Bab 65

Vampire Series 20340

Selepas naik ke darat Dylan nyalakan unggun api agar pakaian mereka yang basah dapat dikeringkan. Dia nyalakan unggun api dengan cara yang sama seperti sebelum ini. Ia jadi lebih mudah kerana Dylan telah tahu caranya.

"Olive." panggil Dylan setelah selesai menyalakan unggun api. Dia pandang ke arah Olive yang berada agak jauh darinya. Entah apalah yang Olive buat disitu.

"Ya?" Olive tercari-cari dan toleh ke arah Dylan. Dia sedang duduk diatas batang pokok sambil termenung.

"Sini." Dylan melambaikan tangannya.

"Duduk dekat unggun api ni. Baju awak basah tu. Nanti awak demam." Dylan risau kalau Olive jatuh sakit.

"Oh okay." Olive pun bangun dan kemudiannya duduk berdekatan unggun api. Dia rasa agak sejuk juga sebenarnya. Mana tidaknya seluruh pakaiannya basah kuyup. Dia tiada pakaian yang lain selain yang dia pakai sekarang. Dia tidak pandai pula untuk buat pakaian menggunakan daun dan kulit pokok.

"Haih." Olive mengeluh sambil menongkat dagu. Dia pandang ke arah unggun api yang marak. Dia lihat kayu-kayu yang terbakar.

"Kenapa Olive?" tegur Dylan. Dia lihat Olive senyap sahaja sedari tadi. Kemudian tiba-tiba sahaja dia mengeluh. Mesti Olive sedang fikir tentang permintaan Permaisuri Lorelei. Dylan hanya meneka.

"Saya tak ada idea macam mana nak hiburkan Puteri Waverly." luah Olive. Dia sudah fikir dari tadi tetapi idea itu tidak muncul-muncul. Entah mengapa idea itu sangat malu untuk munculkan diri.

Dylan terdiam. Betullah apa yang dia sangkakan Olive sedang memikirkan bagaimana caranya untuk menghiburkan Puteri Waverly, adinda kepada Permaisuri Lorelei. Sejujurnya Dylan pun tiada idea tentang perkara itu. Dia tidak pernah pula menghiburkan orang lain. Hidupnya juga kadang kala agak menyedihkan. Jadi sukar untuk dia hiburkan orang lain. Dia tiada bakat sebagai penghibur.

"Dylan.. Macam mana kalau saya tak dapat tunaikan permintaan permaisuri? Mesti saya tak dapat jadi manusia dan akan jadi vampire selama-lamanya kan?" Olive berfikiran negatif. Dia rasa sedih pula apabila terkenangkan perkara itu. Dia fikir kalau dia tidak berjaya tentu dia terpaksa terima untuk jadi vampire jadian.

"Olive, awak janganlah fikir tentang tu. Just think positive please. Awak focus dulu dengan bagaimana caranya untuk hiburkan Puteri Waverly. Yang lain tu jangan fikir lagi." Dylan rasa Olive tidak seharusnya kusutkan fikirannya dengan perkara yang belum terjadi. Dia perlu tumpukan kepada perkara yang utama tanpa mencampur adukkan dengan hal yang lain. Perkara utama itu adalah bagaimana caranya untuk menghiburkan Puteri Waverly.

"Itu masalahnya saya tak tahu cara macam mana nak hiburkan Puteri Waverly. Saya tak tahu apa-apa pun tentang Puteri Waverly. Macam mana untuk saya hiburkannya kalau saya sendiri tidak tahu mengenai Puteri Waverly?" Olive tiada sebarang info tentang Puteri Waverly. Dia tidak tahu punca Puteri Waverly perlu dihiburkan. Atas alasan apa? Adakah Puteri Waverly sedih bersedih atau dia sedang bosan? Olive perlu tahu agar dia tidak tersalah nanti. Permaisuri cuma beritahu untuk menghiburkan adindanya agar dia boleh ketawa dan gembira semula. Maksudnya dia sedang bersedih? Sedih terkenangkan hal apa?

"Betul juga kata awak. Permaisuri tidak beritahu kenapa Puteri Waverly perlu dihiburkan." kata Dylan. Dia juga ada terfikir tentang itu.

"Haih.." kedua-dua mereka termenung.

"Hei vampire." jerit seseorang.

"Hah?" Olive dan Dylan angkat kepala. Mereka mencari dari mana datangnya suara itu.

"Sinilah." kata suara itu yang datang dari permukaan laut berhampiran dengan batu-batu besar. Disitu agak terlindung.

"Pengawal istana?" Olive dan Dylan saling berpandangan. Kenapa pengawal istana datang ke sini? Belum cukup dua hari lagi. Baru sahaja beberapa minit mereka naik ke darat.

"Jomlah kita pergi sana." ajak Olive. Mereka pun menuju ke arah pengawal istana itu.

"Ya, ada apa?" soal Dylan dengan rasa ingin tahu.

"Ambil cermin ni." pengawal istana itu menghulurkan sebuah cermin tangan. Cermin tangan itu berwarna emas dan vintage.

"Hah?"

"Ambil cermin ini. Cermin ini pemberian daripada Permaisuri Lorelei untuk kamu berdua. Ada perkara yang perlu kamu tahu melalui cermin." pengawal istana itu perlu menyerahkan cermin itu kepada Dylan dan Olive. Permaisuri yang arahkannya untuk berbuat begitu.

"Hah?" Olive kebingungan. Dia kurang faham dengan maksud pengawal itu.

"Ada perkara yang mereka perlu tahu melalui cermin itu?" fikir Olive. Dia pandang ke arah Dylan.

"Oh, baiklah." Dylan ambil cermin yang dihulurkan. Rupanya cermin itu daripada permaisuri. Dia fikir cermin itu mungkin ada kegunaannya.

"Terima kasih." ucap Dylan sambil melihat cermin itu. Olive hanya memerhati sahaja.

"Sama-sama. Saya pergi dulu." pengawal istana itu pun berenang masuk semula ke dalam laut selepas menyelesaikan tugasnya. Dia tidak boleh lama-lama dipermukaan laut kerana makhluk lain mungkin akan menyedari kehadirannya.

"Cermin apa tu Dylan?" soal Olive. Dia teringin hendak tahu.

"Entahlah Olive. Saya pun tak tahu." Dylan membelek cermin itu. Cermin itu nampak seperti cermin yang lama. Agaknya kenapa permaisuri memberi cermin itu kepada mereka.

"Jangan-jangan permaisuri suruh kita cermin diri sendiri kot?" teka Olive.

"Untuk apa? Comot sangat ke kita ni?" soal Dylan. Macam pelik sahaja apa yang dikatakan oleh Olive itu.

"Entahlah." Olive angkat bahu. Dia tidak tahu. Dia main tembak sahaja. Dia tidak tahu pun sebab yang sebenarnya.

"Hm." Dylan angkat cermin itu dan dia lihat ke dalam cermin tersebut.

"Eh?" tidak lama kemudian muncul imej didalam cermin itu.

"Permaisuri Lorelei?" sebut Dylan dan Olive. Kelihatan ada Permaisuri Lorelei didalam cermin itu. Ia sama seperti membuat panggilan video tetapi tidak menggunakan telefon pintar. Ini tentu kuasa magis daripada permaisuri. Barangkali cermin itu adalah cermin ajaib.

"Ya ini beta. Beta ingin jelaskan kepada kamu berdua mengenai andinda beta, Puteri Waverly. Tentu kamu ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya bukan?" kata Permaisuri Lorelei. Pertemuan mereka sebentar tadi agak singkat untuk permaisuri jelaskan mengenai adindanya. Dia tahu yang mereka tentu tertanya-tanya sebab mengapa Puteri Waverly perlu dihiburkan.

"Ya." angguk Olive. Memang itu yang bermain didalam fikiran Olive.

"Beta harap selepas beta jelaskan semuanya kamu dapat membantu Puteri Waverly untuk jadi ceria semula." Permaisuri Lorelei berharap.

"Baiklah saya cuba." kata Olive. Dia akan cuba sehabis baik untuk membantu Permaisuri Lorelei dan Puteri Waverly.

"Sebenarnya dulu Puteri Waverly ceria seperti biasa. Kehidupan dia sama seperti mermaid yang lain. Namun sejak mangkatnya bonda dan ayahanda. Puteri Waverly menjadi seorang yang pendiam. Setiap hari dia menangis dan bersedih. Dia kerap menguncikan dirinya didalam kamar. Dia jadi seorang yang sangat menyendiri. Dia tidak mahu makan dan buat apa-apa." wajah Permaisuri Lorelei nampak sedih.

"Macam-macam cara yang telah dibuat tetapi keadaan Puteri Waverly tidak berubah sama sekali. Beta ada juga cuba berbual dengannya. Tetapi dia langsung tidak mahu bercakap. Dia lebih suka bersendirian." cerita permaisuri. Dia sangat rindukan adindanya yang dulu.

"Sebab itulah beta berharap sangat kamu, Olive dapat bantu memulihkan Puteri Waverly dengan cara menghiburkan dia. Kalau kamu tidak dapat memberi hiburan pun tidak mengapa janji kamu dapat buat dia bercakap dan jadi seperti dirinya semula pun sudah memadai." Permaisuri Lorelei tidak mahu membebankan Olive tetapi dia sangat berharap yang Puteri Waverly pulih seperti sedia kala.

"Patik amat bersimpati dengan apa yang telah terjadi. Patik berharap yang Puteri Waverly akan baik semula." Olive rasa simpati dengan apa yang terjadi.

"Ya." angguk permaisuri.

"Maaf permaisuri. Boleh patik tahu serba sedikit mengenai Puteri Waverly sebagai rujukan?" Olive perlu kenal dengan Puteri Waverly.

"Boleh. Apa yang kamu mahu tahu?"

"Puteri Waverly seorang yang bagaimana ya? Maksud saya sikap atau sifatnya?"

"Puteri Waverly seorang yang sangat pandai. Dia mempunyai kepandaian dalam matematik dan dia sangat sukakan bunga. Dia tahu nama-nama setiap bunga yang ada didunia ini. Dia suka berkebun juga."

Olive mengangguk. Setiap apa yang dikatakan oleh permaisuri disimpan didalam mindanya dengan baik. Semuanya sangat penting untuk Olive.

"Kalau dari segi sikap pula dia seorang yang sangat baik hati dan bertanggungjawab. Selalu membantu siapa sahaja yang memerlukan. Dia juga ada sifat yang sangat penyayang dan pemurah."

"Oh." angguk Olive.

"Ada apa lagi yang kamu mahu tahu?" soal permaisuri. Dia sedia untuk kongsikan apa sahaja mengenai Puteri Waverly asalkan hal itu dapat membantu.

"Setakat ini itu sahaja yang patik perlukan." jawab Olive. Dia rasa cukuplah maklumat yang diberikan oleh permaisuri.

"Baiklah. Kalau macam tu beta pergi dahulu." kata Permaisuri Lorelei.

"Terima kasih permaisuri." ucap Olive.

"Sama-sama." setelah itu imej permaisuri pun hilang dan cermin itu jadi seperti cermin biasa.

Dylan turunkan tangannya yang daripada tadi mengangkat cermin itu.

"Macam mana Olive membantu tak apa yang permaisuri katakan?" soal Dylan.

"Agak membantu juga tetapi saya masih perlu fikirkan idea." Olive akan mencari idea berdasarkan maklumat yang dia dapati.

"Oh baguslah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa bantuan bagitahu je saya. Kalau nak saya carikan idea pun boleh." Dylan pelawa diri untuk membantu.

"Thank you for your kindess. Tapi saya rasa lebih baik idea tu datang daripada saya sendiri. Tapi.." Olive terdiam.

"Tapi apa?" Dylan pandang Olive.

"Saya mungkin perlukan bantuan awak untuk laksanakan idea tu nanti."

"Oh boleh je." Dylan buat simbol okay.

"Okay." Olive juga membalas dengan simbol okay.

"Awak fikirlah Olive. Saya nak tangkap ikan sekejap untuk makan malam." Dylan rasa macam mahu makan ikan pula pada hari ini. Rasa makan sudah lama sangat dia tidak makan ikan. Selama ini mereka asyik makan buah sahaja.

"Okay. Hati-hati. Tangkap ikan yang besar-besar tau." kata Olive.

"Ya. Awak pun jaga-jaga. Jangan termenung sangat. Tolong alert dengan keadaan sekeliling." pesan Dylan.

"Okay."

Setelah itu, Dylan pun cari kayu dan berlalu untuk menangkap ikan. Olive pun manfaatkan masa yang ada untuk mencari idea bagi membantu Puteri Waverly.

Terima kasih kerana membaca. :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience