Bab 50

Vampire Series 20340

"Nah, simpan ulat ni dalam beg awak." Dylan beri ulat itu kepada Olive.

"Apa?" mata Olive terbeliak. Dylan serius mahu Olive simpan ulat itu didalam begnya? Hendak pegang itu itupun Olive rasa geli inikan pula simpan ulat itu didalam beg. Olive akan bersama dengan ulat itu setiap masa.

"Seluar saya tak ada poket." Dylan serius. Dia faham sangat bila Olive terkejut seperti itu. Lagipun permintaannya bukan berat pun dia cuma minta simpankan dalam beg Olive sahaja.

"Err.. Tak akan nak letak macam tu je? Terpenyetlah nanti ulat tu." Olive takut ulat itu mati didalam begnya.

"Awak janganlah penyet ulat tu. Jaga ulat tu baik-baik." Dylan faham maksud Olive tetapi mereka tiada pilihan yang lain. Mereka terlupa untuk bawa plastik atau bekas. Jadi memang terpaksa letak seperti itu sahaja.

"Tapi.." Olive tidak mahu ulat itu berada didalam begnya. Dia takut kalau ulat itu merayap keluar.

"Awak letak kat poket depan beg awak tu." Dylan perasan ada poket dihadapan beg Olive. Dia rasa disitu sesuai untuk letak ulat. Poket itu juga berzip. Jadi selamat untuk letak ulat itu kerana ia tidak dapat merayap keluar.

"Awaklah letak." Olive rasa geli untuk pegang ulat itu. Dia tidak dapat fikirkan cara yang lain. Oleh yang demikian dia setuju untuk letak ulat itu dalam beg asalkan bukan dia yang perlu masukkan.

"Yelah. Bak beg tu." Dylan hulurkan tangannya.

"Nah." Olive berikan begnya kepada Dylan.

"Zip ketat-ketat nanti keluar pula ulat tu." pesan Olive. Nanti jadi dua tiga kali kerja pula kalau ulat itu keluar. Kalau jatuh ke tanah boleh dikutip. Kalau ulat itu hilang? Tetapi lagi teruk kalau masuk baju Olive. Olive tidak dapat bayangkan.

"Ya." Dylan tahu.

"Nah galas dan jaga beg ni elok-elok." Dylan pulangkan semula beg itu kepada Olive. Ada pelbagai benda penting dalam beg Olive jadi dia perlu jaga baik-baik. Segala hajat Olive bergantung kepada benda-benda itu.

"Okay bos." kata Olive sambil tersengih. Dia galas begnya. Dia akan jaga beg dan barang didalam beg ini dengan baik.

"Hm. Jomlah kita teruskan perjalanan." Dylan rasa elok mereka teruskan perjalanan. Kalau lama-lama disini pun bukannya ada faedahnya. Masa yang ada tidak seharusnya dibazirkan begitu.

"Kruk.. Kruk.." terdengar bunyi sesuatu. Bunyinya tidak terlalu kuat hanya sayup-sayup sahaja.

"Err.. Dylan awak tak rasa lapar ke?" ternyata perut Olive yang berkeroncong. Almaklumlah dia belum jamah apa-apa makanan lagi untuk hari ini. Mereka juga tidak bersarapan dan sekarang sudah melebihi waktu makan tengahari. Memang perut akan berkeroncong dengan kuat.

"Awak lapar ke?" soal Dylan padahal dia sudah dengar bunyi perut Olive tadi.

"Err.." Olive rasa serba salah hendak bercakap. Takut susahkan Dylan pula. Tetapi dia memang bebar-benar lapar. Mahu ditahan pun tidak boleh rasanya.

"Saya pun lapar juga." kata Dylan. Dia pun terasa lapar juga sebenarnya.

"Jap ya saya carikan makanan." Dylan fikir lebih baik dia cari makanan dahulu. Kalau teruskan perjalanan dengan perut kosong tentu akan susah nanti. Mereka perlu ada tenaga jadi seharusnya mereka menjamah apa-apa makanan bagi mengalas perut.

"Saya ikut awak." Olive takut untuk tunggu seorang diri. Entah apalah yang mungkin terjadi bila Dylan tiada.

"Awak duduk je sini. Saya nak ambil buah kat pokok kaktus tu je." Dylan tunjuk ke arah buah yang berwarna merah yang ada disebuah pokok kaktus yang tidak jauh dari mereka. Dylan rasa buah itu boleh dimakan. Dylan mahu ambil buah itu sahaja. Dia juga tidak terfikir untuk pergi jauh dan tinggalkan Olive sendirian lama-lama.

"Okay." Olive mengangguk. Dia ingatkan Dylan mahu cari makanan didalam hutan. Tetapi rupanya dekat sahaja.

Dylan pun pergi ke sana dan petik beberapa biji buah itu.

"Buah apa ni Dylan? Boleh dimakan ke?" soal Olive apabila Dylan kembali. Dia lihat buah itu ada duri. Boleh makan ke buah berduri seperti itu? Nampak pelik sahaja.

"Ini buah prickly pear. Saya tahu namanya dalam bahasa Melayu. Tapi buah ini selamat untuk dimakan." jelas Dylan.

"Macam awak yakin buah ini selamat untuk dimakan?" Olive kurang yakin.

"Jap biar saya teka." Olive tahan Dylan daripada bercakap dengan mengangkat tapak tangan.

"Mesti awak pernah belajar tentang ni kan? Atau pun awak pernah baca." Olive yakin mesti salah satu daripada itu. Dylan kan vampire yang bijak.

"Ya. Buah prickly pear ni memang selamat untuk dimakan. Biasanya dibuat jem atau jus. Buah ni tinggi antioxidant, vitamin dan mineral. Tapi bukan semua juga yang selamat untuk dimakan."

"Oh.." angguk Olive.

"Jadi yang awak petik ni selamatlah untuk dimakan ya?"

"Ya." Dylan yakin. Dia tidak akan beri buah yang sebarangan kepada Olive. Tidak tergamak dia untuk meracun Olive.

"Okay tapi macam mana nak makan ni?" Olive lihat ada duri pada buah itu. Kalau gigit mesti akan terkena duri. Sakit tu.

"Kita kena kupas kulitnya." Dylan pun kupas kulit buah itu.

"Aduh." jari Dylan terkena duri.

"Awak okay tak Dylan?" Olive rasa risau. Kesian Dylan tercucuk duri. Sudahlah tapak tangan Dylan melecet. Tentu sakit.

"Tak apa terkena sikit je." Dylan hisap darah jarinya. Setelah itu dia kupas kembali kulit buah tersebut. Kali ini dia lapik dengan bajunya. Olive hanya melihat tanpa berkata apa-apa. Hendak tolong dia tidak tahu bagaimana.

"Nah makanlah." Dylan beri buah yang sudah siap dikupas kepada Olive.

"Awak makanlah dulu." kata Olive.

"Awak takut ke nak makan buah ni?" Dylan fikir Olive masih lagi rasa was-was untuk makan buah itu. Agaknya Olive takut buah itu beracun.

"Bukan tapi kan awak yang ambil dan kupas buah tu? Awaklah makanan dulu." Dengan susah payah Dylan kupas kulit buah itu. Dia juga yang petik buah itu tadi. Rasanya lebih baik Dylan yang makan dahulu. Olive makan kemudian pun tidak mengapa rasanya.

"Oh tak apa saya boleh kupas lagi. Awak makanlah. Nah." Dylan suakan buah itu ke mulut Olive. Dia tahu yang Olive sudah lapar sangat jadi lebih baik Olive yang makan dahulu.

"Hah? Err.." Olive terus jadi tergagap. Dia terkejut.

"Makanlah. Buka mulut tu." kata Dylan. Dia mahu suapkan buah itu ke mulut Olive. Lain macam betul layanan kepada Olive. Istimewa semacam siap makan bersuap lagi.

"Makanlah." kata Dylan.

Dengan rasa berdebar campur malu Olive makan buah yang disuap Dylan. Walaupun ini bukanlah kali pertama Olive makan disuap oleh Dylan tetapi debaran itu sentiasa ada sama seperti kali pertama Dylan suap Olive. Dia sendiri tidak sangka pula yang Dylan mahu menyuapkannya. Dia boleh makan sendiri.

"Dylan kenapalah awak layan saya baik sangat?" bisik hati Olive. Dia rasa sesuatu sangat apabila Dylan buat begitu. Dylan nampak seperti seorang yang romantik. Kenapalah Dylan buat Olive rasa seperti ini? Sepatutnya tiada apa-apa diantara mereka. Hubungan mereka tidak lebih daripada seorang teman rapat. Mungkin?

Olive tunduk termenung. Dia jadi teringat masa dia masuk hospital dulu. Ketika itu Dylan suap Olive untuk kali pertama walaupun pada waktu itu bukan tangan Olive yang terluka tetapi pipi Olive yang cedera akibat perbuatan Slyvia. Dylan pernah kata yang dia sanggup untuk suap Olive seumur hidup apabila Olive bergurau yang tangannya akan jadi lembik macam jeli apabila Dylan tidak izinkan dia makan menggunakan tangan sendiri.

Olive tersengih apabila teringat momen itu. Dia tidak dapat bayangkan kalau tangannya jadi lembik seperti jeli. Tetapi baik jug

"Tangan?" Olive fikir sesuatu. Dia lihat tapak tangannya yang ditampal pelekat luka.

"Mungkin sebab tapak tangan aku luka kot. Itu yang Dylan suapkan. Haih. Aku je yang perasan lebih." kata hati Olive. Olive fikir mungkin sebab tangannya luka jadi Dylan yang suapkan Olive.

"Sedap tak buah tu Olive?" soal Dylan. Dia perasan Olive senyap sahaja semasa makan buah itu. Sedap sangat atau rasa pelik buah itu sampai Olive boleh terdiam?

"Hah? Apa?" balas Olive dengan kelam kabut. Disuap Dylan pun boleh buat Olive imbas kembali momen-momen terdahulu. Itu baru sahaja disuap belum yang lain lagi.

"Saya tanya sedap tak buah tu?"

"Sedap. Sedap juga rasa buah ni." Olive dapati buah itu rasa sedap juga. Lebih kurang rasanya seperti buah strawberi dan raspberi. Agak berjus dan manis juga sebenarnya. Tetapi buah ini banyak biji.

"Dylan, biji buah ni boleh telan ke?"

"Boleh je tak ada masalah." kata Dylan.

"Oh.. Terima kasih ya Dylan. Sedap buah ni." Apa-apa pun Dylan sudah beri Olive makan jadi dia patut berterima kasih.

"Ya sama-sama." Dylan gembira. Dia juga makan buah itu.

"Awak nak lagi tak?"

"Err.." Olive masih lapar lagi tetapi dia malu untuk meminta.

"Saya kupaskan lagi." Dylan kupas lagi buah itu. Dia kutip banyak buah itu untuk Olive. Dia tahu yang Olive mesti masih lapar. Kalau Olive mahu lagi Dylan boleh kutip lagi banyak. Dia faham Olive malu untuk meminta.

"Nah. Makan kenyang-kenyang. Nanti kita nak jalan jauh kena guna banyak tenaga." Dylan beri beberapa biji buah kaktus yang sudah dikupas kepada Olive. Olive ambil buah itu dan makan.

"Dylan, agaknya perjalanan kita jauh sangat-sangat atau jauh sikit je? By the way perjalanan kita ni dah sampai bahagian mana ya?" soal Olive. Dia ingin tahu keseluruhan perjalanan mereka masih jauh atau tidak.

"Actually kita dah hampirseparuh perjalanan. Kita taklah jauh sangat dengan tempat seterusnya. Tapi takdelah dekat sangat. In the middle kot." jawab Dylan.

"Oh.. Tak sangkakan kita boleh jalan sejauh ni." pada awalnya Olive agak ragu-ragu juga tetapi tidak sangka sudah pelbagai halangan dia tempuhi.

"Ya semua sebab kita tak menyerah. Perjalanan kita pun akan jadi smooth kalau kita sentiasa positif."

"Ya betul tu." kata Olive sambil makan buah itu. Kalau mereka positif semuanya akan jadi positif. Tetapi kalau mereka fikir negatif semuanya akan tidak jadi.

"Dylan kalau saya nak buah ni lagi boleh tak? Saya nak simpan buat bekalan kita nanti. Manalah tahu tiba-tiba nanti awak lapar ke apa. Boleh makan buah ni." kata Olive. Belum tentu lagi mereka akan jumpa makanan dalam perjalanan yang seterusnya. Jadi Olive rasa lebih baik dia ambil buah itu sedikit untuk dijadikan bekalan.

"Aik saya pula yang lapar? Awak tak lapar ke nanti?"

"Alah, samalah untuk awak dan saya sekali." balas Olive sambil tersenyum-senyum. Dia sengaja cakap seperti itu.

"Yelah. Boleh je." balas Dylan.

Dylan-dylan suka buat Olive perasan tau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience