Bab 17

Vampire Series 20340

"Aduh." kata Olive saat dia terjaga dari tidur. Kepalanya rasa sakit sedikit. Mungkin kerana dia sudah lama terbaring. Dia pun tidak pasti sudah berapa lama dia tidur. Tetapi rasa agak lama juga.

Olive angkat tangan dengan perlahan-lahan ke depan muka. Dia lihat ada tiub branula yang dilekatkan pada tangannya. Dia pasti yang dia ada dihospital. Biasanya pesakit dihospital akan letakkan dengan alat itu.

"Darah?" Olive lihat didalam tiub itu terdapat cecair yang berwarna merah. Dia fikir itu pasti darah.

"Aku ada kehilangan darah ke?" kata Olive dengan lemah. Dia sakit teruk sangat ke sampai kena tambah darah?

"Tak." jawab seseorang.

"Hah?" Olive terkejut rupanya dia tidak bersendirian. Tidak sangka ada yang menjawab soalannya. Tetapi Olive dapati suara yang menjawab pertanyaan itu kedengaran agak biasa ditelinga. Dia pernah dengar suara itu. Dia kenal dengan pemilik suara itu.

Olive lihat keadaan sekeliling. Dia dapati dia tidak berada dihospital pun yang sebenarnya. Dia juga tidak berada didalam bilik tidur sendiri atau dirumah. Dia berada disebuah bilik ditempat yang lain. Tetapi bilik ini bukan bilik yang asing. Dia kenal dengan bilik ini. Dia pernah duduk didalam bilik ini dahulu.

"Baguslah awak dah sedar. Lama sangat awak tidur." kata Dylan yang menghampiri Olive. Sudah lama dia melihat Olive tidur, akhirnya Olive bangun juga.

"Dylan?" Olive terkejut. Dia sudah agak yang itu suara Dylan. Mana mungkin dia boleh lupa dengan suara Dylan.

"Macam mana awak boleh ada kat sini?" Olive pelik dengan kehadiran Dylan.

"Patutnya soal tu untuk awak. Awak buat apa kat sini?" soal Dylan. Dia angkat kening.

"Hah? Err.." Olive fikir betul juga apa yang Dylan kata. Apa yang Olive buat disini kerana ini adalah rumah Dylan. Olive sedang berada didalam biliknya yang sewaktu dahulu. Bilik yang dia duduki sepanjang berada diperkampungan vampire semasa sebelum perkahwinan dia dan Dylan.

"Tapi.." Olive tidak tahu bagaimana dia boleh sampai ke sini. Sepatutnya dia dirumah bersama mummy dan daddy. Bagaimana pula dia boleh berada diperkampungan vampire? Adakah dia sedang bermimpi?

"Dahlah. Rehatlah dulu." kata Dylan. Dia tarik selimut lalu selimutkan tubuh Olive. Dia tidak mahu Olive kesejukan. Lagipun hari masih lagi malam.

"Err.. Dylan." Olive kaku dengan kelakuan Dylan. Sudahlah ini kali pertama Olive berjumpa dengan Dylan setelah sekian lama. Dylan sudah tunjuk lagak prihatin yang sebegini. Olive terasa lemah.

"Shuh." jari telunjuk Dylan diletakkan dibibir Olive. Lagi bertambah kencang degupan didada Olive. Dia yakin yang dia tidak bermimpi.

"Awak tidurlah balik." kata Dylan sambil angkat jarinya. Dylan rasa masa Olive tidur tadi senyap je. Sekarang bila mata sudah buka automatik mulut juga turut terbuka sama.

"Nanti awak tahulah macam mana awak boleh ada kat sini." kata Dylan melihatkan wajah Olive yang sedang keliru. Mesti dia pelik kenapa tiba-tiba sahaja dia boleh berada disini.

"Tapi." Olive masih tetap keliru bagaimana dia boleh sampai disini. Adakah Dylan yang menculik Olive? Tetapi untuk apa? Bukankah mereka sudah berpisah? Adakah masih ada perjanjian yang masih belum tertunai? Olive pandang Dylan sampai tidak berkelip kerana memikirkan perkara tersebut.

"Olive lebih baik awak tidur sekarang. Atau awak nak saya dodoikan?" soal Dylan. Belum masanya lagi untuk dia jelaskan apa-apa kepada Olive. Dia mahu Olive pulih dahulu. Setelah itu barulah dia akan ceritakan semuanya.

"Tak perlu. Saya boleh tidur sendiri." balas Olive. Dia berpaling ke arah bertentangan. Dia tidak mahu didodoikan oleh Dylan. Dia boleh tidur sendiri. Cukuplah Dylan membuat dada Olive berdegup kencang tadi. Dia belum bersedia untuk rasainya sekali lagi.

Dylan hanya tersenyum senget melihat kelakuan Olive. Dia rasa geli hati. Olive masih tidak ubah seperti dulu. Dia masih malu-malu dengan Dylan.

Dylan duduk semula disofa yang dia duduk tadi. Dylan akan menjaga Olive sepanjang keberadaan Olive disini. Itu tanggungjawab dia sepenuhnya.

"Macam aku boleh ada kat sini?" kata Olive dengan perlahan. Dia tidak rasa hendak tidur pun waktu-waktu seperti ini. Otaknya tidak habis berfikir tentang hal itu.

"Mummy dan daddy mana? Mereka tahu tak aku kat sini?" soal Olive. Dia fikir tentu mereka akan risau bila dapat tahu Olive ada disini. Tentu mereka akan susah hati nanti.

"Mereka tahu. Mereka yang hantar awak ke sini." kata Dylan. Dia dapat dengar suara Olive yang perlahan itu.

"Hah? Mummy daddy saya tahu? Mereka yang hantar saya ke sini? Mereka datang sini?" soal Olive. Dia pandang Dylan semula. Dia seperti kurang percaya dengan apa yang dikatakan oleh Dylan. Mustahil mummy dan daddy boleh datang ke kampung ini.

"Ya, maksud saya mereka yang nak awak datang ke sini." secara teknikal Dylan yang membawa Olive ke sini tetapi semua itu diatas permintaan ibu bapa Olive.

"Untuk apa?" kenapa mummy dan daddy mahu Olive datang ke kampung ini. Atas tujuan apakah?

"Awak ni banyak tanyalah. Kan saya cakap nanti awak tahu. Boleh tak relaks sekejap?" kata Dylan yang serabut dengan pertanyaan Olive yang bertubi-tubi. Tetapi nada suaranya masih biasa. Tidak kasar dan tidak terlalu lembut.

"Macam mana saya boleh relaks kalau tiba-tiba saya ada kat sini? Saya tak nak ada kat sini. Saya nak balik." Olive mula beremosi. Dia mengalami pengalaman yang buruk disini. Mustahil dia akan suka berada disini. Walaupun dia gembira dapat berjumpa dengan Dylan kembali tetapi rasa ketakutan itu tetap ada.

"Okay, saya minta maaf. Tapi dengar cakap saya. Awak tidur dulu. Esok pagi saya janji akan bagitahu semuanya pada awak." kata Dylan. Kali ini suaranya makin lembut didengar pada telinga Olive. Dylan tidak mahu bertekak dengan Olive pada waktu malam. Hal inilah sebabnya Dylan tidak mahu beritahu Olive lagi.

"Betul ke?" soal Olive.

"Ya." kata Dylan. Memang dia akan jelaskan juga pada Olive nanti.

"Awak janji?" Olive inginkan kepastian.

"Ya, saya janji." jawab Dylan malas-malas.

"Okay." Olive pegang janji Dylan. Dia akan sabarkan diri untuk mengetahui segalanya pada esok hari. Lalu dia pun cuba untuk pejamkan mata. Walaupun pada hakikatnya dia langsung tidak rasa mengantuk. Tetapi dia cuba sahajalah.

Akhirnya Olive berjumpa juga dengan Dylan. Tetapi agak-agaknya kenapa Olive sampai perlu ke Kampung Vampire?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience