan. Olive dapat dengar bunyi tapak kaki Alice bergerak pergi.

"Kejap." Olive tiba-tiba sahaja berubah fikiran. Entah apalah yang merasuk dirinya sehingga boleh berubah fikiran.

"Awak setuju nak tolong saya?" Alice berhenti berjalan. Suara Alice juga telah berubah ceria kembali. Dia rasa dia masih ada harapan.

"Bantuan apa yang awak perlukan?" soal Olive. Kalau bantuan yang diperlukan adalah sesuatu yang mudah mungkin Olive dapat membantu. Asalkan bukan perkara yang tidak masuk akal.

"Awak kena keluar dulu. Baru saya bagitahu." kata Alice. Mereka perlu bersemuka.

"Macam mana untuk saya percayakan awak ni tiada niat yang jahat?" soal Olive. Tidak mungkin dia akan keluar seperti itu sahaja tanpa ada jaminan. Takutlah tiba-tiba Alice serang Olive.

"Yang tu pun awak kena keluar juga baru tahu." kata Alice. Olive perlu lihat sendiri keadaan Alice.

"Kenapa tak nak beritahu terus?" Olive rasa pelik dengan Alice. Kenapa dia susah sangat untuk cakap bantuan apa yang dia perlukan? Kenapa Alice asyik memaksa Olive untuk keluar?

"Emm.. Susah." Alice sendiri tidak tahu bagaimana untuk jelaskan.

"Apa yang susah?" soal Olive. Sepatutnya Alice cakap sahajalah bantuan yang dia perlukan. Cakap sahaja jenis bantuan apa. Kalau mampu Olive tolong, Olive pasti dapat membantu.

"Awak keluarlah dulu. Saya tak akan buat apa-apa pada awak. Saya janji."

"Boleh ke saya percaya janji awak?" soal Olive. Dia bukannya kenal pun dengan Alice. Lagipun walaupun Alice berjanji tetapi boleh sahaja dia langgar janji itu dengan mudah. Mereka bukannya kenalan yang rapat pun.

"Boleh. Saya bukannya jenis yang suka langgar pada janji. Setiap janji yang saya buat saya akan tepati."

"Betul?" Olive meminta kepastian.

"Ya seratus peratus." balas Alice sambil mengangguk.

"Baik." Olive buat keputusan untuk keluar. Dia ingin tahu siapa sebenarnya Alice. Dia pandang Dylan. Dylan masih tidur seperti biasa. Nafas Dylan naik turun menandakan dia masih hidup cuma dia sahaja yang tidak terjaga. Mungkin kerana terlalu penat agaknya. Olive rasa ralat untuk kejutkan Dylan. Biarlah dia tidur dahulu. Apabila situasi sukar barulah dia akan kejutkan Dylan. Selagi dia mampu dia akan selesaikan sendiri.

"Harapnya aku tak menyesal dengan keputusan ini." kata Olive lalu dengan perlahan dia buka pintu. Dia jenguk kepalanya sedikit keluar. Dia tidak terus keluar. Dia kecilkan kelopak matanya dengan memerhati keadaan diluar.

"Tak ada apa pun." bisik Olive. Dia memang tidak nampak sesiapa diluar.

"Halimunan ke?" fikir Olive. Dia bingung. Kenapa dia dapat dengar suara Alice tetapi tidak dapat melihat orang atau dirinya.

"Alice, awak kat mana?" soal Olive sambil matanya melilau.

"Saya ada kat sini. Awak keluarlah." kata Alice. Dia nampak Olive.

"Okay." Olive pun keluar. Dia berdiri dihadapan unggun api. Dia perhatikan sekeliling memang tiada sesiapa pun.

"Awak jangan main-main dengan saya. Kenapa saya tak nampak awak?" Olive rasa meremang balik.

"Saya ada kat depan awak." kata Alice sambil mendongak ke arah Olive.

"Depan mana? Tak nampak pun." Olive garu kepala.

"Kat bawah ni."

"Hah? Bawah? Bawah mana pula?" soal Olive. Olive sudah pening kepala. Alice ni sekejap kata ada didepan selepas itu dibawah pula. Bawah mana? Bawah bukit atau apa?

"Tundukkan kepala awak."

Olive pun tundukkan kepalanya ke bawah. Matanya terbeliak sedikit. Mulutnya turut ternganga.

"A.. Awak?" Olive tergagap.

"Awak siapa?" Olive terkejut melihat Alice. Dia macam tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

"Saya Alice." Alice melambaikan tangannya kepada Olive.

"Saya tahu awak Alice tapi awak makhluk jenis apa?" soal Olive. Dia tidak pernah melihat makhluk seperti Alice. Makhluk yang kecil dan bersayap. Dari segi rupa macam manusia cuma lebih kecil dan comel macam anak patung mainan.

"Oh. Saya pari-pari." kata Alice sambil tarik skirtnya dan menunduk sedikit.

"Pari-pari? Tak mungkin. Itu bukan dongeng je ke?" Olive tidak percaya yang Alice adalah pari-pari. Pari-pari cuma wujud dalam cerita dongeng kanak-kanak.

"Tak dongeng lagi sebab awak dah nampak saya." kata Alice. Olive patut percaya dengan apa yang dia nampak.

"But how? Macam mana saya boleh nampak awak? Bukan makhluk macam awak ni misteri ke? Bukan sebarangan orang boleh nampak?" Olive teka sahaja berdasarkan cerita dongeng yang dia pernah baca.

"Saya menampakkan diri saya." Alice sengaja menampakkan dirinya dihadapan Olive.

"Okay.. Kalau macam tu bantuan apa yang awak perlukan? Awak nak saya tolong apa?" soal Olive. Tidak kisahlah Alice itu makhluk apa pun janji Olive bantunya dan selesai urusan.

"Saya nak minta tolong awak buangkan sarang labah-labah pada sayap saya ni. Saya tak boleh terbang kalau ada benda ni pada sayap saya." kata Alice. Dia tunjukkan sayapnya kepada Olive. Ada sarang labah-labah yang melekat pada bahagian belakang sayapnya. Tangan Alice pendek jadi dia tidak dapat membuangnya.

"Macam mana ada sarang labah-labah pada sayap awak?" soal Olive. Macam manalah ada sarang labah-labah pada sayap Alice?

"Panjang ceritanya."

"Oh?" Olive mengangguk tetapi dia teringin hendak tahu apa yang jadi.

"Hmm.. Siang tadi saya main-main kat sini dengan kawan-kawan saya lepastu masa nak balik saya silap terbang kat sarang labah-labah kat pokok tu. Saya terperangkap kat situ." Alice tunjuk ke arah sebuah pokok.

"Macam mana awak boleh terlepas?" soal Olive.

"Saya meronta-ronta lepastu saya jatuh." Alice tunjuk kaki dan tangannya yang calar balar.

"Kesiannya awak. Macam mana saya nak tolong ni? Awak kecil sangat. Saya takut kalau terpenyet awak."

"Hulurkan tangan awak."

"Tangan saya?" Olive lihat tangannya sendiri.

"Ya, tadahkan dihadapan saya." ujar Alice.

"Okay." Olive pun hulurkan tangannya kepada Alice. Alice pijak tapak tangan Olive dengan berhati-hati.

"Sekarang awak angkatlah saya." arah Alice. Olive angkat tangannya perlahan-lahan lalu dia buangkan sarang labah-labah yang melekat pada sayap Alice.

"Dah."

"Terima kasih." Alice cuba gerakkan sayapnya. Sayapnya bergerak tetapi dia agak lemah. Dia tidak dapat terbang.

"Kenapa dengan awak?"

"Saya dahaga dan kaki dan tangan saya sakit." kata Alice.

"Oh sekejap ya." Olive letak Alice ditanah semula. Dia masuk ke dalam untuk mengambil botol air. Dia juga ambil kotak kecemasan.

"Nah." Olive hulur air yang diletakkan dalam penutup botol kepada Alice. Alice minum air tersebut.

"Ha.. Leganya." kata Alice sambil mengelap mulutnya. Dia sangat dahaga tadi.

"Alice, saya nak angkat awak sekali lagi boleh tak? Saya nak rawat luka awak tu." Olive lihat calar yang ada pada Alice.

"Ya, boleh sangat. Saya menghargainya."

Olive pun hulurkan tangannya. Setelah itu, Alice pijak tapak tangan Olive. Olive angkat Alice. Olive mencangkung dan dia letakkan Alice diatas lututnya.

"Awak duduk baik-baik ya." kata Olive. Setelah itu, dia rawat Alice dengan berhati-hati menggunakan putik kapas. Dia cuma letakkan ubat kerana Olive tidak tahu bagaimana untuk membalut kerana Alice terlampau kecil. Alice duduk senyap sahaja semasa Olive merawatnya.

"Okay dah." kata Olive selepas selesai merawat.

"Terima kasih membantu saya." kata Alice.

"Sama-sama. Alice, saya nak tanya sikit boleh tak?"

"Ya."

"Macam mana saya boleh dengar suara awak?" Olive rasa sepatutnya dia tidak boleh dengar suara Alice kerana dia kecil. Kalau dengar pun mesti tidak jelas sangat. Sama seperti Dylan yang masih tidur seperti biasa.

"Hmm.. Entahlah saya pun tak tahu." Alice tidak mengetahuinya. Dia cuma menjerit minta tolong dan secara tidak sengaja Olive boleh mendengar. Oleh itu, dia meminta bantuan Olive.

"Lagi satu macam mana awak boleh goncang tempat berteduh saya ni dengan kuat?" tubuh Alice kecil bagaimana dia boleh goyang dan ketuk sampai mahu runtuh dibuatnya.

"Saya guna seluruh tenaga saya sampai saya jadi lemah macam tadi. Kalau awak tak tolong saya tadi saya boleh mati." Alice telah guna seluruh tenaganya. Dia boleh mati akibat hal itu.

"Oh maaf ya saya tak tahu." Olive rasa bersalah.

"Tak mengapa. Saya dah okay sekarang. Hmm.. Saya rasa lebih baik saya balik sekarang sebelum hari cerah." Alice perlu pulang segera ke tempat asalnya sebelum waktu pagi kerana waktu itu dia akan mudah untuk dilihat dan agak bahaya. Ada pemburu yang suka memburu pari-pari seperti Alice.

"Oh cepatlah awak balik." kata Olive.

"Sebelum saya balik, nah ini untuk awak." Alice berikan sesuatu kepada Olive. Dia ingin membalas budi Olive yang sudah membantu.

"Apa benda ni?" soal Olive. Dia pegang benda yang Alice beri dengan jari telunjuk dan ibu jari. Benda itu sangat kecil seperti biji benih.

"Itu biji benih bunga matahari. Awak gunalah bila awak perlukan nanti. Harapnya ia dapat membantu awak."

"Oh okay.. Terima kasih." Olive tidak pasti sama ada biji benih itu berguna atau tidak tetapi dia berterima kasih dengan pemberian itu.

"Sama-sama. Terima kasih untuk awak juga kerana telah selamatkan saya." Alice pun gerak-gerakkan sayapnya. Dia sudah bersedia untuk terbang.

"Ya." Olive gembira dapat membantu Alice.

Alice pun terbang tetapi dia sempat berkata sesuatu. Olive hanya mendengar tetapi tidak lagi dapat melihat Alice.

"Terima kasih Olive. Saya harap awak dapat cari apa yang awak perlukan."

"Oh ya, awak tolong rahsiakan pertemuan kita hari ya." ujar Alice lagi.

"Alice tahu nama aku?" setahu Olive belum lagi beritahu namanya pada Alice. Macam mana Alice boleh tahu?

"Hmm. Entahlah." Olive malas untuk berfikir. Dia rasa mengantuk. Dia fikir Alice adalah makhluk yang magis dan sebab itulah dia tahu.

Olive pun masuk ke dalam semula dan tidur semula selepas itu.

Okay tak bab kali ni? Saya harap okaylah. Apa-apa pun nanti bab yang seterusnya. Terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience