Bab 31

Vampire Series 20340

Malam itu, mereka makan malam bersama. Oracle menyediakan salad pasta. Oracle mencampurkan pasta bersama beberapa jenis salad dan sayur yang lain bersama lada hitam, sedikit keju dan minyak zaitun. Dia dan Marilyn sememangnya suka makan makanan yang sihat. Olive dan Dylan makan salad pasta itu dengan penuh berselera. Maklumlah apabila berjalan jauh apa sahaja yang dimakan rasa lebih menyelerakan.

Usai makan mereka semua pun masuk ke dalam bilik. Tiada aktiviti yang khusus yang dilakukan pada waktu malam. Oracle dan Marilyn kebiasaanya masuk tidur awal. Tetapi ada juga mereka manfaat masa dengan membaca dan mengait.

Dylan dan Olive bermalam dibilik Marilyn. Sesungguhnya malang bagi mereka berdua kerana rumah ini hanya ada dua bilik sahaja. Sebuah bilik Oracle dan sebuah lagi bilik ini. Mahu atau tidak mereka terpaksa berkongsi bilik untuk malam ini. Lebih malang lagi bukan untuk malam ini sahaja tetapi untuk dua ketiga hari yang akan datang.

"Lama tu." bisik hati Olive. Kalau sehari pun sudah rasa macam lama. Inikan pula dua tiga hari. Mampu atau tidak dia berkongsi bilik dengan Dylan?

"Tak tidur lagi ke?" soal Dylan. Dia lihat mulut Olive seperti terkumat kamit. Entah apalah masalahnya.

Olive hanya menghelakan nafas. Bagaimanalah untuk dia tidur dengan adanya Dylan dibilik ini? Walaupun kedudukan mereka berjarak tetapi ada sesuatu yang mendekatkan dan sudah tentu bukan fizikal mereka.

"Tak boleh tidur." balas Olive.

"Aik kenapa pula? Tak cukup empuk ke tilam tu?" perli Dylan sambil angkat kepala memandang Olive. Manakan tidaknya dia terpaksa tidur dilantai. Nasiblah ada karpet berbulu yang tebal kalau tidak tentu sakit belakangnya. Selepas itu nasiblah Olive berhati perut beri sebiji bantal kalau tidak tidur berlapikkan lengan sahajalah malam ini.

"Tadi awak yang suruh saya tidur kat katil ni. Lepastu bising-bising pula. Mesti nak berlagak gentleman je kan tadi tu." perli Olive. Tadi semasa awal-awal masuk ke bilik ini Dylan yang suruh Olive tidur dikatil. Dia tidur dilantai tetapi sekarang dia pula yang bising. Olive tidak kisah pun tidur dilantai kalau Dylan hendak tidur dikatil. Dia boleh sahaja mengalah.

"Sigh. Tidurlah bising je." kata Dylan. Dia tidak mahu berperang mulut dengan Olive. Lagipun hari sudah jauh malam. Dylan pun sudah rasa mulai mengantuk.

"Hmph." Olive tarik selimut. Tiada angin tiada ribut boleh pula mereka bergaduh kecil. Mungkin sebab masing-masing malu apabila berada disituasi begini. Itu yang sampai bergaduh kerana masing-masing cuba untuk menyembunyikan perasaan diri sendiri.

Keesokan harinya, Olive bangun awal dan terus duduk diruang tamu. Dia hanya akan sebilik dengan Dylan cuma pada waktu malam sahaja. Pada waktu lain seboleh-bolehnya dia akan jauhkan diri sedikit daripada Dylan. Bukan mengelak cuma wujudkan ruang privasi.

"Olive, Dylan macam mana tidur semalam? Selesa tak? Maaflah sebab kamu terpaksa berkongsi bilik." luah Oracle. Dia agak malu juga kerana tidak dapat menyediakan bilik yang selesa untuk tetamu.

"Okay sahaja. Tak perlu risau. Kan Olive?" kata Dylan.

"Ya." kata Olive. Oracle sudah menumpangkan mereka pun sudah cukup bagus. Mereka bersyukur dengan ada apanya.

"Oracle memang tidak risau. Tapi aku yang risau." bisik hati Olive. Dia sangat risau bila satu bilik dengan Dylan. Tetapi nasib baiklah Dylan vampire yang budiman yang ada adab sopannya.

"Baguslah kalau macam tu. Sekejap lagi saya nak keluar sekejap untuk ambil beberapa bahan untuk meditasi malam ini." Oracle ingin mencari akar kayu untuk digunakan semasa sesi meditasi.

"Oracle nak mula meditasi malam ni ke?" soal Olive.

"Ya." Oracle tidak bermeditasi pada malam tadi kerana dia memerlukan persiapan yang khusus.

"Oh, semoga berjaya ya." ucap Olive. Dia tidak pasti ayat yang sebetulnya tetapi dia ucap sajalah. Janji maksudnya sampai.

"Ya, terima kasih."

"Dylan, Olive. Kamu berdua bersarapanlah. Saya dan Marilyn mahu keluar dulu." Oracle mencari akar kayu ditemani Marilyn kerana dia sudah tua. Jadi dia perlukan Marilyn. Marilyn pun sudah biasa membantu Oracle.

"Okay, hati-hati Oracle."

"Ya, jom Marilyn." ajak Oracle.

"Baik nenek." mereka pun keluar rumah. Tinggallah Olive berdua dengan Dylan.

"Olive." Dylan tersenyum memanggil nama Olive.

"Apa?" soal Olive dengan dingin.

"Badmood ke?" soal Dylan. Olive masih marah lagi ke mengenai hal malam tadi?

"Taklah. Awak nak apa panggil saya?" Olive ubah nada suaranya jadi sedikit lebih mesra. Riak mukanya pun berubah.

"Ha, macam tulah baru cute." kata Dylan.

"Cute? Dylan puji aku cute? Tak pernah-pernah puji. Tiba-tiba puji. Buang tabiat ke Dylan ni. Ada apa-apa ke ni?" Olive fikir yang bukan-bukan. Dia jadi cuak.

"Olive?" panggil Dylan. Boleh pula Olive termenung masa dia bercakap.

"Ya? Awak kata apa tadi." soal Olive.

"Saya nak roti tu." kata Dylan. Dia suka betul dengan roti yang dibuat Oracle. Sangat sedap dan lembut.

"Hmph nak roti ke?" bisik hati Olive. Dia hulurkan roti kepada Dylan.

"Tolonglah sapukan jem sekali." kata Dylan. Tak kan lah dia nak makan roti kosong sahaja.

"Haih manja." Olive marah seperti mak-mak. Dia sapukan jem untuk Dylan.

"Manja dengan Olive je." kata Dylan sambil tersengih. Dia sengaja mengusik.

"Tersengih pula." bisik Olive. Dia cukup tidak tahan bila Dylan tersengih. Dylan nampak sangat berbeza. Nampak lebih kacak daripada biasa.

"Nah makan kenyang-kenyang." Olive beri roti kepada Dylan.

"Thank you." kata Dylan.

"Aduh." adu Olive secara tiba-tiba.

"Kenapa Olive?" soal Dylan. Dia nampak risau.

"Gigi dan bibir saya rasa sakit." kata Olive. Gigi dan bibirnya rasa sakit kembali. Sebenarnya selalu juga bibir dan giginya rasa sakit dari dulu lagi tetapi dia boleh sahaja tahan. Tetapi kali ini rasa sakit sangat pula.

"Sakit?" soal Dylan. Olive mengangguk.

"Boleh saya tengok?" Dylan mahu periksa gigi dan bibir Olive. Manalah tahu dia boleh tolong ubatkan.

"Okay." Olive setuju sahaja.

"Buka mulut." Dylan rapatkan sedikit kerusinya dengan Olive. Dia menghadap Olive. Olive buka mulutnya. Dylan pun periksa gigi dan bibir Olive.

"Oh, gigi awak dah tumbuh taring ni. Memang kadang-kadang bila taring tumbuh akan rasa sakit sikit." kata Dylan. Dia lihat comel juga taring Olive.

"Bibir awak.." Dylan sentuh bibir Olive. Olive berdebar tetapi dia tahu yang Dylan cuma mahu periksa sahaja. Dylan lihat belakang bibir Olive.

"Eh kenapa bibir awak macam ni?" terkejut Dylan bila lihat bibir Olive yang nampak kehitaman sedikit.

"Saya tak tahu." kata Olive dengan sedikit kekok. Maklumlah Dylan masih pegang bibirnya.

"Awak ada tersalah makan atau?" soal Dylan. Manalah tahu Olive ada makan sesuatu. Mustahil kalau Olive tidak tahu puncanya.

"Oh ada sebelum kat rumah saya, saya ada makan black pepper." Olive baru teringat.

"Black pepper?"

"Ya, bila setiap kali makan black pepper bibir saya jadi macam ni. Oh ya salad pasta yang Oracle buat semalam pun ada black pepper kan?" kata Olive. Patutlah bibirnya rasa sakit balik. Dia telah makan lada hitam.

Dylan senyap memikirkan sesuatu.

"Saya rasa awak alergik dengan black pepper."

"Alergik? Selama ni okay je. Macam mana tiba-tiba boleh alergik pula?" soal Olive. Bukan ke kalau alergik tu memang tidak boleh makan langsung? Olive boleh je makan sebelum ini cuma baru-baru ni je yang tidak boleh.

"Bila jadi vampire memang akan macam tu." vampire makhluk yang mati sudah semestinya ada kelemahan berbeza dengan manusia yang biasa. Walaupun Olive belum mati tetapi kelemahan atau alergik itu boleh terjadi pada dirinya kerana dia bukan lagi manusia biasa.

"Oh.. jadi vampire pun ada kelemahan?" Olive ingat vampire berkuasa dan hebat. Rupanya mereka pun ada kelemahan juga.

"Ya. Normal je benda tu." kata Dylan. Walaupun vampire ada sedikit kelemahan tetapi hal itu dianggap normal sahaja untuk vampire kerana mereka ada juga kelebihan lain yang tiada pada manusia.

"Oh.. Boleh sembuh tak?" soal Olive.

"Luka boleh sembuh tapi alergik tak." kata Dylan. Alergik itu akan kekal sampai bila-bila. Hanya luka sahaja yang dapat disembuhkan.

"Boleh tolong sembuhkan luka bibir saya ni? Sakitlah kadang-kadang." Olive mahu luka dibibirnya disembuhkan. Dia tidak sanggup untuk asyik menanggung rasa sakit sahaja.

"Boleh. Awak tutup mata dulu." arah Dylan.

"Kenapa kena tutup mata?" soal Olive. Dia rasa pelik. Hendak sembuhkan pun kena tutup mata? Apa alasannya?

"That's the rule." kata Dylan.

"Okay." Olive mahu tutup mata tetapi tidak jadi. Dia buka semula matanya.

"Eh jap. No-no." kata Olive. Dia jadi teringat masa Dylan sembuhkannya pada masa dahulu. Ciuman mujarab tu!

"Kenapa?" soal Dylan. Pelik juga dia lihat Olive yang agak mengelabah.

"Awak nak buat apa sebenarnya?" soal Olive dengan rasa curiga.

"Nak ubatkan bibir awaklah. Tadi awak yang suruh. Lagipun kenapalah awak tak cakap awal-awal kat saya? Dah nampak teruk bibir awak tu." Bibir Olive nampak teruk. Sepatutnya dia bagitahu Dylan awal-awal.

"Saya lupa nak bagitahu. Tak terfikir pula dan saya tahulah saya minta awak ubatkan tapi kenapa kena pejam mata pula?" kata Olive.

"Sebenarnya saya kena tanggalkan sikit kulit belakang bibir awak tu." kata Dylan. Sebab itulah dia suruh Olive pejam mata. Takut Olive rasa seriau bila buka mata.

"Apa? Tanggalkan?" Olive terkejut. Maksudnya Dylan mahu cabut kulit bibir Olive? Buta-buta semacam itu sahaja? Dylan bukannya doktor bertauliah pun. Kalau ada jangkitan kuman macam mana? Yang paling penting tentu rasanya akan sakit.

"Olive, bahagian lapisan kulit atas bibir awak tu dah mati. Jadi saya perlu tanggalkan supaya digantikan dengan yang baru. Kalau biarkan lapisan kulit baru tak dapat dihasilkan. Boleh jadi makin teruk nanti." jelas Dylan.

"Sakitlah nanti." Olive takut.

"Tak sakit sebab lapisan tu dah mati. Sebab tu jadi hitam macam tu." kata Dylan. Kulit itu sudah mati sampai jadi warna hitam. Jadi tidak akan rasa sakit apabila ditanggalkan.

"Dah biar saya buatkan. Awak tenang je. Saya janji tak sakit." kata Dylan. Dia perlu sembuhkan bibir Olive dengan cepat. Nanti melarat pula.

"Betul ke?" Olive rasa was-was.

"Ya, pejam mata." arah Dylan.

Olive pun pejam mata. Dia percayakan Dylan. Dylan pun tanggalkan sedikit lapisan kulit bibir Olive dengan berhati-hati menggunakan tisu. Dia juga ada membaca sedikit mentera bagi mengubati luka itu. Dia juga lap luka Olive menggunakan tisu. Olive duduk diam sahaja semasa diubati Dylan. Dia tidak buka mata langsung kerana malu untuk bertentang mata dengan Dylan. Kedudukan mereka sangat rapat kerana Dylan perlu lihat bibir Olive dengan dekat.

"Dah." kata Dylan apabila dia yakin yang bibir Olive sudah diubatkan dengan baik. Dia tersenyum memandang Olive yang terpejam. Jarang dia dapat lihat muka Olive sedekat ini.

"Dah?" Olive buka mata. Cepat juga Dylan buat kerja. Dylan jauhkan sedikit kedudukannya.

"Tak sakit pun." kata Olive. Dia tidak rasa sakit langsung.

"Ya. Lepas ni bibir awak tak kan rasa sakit lagi. Olive, lepas ni jangan makan black pepper lagi ya." pesan Dylan dengan sangat baik sekali. Suaranya juga sangat lembut didengar.

"Okay. Terima kasih." Olive hampir sahaja hanyut dengan kelembutan suara Dylan.

"Sama-sama. Dahlah habiskan sarapan." kata Dylan yang sambung makan semula.

Sweet je Dylan hari ni. Agaknya Dylan akan sweet lagi tak dengan Olive? Apalah yang ada didalam hati mereka berdua ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience