Bab 20

Vampire Series 20340

"Haih. Kenapalah Caylus buat aku macam ni? Aku tak nak jadi vampire." keluh Olive sendirian. Dia mengenang nasib diri sambil tongkat dagu memandang keluar tingkap.

Olive salahkan Caylus atas apa yang berlaku. Caylus yang bertanggungjawab. Dia kesal dengan apa yang terjadi. Tetapi dia tahu yang ini semua suratan takdir untuknya. Dia tidak dapat melawan perkara itu.

Namun tidak semudah itu untuk Olive terima. Sukar untuk dia menelan segala hakikat ini. Olive tutup mukanya. Dia rasa serabut. Hatinya sakit dan fikirannya kacau bilau.

"Mummy, daddy. Olive rindu." tiba-tiba rasa rindu menyelubungi diri. Dia rindukan keluarganya. Dia perlukan sokongan daripada keluarga. Dia tidak mampu untuk hadap semua ini sendirian.

Olive pegang loket kalungnya. Ini satu-satunya harta yang dia ada. Olive buka dan lihat loket tersebut. Dia sedih melihat gambar keluarganya. Mengapa ada sahaja hal yang menghalang keluarganya untuk bersatu? Mengapa mereka tidak boleh bahagia seperti orang lain?

"Macam mana kalau aku tak dapat jadi manusia semula?" Olive bersuara lemah. Dia bimbang kalau dia tidak dapat kembali menjadi manusia semula. Mampukah dia bertahan hidup sebagai vampire selamanya?

"Hmm.." Keluhan daripada Olive kedengaran. Didalam keluhan itu terdapat pelbagai rasa dan perasaan yang sedih dan duka.

"Macam mana kalau aku tak dapat kembali ke sana dan terpaksa tinggal disini?" Olive mahu berada dipangkuan keluarganya. Dia fikir kalau dia jadi vampire tentu dia perlu kekal tinggal disini. Mustahil kalau dia dapat tinggal dirumah. Entah apa yang boleh terjadi. Bahaya juga kepada mummy, daddy serta manusia yang lain. Olive masih belum dapat kawalkan diri. Bahkan dia tidak sedar bila dia bertukar.

"Sunyinya." Olive rasa sunyi apabila bersendirian. Rasa sunyi ini menambahkan lagi kesedihan yang Olive rasa.

Olive bersendirian kerana Dylan telah keluar kerana ada urusan. Dylan kata mereka perlu tunggu ibu bapanya pulang dahulu. Setelah itu barulah mereka boleh cari Oracle. Jadi untuk sementara itu Olive perlu bersabar sebentar.

Nancy ada cuma dia sedang membuat kerja dibawah. Olive tidak mahu menganggu. Dylan sudah pesan kepada Olive untuk berehat sahaja didalam bilik.

"Tuan Dylan." tegur Cody. Dia dan Dylan bertemu disebabkan satu urusan. Cody masih menjadi orang kanan kepada Dylan. Dia maklumkan segalanya kepada Dylan.

"Ada apa-apa yang berlaku pada kampung kita?" soal Dylan.

"Tiada apa-apa tuan. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Vampire semua hidup aman damai." Cody sudah memerhatikan keadaan kampung. Semuanya baik sahaja tanpa ada sebarang masalah.

"Baguslah. Bagaimana dengan bekalan darah yang saya minta kamu cari? Sudah ada?" inilah sebab utama Dylan berjumpa dengan Cody. Tempoh hari dia ada menyuruh Cody mencari bekalan darah. Bekalan darah itu bukan untuk dirinya tetapi untuk Olive. Bekalan darah yang dicari bukanlah daripada manusia atau pun haiwan yang sebarangan.

"Ada, ini tuan." Cody menyerahkan satu botol besar darah kepada Dylan. Susah juga dia hendak mendapatkan bekalan darah ini. Dia harus masuk ke dalam hutan tebal. Tetapi nasib baiklah dia jumpa juga.

"Terima kasih." ucap Dylan. Cody sememangnya vampire yang boleh dia harapkan.

"Err.. Tuan Dylan boleh saya tanya sikit." Cody ingin bertanya sesuatu kepada Dylan.

"Apa dia?" soal Dylan.

"Cik Olive dah sihat ke?" soal Cody. Dia bukannya hendak menyibuk cuma hanya sekadar mengambil berat. Cody mendapat tahu yang Olive sakit teruk semenjak dia telah berubah menjadi vampire. Agaknya apalah khabar bekas isteri majikannya itu.

"Setakat ni dia okay." balas Dylan. Dylan perhatikan Olive sudah semakin baik. Dia pun sudah mula menjamah makanan.

"Oh. Baguslah." Cody lega mendengarnya. Bukannya apa dia risau juga kepada Olive. Dia tidak sangka yang Olive boleh menjadi vampire. Tentu sukar untuknya menyesuaikan diri. Bukan mudah untuk seorang manusia biasa menjadi vampire.

"Cik Olive okay ke jadi vampire?" soal Cody. Dylan terdiam.

"Maaf kalau saya salah tanya soalan." sebenarnya Cody takut juga untuk tanyakan soalan itu. Dia juga takut dilabel sebagai vampire yang kurang sensitif. Tetapi kalau dibiarkan diri tertanya-tanya serabut juga dibuatnya.

"Buat masa ni saya tak boleh berkata apa-apa sebab Olive pun masih baru. Tapi kita tengoklah macam mana nanti." Dylan faham maksud soalan Cody. Dia tidak marah dengan soalan itu. Cumanya dia tidak dapat memberi keyakinan tentang penerimaan Olive yang sepenuhnya untuk menjadi vampire. Yang Dylan pasti buat masa ini Olive memang tidak suka langsung menjadi vampire. Tetapi Olive mungkin juga dapat sesuaikan diri dimasa akan datang. Tiada yang tahu tentang itu.

"Oh.." Cody angguk faham.

"Emm. Ada apa-apa lagi maklumat yang Tuan Dylan perlukan?" soal Cody. Dia rasa cukuplah dia tanya soalan tentang Olive. Dia perlu sedar dengan kedudukan serta tugasnya. Dia tidak patut untuk masuk campur urusan Olive dan Dylan.

"Saya rasa itu saja untuk hari ni. Kamu boleh teruskan kerja macam biasa." Dylan rasa maklumat yang diberikan oleh Cody sudah cukup. Tugasan untuk mendapatkan bekalan darah juga telah dilaksanakan oleh Cody. Jadi dia tidak perlukan apa-apa lagi.

"Baiklah tuan. Terima kasih. Saya minta diri dulu." kata Cody.

"Ya." Dylan pun terus pulang ke rumah. Dia perlu simpan bekalan darah didalam peti sejuk untuk kekalkan kesegarannya. Kalau lambat darah itu boleh rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

"Dylan awak dah balik?" soal Olive yang baru saja turun ke bawah. Dia lihat ada Dylan didapur itu yang dia datang menegur.

"Olive kenapa awak turun? Bukan ke saya suruh awak berehat didalam bilik?" soal Dylan. Nasib baiklah dia sudah simpan bekalan darah tersebut. Kalau tidak tentu Olive akan tanya macam-macam soalan.

"Saya bosanlah duduk terperap dalam bilik. Saya nak tengok tv." kata Olive. Dia terlampau bosan duduk saja dibilik. Dia rasa lagi lemah kalau tidak membuat apa-apa.

Dylan diam sahaja. Dia faham dengan apa yang dirasakan oleh Olive. Dia sendiri pun akan rasa bosan kalau duduk sahaja dirumah.

"Dylan, bila parent awak akan balik?" soal Olive. Dia mahu tanyakan kepada mereka mengenai keberadaan Oracle. Dia ingin tahu apa yang dia boleh buat supaya dia dapat menjadi manusia semula.

"Mungkin dalam dua atau tiga hari." Dylan tidak pasti sebenarnya bila orang tuanya akan pulang. Hal ini kerana mereka mungkin ada beberapa hal yang perlu dibuat.

"Oh.. Mereka tahu tak saya ada disini?" soal Olive.

"Tahu rasanya." balas Dylan.

"Oh? Jadi mereka mesti dah tahu apa yang jadi pada saya?" soal Olive.

"Ya." orang tua Dylan sudah maklum tentang hal yang menimpa Olive.

"Jadi saya sorang jelah yang baru tahu?" soal Olive. Nampak sudah ramai yang tahu bahawa dia sekarang ini sudah menjadi vampire. Dia sahaja orang terakhir yang tahu.

"Unfortunately yes." jawab Dylan.

"Mummy, daddy saya tahu ke?" soal Olive. Agaknya orang tuanya tahu atau tidak tentang hal ini.

"Mereka tahu. Awal-awal lagi saya dah beritahu mereka." Dylan beritahu mereka agar mereka lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Olive sudah dapat agak. Ibu bapanya yang suruh Dylan ambil Olive. Tentulah mereka sudah tahu.

"Takpelah, saya naik bilik dululah." Olive tiada mood untuk menonton tv. Dia rasa hendak tidur sahaja. Dia penat memikirkan semua ini. Terlampau banyak yang perlu dihadam dan telan.

"Okay." balas Dylan. Dia dapat rasai ada kekecewaan serta kesedihan dalam diri Olive. Dia rasa biarlah dia memberi ruang kepada Olive untuk tenangkan fikiran.

Siapa sahaja yang dapat terima bila dapat tahu yang diri menjadi vampire. Olive sedih diatas perkara itu. Mampukah Dylan membantu Olive? Adakah Olive dapat kembalikan kehidupannya semula?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience