Bab 53

Vampire Series 20340

Melihatkan Olive yang sebegitu segera Dylan bertanya. "Masih sakit lagi kaki tu?" Dylan pandang ke arah Olive.

"Ya sakit." jujur Olive sambil mengurut kakinya. Walaupun pada hakikatnya kaki Olive tidaklah terlalu teruk mana namun rasa sakit itu tetap ada.

"Biar saya picit kaki awak." Dylan rasa kesian pula apabila membiarkan Olive kesakitan. Mesti Olive rasa susah untuk berjalan.

"Okay awak tolong ya sembuhkan kaki saya ni." Olive hendak sangat kakinya cepat sembuh. Dia perlu menggunakan kakinya untuk berjalan. Mustahil untuk dia mendaki sambil terhincut-hincut. Bila mahu sampai kalau macam tu.

Dylan pun duduk dihadapan Olive. Dia urut perlahan kaki Olive. Setelah itu, Dylan bangun untuk memetik beberapa helai daun disebuah pokok dan dia bacakan dengan sedikit mentera.

"Nah, letak daun ni kat kaki awak." Dylan hulur daun tersebut kepada Olive.

"Daun apa ni?" soal Olive. Dia lihat daun yang Dylan hulurkan.

"Untuk ubat kaki awak."

"Oh." Olive ambil daun tersebut dan letakkan pada buku lalinya. Setelah beberapa saat kaki Olive tidak rasa sakit lagi. Daun itu sangat mujarab dan berkesan.

"Dylan kaki saya dah rasa tak sakit." Olive bangun untuk berdiri. Memang betul kakinya tidak sakit lagi. Dia turut menghentakkan kakinya. Memang tiada rasa sakit lagi.

"Baguslah." Dylan tersenyum. Dia gembira apabila Olive gembira.

Olive tersenyum gembira sambil menari-nari sedikit. Gayanya seperti anak kecil yang baru sahaja dapat berjalan.

"Eh jap." Olive terfikir sesuatu. Dia berhenti daripada menari.

"Kenapa awak tak bagi je daun mujarab tu kat saya tadi? Kenapa kena tunggu sampai ke sini?" soal Olive. Dylan boleh sahaja urut dan bagi sahaja daun itu pada awal tadi. Kenapa Dylan bersusah payah untuk gendong Olive sampai ke sini?

"Err.." otak Dylan ligat memikirkan alasan.

"Daun tu tiada kat sana." kata Dylan.

"Ye ke?" Olive rasa daun itu nampak sama sahaja dengan daun-daun yang ada ditempat tadi.

"Ya, saya tahulah. Lagipun macam saya cakap tadilah kita tak boleh rehat kat sana." kata Dylan. Dia tiada niat yang tidak baik untuk. Niatnya tadi hanya untuk membantu Olive. Dia rasa kesian apabila Olive penat berjalan.

"Oh okay. Tapikan Dylan kenapa bukit ni nama Bukit Tiga Hantu? Ada cerita disebaliknya ke?" soal Olive. Dia ingin tahu. Dia rasa setiap tempat itu dinamakan berdasarkan sesuatu peristiwa atau kejadian. Jadi Olive ingin tahu mengapa bukit ini dipanggil Bukit Tiga Hantu.

"Awak nak dengar versi yang mana satu?" Dylan tidak pasti juga dengan sejarah sebenar tempat ini. Tetapi dia pernah dengar pelbagai versi mengenai Bukit Tiga Hantu ini. Dia dengar masa dia kecil-kecil dahulu. Dia pun ingat-ingat lupa.

"Ada banyak versi ke?"

"Ha'ah ada beberapa. Saya pun dengar dari mulut-mulut vampire je. Tak tahu mana cerita yang paling sahih dan betul." banyak sangat cerita yang Dylan dengar sampai dia pun tidak tahu mana satu yang betul.

"Oh.. Vampire pun bergossip ya? Tapi versi mana yang selalu diceritakan? Awak ceritakanlah yang tu." kata Olive. Dia memang berminat sangat hendak dengar cerita-cerita seperti ini.

"Mestilah vampire pun sama je macam manusia suka bergossip." kata Dylan sebelum membuka cerita.

"Cerita yang paling common yang saya pernah dengar ialah masa dulu dekat bawah bukit ni ada sebuah kampung. Perkampungan manusia. Di kampung tu tinggallah dua orang adik beradik perempuan. Mereka ni hidup aman damai dengan keluarga. Tetapi semuanya berubah bila datang seorang pemuda dari kampung yang lain. Pemuda tu datang untuk meniaga. Rupa pemuda ni boleh tahan juga jadi adik beradik tadi jatuh hati. Mula-mula tu si adik yang jatuh hati dulu lepas tu baru si kakak. Mereka berdua tahu pasal ni. Jadi dorang selalu bersaing untuk memenangi hati pemuda tu. Satu hari tu si kakak ajak pemuda tu berjumpa. Dia nak confess kat pemuda tu and si adik dapat tahu. Dia jadi geram dan marah lalu dia terus pergi ke bukit ni dengan bawa parang. Bila dia jumpa dengan kakak dia. Dorang bergaduh teruk. Dia sempat kata "kalau aku tak dapat lelaki ni tiada siapa pun dapat kahwin dengan dia." lepas dia cakap macam tu dia teruslah nak tikam kakak dia. Pemuda tu pun cuba nak halang dan malangnya dia yang terbunuh. Disebabkan hal itu si adik jadi naik hantu dan dia nak bunuh si kakak. Jadilah kejadian kejar mengejar. Si kakak ni lari sekuat hati tapi tiba-tiba dia tersadung dan jatuh. Teruslah si adik ni tikam kakak dia bertubi-tubi. Bila kakak dia meninggal si adik ni macam sedar diri dan dia tak dapat terima apa yang jadi. Jadi dia pun terus penggal kepala dia sendiri."

"Apa?" Olive terkejut sambil menutup mulut. Cerita yang dia dengar sangat dasyat. Hanya kerana berebut seorang lelaki mereka sanggup bunuh-membunuh.

"Nak dengar lagi apa yang jadi lepastu?" soal Dylan. Olive mengangguk perlahan.

"Orang kampung cari mereka bertiga sebab yelah mereka tak balik-balik. Tapi sampai ke hari ini mayat mereka tidak dijumpai."

"Jap, kalau mayat mereka tak dijumpai. Macam mana orang kampung boleh tahu pasal ni? Ada saksi ke masa kejadian tu?" soal Olive. Sepatutnya orang kampung tidak akan tahu apa yang berlaku kerana cuma ada mereka bertiga sahaja dibukit ini. Mereka bertiga pun sudah meninggal dunia jadi tiada saksi yang lain. Atau ada yang lihat kejadian itu berlaku?

"Disebabkan penduduk kampung tak jumpa tiga orang tu. Jadi mereka guna khidmat pawang. Pawang tulah yang beritahu. Mak kepada adik beradik tu pun ada dapat mimpi pasal ni. Jadi dorang anggap itu sebagai alamat apa yang jadi." jelas Dylan.

"Oh. Jadi pawang tu pun tak dapat cari mayat mereka?" soal Olive. Pawang itu pun tidak dapat jumpa mayat mereka?

"Tak, mereka fikir mungkin mayat mereka bertiga dimakan haiwan buas. Dan sebab itulah juga wujud cerita versi yang lain. Konon mereka lemas disungai dan sebagainya. Cuma sejak kejadian tulah tempat ni jadi keras. Sebab roh mereka bertiga merayau sampai sekarang. Penduduk sini selalu nampak kelibat, dengar bunyi-bunyi suara menjerit minta tolong, menangis dan macam-macam lagi gangguan yang lain. Cuma kena hati-hati bila dengar bunyi bergolek. Sebab mereka percaya yang bergolek tu adalah kepala si adik yang dipenggal."

"Stop. Jangan cerita lagi." Olive rasa seram sejuk. Dia tidak mahu bayangkan perkara seperti itu.

"Awak nak dengar versi yang seterusnya tak? Ada banyak lagi ni." Dylan ada banyak versi yang boleh dia ceritakan.

"Takpe-takpe saya tak nak dengar dah. Cukup." Olive tidak mahu buat dirinya rasa takut lagi. Cerita yang dia dengar tadi cukup menyeramkan. Dia tidak mahu penuhkan fikirannya dengan cerita-cerita yang seram.

"Okay. Tapi kalau awak dengar saya boleh je ceritakan." kata Dylan sambil tersengih. Dia tahu yang Olive takut.

"Hm." balas Olive sambil lihat sekeliling. Dia rasa takut.

"Dylan, jomlah kita pergi sekarang." Olive tidak mahu lama-lama disini. Dia rasa cukuplah masa rehat mereka disini.

"Yelah jom." mereka pun meneruskan pendakian selama satu jam setengah.

"Hulur tangan awak Olive." kata Dylan semasa memanjat bukit. Mereka sudah mula mendaki ditempat yang curam.

"Okay." Olive pegang kuat tangan Dylan.

"Yah." Dylan tarik Olive sekuat hati.

"Terima kasih Dylan." ucap Olive setelah dia berada ditempat Dylan berdiri.

"Ya sama-sama." mereka teruskan lagi pendakian. Sekali sekala mereka berhenti sebentar untuk melepaskan lelah dan minum air. Setelah itu, mereka teruskan semula pendakian.

"Argh." jerit Olive secara tiba-tiba.

"Kenapa Olive." Dylan toleh ke belakang.

"Tadi ada serangga terbang ke arah saya. Tapi dia dah lari dah." kata Olive. Dia terkejut bila ada serangga terbang ke arahnya.

"Oh, kat hutan ni memang banyak serangga. Awak hati-hati ya." pesan Dylan.

"Okay." angguk Olive. Sudah banyak serangga dia jumpa didalam hutan ini dan hutan yang sebelumnya. Ada serangga yang kecil dan ada serangga yang besar. Serangga pelik yang tidak pernah Olive nampak pun ada.

"Eh bau apa ni?" hidung Olive tercium suatu bau yang amat kuat sekali.

"Olive, awak ada bau busuk tak?" soal Dylan. Dia pun ada bau yang sama seperti Olive.

"Eh bukan ke kalau kita ada bau something tak boleh tegur?" Olive pernah dengar mengenai perkara ini.

"Yang tu memang betul. Cuma bau ni tak ada kaitan dengan benda mistik." kata Dylan. Dia kenal ini bau apa.

"Maksud awak bau bangkai ni bau bangkai haiwan ke?" soal Olive. Dia dapati itu tidak ubah seperti bau bangkai.

"Bukan. Jomlah ikut saya." Dylan ingin mencari dari mana datangnya bau itu. Mereka pun berjalan.

"Inilah bau tu." kata Dylan sebaik sahaja dia jumpa benda yang dicari.

"Wah bunga rafflesia." Olive teruja. Kali pertama dia nampak bunga rafflesia depan mata.

"Besarnya bunga ni." kata Olive. Bunga rafflesia bunga paling besar didalam dunia.

"Awak tahu pasal bunga ni?" soal Dylan.

"Tahu saya pernah tengok dalam dokumentari tapi tak pernah pula tengok depan-depan macam ni." Olive suka rancangan dokumentari. Dia pernah lihat dokumentari mengenai bunga rafflesia cumanya dia tidak berapa ingat sangat fakta-fakta mengenai bunga ini.

"Kiranya awak bertuahlah dapat tengok bunga ni mekar sebab bunga ni mekar hanya dalam seminggu sebelum layu dan mati."

"Oh." angguk Olive.

"Betullah macam yang saya tengok tu. Dijelaskan bunga ni bau dia kuat macam bangkai."

"Yup sebab tulah bunga ni turut digelar sebagai bunga bangkai."

"Boleh tak kalau saya nak pegang bunga ni. Macam menarik je." Olive teringin betul hendak pegang bunga itu.

"Peganglah.." kata Dylan.

Olive sudah teruja untuk pegang bunga itu. Tetapi dia tarik tangannya semupa apabila Dylan menyambung semula kata-katanya.

"..kalau awak nak tangan awak bau macam bangkai."

"Awak ni sengajakan tak nak cakap awal-awal. Saya lagi sikit je nak pegang bunga ni." kata Olive sambil melihat bunga itu. Apabila melihat secara dekat lagi kuat baunya. Patutlah Dylan kata bau itu akan melekat pada tangan.

"Saja." balas Dylan.

"Hm." balas Olive. Sayangnya Olive tidak bawa telefonnya sekali kalau tidak boleh dia ambil gambar. Bukan senang hendak jumpa bunga rafflesia yang mekar didalam hutan.

"Dah puas tengok bunga tu?"

"Dah." Olive pun tidak tahan juga dengan baunya walaupun bunga ini cantik.

"Jom kita teruskan perjalanan kita." Dylan tarik tangan Olive dan mereka pun meneruskan semula perjalanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience