Bab 6

Vampire Series 20340

Usai menjamu selera Olive dan Gracie pun buat keputusan untuk pulang sahaja ke rumah. Olive ingat pesanan orang tuanya untuk balik awal. Mereka pun hanya memberi keizinan untuk Olive keluar sekejap sahaja. Jadi dia perlu kotakan janjinya. Lagipun mereka sudah puas tawaf satu pusat membeli belah ini.

"Seronok dapat lepak hari ni." luah Gracie. Dia gembira dapat berjumpa dengan Olive pada hari ini. Semenjak dia sambung belajar dia jarang keluar berjalan-jalan. Dia agak penat juga bila asyik mengulangkaji dan belajar sahaja. Apabila dapat keluar dan berjumpa pula dengan Olive buat hati Gracie rasa gembira. Dia juga dapat lepaskan tekanan.

"Ya. Lain kali kita lepak lagi." Olive turut merasakan apa yang dirasakan oleh Gracie. Dia sangat gembira dapat bertemu dengan Gracie. Dia harap dia dapat keluar jalan-jalan dengan Gracie lagi nanti.

"Ya." mereka pun turun dari bas apabila bas berhenti dihentian berdekatan dengan kawasan perumahan mereka. Mereka berjalan kaki ke kawasan perumahan mereka.

"Olive! Hati-hati." jerit Gracie dengan panik. Ada sebuah kereta yang dipandu secara laju hendak melanggar Olive yang sedang melintas.

"Hah?" Olive terkejut apabila ada kenderaan yang hampir sahaja hendak melanggarnya semasa dia melintas jalan tadi.

Cepat-cepat Gracie tarik tangan Olive ke bahu jalan raya. Dia masih berada dibahu jalan kerana mengambil barangnya yang terjatuh. Olive yang melintas jalan terlebih dahulu. Kalau mereka berdua melintas sekali ada kemungkinan kedua-duanya akan dilanggar.

"Terima kasih Cece." ucap Olive. Dia masih terkejut. Tetapi nasib baiklah Gracie cepat bertindak. Kalau tidak entah apalah nasib yang bakal ditimpa Olive.

"Sama-sama." balas Gracie.

"Ish, apalah kereta tu bawa laju macam pelesit. Membahayakan orang je." bebel Gracie. Dia geram betul dengan sikap pengguna jalan raya yang langsung tidak mempedulikan pejalan kaki seperti dia dan Olive. Kalau nampak ada orang hendak melintas sepatutnya mereka perlu memperlahankan kenderaan. Ini tidak, bila nampak orang melintas lagi memecut. Lagi satu di kawasan perumahan seperti ini pun masih bawa kereta secara cuai. Bukannya tidak boleh berfikir kalau ada kanak-kanak yang sedang bermain dan sebagainya. Sudah tentu akan menyebabkan kecelakaan. Paling teruk boleh membawa maut.

"Laju macam pelesit?" soal Olive.

"Ya pelesit."

"Apa tu?" soal Olive.

"Err.. Entahlah aku sebut sebab orang-orang selalu sebut je. Tak tahu pula apa benda." Gracie mengaru kepala yang tidak gatal. Dia tidak pernah tanya pula mengenai hal itu.

"Cece." Olive tergelak melihat telatah rakan baiknya.

"Dahlah jom balik." ajak Olive. Mereka pun berjalan beringinan pulang ke rumah masing-masing.

"Olive dah balik?" tegur Puan Daisy apabila Olive membuka pintu rumah. Dia sedang menonton drama petang.

"Dah mummy." Olive tersenyum.

"Olive pergilah mandi dulu. Nanti turun makan. Mummy ada buatkan tart buah." Puan Daisy membuat tart buah sebagai snek untuk minum petang pada hari ini.

"Tart buah?" dengar sahaja perkataan tart buah Olive jadi teruja. Kesukaannya itu tart buah.

"Ya." Puan Daisy tersenyum. Dia faham sangat dengan selera anaknya.

"Okay mummy. Olive mandi dulu. Nanti Olive turun makan." Olive rasa tidak sabar untuk makan tart buah tersebut. Sudah lama ibunya tidak membuat tart buah.

Olive pun naik ke biliknya. Dia rehat sebentar untuk sejukkan badan sebelum mandi. Setelah itu barulah dia mandi.

"Ah, segar." kata Olive sambil keringkan rambutnya. Dia pakai pakaian tidur terus memandangkan dia tidak akan ke mana-mana selepas ini. Usai bersiap, Olive pun turun ke bawah untuk makan tart buah.

"Mummy." panggil Olive.

"Dah mandi?" Puan Daisy menoleh ke arah Olive.

"Dah." Olive tunjuk baju tidur yang dipakainya.

"Pergi makan tart tu. Mummy dah letakkan dalam peti ais."

"Dalam peti ais? Okay mummy." Olive terus ke dapur. Puan Daisy hanya tersenyum melihat Olive.

"Wah." Olive teruja melihat tart buah yang nampak sedap sekali didalam peti sejuk. Olive pun ambil tart itu dan letakkan beberapa tart dipinggan. Puan Daisy buat tart bersaiz sederhana agar mudah untuk dimakan supaya tidak perlu lagi dipotong.

Olive pun ke ruang tamu. Dia duduk disebelah Puan Daisy. Dia mahu makan disitu sahaja.

"Mummy nak?" pelawa Olive kepada Puan Daisy. Tidak enak pula kalau dia makan dahulu tanpa mempelawa kepada mummy kerana mummy yang sediakan tart itu untuknya.

"Tak. Olive makanlah. Mummy dah makan tadi." ujar Puan Daisy. Dia sudah makan tadi sejurus selepas tart itu disiapkan. Dia lebih suka makan tart yang panas berbeza dengan Olive yang suka makan tart yang sejuk.

"Okay." Olive terus suapkan tart tersebut dimulut sendiri.

"Sedapnya mummy." puji Olive. Tart tersebut sangat sedap ditambah pula dengan gabungan buah-buahan yang segar. Sangat lengkap dan sempurna.

"Ni kalau buat jual mesti laku teruk." kata Olive. Dia benar-benar maksudkan kata-katanya. Kalau mummy ada bukan bakeri mesti dia akan singgah selalu. Dia tidak kisah membelanjakan wangnya untuk makanan yang sedap. Puan Daisy tersenyum mendengar pujian anaknya.

"Makanlah Olive. Kalau tak cukup ambil kat dapur. Mummy buat banyak untuk Olive."

"Okay mummy memang tak cukup kalau makan ni je. Memang kena ambil lagi. Terima kasih tau mummy."

"Sama-sama." Dia senang hati kerana makanan yang dibuatnya sangat disukai anak tunggalnya. Perasaannya sama seperti ibu-ibu yang menyediakan makanan untuk anak dan keluarga. Hilang segala penat dan lelah seharian memasak.

Puan Daisy dan Olive pun menonton drama petang bersama.

"Olive pergi mana tadi?" soal Puan Daisy. Dia ingin tahu ke mana destinasi Olive semasa keluar tadi.

"Pergi mall depan tu je mummy." jawab Olive.

"Oh.. Best ke?"

"Best juga mummy dapat borak dengan Cece. Puas pusing-pusing satu mall."

"Apa khabar Cece? Mummy dah lama tak jumpa dia." seingat Puan Daisy kali terakhir dia jumpa Cece adalah pada tahun lepas. Selepas itu, mereka jarang berjumpa kerana Cece pun agak sibuk dengan kuliahnya dan Puan Daisy juga sibuk menguruskan hal keluarga.

"Cece sihat je mummy. Sama macam dulu."

"Oh, baguslah." angguk Puan Daisy.

Setelah itu, kedua-duanya pun terdiam kerana tiada topik untuk disembangkan. Oleh yang demikian, mereka pun sambung menonton drama semula.

Hai, sorry tau semalam tak dapat nak update. Terima kasih kerana terus setia membaca novel ini. (^_^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience