Bab 9

Vampire Series 20340

"Kak Laura dah balik ke Olive?" soal Puan Daisy yang baru sahaja keluar dari bilik bacaan. Dia dapati cuma ada Olive sahaja yang bersendirian diruang tamu rumah.

"Dah mummy. Baru je tadi." balas Olive.

"Apa yang Olive belajar hari ni?" soal Encik Arthur.

"Hari ni Olive belajar pasal sejarah seni bela Silambam daddy. Yang asas-asas je."

"Oh. Best tak?"

"So far best. Olive berminat nak belajar." Olive rasa teruja. Dia ceritakan apa yang diterangkan oleh Laura berkaitan dengan seni bela diri Silambam.

"Baguslah kalau macam tu." ujar Encik Arthur.

"Daddy dan Olive berboraklah dulu. Mummy nak siapkan makanan tengahari." sekarang sudah masuk jam 11 pagi, Puan Daisy perlu siapkan makanan tengahari untuk keluarganya.

"Mummy nak Olive tolong?" Olive mempelawa dirinya untuk membantu Puan Daisy didapur.

"Takpe, Olive tengoklah tv dulu. Nanti bila dah siap mummy panggil Olive untuk hidangkan." balas Puan Daisy. Bukan dia tidak mahu Olive membantunya cuma dia lebih selesa buat kerja sendiri. Baginya kerja memasak akan lebih cepat siap kalau dia buat sendiri.

"Okay. Mummy panggil Olive tau nanti." Olive mahu membantu juga Puan Daisy walaupun sedikit.

"Ya." Puan Daisy pun masuk ke dapur. Dia tidak pasti lagi menu apa yang akan dimasak pada hari ini. Dia ingin lihat dahulu apa yang ada didalam peti ais. Setelah itu, barulah dia akan buat keputusan untuk masak apa.

"Eh ayam dah habis. Tinggal sayur je yang ada." omel Puan Daisy apabila dia membuka peti ais. Dia dapati hanya ada sayur sahaja yang tinggal. Makanan protein seperti ayam, daging dan ikan telah pun habis. Dia terlupa untuk beli dan isi semula.

"Kenapa mummy?" soal Encik Arthur yang ke dapur untuk minum air. Dia nampak isterinya berdiri lama dihadapan peti ais. Agaknya apalah yang sedang difikirkan.

"Lauk dah habis daddy. Tinggal sayur je yang ada. Macam mana nak masak?" Puan Daisy tutup pintu peti ais.

"Dah habis?" soal Encik Arthur.

"Ya, mummy lupa nak restock." angguk Puan Daisy. Entah bagaimanalah dia lupa untuk periksa bahan mentah sama ada masih ada lagi ataupun tidak.

"Takpelah kita pergi beli dekat supermarket depan tu." memang kebiasaannya mereka akan membeli barang dapur disitu.

"Okay mummy siap sekarang." Puan Daisy mahu menukar pakaiannya terlebih dahulu.

"Okay, jangan lupa ajak Olive sekali." pesan Encik Arthur. Mereka memang tidak pernah meninggalkan Olive sendirian dirumah. Mereka akan bawa Olive sekali walau ke mana sekalipun.

"Okay." Puan Daisy pun ke ruang tamu. Manakala Encik Arthur mengambil air untuk diminum.

"Olive." panggil Puan Daisy.

"Ya mummy?" Olive menoleh melihat Puan Daisy.

"Mummy dah siap masak ke?" soal Olive. Macam cepat sangat je mummy masak. Tadi mummy kata akan panggil Olive untuk hidangkan makanan.

"Belum lagi. Mummy dengan daddy nak pergi supermarket nak beli barang dapur. Barang dapur dah habis. Olive pergilah siap. Kita pergi sekali."

"Sekarang ke mummy?" soal Olive.

"Ya, sekarang." angguk Puan Daisy. Mereka perlu pergi sekarang kalau tidak macam mana hendak sediakan makanan tengahari kalau tiada bahan.

"Emm.. Kena pergi ke mummy?"

"Ya, macam selalu. Kenapa?" Puan Daisy memang selalu bawa Olive membeli barang dapur.

"Olive rasa macam malas pula nak keluar. Olive duduk dekat rumah je boleh tak?" Olive malas untuk keluar. Dia juga rasa malas untuk bersiap. Dia rasa hendak duduk dirumah sahaja

"Duduk dekat rumah?" Puan Daisy memikirkan sesuatu.

"Ha'ah."

"Tak boleh. Mummy tak boleh tinggalkan Olive sorang-sorang kat rumah." Puan Daisy tidak yakin untuk biarkan Olive duduk dirumah bersendirian.

"Ala.. Takpelah mummy Olive duduk rumah je. Nanti Olive kunci semua tingkap dan pintu."

"Yelah." Puan Daisy ke biliknya untuk bersiap. Dia faham mesti Olive sudah jadi seperti remaja zaman sekarang yang susah untuk keluar rumah. Sekali sekala tidak mengapa kot. Lagipun kawasan rumah Olive selamat.

"Betul ni tak nak ikut?" soal Encik Arthur. Terkejut juga dia tadi apabila Puan Daisy beritahu yang Olive tidak mahu ikut hendak duduk dirumah bersendirian.

"Betul daddy. Lagipun daddy dengan mummy pergi sekejap je kan? So janganlah risau."

"Yelah kunci pintu dan tingkap elok-elok. Kalau ada orang yang tak dikenali ketuk pintu Olive senyap je tak payah buka." pesan Encik Arthur.

"Okay daddy." Olive faham.

Setelah itu, orang tua Olive pun keluar ke pasaraya. Tinggal Olive sendirian dirumah. Olive buat keputusan untuk naik ke biliknya. Dia mahu membaca novel sahaja bagi memanfaat masa yang terluang.

Selang beberapa minit, loceng rumah Olive ditekan beberapa kali. Olive pun turun ke bawah untuk melihat siapa yang datang.

"Penghantaran barang ke?" soal Olive sambil mengintai dari dalam rumah. Dia selak sedikit langsir. Nampak seperti ada seorang lelaki yang sedang memegang sebuah kotak. Gaya lelaki itu seperti seorang penghantar barang.

"Yelah kot." Olive pun keluar. Dia rasa betullah apa yang dia rasa

"Cik Olivia Fay Arthur?" lelaki itu menyebut nama penuh Olive apabila Olive berjalan ke arahnya. Dia baca nama Olive yang tertera pada bungkusan itu.

"Ya saya." jawab Olive yang berdiri didepan pagar rumah. Dia rasa tidak perlulah membuka pagar.

"Ada bungkusan untuk cik." lelaki itu menghulurkan kotak tersebut kepada Olive.

"Oh. Terima kasih." Olive ambil kotak tersebut. Dia tidak mencurigai apa-apa kerana dia fikir kotak tersebut mungkin mengandungi barang pesanan yang dia beli diatas talian sebelum ini.

"Sama-sama." lelaki itu terus beredar dan Olive pun masuk ke dalam rumah semula. Dia letakkan kotak itu diatas meja didalam biliknya. Tetapi dia tidak terus membuka kotak itu kerana dia ingin menyambung semula bacaan novelnya. Dia buat keputusan akan bukanya nanti sahaja.

Awak semua nak tahu tak apa yang ada dalam kotak tu? Hehe. Tunggu bab yang seterusnya tau. XD

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience