Bab 25

Vampire Series 20340

"Hmm.. Nak bawa apa eh?" Olive tidak tahu hendak bawa apa. Dia tidak tahu mahu sediakan apa. Apa yang penting yang perlu dibawa. Dia pun jarang berjalan jauh. Dia biasa duduk rumah dan keluar ke tempat yang dekat sahaja.

"Baju kena bawa ke?" Olive buka bagasinya. Ada macam-macam didalamnya. Olive belek barangnya satu persatu. Dia ingin lihat apa yang dia boleh bawa.

"First aid?" Olive nampak ada beg kecil yang ada lambang palang merah.

"Penting ni." Olive ambil beg tersebut. Dia tidak sangka yang mummy ada letakkannya didalam bagasi itu. Mummy sememangnya prihatin kepada Olive. Macam-macam yang mummy letak. Olive rasa sedih pula bila teringatkan mummy.

"Mummy, daddy Olive rindu." Olive pegang kalungnya. Dia kucup kalung tersebut. Dia rindu pada keluarganya. Agaknya apalah khabar mereka. Olive termenung.

"Okay-okay dah, tak boleh sedih-sedih. Aku kena prepare barang untuk esok." Olive hentikan lamunannya. Diq tidak mahu terus hanyut dalam kerinduan. Dia perlu terus kuat semangat. Nanti tentu dia dapat bertemu semula dengan orang tuanya. Dia pasti.

Olive pun kemaskan barang yang dia rasakan penting. Nasib baik didalam bagasi tersebut ada beg sandang. Bolehlah dia letak barang-barang yang telah dia pilih ke dalam beg tersebut.

"Okay dah kot ni." fikir Olive. Dia rasa sudah cukup barang-barang yang dia bawa. Kalau bawa banyak-banyak nanti kena marah pula dengan Dylan. Bukannya dia tidak kenal dengan Dylan tu.

"Lebih baik aku tidur sekarang. Nanti penat pula nak jalan jauh." kata Olive. Dia perlu cukup tenaga untuk esok. Lalu dia pun tutup lampu dan baring dikatil untuk tidur.

Beberapa jam berlalu bunyi kokokan ayam pun mengejutkan Olive dari tidurnya.

"Huargh." Olive menguap sambil meregangkan badannya. Nampaknya hari sudah pun siang. Olive pun bangun untuk mandi dan bersiap.

Setelah itu, dia turun ke bawah. Dia terus ke dapur kerana tiada siapa pun diruang tamu. Tentu yang lain masih belum bangun lagi.

"Hi Nancy, good morning." tegur Olive kepada Nancy yang sedang memasak. Nancy antara yang terawal bangun. Setiap pada dia akan siapkan sarapan untuk keluarga vampire.

"Cik Olive? Good morning." terkejut Nancy bila tiba-tiba ada yang menegur.

"Awalnya Cik Olive bangun." kata Nancy.

"Hehe. Hari ni saya nak pergi jumpa Oracle dengan Dylan." Olive memang rancang untuk bangun awal pun hari ini.

"Oh, baguslah." Nancy tahu hasrat Olive untuk jadi manusia semula. Tentu Olive berjumpa Oracle untuk itu. Dia gembira kerana hasrat Olive akan tercapai tidak lama lagi.

"Nancy ada apa yang saya boleh tolong?" soal Olive.

"Cik Olive tolong bancuhkan air teh boleh?"

"Boleh je." Olive pun membantu Nancy membancuh air teh. Sebenarnya dia sudah biasa membantu Nancy didapur kerana itulah perkara yang dia buat selalu pada setiap pagi sejak tinggal disini. Olive segan apabila tidak membuat apa-apa. Dia menumpang sahaja dirumah ini.

"Morning Olive." tegur Puan Rhea yang duduk dimeja makan. Dia ada bersama Tuan Thomas.

"Morning mum, dad." balas Olive. Dia letakkan teko teh dia atas meja makan lalu dia menuangkan air teh untuk Puan Rhea dan Encik Thomas.

"Terima kasih Olive. Rajin Olive ni." puji Puan Rhea. Dia senang betul melihat Olive. Orangnya sangat rajin dan baik hati. Tentu orang tua Olive bangga dapat anak seperti Olive.

"Sama-sama." Olive tersenyum manis. Dia rasa malu pula apabila dipuji.

Puan Rhea dan Encik Thomas pun turut tersenyum pada Olive. Setelah itu, Dylan datang sarapan bersama. Mereka makan sarapan yang dihidangkan.

"Mum, dad." Dylan hendak beritahu orang tuanya yang dia dan Olive akan pergi berjumpa dengan Oracle. Dylan tidak mahulah pergi secara senyap-senyap. Sekurang-kurangnya biarlah orang tuanya tahu.

"Ya Dylan?" soal Tuan Thomas. Dia memandang Dylan.

"Hari ni Dylan dan Olive akan pergi berjumpa dengan Oracle. Kami nak minta izin dad dan mum untuk pergi sana." kata Dylan. Dia perlukan keizinan daripada orang tuanya.

"Oh ya?" balas Puan Rhea. Dia mencicip air teh. Dia tidak sangka cepat pula mereka hendak pergi jumpa dengan Oracle.

"Ya." Olive menjawab.

"Kalau macam tu kamu berdua pergilah. Tapi ingat hati-hati dan jaga diri." pesan Tuan Thomas. Dia sudah tahu sebabnya Dylan dan Olive ke sana. Puan Rhea ada memberitahunya pada sebelum ini. Sebab itulah dia izinkan sahaja mereka berdua pergi ke sana.

"Betul tu kami izinkan. Kamu berdua pergilah." kata Puan Rhea pula. Dia tiada halangan. Lagipun memang itu yang Olive mahukan. Siapalah dia untuk menghalang.

"Baik, terima kasih mum dad." jawab Dylan dan Olive.

Usai bersarapan Dylan dan Olive pun meminta diri dahulu sebelum berangkat.

"Mum, dad kami pergi dulu." Dylan meminta diri.

"Yelah, kamu berdua hati-hati ya." pesan Puan Rhea.

"Baik mum." balas Dylan.

"Olive ni untuk Olive." Puan Rhea memberi sesuatu kepada Olive.

"Apa ni mum?" soal Olive sambil mengambil barang itu. Puan Rhea memberi sebuah uncang yang kecil. Olive pasti ada sesuatu didalamnya. Tetapi dia tidak pasti apa isinya.

"Olive simpanlah. Benda tu mungkin akan membantu Olive nanti." kata Puan Rhea. Dia berharap pemberian kecilnya ini dapat membantu Olive disaat dia perlukan. Hanya itu yang dia mampu beri selain doa.

"Terima kasih mum." Olive agak tertanya-tanya apa yang terdapat didalam uncang tersebut. Tetapi dia tidak mahu pula tanya soalan yang sama sebanyak dua kali. Dia fikir nanti biarlah dia tengok sendiri.

"Takpelah mum, dad kami nak pergi dulu." kata Dylan. Mereka perlu bertolak awal agar cepat sampai. Bahaya kalau mereka masuk hutan pada waktu malam. Entah apalah yang akan menanti nanti.

"Yelah." Puan Rhea dan Encik Arthur melambai ke arah Olive dan Dylan yang sudah keluar dari rumah. Doa mereka untuk Olive dan Dylan. Mereka berharap Olive dan Dylan selamat pergi dan selamat balik.

Maka bermulalah perjalanan Olive dan Dylan menuju ke kampung witch. Mereka berdua berharap yang mereka akan selamat sampai ke sana. Semoga yang terbaik sahaja untuk mereka berdua.

Agaknya bahaya apalah yang ada ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience