Bab 30

Vampire Series 20340

"Sebenarnya saya tidak pernah tukarkan vampire menjadi manusia. Tak pernah ada yang minta. Hidupkan manusia yang meninggal menjadi vampire adalah. Tetapi rasanya saya boleh cuba. Olive pun pada asalnya bukan vampire jadi saya rasa saya dapat tolong. Tetapi saya perlukan sedikit masa." kata Oracle. Dia perlukan sedikit masa untuk mengetahui bagaimana caranya untuk membantu Olive.

"Masa?" soal Olive. Semua memandang Olive.

"Urm. Maafkan saya. Err. Lama ke masa yang diperlukan?" Olive terasa biadap pula mencelah percakapan Oracle. Itu yang dia minta maaf. Tetapi dia ingin tahu mengenai masa yang diminta oleh Oracle. Perkara itu sangat penting.

"Lebih kurang dua atau tiga hari. Saya perlu masa untuk bermeditasi untuk cari cara bagaimana untuk membantu kamu." Oracle memandang Olive. Itulah perkara yang biasa dilakukan oleh witch seperti Oracle. Mereka perlu bermeditasi untuk mendapatkan petunjuk. Mereka bukannya tahu semua perkara.

"Oh. Baiklah." Olive tidak kisah sangat kalau hanya perlukan masa dua atau tiga hari. Dia pun sudah biasa menunggu. Lagipun dia tidak patut mendesak orang yang hendak membantunya.

"Tapi dimana upacara itu Oracle?" soal Dylan. Dimana upacara meditasi itu akan dijalankan?

"Bukan dimana-mana. Hanya dirumah ini sahaja." Oracle boleh jalankan upacara meditasi itu dimana sahaja dan dia pilih untuk buat dirumahnya sahaja.

"Oh." angguk Dylan. Baguslah kalau boleh buat dirumah sahaja.

"Err.. Tapikan macam mana dengan kami?" soal Olive. Kalau Oracle perlu masa untuk bermeditasi. Bagaimana pula dengan mereka berdua? Adakah mereka berdua perlu pulang ke rumah untuk sementara itu? Macam kurang berbaloi pula bila mereka penat-penat datang ke sini.

"Oh, kamu boleh tinggal disini." Oracle terlupa tentang itu. Tetapi dia sangat mengalukan untuk Olive dan Dylan tinggal dirumahnya. Dia tahu yang mereka tentu sangat bersusah payah untuk datang ke sini.

"Boleh ke?" soal Dylan.

"Tentu sahaja. Marilyn pun tentu setuju." kata Oracle. Marilyn ada sahaja disitu mendengar perbualan mereka. Dia sudah tahu semuanya.

"Ya." Marilyn sememangnya sangat berbesar hati untuk terima tetamu. Sudah lama tetamu tidak datang ke rumah ini. Lebih-lebih lagi tetamu yang istimewa seperti Dylan.

"Hehe. Err maaf.. sekejap ya." Olive tarik tangan Dylan. Dia perlu berbincang sesuatu dengannya.

Oracle mengangguk.

"Apa?" soal Dylan separuh berbisik. Dia ikut sahaja Olive. Tetapi pelik juga Dylan apabila ditarik Olive. Mereka berdiri disuatu sudut.

"Awak okay ke tinggal sini?" soal Olive.

"Okay je. Kenapa?" Dylan tiada masalah.

"Err.. Takpe ke? Tak menyusahkan?" soal Olive. Dia seperti kurang selesa. Bukannya dia tidak suka tinggal dirumah Oracle. Cuma dia tidak biasa. Dia takut kalau menyusahkan Oracle.

"Tak lagipun Oracle pun okay je. Awak nak ke patah balik lepastu datang sini balik? Awak sanggup nak redah hutan bayangan semua tu?" soal Dylan. Dia biasa je redah semua tu. Cuma Olive sanggup ke patah balik dua tiga kali?

"Ye tak ye jugak." fikir Olive. Bukan senang mereka datang ke sini. Macam-macam halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi.

"Hmm. Yelah kita stay kat sini." Olive setuju. Dia sudah penat dan perlukan rehat. Mereka bukanya tumpang lama sangat. Hanya untuk dua atau tiga hari sahaja.

"Oracle kami setuju untuk menumpang disini. Terima kasih." kata Dylan.

"Terima kasih Oracle. Harap kami tidak menyusahkan." kata Olive. Dia takut kalau dia menyusahkan Oracle. Maklumlah kehadiran mereka ini mendadak tanpa diberitahu terlebih dahulu.

"Tak lah. Kami suka kamu berdua duduk sini. Cerialah sikit rumah ini bila ada ramai." kata Oracle sambil tersenyum. Dia memang menerima Olive dan Dylan sebagai tetamu dirumah ini.

"Hehe okay." Olive lega hati. Baguslah kalau Oracle okay. Kuranglah rasa segan Olive.

"Kamu berdua pergilah rehat dan bersihkan diri dulu. Tentu kamu penat jalan jauh." kata Oracle.

"Tapi nek." Marilyn tiba-tiba sahaja mencelah.

"Ya Marilyn?" soal Oracle kepada Marilyn.

"Err.. Olive dan abang Dylan nak tidur dekat mana? Rumah kita ni cuma ada dua bilik sahaja. Satu bilik nenek dan satu lagi bilik Marilyn." Marilyn ingatkan nenek saudaranya.

"Alah. Nenek lupa pula tentang tu." kata Oracle. Dia lupa yang rumahnya cuma ada dua bilik. Maklumlah bila umur sudah lanjut macam-macam yang dia lupa. Sebab ini jugalah Puan Rhea bagi masa rehat kepada Oracle.

"Macam ni lah. Marilyn kongsi bilik dengan nenek. Biar Dylan dan Olive guna bilik kamu. Boleh kan Marilyn?" apa-apa pun keputusan yang dibuat dia perlu tanya cucu saudaranya dahulu. Itu pun kalau Marilyn setuju.

"Boleh. Tapi mereka okay ke? Bukan ke mereka dah.." ayat Marilyn tidak habis. Dia okay sahaja kalau mahu guna biliknya. Dia sudah biasa berkongsi bilik dengan Oracle. Tetapi bagaimana dengan Olive dan Dylan. Mereka boleh ke berkongsi satu bilik?

"Olive, Dylan apa kata kamu? Maaflah sebab rumah ni kecil sahaja." Oracle merendah diri. Rumahnya jauh lebih kecil berbanding rumah Dylan yang jauh lebih besar.

"Tak apa Oracle. Saya tak kisah. Tidur mana-mana pun okay." Dylan terima sahaja. Dia lelaki. Pandailah dia untuk tidur nanti. Tidur diruang tamu pun tiada masalah.

"Olive?" soal Oracle kepada Olive pula.

"Err.. Saya pun okay." kata Olive. Dia tahu yang dia tidak patut demand yang lebih-lebih. Tetapi bila fikir satu bilik dengan Dylan rasa seram juga. Tetapi ini kan rumah Oracle. Mustahillah Dylan hendak buat hal yang bukan-bukan pula. Olive rasa dia selamat.

"Baguslah." Oracle rasa lega hati. Risau juga dia tadi. Risau kalau tidak dapat sediakan kemudahan yang terbaik untuk tetamunya.

"Kalau macam tu nek biar Marilyn kemas bilik dulu. Nak ambil pakaian sekali." kata Marilyn. Dia mahu kemaskan sedikit biliknya. Dia pun hendak ambil beberapa helai pakaian.

"Pergilah." kata Oracle. Marilyn pun berlalu ke biliknya.

"Olive, Dylan kamu duduklah dulu ya. Biar saya siapkan makanan dahulu. Tentu kamu sudah lapar." hari sudah malam dan mereka belum lagi makan malam. Jadi eloklah Oracle siapkan makan malam dahulu.

"Nak saya tolong tak?" Olive pelawa diri untuk membantu. Bila dirumah orang dia perlulah rajinkan diri. Dia pun memang suka tolong dalam bab masak memasak.

"Tak apa. Olive rehat je." kata Oracle. Tidak enak pula kalau begitu. Sepatutnya tetamu perlu dirai bukannya disuruh untuk buat itu ini.

"Baik, terima kasih Oracle." kata Olive.

"Sama-sama." Oracle terus ke dapur. Dia memasak hidangan istimewa untuk Dylan dan Olive.

Nampak perlu Olive tunggu lebih kurang 2 ke 3 hari. Semoga Oracle dapat membantu Olive untuk jadi manusia semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience